Salam kawan-kawan, helo! (^_^)
Terdahulu, saya ingin mengucapkan ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog saya yang tidak seberapa ini, kerana saya sedang dalam tempoh kesibukan yang maha dahsyat! Err... sebenarnya, belum maha lagi. Kedahsyatan itu akan berlaku pada minggu, minggu, minggu dan minggu sebelum bermulanya pesta buku.
Tetapi sebelum pesta buku, apa yang perlu ada?
Tentulah buku untuk dijual di pesta itu.
Sekiranya buku tidak siap, adakah kita boleh berpesta daun di PWTC?
Sudah tentulah tidak! Malah jika berpesta daun, bukan pesta buku namanya! *nada beremosi.
Sekiranya banyak booth dibuka hanya kerana mahu menjual daun pandan, daun saderi dan daun mengkuang, tidak perlu sampai dipestakan di PWTC. Mahal nak bayar segala bil di situ. Sewa booth pun mahal. *Maafkan saya sekiranya saya menyinggung mana-mana pengusaha daun. Kenapa saya sangat suka merepek ni?
Jadi, doakan segala persiapan dari buku hingga ke hiasan di PWTC itu cemerlang, dan mampu memberikan keselesaan kepada semua pengunjung. Bukan sebuah buku sahaja yang perlu saya siapkan, tetapi berpuluh-puluh. Berpuluh? Adakah ini exaggerate? Ke... berbelas sahaja? Ke... beberapa? Ah! Jangan paksa saya mengira!!! *pembenci nombor.
Sebelum mengundurkan diri, saya ucapkan terima kasih kepada para gadis kerana kita berkesempatan berjumpa Jumaat lepas. Namun minta maaf kerana saya minta balik awal kerana sangat mengantuk, kepenatan dan perlu sambung membuat kerja di rumah, sejurus insiden Hana yang comel itu berakhir. Sesi mesyuarat kita akan ditangguhkan hingga bulan tiga, yakni bulan yang menyaksikan salah seorang ahli kita menamatkan pengajian, dan diharap, segala perancangan adalah selepas pesta buku. Semoga berjaya semua!
Maaflah kerana sudah bazirkan masa kawan-kawan yang lain dengan perenggan yang hanya difahami oleh tiga penerima sahaja. Saya tidak sempat nak roger mereka, harap mereka baca entri kali ini.
Sebelum mengundurkan diri, saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyukai entri tip-tip penulisan di bawah. Diharap dapat membantu serba sedikit. Saya juga memohon maaf sekiranya ada pandangan saya di bawah, dirasakan sangat cetek. Saya menambah, sekiranya tuan puan yakin tulisan tuan puan itu berkualiti dan mampu mengubah trend pembaca sedangkan waktu itu bukan itu trend pembaca, buatlah. Saya bukan menyekat kreativiti, jauh sekali merendah-rendahkan kemampuan penulis baharu. Tetapi berbincanglah dengan editor terlebih dahulu, dan berhujahlah dengan penerbit dengan hujah yang meyakinkan. =)
Sebelum berpisah (berapa banyak sebelum daa...), iklan di bawah ditujukan khas buat semua yang berminat. Sekiranya yang baca di sini tidak berminat, tetapi tahu ada kenalan lain yang berminat, minta tolong sebarkan kepada dia ya? Mungkin dialah yang kami cari. Bye semua!
20 January 2010
17 January 2010
Senangnya... menulis.
Assalamualaikum kawan-kawan! Selamat hari Ahad! (^_^)
Hari ini, saya tiba-tiba mahu menulis tip-tip menulis karya. Maafkan saya sekiranya tip-tip ini dirasakan cetek dan kurang kredibiliti kerana saya tidak ada buku sendiri. Ini hanya pengalaman saya sepanjang bergelar editor novel. Tip-tip ini adalah tip-tip mudah bagi penulis yang baru berjinak-jinak menjadi penulis, terutamanya yang mahu menjadi penulis PTS One.
Minggu lepas saya ada menyunting sebuah karya penulis baharu. Jalan ceritanya menarik - kisah pelajar asrama yang lazimnya dikaitkan dengan pelajar senior membuli pelajar junior.
Sepanjang menyunting manuskrip itu, saya dapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian demi menjamin jangka hayat novel yang lebih gemilang dan digemari ramai.
1. Peristiwa yang ada tarikh tertentu dalam setahun.
Dalam manuskrip itu, penulis menulis watak-watak utama melakukan persiapan bagi menyambut Hari Asyura dengan menyertai pertandingan busana Muslimah. Hari Asyura yang dimaksudkan penulis adalah pada dua tahun lepas, sedangkan tahun buku ini akan diterbitkan adalah pada tahun ini, tahun 2010. Hari Asyura sudah ditetapkan, 10 hari selepas Maal Hijrah, maka peristiwa sebegini perlu diberi perhatian sama ada sesuai ataupun tidak.
Selepas ditukar menjadi tarikh terkini, tarikh pertandingan juga tidak sesuai kerana kita menyambut Maal Hijrah 1431 pada Disember lepas, seminggu sebelum tahun baru 2010. Macam mana fikir pun, sudah jadi tidak logik kerana sekolah bercuti pada bulan Disember dan awal Januari. Maka, mana mungkin mereka membuat pertandingan pada Hari Asyura 1431 Hijrah.
Maka saya terus buang sempena menyambut Hari Asyura. Saya hanya kekalkan mereka menyertai pertandingan busana Muslimah kerana pertandingan itu sendiri, bukan kerana Hari Asyura.
Bagi penulis, mungkin mereka merasakan ini 'salah' editor, yang 'sibuk' menukar tarikh sedangkan jika dibiarkan, tarikh itu tetap logik. Namun editor adalah manusia terakhir yang bertanggungjawab mencantikkan dan berusaha agar karya yang diterbitkan itu segar bertahun-tahun akan datang, maka keperluan seperti ini sangat diperlu dititikberatkan.
Contoh lain, buku yang menjadikan penulisan diari sebagai salah satu cara penceritaan. Hanya letakkan hari dan bulan sahaja. Tahun tidak perlu ditulis.
Nasihat saya, elakkan menulis tahun bagi mengekalkan kesegaran buku itu, kerana setiap tahun, akan ada pembaca baharu yang membaca karya itu. Sesungguhnya, penggunaan tahun selain memang sengaja mahu memaparkan aspek flashback, adalah tidak digalakkan.
2. Penggunaan perkataan dalam membina ayat.
Saya kerap menulis kembali perenggan yang ditulis oleh penulis baharu, kerana mereka akan menulis dengan panjang, ayat yang membuatkan nafas kita tersekat-sekat dan perlu disedut berkali-kali, namun maksudnya yang mudah itu tidak sampai.
Mencari penggunaan perkataan yang terbaik adalah satu seni. Cuba tambah kosa kata, supaya seni membina ayat yang lancar dapat dilakukan dengan mudah.
Contohnya, "Tidak mungkin! Pasti ini kerja yang dilakukan budak jahat itu!"
Lebih mudah ditukar menjadi, "Mustahil! Pasti ini angkara budak jahat itu!"
3. Elakkan menulis secara pemberitahuan.
Saya juga banyak membuang perenggan dalam karya ini kerana 'fakta' di sekolah terlalu banyak diberitahu. Sebaiknya, buat apa-apa peristiwa yang membuatkan pembaca memahami 'fakta' bersekolah secara penceritaan, bukan pemberitahuan. Pemberitahuan mampu membosankan pembaca, lebih-lebih 'fakta' yang tidak memberikan kepentingan kepada jalan cerita.
Contoh:
Pada setiap hari persekolahan, koperasi sekolah dibuka pada waktu tengah hari, dan dijaga oleh pelajar yang bertanggungjawab menjaga koperasi. Setiap hari adalah pelajar yang berlainan kerana ini membuka peluang kepada pelajar lain mendapat pengalaman menjaga koperasi. Terdapat dua pelajar biasanya, seorang menguruskan jual beli, seorang lagi menjadi penjaga kaunter. Maka tengah hari itu, Fatimah mahu ke sana kerana tidak mahu beratur di kantin.
Aku tulis ini pun dah rasa sesak. Ini baru kenalkan apa itu koperasi, belum urusan jual belinya lagi. Huhuhu.
Kita tidak berapa mahu tahu 'fakta' berkenaan koperasi sekolah itu yang dibuat seperti karangan. Buatlah gaya penceritaan.
* * *
Tengah hari itu, Fatimah ke koperasi sekolah. Dalam fikirannya, dia mahu membeli sebungkus roti coklat dan sekotak air soya. Dia tersenyum sendirian kerana itu menu kegemarannya semasa waktu rehat. Sesampainya dia di koperasi, kedatangannya disambut mesra oleh dua pelajar perempuan.
"Boleh berikan saya sebungkus roti coklat dan sekotak air soya?" ujar Fatimah.
"Boleh," balas salah seorang daripada pelajar di situ sambil tersenyum, dan menyerahkan pesanan Fatimah selepas dimasukkan ke dalam beg plastik berwarna merah.
"Seringgit dan tiga puluh sen sahaja," ujar pelajar yang menjaga kaunter pula sambil tersenyum manis.
* * *
Cukup sekadar di situ.
Dalam cerita ini, urusan jual beli hanya sebagai jambatan ke adegan lain yang lebih berkepentingan. Maka adegan itu perlu dipotong sependek mungkin melainkan adegan jual beli itu adalah pencetus adegan lain yang lebih menarik dan tidak mengandungi 'fakta' tidak berkepentingan.
4. Elakkan penggunaan nama watak yang terlalu panjang dan sukar disebut.
Nama watak, terutamanya yang perempuan, memang selalu direka indah-indah dan panjang. Edelia Magenta Firus Firdausi lah, Qhuzhaima Ain Nadhirah Alam Maya lah. Memang tak perlu ya di situ, kawan-kawan. Walaupun contoh di atas adalah rekaan saya yang melampau, namun memang ada watak-watak dalam novel yang namanya, hui! macam nama bidadari alam fantasi. Sekali sebut, mungkin okey. Kalau dalam satu muka surat, ada dua puluh nama itu diulang-ulang, mahu tak penat kita membacanya?
Maka buatlah nama watak yang ringkas, realistik, namun tetap indah. Husna okay what? Hahaha!
5. Tolonglah... tolong jangan habiskan cerita dengan kematian akibat barah ataupun kemalangan jalan raya.
Hmm... ini biasanya dilakukan oleh penulis dalam dua keadaan. Satu, kerana memang mahu diakhiri cerita itu dengan kekecewaan dan kesedihan pembaca, ataupun dua, kerana sudah ketandusan idea.
Namun biarlah aspek emosi pembaca itu kerana jalan cerita yang memang emosi, bukan kerana kekecewaan akibat watak dimatikan dengan begitu mudah. Oh tolonglah...
6. Tolonglah jangan kata semua itu mimpi.
Juga antara penghabisan cerita yang lemah. Tetapi lain halnya dengan buku Tawanan Mimpi karya Mazlina Ngadiman. Itu sah-sah sudah sedia maklum buku itu cerita dalam mimpi. Cerita ini berkenaan budak-budak nakal yang ditawan di dalam mimpi, dan mereka perlu menyelesaikan beberapa misi supaya mereka dibebaskan daripada menjadi tawanan mimpi. Jangan dah seronok-seronok mengejar cinta Adam dan Hawa, tiba-tiba terjaga dari tidur sebagai seorang wanita yang single dan miserable. Pukul nak?
7. Gunakan semua plot dan watak sebaik mungkin.
Sekiranya kita sudah buat satu plot suspen, kita buat watak jahat, gunakanlah watak sedia ada sebaik-baiknya. Bukan dengan membuat banyak watak jahat kerana mahu buat banyak plot suspen.
Saya pernah menyunting sebuah manuskrip di syarikat lama saya, yang al-kisahnya, budak ini menjual nasi kerabu emaknya. Pada suatu hari, nasi kerabu emaknya difitnah mengandungi ulat, maka pembeli itu mahu budak itu pulangkan semula harga nasi kerabu itu. Malah mahu nasi kerabu lain sebagai ganti. Memang sudah jahat habislah watak lelaki ini. Plot pun suspen, bimbang budak itu dibelasah cukup-cukup.
Akhir cerita, rumah orang kaya yang menjadi pelanggan tetap nasi kerabu budak ini, dimasuki perompak. Punyalah bersungguh budak ini tolong orang kaya itu menangkap suspek, namun watak jahat itu ialah watak jahat entah dari mana. Kalau watak jahat itu adalah lelaki yang memeras ugutnya pada awal cerita, lebih menarik bukan? Barulah ada nilai sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
8. Perancangan
Sebelum menulis, bagi mengelakkan plot yang cacamarba, watak yang kejap itu, kejap ini, penulis perlu ada perancangan. Buat peta minda. Apa awal, apa tengah, apa akhir. Tulis juga watak perwatakan yang digunakan, supaya penulis sendiri tidak keliru dengan watak yang direka. Contohnya, awal plot Aduka sebagai watak utama, tiba-tiba belakang jadi Andika. Cerita yang tiada perancangan juga membuatkan cerita itu akhiri dengan kematian watak utama akibat barah ataupun kemalangan kerana penulis sudah tidak ada idea. Waduh waduh deh...
9. Kaji selidik
Untuk menjadi penulis PTS One, kami sering minta sinopsis (bagi melihat sama ada jalan cerita itu menarik dan boleh dipasarkan ataupun tidak) dan juga mana-mana bab (supaya dapat kami nilai gaya penulisan penulis itu). Cara ini kurang dipraktikkan oleh syarikat penerbitan lain, maka ramai penulis merasakan PTS sangat lorat. Ada karya yang sudah siap ditulis, perlu dirombak hampir 80% supaya sesuai dengan kehendak pasaran.
PTS adalah syarikat yang menerbitkan buku yang bersifat komersil, bukan silibus. Maka sekiranya masih belum ada idea, buat kajian dahulu. Buku apa yang menjadi kegilaan ramai. Jalan cerita macam mana yang pembeli suka baca. Jangan risau jika mahu menulis jalan cerita yang hampir sama dengan buku sedia ada, kerana jika tidak keterlaluan saya katakan di sini, sudah tidak ada lagi idea yang original. Yang membezakan, adalah gaya penceritaan. Banyak buku berkenaan pelajar sekolah, gaduh-gaduh kemudian jadi kawan baik, tapi bagaimana membezakannya? Cari idea lain untuk membina konflik, buat peristiwa lain yang membuatkan mereka berkawan baik.
10. Idea segera.
Yang paling senang, buat karya pertama melalui pengalaman sendiri. Hidup hari-hari ada masalah dan peristiwa bukan? Maka kongsilah dengan dunia! (^_^) Cari masa lapang, imbau kembali peristiwa yang boleh dijadikan iktibar, dan yang penting, meninggalkan pembaca dengan 1001 emosi positif, bahawa hidup ini indah sebenarnya! WAH! Namun jangan dilupa, jalan cerita tetap mengikut selera terkini pembaca.
Nota Kaki: PTS adalah penerbit komersial. Bukan silibus. PTS ada perjuangan tersendiri. Ada manual suntingan sendiri. Maka adalah lebih mudah sekiranya mengikut prinsip syarikat penerbitan. Selain itu, tulis sesuatu yang pasaran mahu baca, bukan apa yang kita mahu pasaran baca. Menukar trend bacaan pembaca tidak mudah. Perlu disuntik sedikit demi sedikit dari pelbagai medium. Maka sebelum membuat suntikan, cuba mengikut arus dahulu. Apabila arus kita ada yang ikut, maka waktu itulah mahu ubah arus ke arah lain. Kalau kita masih belum ada nama, tiba-tiba terus melawan arus, redah sendirianlah jawabnya. Boleh, tetapi tidak berjaya dengan warna berterbangan.
Maka, diharap perkongsian ini dapat memberikan pencerahan kepada mana-mana bakal penulis. Yang penting, buat tapak dahulu. Kemudian baru kembangkan.
SELAMAT MENULIS YANG BAIK-BAIK! (^_^)
P/S: Uhuk. Kenapa tiba-tiba rasa entri ini untuk diri sendiri juga? Adess~ usaha tangga kejayaan.

10 January 2010
♥ 100110 ♥
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi. Berjaya juga melihat tarikh itu. (^_^)
Cik Husna, semoga binary birthday ini disirami
pelbagai kejayaan dan kebahagiaan.
Jaga ibadah, jaga makan, jaga minum, jaga diri baik-baik.
Ceria-ceria selalu, jangan nakal-nakal tahu!
Hehehe, tak malu buat entri ucap selamat hari lahir untuk diri sendiri.

Buat semua pengunjung blog ini, sama ada yang memang bertujuan membaca tulisan saya ataupun yang terjumpa kerana mencari contoh karangan punca-punca kepupusan orang utan, saya ucapkan jutaan terima kasih. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan di sini yang menggores & menang hati sesiapa. Sesungguhnya saya bagai lautan yang sukar diduga. Saya berubah-ubah mengikut keadaan. Ada masa saya menyenangkan, ada masa saya menjengkelkan. Walau apa jua 'bentuk' saya waktu itu, saya masih Husna yang emak saya lahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, yakni comel dan naif.
Hehehe. Tak adalah. Gurau sikit dah paniks.
Saya rasa mahu tulis entri yang lebih panjang, namun kerana saya ada tuntutan kerja yang masih tiada kesudahan ini, bersama azam zero delay menyiapkannya, idea saya kering bagai disedut-sedut. Mungkin apabila saya ada masa dan idea kelak, saya akan tambah pada entri ini ataupun membuat entri baharu. Suara pembaca: "Oh tidak!!! Ini pun sudah cukup panjang!"
Terus terang, antara kekuatan saya untuk hidup dengan lebih baik dan lebih berkeyakinan adalah kerana blog ini. Kerana komen-komen kalian yang begitu positif dan menyokong apa jua yang saya lakukan, termasuk menganiaya adik saya sebagai watak jahat. Pernah ke?
Terima kasih juga buat 22 Peminat Bukan Rahsia dan semua pembaca halimunan. Sama ada kalian membaca entri-entri saya untuk disebarkan segala positif mahupun negatif, terpulanglah. Tetapi saya harap, ambil yang baik sahaja. Saya memang jenis yang sarkastik, jadi perangai saya agak sarkas sedikit.
Doakan yang baik-baik untuk saya ya? Saya juga mendoakan yang baik-baik untuk kawan-kawan semua.
Oh ya, saya belum bertunang. Kalau ada calon yang baik dan hensem, tolong pass sini. Saya tidak mahu menghampakan harapan kalian yang tidak putus-putus tetap mengucapkan tahniah tanpa sebab itu. Biar segala khabar angin itu menjadi khabar baik pula. Wahahaha! Eh, kepada single ladies a.k.a para gadises (you know who you are), saya bukan membelot. Saya masih ahli tetap buat masa ini. Inilah contoh perangai sarkas saya. Melawak ja... hehe.
Sayang semua! ♥

07 January 2010
Esok? Apakah itu?
Assalamualaikum, hai semua!
Wow wow wow! Sudah seminggu kita memasuki tahun 2010. Cepat sungguh masa berlalu. Apakah yang sudah kita lakukan dalam seminggu ini? Adakah sama seperti seminggu sebelum masuknya tahun baru? Apakah maksud ayat itu? Apakah yang penting sangat dengan seminggu sebelum dan selepas? Apakah yang aku repekkan ini?
Hmm... membaca entri sebelum ini yang penuh dengan keriangan dan pengalaman baharu, walaupun tidak dalam kesihatan yang membanggakan, membuatkan saya melihat kembali tarikh di kalendar. Walaupun kalendar 2009 sudah dibuang ke dalam tong sampah pada pagi 31 Disember 2009, saya amat menghargai teknologi kerana saya masih dapat melihat kalender 2009 di telefon bimbit saya saat saya memerlukannya. Walaupun telefon bimbit saya tidak dapat menerima MMS dan tiada GPS, saat itu, bukanlah sesuatu yang saya titik beratkan. Asalkan telefon bimbit saya dapat mempamerkan kalender tahun 2009, tiada apa lagi yang saya perlukan di dunia ini. Saat itulah. Saat.
Saya mula bercuti pada 24 Disember 2009. Berada di Perak pada petang dan malamnya. 25 Disember, juga masih di Perak, tetapi petangnya sudah di Kedah. 26 Disember, saya di Perlis dan seterusnya berada di Langkawi, begitu juga pada 27 Disember. 28 Disember, saya sudah di Perlis kembali, dan turun ke Kedah selepas melawat Bukit Kayu Hitam, dan bermalam di Sungai Petani. 29 Disember, saya ke Jeniang dan pulang ke Kajang.
30 Disember mula melakukan kerja pejabat di rumah, 31 Disember datang setengah hari ke pejabat kerana ada urusan dan juga demi menghadiri majlis perpisahan staf, dan 1 Januari 2010, saya melepak di rumah sambil bertanya soalan sinis kepada emak, "Hari ini 2010. Ada rasa apa-apa?" Emak jawab, "Tak ada. Sama saja macam semalam. Masa memang tak ada sempadan. Tak jumpa kereta terbang dan kapsul membentuk kekasih kacak." Italik adalah tokok tambah.
Perbualan dua orang manusia yang sebenarnya kecundang dalam melawan perjalanan masa.
2 Januari, ke Rawang untuk majlis sambut menantu kakak saya, 3 Januari, sambung buat kerja dan menikmati hari Ahad yang indah. Indahlah sangat.
4 Januari, masing-masing kembali ke pejabat dan memandang entiti-entiti hitam yang seakan-akan perkataan, namun seperti semut juga, namun ya, memang perkataan, yang menari-nari di atas hamparan putih seperti putihnya pasir di pantai, yang dinamakan A4.
Maka tibalah 5, 6 dan 7 Januari 2010... iaitu hari ini, yang membuatkan saya memandang entri-sebelum-ini-yang-penuh-dengan-keriangan-dan-pengalaman-baharu-walaupun-tidak-dalam-kesihatan-yang-membanggakan itu sekali lagi.
Kerana saya rasa, seperti percutian itu sudah lama berlalu. Seperti dilakukan bertahun-tahun yang lalu. Seperti bukan dua minggu yang lalu. Bukan.
Walau hakikatnya, ya.
Ya, Husna! Memang dua minggu yang lalu, dikau seperti Dora The Explorer yang diiringi monyet berkasut getah warna merah itu!
Betapa begitu pantas masa berlalu.
Itu je pun yang saya nak terangkan kepada kawan-kawan.
Hahaha! Okey, bye bye!
Tak adalah. Saya sedang memotivasikan diri.
Berkenaan menangguhkan sesuatu yang tidak perlu ditangguh sekiranya ada masa, ada tenaga dan ada kemampuan. Kerana sekiranya saya rasa, "Tak apa... ada lagi sembilan bulan....", sebenarnya tidak.
Saya tidak ada 'lagi sembilan bulan' kerana sembilan bulan itu tidak termasuk waktu saya malas, waktu saya tidak ada mood, waktu saya ditimpa musibah, waktu saya rasa semua orang adalah monyet, waktu saya tidur lewat kerana asyik berFB dan menonton video kelakar di Youtube, waktu saya terlewat bangun dan akhirnya terlepas Melodi dan sugul sepanjang hari kerana tidak dapat mengetahui cerita terkini Jehan Miskin, waktu saya hanya mahu berbaring dan memandang siling tanpa berbuat apa-apa... waktu-waktu yang tidak produktiflah senang cerita.
Kerana tempoh sembilan bulan itu adalah waktu matahari, bumi, bulan dan bintang 'berkerja'. Bukan waktu manusia berkerja. Manusia ada waktu yang membuatkan sembilan bulan itu tidak cukup, sembilan bulan itu terlalu singkat, sembilan bulan itu tidak adil. Waktu-waktu seperti di atas. Waktu emosi terganggu, waktu tidur yang terlebih, waktu sosial yang terlampau.... Tetapi semua itu kita kurang menyedari kerana kita manusia.
Namun sekiranya kita sedar akan fitrah manusia, kita perlu sedia menghadapi waktu-waktu kemarau itu.
Dengan bersedia melakukan yang lebih pada waktu kita mampu melakukan dengan lebih, supaya dapat menampung di kala waktu kita tidak mahu berbuat apa-apa.
Ini dalam konteks kerja dan cita-cita. Bukan konteks amalan agama yang wajib. Kalau esok rasa malas nak bersolat, mana mungkin kau boleh solat 10 kali sehari, demi menampung esok yang dipenuhi kemalasan. Tidak, tidak. Mana mungkin.
Mengapa menangguhkan sesuatu yang dapat kita buat hari ini, untuk dibuat pada hari esok? Hari esok itu milik kita, kah? Ada yang dapat menikmati hari ini, tetapi tidak hingga ke detik yang terakhir. Celik jam enam pagi, kemalangan jam lapan pagi. Tamat.
Maka Husna, buatlah kerja kau yang lebih penting itu, daripada bermain Internet dan menonton videoklip Justin Timberlake.
Sehingga berjumpa lagi!
(Saya tidak pernah anggap semua orang adalah monyet kerana saya bukan Charles Darwin dan saya tidak akan sugul jika terlepas menonton Melodi, lebih-lebih lagi kerana Jehan Miskin. Oh tidak.... Dan jika merasakan entri kali ini dipenuhi unsur-unsur yang mengarut, maka boleh diabaikan.)
Sekian, terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)