18 January 2013

Review: Baby Bullet yang comel!

Entri ini dilabel 'Bebel Ibu', maka ini adalah entri khas untuk para ibu. 

Assalamu'alaikum.

Pasti ramai para ibu kenal jenama Baby Bullet, kan?

Ya, inilah set pengisar Baby Bullet yang digembar-gemburkan itu.

Dua bulan sebelum Afia berumur enam bulan, saya selaku ibu yang tidak berapa reti memasak, sudah rasa cemas-cemas ayam. Alamak... macam mana nak buatkan makanan Afia nanti? Nak beri makan apa dulu? Nak kena pergi pasar selalu ke? Berapa bajet seminggu demi membuat makanan Afia? Bagaimana kalau Afia tidak suka makanan dia? Adakah aku kena habiskan makanan dia? Aaaaaaaaaaand such.

Maka selaku ibu yang tidak berapa reti memasak, gigihlah belajar sana sini, Google, beli buku resipi, baca artikel pemakanan bayi, masuk macam-macam group di FB - semua demi tekad memasak makanan Afia dengan tangan sendiri. Saya berimpian, satu hari nanti, dengan langkah-langkah kecil ini, saya sekali gus pandai memasak yang hebat-hebat juga, seperti kari, gulai, masak lemak, asam pedas, rendang, dan lemang. Lemang? Pun boleh.....

Kemain gambar 'pecah'.

Perjalanan belajar memasak ini, menemukan saya dengan Baby Bullet, atau kita singkatkan dengan BB sahajalah, ya. Rajinlah puleeeeeeek nak dok eja banyak kali kheeeenMaka saya belilah BB. Bukan sahaja comel, malah dengan harga mampu milik, dapat macam-macam!!! 

BB ada dua jenis - menurut penjual itu. Ada set original, dan yang [entah mahu tulis sebagai apa. AP boleh guna tak? Kiranya....] selain original. Set original seperti pada gambar pertama tadi. Banyak gila barang-barang yang kita dapat. Harga semasa waktu saya survey lebih kurang RM300++.

Yang saya beli set selain orginal, RM150 sahaja. Ha... mata bersinar terus! 


Ini semua yang ada dalam set selain original. 

Nasib saya, BB sampai ke rumah dua bulan selepas saya tempah, iaitu semasa Afia sudah masuk 7 bulan. Huuu... maka sepanjang hampir dua bulan itu, saya tapis sendiri, dan kisar makanan Afia guna pengisar kepunyaan emak. Teruja pun sudah hilang, sebab terasa saya boleh hidup tanpa BB yang comel. Duuuuuu'uh!

Saya sempat guna lebih kurang tiga kali, sebelum saya kembali menggunakan tapis dan pengisar kepunyaan emak. 

Berikut adalah dapatan selama tiga kali guna itu.

Yang Best:
  • Saiz yang comel, mudah disimpan dan dikemas semula selepas guna.
  • Pengisar dan bekasnya senang dibasuh. Ia sebenarnya berasingan. Tidak sukar membersihkan pisau pengisarnya berbanding pengisar biasa. (Gambar bawah, yang saya tunjuk guna anak panah merah itu boleh dibuka.)

  • Tray (gambar bawah) adalah best! Senang keluarkan puri yang dibekukan. Macam keluarkan ais, gitulah.


Yang Kurang Best:
  • Dapat kisar dua tiga kali sahaja, selepas itu macam ada bau terbakar dan terus tidak bergerak. Namun bukan rosak. Lain kali cuba, boleh gerak lagi. Tetapi selepas dua tiga kali kisar, bau hangit muncul, dah tak gerak.
  • BB tidak akan bergerak sekiranya kita tidak tekan penutupnya. Maksudnya BB tiada butang on - off. Tekan bekas pengisar, baru BB berfungsi. Ini agak sukar bagi saya yang sambil tunggu makanan dikisar, nak basuh pinggan ke, nak tengok Afia buat apa ke....
  • Kisar sayur ataupun buah yang sudah dikukus atau rebus, memang senang. Tetapi apabila nak kisar ayam yang sudah direbus, jenuh menunggu. Sebabnya pisau pengisar BB tidak ada gerigi tajam. (Atau adakah sebenarnya memang tidak boleh kisar ayam atau daging guna BB? Haha! Aku main belasah saja, nok!)

Kesimpulan daripada entri ini adalah...

BELI BABY BULLET SET ORIGINAL. Haha! Saya pun tidak pasti sama ada semua masalah ini berpunca daripada ketidakoriginalan BB itu, ataupun memang teratai layu di tasik madu. Tengok pada video di Youtube, BB sebenarnya boleh kita tinggalkan semasa ia mengisar. Tetapi BB yang saya beli adalah tidak boleh. Huu... manja sangat. Menyampah tawww.

Okey, jumpa lagi!

P/S: Oleh kerana saya dan BB kurang serasi, saya sudah jual BB saya. Wakaka. Saya sudah terangkan sisi kurang best BB yang saya beli, namun ibu tersebut mahu beli juga. Harap hanya saya yang kurang bernasib baik.

P/S lagi: Duit hasil menjual BB, saya rancang mahu beli pengisar baru, tetiba semalam emak kemas dapur, terjumpa --- bukan satu, bukan dua --- tetapi TIGA pengisar yang tidak pernah digunakan. Siap masih dalam kotak. Hayoooooh nasib baik belum beli baru. Yahuuu!

Disclaimer: Semua gambar adalah ihsan Google.

13 January 2013

✿ 1001 Yey! ✿

Assalamu'alaikum.

Yezzaaa... 1001 baru sahaja menyusul dua hari yang lalu. Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan dan memberi ucap selamat. Serius terharu. :')

Lebih terharu apabila membaca segala ucapan yang muncul pada notification handphone di atas katil, berselubung selimut tebal, bersama jaket Harimau Malaya milik suami, dan stoking tebal yang dibeli semasa ke Korea suatu ketika dahulu, juga gandingan tuala basah pada dahi. 


Benar, benar seperti yang dikhabarkan. 


Inilah suhu badan saya selama dua hari. 
Paling tinggi cecah 40 darjah Celcius.


Namun dengan kehadiran orang tersayang yang sentiasa ada di sini, larat jugalah tersenyum walaupun badan kena pijak dan panjat berkali-kali, dan berkali-kali lagi.

Penghibur hati ibu. :')

Terima kasih banyak-banyak kepada Encik Suami yang amat berusaha! AMAT AMAT BERUSAHA! demi menjaga Afia sementara saya terlantar sakit. Malah setup bilik ala piknik, nak juga sambut walaupun saya kurang sihat.

Owww... so sweet~ (=^____^=)

DAN... DAPAT HADIAH JUGA! YAHUUUUUUU!

Encik Suami hadiahkan saya....

Jeng jeng jeng...
.
.
.
.
.
.


Lampu meja panda! Yippie

Ini apabila ia dipasang. Comel, kan? Kan? Kan?

^___________________________________^

SANGAT COMEL!!!




Hee... suka sangat. Terima kasih, Encik Suami!

- - -

Tetapi... emm.... kadang-kadang... entahlah....

Adakah Encik Suami ada mesej tersembunyi?

Tiap kali tengok lampu panda ini, terasa gerun.







Okey okey okey.

Bersurai sekarang. 

01 January 2013

Babai 2012, Hai 2013!

Assalamu'alaikum.


2012 adalah tahun kesayangan saya. 

Separuh tahun diberi rezeki jadi 'mak buyung', setengah tahun lagi diberi rezeki jadi 'mak dara'. Hahaha. Kemain dah masuk kategori mak-mak, kan? Alhamdulillah.  (^_^)

Okey mari kita imbau kembali 2012 yang indah itu.

Januari - Mengikuti bengkel penulisan anjuran Akademi Hero.

Februari - 'Kawanku Panda' terbit. Yey!

Mac - My best friend's wedding.
(Bulan ini insya-Allah bakal dapat baby!)

Kembar dan Kyra juga lahir pada akhir bulan Mac. ^_^

April - Ditemu ramah oleh wartawan Safiyya. Isu 'Cinta Platonik'.

Mei - Lahirnya ahli syurga yang comel amat untuk kami jaga penuh amanah.
(Lahir-lahir sudah pandai pandang kamera, haha! Over, tau.)

♥ Seminggu kemudian ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Auwww.... 

Dan bermulalah era tiada masa mahu update entri berbakul-bakul. ~

Jun - Sambut hari lahir Encik Suami semasa berpantang.
Nasib baik ada penghantaran hadiah dari website terus ke rumah.
Dan bermulalah era kami suami isteri tidak berapa terurus juga. Haha!

Julai - Dapat hadiah doodle daripada Cik Mal. Terus tukar design blog.
Dan pertama kali dapat rasa puasa Ramadan penuh sebulan. ^_^

Ogos - Raya pertama secara bertiga. Namun tiga-tiga demam, selesema, dan batuk secara hebat. Duduk rumah, tidak beraya di Kajang, raya keempat balik JB. Namun entri dibuat pada bulan September, haha.)

September - Majlis akikah Afia dan kembar, sekali dengan rumah terbuka. Sekali lagi, entri dibuat sebulan kemudian. T_T

♥ Akhir bulan September, mak mentua datang KL. 
Semua adik-beradik Encik Suami juga ada.
Kami makan ramai-ramai di The Curve. Nyum!

OKTOBER LANGSUNG TIADA ENTRI. WOW WOW!
Adakah aku seorang pemalas?? Argh!!!

Padahal pada bulan 10, macam-macam hal sudah berlaku.
Okey, marilah menggeledah segala gambar dengan gigih .

Afia mula merangkak dengan laju secara menyondol, haha!

Persediaan bagi menyediakan makanan pejal Afia.

♥ Irdina lahir secara mengejut namun sihat sangat! 

Tengok Afiq di Balai Seni Lukis Negara.

Tiga hari di Terengganu. Ya Allah, negeri paling cantik!

Tiga hari di Kelantan, termasuk beraya haji di sana. Best!

Entri November pun suam-suam kuku. 

November - Afia enam bulan, mari beri makan!
Makanan pejal pertama beliau adalah bubur nasi ditapis halus.

Dan... itu sahaja ke? Oh... ada balik JB untuk kenduri akikah Irdina.

Entri Disember juga menerima nasib yang sama.
Namoooooon Disember paling sibuk, alhamdulillah. I like!

Ke majlis akikah Zulaikha, anak Huda.
Huda datang masa majlis akikah Afia. Masa itu dia sudah sarat!

Promosi 'Kawanku Panda' di Menara KL, buat kad panda.

Promosi 'Kawanku Panda' di PKNS Bangi, buat kad panda juga.

Perkongsian pengalaman di UiTM Melaka.

Perkongsian pengalaman di UiTM Kedah

Ke walimah Encik Hazwan Zai, Encik Tako, dan Kak Cikin. ^_^

♥ Makan-makan di Wong Solo bersama para sahabat. 
Ini perancangan sudah lama, akhirnya berjaya juga. ^___^

♥ Ke SACC Mall, lawat booth TepakSireh. 
Ya, waktu ini Afia cuba mengambil mata saya. 
Dan saya seperti masih hamil. T_T

.Perkembangan Afia: Explore kaki dia. Hehe comel. 

Dan... mendaftar perniagaan! Yahuuuuu!


Alhamdulillah, masih diberi nyawa pada 1 Januari 2013.

2012 penuh dengan aktiviti kekeluargaan, promosi buku, dan menghadiri jemputan. Kami berusaha penuhi mana yang mampu, kerana banyak jemputan yang kami tidak dapat pergi sepanjang saya hamil, bersalin, berpantang, dan menyesuaikan diri dengan rutin bersama baby yang sepenuhnya menyusu badan. Alhamdulillah, sekarang Afia pun nak masuk 8 bulan, badan pun sudah tidak berapa berat, bolehlah sambung aktiviti berhidup yang rancak dijalankan, kemain ayat aku.

Jadi, apa yang saya mahu lakukan tahun ini?

Pertama sekali, nak dapatkan berat badan sebelum hamil. Hahaha!

Selebihnya, saya akan usahakan dahulu, dan kongsikan di sini. Haaaa betul juga! (Selepas terdengar bisikan hati.) Saya akan cuba rajin update blog! Barulah senang nak buat entri mengimbau 2013 sekiranya masih hidup, kan. Kalau tak over, bukan Husna Adnan.

Okeylah. Nak keluar kejap pergi membeli-belah. Lama tidak shopping sakan. Baju Afia pun semua dah ketat sampai koyak, yuooolls. Sibuk bina kerjaya, anak pula terabai dah kenape kan. Jangan lupa amanah Allah, Husna... jangan... jangan kufur nikmat.

Doa saya, semoga tahun ini lebih baik daripada 2012, walaupun 2012 sudah amat best dan banyak doa saya dikabulkan. Allah maha baik, kan? 

Jumpa lagi!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...