30 August 2016

PBAKL 2016: Skuad Misi Buka Booth!





MODAL CIPUT: MANA NAK CARI STOK MURAH DENGAN KUANTITI SEDIKIT?

.
Raya nak dekat kan? Nak cari duit tambah untuk pulang ke kampung halaman?
.
Ini jawapan Kak Ratu seperti yang dijanjikan:
.
Kenanga Mall
.
Google je mesti jumpa.
.
Tak terperanjat?
Terperanjat?
.
Siapa tahu, tahulah. Kan Kak Ratu dah kata yang otai boleh berlalu pergi. Ini untuk yang tidak mengetahui.
.
Baju dewasa, baju kanak-kanak, tudung, minyak wangi, barang dari China, barangan umrah haji, baju Korea, baju Bangladesh, semua ada.
.
Oleh kerana Kak Ratu biasa borong pakaian, Kak Ratu kongsi fokus pakaian eh.
.
Beli tiga helai pun dah murah.
Beli sehelai pun murah tak masuk akal.
.
Nak niaga, nak beli pakai sendiri, nak beli untuk sedekah orang, nak beli tong-tong kengkawan atau ahli keluarga, di sinilah tempatnya.
.
Baju RM1, RM5, RM15, RM30 semua ada.
Yang kain bagus pun masih murah.
.
Bergantung floor mana yang kita pergi.
.
Yang murah biasanya tingkat 3, 3A, 5, 6.
.
Kalau Jalan TAR terlalu besar dan panas untuk diredahi, Kenanga Mall terlalu berpinar mata nak tengok tiap kedai tapi sejuk ekon.
.
Kalau Kenanga Mall pun kau tak mahu redah, hakak tak faham macam mana hangpa nak bersaing dengan peniaga fighter.
.
Tips dari pengalaman Kak Ratu:
.
- Jika jumpa satu barang yang best, tanya harga. Jangan terus beli. Tanya lagi berapa minima order.
.
- Jika minima order takat 3 / 6 helai, dan bukannya 15 / 20 helai (untuk pakaian), dah cukup baguih nooo.
.
- Jangan beli. Tanya lagi: Minima order itu boleh campur design, atau tak boleh. Ada kedai yang segala macam dalam kedai dia tu kau boleh campur. Lagi masyuklah beli banyak design kot nak survey pasaran.
.
Ada kedai satu design, boleh pilih warna. Ada kedai, tak boleh pilih warna. Satu design tu kalau ada 12 warna, 12 warnalah yang kau kena ambil. Hatta oren floresen hingga ke cakerawala angkasawan boleh nampak.
.
- Kalau semua okey, jangan beli. Tanya lagi. Kalau nak restock, kena ambil semua warna juga, atau 6 / 12 / 20 helai juga, atau boleh restock takat helaian yang kita perlu, dan warna yang pelanggan minta.
.
Ada kedai tak boleh kawtim. Tiap jual beli, reset balik macam tak kenal kau. Ada kedai, dia kata boleh restock takat yang kita perlu, asalkan masih simpan resit. Tanya perabih.
.
- Dah cukup maklumat, kalau puas hati, boleh beli. Kalau nak survey kedai lain, survey dulu. Buat yang sama.
.
Ada kedai sama barang, lain harga, walaupun bos sama. Di Kenanga Mall, satu bos ada banyak kedai. Ada juga yang tiap floor tu ada kedai dia. Kalau ada 8 floor, 8 lah kedai dia. Jadi jangan heran kalau barang orang sini, sama dengan orang sana. Tapi harga boleh bincang ikut staf senior.
.
.
Tip tambahan:
.
- Tanya juga sekiranya kedai tersebut ada buat group khas atau boleh PM pelanggan segala gambar dan produk terbaru.
.
Broadcast begini memudahkan kita supaya tidak perlu turun Kenanga Mall tu tiap minggu. Mana design lawa, kita book sesiap. Yang jauh, boleh minta pos.
.
Broadcast begini juga senang kalau kita nak guna balik gambar pembekal untuk survey pasaran atau ambil pre-order. Minta izin dulu.
.
.
Okey rasanya banyak dah Kak Ratu suap hangpa pagi ini. Moga kenyang dan bermanfaat.
.
Kak Ratu tak rugi kongsi perkara ini. Sebabnya tak semua akan bergerak pon. Takat nak hype tahu maklumat ja.
.
Tapi kalau dah tahu, dan ada member nak berniaga, kau kongsilah ilmu tak seberapa ni. Hakak kasi free, kau tak payahlah nak kaut untung. Orang tu baru nak berniaga, dah kena cukai dengan kau. Belum kerajaan lagi. Wooops.
.
Kak Ratu tak minta banyak. Minta doakan sambutan pembaca di booth A3015 di PBAKL, MAEPS Serdang bermula Jumaat ini, meriah dan berjalan lancar. Itu ja.
.
P/S: Peniaga yang memang ambil dari sini, jangan risau. Rezeki tiap kita Allah dah tentukan. Rezeki tiap kita Allah kata, kalau kita buat, kita dapat. Rezeki di bumi Allah ni luas, jangan berebut, jangan hasad dengki, jangan makan sorang.
.
.
Husna Adnan,
Ratu Kenanga suatu masa dulu.
Tiap pekerja situ dah macam kawan.
Layan orang bebaik, nanti depa layan hang bebaik.
Tapi sekarang mana entah depa pergi. Y_Y

Buku selfie?? Oh no!

Kes hangat berkenaan buku yang berasal dari status media sosial, dah jadi bualan tiap rakan industri.
.
Saya tiada masalah dengan buku konsep begini. Kalau dah suka, penutup botol pun kita kumpul.
.
Lagipun ia tetap status yang ditulis si penulis. Tak kacau copyright orang. Lainlah dia ambil status hakak pi jual kata ayat dia dan meraih kegemilangan.
.
.
Cuma hakak ada pendapatlah.
Pendapat krik krik.
.
Nak copy paste status tu tiada masalah. Tapi kurangkan tepek muka individu; tak kira cantik ke, hodoh ke, hensem ke, suam kuku ke apa.
.
Kalau dibuat tipografi yang besar satu muka surat dan menggabungkan font yang elok-elok ala 88 Love Life atau Kanvas Muharikah, seronok sikit nak hadap sambil mengenang nasib.
.
Kalau baca buku yang terlalu banyak selfie, hakak rasa cemas serba salah gitu. Isteri orang kan. #kbai
.
.
Jelas sekali saya bukan pembaca sasaran. Mungkin ini buku fan-service. Fangirl mungkin suka simpan dan tatap wajah beliau. Macam kau kumpul poster Shima dululah. Buat-buat lupa lettew.
.
Maka, hakak tak kutuk beliau mahupun penerbit. Mereka buat atas sebab mereka sendiri. Kos mereka sendiri. Risiko mereka sendiri.
.
Kita yang bukan pembaca sasaran, kalau tak puas hati, buat buku sendiri. Demi jaga maruah, konon tak nak letak muka sendiri, kau letaklah gambar rumput ke apa yang patut.
.
Tak tahu macam mana, contact hakak. Biar hakak uruskan dari cover, layout, ISBN, sampai ke pencetak.
.
Kau siapkan duit je.
PM sis jika berminat.

Terbitan Sulung Skuad Misi


12 April 2016

5 Tip Membina Kredibiliti Bagi Peniaga Yang Berurusan via Whatsapp



1. Gunakan gambar sendiri yang paling elok, atau logo syarikat sekiranya nombor itu nombor syarikat.
Jangan biarkan kosong, atau letak gambar anak, gambar selfie mulut senget, gambar alam sekitar, mahupun gambar juadah hari raya yang lalu.
Gambar adalah 1st impression kita kepada bakal pelanggan.
.
2. Tulis status Whatsapp dengan ayat yang mengesahkan nombor itu memang milik empunya bisnes yang pelanggan simpan.
Contoh:
Jika peniaga kain, tulis status
"Kain Murah & Berkualiti"
Jika ada website, letak url web.
.
3. Elakkan (atau jangan buat langsung) status negatif atau emo meroyan dikhianati kekasih.
"Jantan tak guna!!!"
"Kau buat aku hari ini, esok kau tunggu!"
"Bosannya. Gi mati pls. 😒"
Walhal jual kain telekung, dah terganggu emosi bakal pembeli. 'Eh betul ke idok ni nombor IG telekungkutelekungmu tu?' 😷
.
4. Mulakan menyapa bakal pelanggan dengan salam dan emoticon yang bersesuaian. Tunjukkan kemesraan walaupun sebenarnya baru bergaduh laki bini perihal siapa nak cebok anak.
Atau jika tak reti berpura-pura, balas Whatsapp hanya selepas emosi terkawal.
.
5. Gunakan panggilan yang sesuai dengan target market.
Ada target market yang hanya sesuai menggunakan panggilan formal (tuan, cikpuan, puan, encik, dato', datin). Ada juga target market yang selesa dipanggil panggilan santai (sis, kakak, bro).
Mulakan dengan panggilan formal lebih selamat. Jika pelanggan minta santai, baru kita ubah.
.
BONUS!
6. Gunakan ejaan penuh bagi mengelakkan kekeliruan. Dan dilarang keras menggunakan singkatan berbentuk nombor dalam urusan jual beli.
Penjual: "Harga promo 2 abes da wak."
Pelanggan: "Tapi saya nak 1 je."
2 = Itu, tu.
Pelanggan: "Ada lagi ke sis?"
Penjual: "6t saya PM blk."
6t: Nanti
Hakak pernah beri invois untuk dua kuantiti sampai terkejut pelanggan. Awat mahai sangat?? Sebab dia yang guna '2' = itu. Kita paham lain. Hoho.
.
Apa pun, sebagai peniaga, kita kena cool. Belakang-belakang meroyan dengan suami ke, best friend ke, anak kucing ke, depan pelanggan tetap mahu cool. Sifu kata, nak hati tisu, jangan berbisnes.
.
Oleh: Husna Adnan

5 Sebab Mengapa Sesetengah Penjual Kurang Gemar COD (Cash On Delivery):


1. Pelanggan sangka COD tiada sebarang kos, maka mahu tolak duit pos.
COD masih guna minyak, malah tol jika ada. Takat RM6, pergi balik kadang lebih daripada itu. Kalau sekampung setaman sejalan itu lain cerita.
.
2. Jimat masa?
Penjual kata jam 2 petang di Petronas.
Pembeli kata okey, otw.
Penjual tengok jam, dah 2.30 petang.
Pembeli Whatsapp, "Esok boleh ke? Saya ada satu lagi kenduri kena hadir."
Minta carut ke? Astaghfirullah.
Pembeli kata ada di rumah.
Penjual kata dalam pukul 2 sampai.
Dah sampai... segala loceng, call, Whatsapp, DM, TG, merpati, asap semua tak berkesan. Tiduq ka??
Ada juga pembeli yang on time, tapi penjual pula buat hal. Manusia, kan. Jadi, adakala COD ini tak jimatkan masa pun. Baik lagi hangpa minta pos.
.
3. Jimat tenaga?
Duduk dalam kereta berjam-jam, semata nak tunggu awak nan seorang. Kalau penjual yang kena angkut anak, kesianlah musim panas ni. Awak mungkinlah suka, sebab minta COD otw dari kenduri.
.
4. "Saya duduk Paris. Boleh ke nak COD sekarang? Nak sabun harga promo."
Ada produk, tidak berbaloi untuk dihantar sekotak saja. Atau sekeping. Atau sehelai. Atau seurat. Margin sedih. Apabila diterangkan, dikata tolak rejeki.
.
5. Dah kasi total, bawa duit tak cukup. Atau harga barang RM19, diberi RM100. Kita bukan mesin cash, sayang.
.
Apabila diadun semua ramuan di atas, sesetengah penjual lebih selesa berurusan secara pos. Tapi penjual pun kena tunjuk kredibiliti untuk buat pelanggan percaya yang barang itu confirm sampai. Ini kisah lain. Jika profile ala-ala fake / scam, memang orang minta COD je la manjang.
.

Tulisan oleh: Husna Adnan
Dibenarkan terus share.
Dilarang copy paste tanpa kredit.
Saya bertanggungjawab atas tulisan saya.

BAGAIMANA FOUNDER MENGANIAYA IMPIAN SENDIRI; FAST CASH VS BRANDING

Sewaktu menghadiri The Founder Talk tahun lalu, kami diperkenalkan dengan beberapa founder jenama tempatan yang gah di Malaysia, malah gah juga di luar negara.
Kebanyakan founder bermula dengan, "Aku menjadi founder kerana mahu menambah baik kualiti hidup orang lain, dengan membuka peluang pekerjaan." Muluk-muluk belake niatnya. Syukur.
Malangnya, akibat kesilapan sistem dan lebih berpaksikan kepada keuntungan (yang sebenarnya hanyalah keuntungan jangka pendek), ada sesetengah founder lupa apa niat asal.
.
Kesilapan-kesilapan biasa:
1) Bermula dengan kuantiti produk yang banyak. Lebur modal untuk siapkan produk sahaja.
2) Tiada bajet yang cukup untuk marketing.
3) Hire ramai stokis dan dealer, untuk buat kerja sales.
4) Tiap level ada margin berbeza.
5) Beli banyak, kos rendah, untung tinggi (sepatutnya).
6) Demi nak lajukan stok, benarkan stokis menjual direct kepada pelanggan.
7) Stokis margin tinggi, beri diskaun melampau, pelanggan musti pilih > stok laju.
8) Founder tepuk tangan, kasi stokis hadiah wang tunai, barang kemas, iPhone, percutian ke Maldives.
9) Stokis gembira.
10) Dealer bilis terkontang-kanting, perlu bersaing dengan stokis jerung.
11) Demi menghalalkan stok laju mencair, tiada kawalan harga. Jaga stokis katanya. Fast cash.
.
Heh. Kisah benar.
.
Di bawah adalah apa yang kami pelajari dari Seminar #GergasiHijau, perkongsian Cikgu Leo, founder Gel Amani. Saya tambah-tambah sikit ikut pengalaman.
.
1- Founder hire stokis: founder lead supaya stokis dapat mengurus dan membimbing team pengedar. Founder highlight nama stokis. Stokis biasanya mendapat margin sebanyak 50%, dan tidak diambil ramai. Ada yang satu negeri, satu stokis sahaja. Tugas hakiki: buat marketing, dan bimbing pengedar urus pelanggan.
2- Stokis hire pengedar: team jualan yang berurusan dengan pelanggan. Margin biasa untuk pengedar adalah 35%. Amalan baik yang diamalkan oleh stokis: buat senarai pengedar, arahkan pelanggan kepada mereka. Jika stokis mendapat pelanggan yang berminat, stokis akan bertanya lokasi pelanggan, dan berikan contact pengedar yang berhampiran.
3- Pelanggan yang mempunyai potensi menjadi tukang-bawa-mulut berkenaan kebaikan produk, dipanggil agent. Pengedar boleh memberikan diskaun sebanyak 20% kepada pelanggan yang berminat menjadi agent.
4- Agent yang perform, ditawarkan menjadi pengedar.
5- Margin besar ke, margin ciput ke, semua jual harga sama yang ditetapkan oleh founder. Jangan benarkan main harga. Buat apa saling berbunuhan? Orang nak jadi dealer / agent pun tak tempting.
6- Dah saling berbunuhan stokis vs dealer / agent, tang mana hangpa kata nak menambah baik hidup orang lain? Yang modal ciput apa cerita? (Ciput tak ciput, min order cecah riburiban ye.)
.
Apabila sudah sempurna hierarki ini, perlu ada satu lagi sistem yang wajib dibuat; yakni semua penggerak perlu mendaftar. Hatta dropship. (Saya belajar dari Tuan Safiey Ilias, founder Perlaking.)
Ini demi mengawal harga pasaran, dan mengesan siapa yang main harga, under siapa polan tersebut. HQ berhak menyaman, dan melucutkan keahlian.
Maka semua bersaing cara sihat.
Kuatkan branding, banyakkan ilmu bisnes. Bukan buang harga!
.
***
Ada dapat input berguna daripada post ini? Kongsi dengan rakan lain. Semoga ramai dapat manfaat. Demi kehidupan yang lebih berstrategi, taktikal, adil, dan harmoni. Biar orang lain kaya dengan cara salah, jangan kita menjadi salah seorang daripadanya.
Menjadi umat Islam, perlu ada 'long-term vision'. Visi jangka panjang lah terjemahnya. Iaitu; syurga.
Biar perniagaan kita, bawa kebaikan.
Bawa kita ke syurga.
Daripada Ibnu Umar, kata Rasulullah, "Ketahuilah! Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinanmu." - Sahih Bukhari.
.
Husna Adnan,
Peniaga sejak 2009.
Dah kenal banyak ragam manusia.
Pasal duit, semua halaaaaaaaal.

Sesuatu Yang Terlupakan

Tahun ni, tahun keempat tinggal berasingan dengan mak. Kami sempat tinggal setahun di dalam bilik kecil di tingkat atas, sebelum punya keberanian untuk keluar menyewa walaupun dua-dua bekerja sendiri dan entah... rezeki Afia.
.
Duduk asing ni, paling aku rindu...
... masakan mak.
.
Kadang singgah kejap hantar barang ke, hantar Ephyra ke (mak suka minum bila sakit lutut dia berkurang, kulit dia lembap, tak cepat letih)... aku paling mengharap ada benda bawah tudung saji.
.
Hari itu bila angkat tudung saji, ada lempeng sekeping dengan satu mangkuk sambal ikan bilis.
.
Ya Allah, menangis hati ni bila nampak. Sebab rindu dan suka sangat lempeng cicah sambal ikan bilis mak. Menangis gumbira. 🎉🎉🎉
.
Walaupun nak cepat, laju-laju basuh tangan, duduk sipi punggung makan sampai habis, dan terus basuh pinggan sebelum mak keluar dari bilik. Salam mak, dan sambung buat kerja sendiri. Pergi pos ke, apa yang patut.
.
Kadang datang selepas dah kenyang. Tak mengharap mak masak ke, minta mak masak itu ini ke, sebab tahu... mak penat. Kemas rumah, jaga kucing yang lima ekor tu, sidai kain, angkat kain, lipat kain. Mop lantailah, apalah. Jenis tak reti duduk diam.
.
Kadang datang memang lapar. Mak pulak datang mood dia nak memasak. Penuh satu meja. Kami ni muka acah cool, tapi bila siap je lauk terakhir, minta izin, "Mak, makan dulu eh." Sebab mak suka makan lepas maghrib. Kadang aku tengok dia tak makan pun.
.
Dan bila kami makan, serupa tak makan seminggu. Kadang bertambah, kadang tidak sebab memang dah tahu tahap lahap macam mana, terus ambil nasi menggunung.
.
Sedapnya makan lauk dan nasi panas-panas. Kalau ada gulai ayam, mak goreng pulak ikan masin PERGHHHH terus tak ambil ayam tu, makan kuah gulai dengan ikan masin saja pun sedap jilat jari. Lepas tu baru ambil ayam, buat ratah haha.
.
Aku selalu jadi orang terawal dan terakhir di meja makan. Makan perlahan-lahan, tak sopan pun kena steady. Nikmati tiap air tangan mak sebab balik kang takdo eh. Melainkan ada lebih, mak kasilah tapau sikit bawak balik.
.
Tapi....
.
Kami sahaja yang begitu.
.
Yang lain....
.
Kena panggil berkali-kali baru turun makan. Dah turun pun rupanya dah siap berhensem bagai, nak keluar dengan kawan katanya. Lepak mamak.
.
Adik-adik,
Maaflah aku tulis sini. Sebab aku pernah jadi macam kau semua. Kita pernah duduk serumah, dan aku pernah lupa satu nikmat yang masih ada.
.
Air tangan mak.
.
Sementara mak masih ada, dan pada usia tua dia masih mahu nak memasak untuk perut kita sedangkan kita semua dah besar lebar panjang, bukan untuk suami pun sebab suami dia dah tak ada...
... nikmatilah.
.
.
Lepas jadi ibu, aku pun baru faham satu lagi perkara.
.
Apabila dah jadi ibu, aku sangat mahu isi rumah makan masakan aku dalam keadaan masih panas berasap.
.
Waktu itulah masakan aku paling segar, paling sedap untuk suami dan anak aku.
.
Dan ada masa, aku pun tak lalu makan apa yang aku masak. Tapi aku suka duduk juga semeja, sebab nak tengok muka keluarga aku makan beria-ria. Kadang sengaja aku letak nasi sikit, supaya mereka minta tambah dan tambah dan tambah.
.
Aku rasa bahagia tengok masakan aku buat mereka gembira, buat mereka kenyang. Kalau jari sakit terhiris pisau, lengan pijar terkena minyak, lidah pedih dek nak pastikan cukup rasa... semua itu hilang bila tengok mereka makan.
.
Aku dah faham apa perasaan mak. Aku dah faham kenapa dulu aku kena marah dengan abah bila mak masak tapi aku tak nak makan. Aku lebih nak main di luar dengan kawan-kawan. Aku takkan lupa kenangan tu, aku paksakan juga makan nasi dengan linangan air mata.
.
Sebab arwah abah pun tahu mak masak susah payah, dan hanya akan gembira apabila anak-anak makan sama. Abah masak pun kita kena makan walaupun nasi goreng abah adalah nasi goreng paling sepah pernah aku tengok. T_T Tapi entah macam mana boleh sedap.
.
Aku rindu nasi goreng abah.
.
Dan aku akan rindu lempeng sambal ikan bilis mak, gulai ayam mak, sayur goreng jawa mak, rendang daging mak, asam pedas mak, ayam tomato mak, hatta air teh yang mak selalu buat tiap petang. Aku buat guna uncang yang sama, gula yang sama, dan air jug yang sama pun tak rasa sama macam mak buat.
.
Sebab itu aku sedih sangat... bila mak masak, kau orang tak sentuh sikit pun. Tak berlari turun, tak terus duduk semeja. Tak excited. Keluar lepak dengan kawan lagi ada.
.
Mak tak tunjuk kecewa dia, aku pun tak tahu mak kecewa ke tidak. Tapi naluri keibuan aku kata, aku akan sedih kalau itu yang jadi pada aku nanti.
.
Adik-adik,
.
Makanlah sampai habis, sampai bahagian aku pun tak ada bila aku datang sekali-sekala, asalkan kau makan yang panas-panas tu, dan cakap betapa sedapnya air tangan mak.
.
Mak kita kadang buat dono je sambil tengok K-drama, tapi kau lah yang akan teringat-ingat bila si tua itu tiada lagi bersama kita.
.
Hargailah.
.
Sementara dia masih ada.
.
.
Yang ikhlas,
Akak kau.
- Siyut sendiri tertacing. Y_Y

Gergasi Hijau 2016

19 Mac 2016, pertama kali pergi ke seminar bersama-sama.
Overall, best juga la Gergasi Hijau ni.



We Are What We Watch?

(#throwback status FB bertarikh 12 Mac 2016)

Semalam tengok satu program berbahasa Cina di NTV7. Itu sajalah program terbaik supaya tak rosakkan otak tengok drama "tetiba aku dah jadi suami orang" nada sesal tapi muka senyum innocent.
.
(Hadui kena pukau ke dik sampai tak perasan tergenggam tangan tok kadi? Kau tidur ke masa nikah?? 😒 Panas pulak mak menaip balik ni lulz.)
.
Dalam program itu (yang berbahasa Cina tadi ya) ada banyak segmen. Berkebun, berpantang. Paling menarik cerita pasal kopi di Hanoi.
.
"Sebenarnya di Vietnam tiada kopi. Kopi ini dahulunya dibawa oleh orang Perancis."
.
Oh... rupa-rupanya.
.
Kemudian pengacara teringin nak minum kopi susu, kopi yang dititis sedikit demi sedikit kaedahnya.
.
Yang lebih menarik, walaupun kopi belum siap titis, dia dah kasi atas dulang di atas meja pelanggan. Sebelum kopi habis titis, kau minum teh ais dulu.
.
Wah gitu konsep. Unik kan? Biasanya kalau teringin nak minum sirap, sirap yang kau harapkan turun ke tekak. Punya penyabar orang Vietnam.
.
Walaupun tiada perancangan pergi Vietnam, dan bukan di Vietnam, terisi sikit ilmu berkenaan budaya mereka di sana.
.
Lihatlah dunia.
.
Dengan menukar channel,
anda mampu mengubahnya. Y_Y
.
Husna Adnan,
Married tapi takde tapi tapi derrrr.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...