Showing posts with label Bebel Kawanku Panda. Show all posts
Showing posts with label Bebel Kawanku Panda. Show all posts

01 September 2014

Kawanku Panda (2011 - 2014)



Selesai. Selepas habis 361 naskhah, 'Kawanku Panda' tidak lagi diulang cetak dan diuruskan oleh PTS - kerana hak penerbitan sudah dikembalikan kepada saya. Dah jadi rare item ni... hoho.
.
Saya sedang merisik diskaun yang dapat PTS berikan kepada saya sekiranya saya mahu beli sedikit baki buku ini. Ada sesiapa mahu beli juga? Insya-Allah sekiranya dapat diskaun hebat, saya jual dengan harga lebih rendah daripada harga asal RM16. PM saya bagi yang berminat.

06 December 2012

Mari Membuat Kad Panda!

Assalamu'alaikum.

Hamboi... nak dekat seminggu baru terhegeh-hegeh terbitkan entri berkenaan event di Menara KL yeeee. Verani nampaknya budak ini... *tuding diri sendiri T_T*

Macam biasa, walaupun hampir seminggu event berlangsung, tetap tebalkan muka dan jemari demi membuat entri tertangguh. Miahaha.

Baiklah.

Alhamdulillah, event berjalan lancar, walaupun 45 minit itu terasa sekejap dan kami semua kesuntukan masa. Mungkin saya terlalu banyak berceloteh berkenaan 'Kawanku Panda' hingga masa membuat kad sedikit tergugat. Dah kata nak promosikan 'Kawanku Panda'... kenalah tadah telinga sedikit... hehehe.

Ini semasa diri sendiri sibuk membuat kad, tanpa menghiraukan para peserta. Boleh? Hahaha syok sendiri lettewww. Lain kali tidak perlu buat sama-sama lagi. Sudah ada sample. Yahuuuu!

Gambar bersama para peserta tiada. T_T Ya... kerana telefon bimbitku dibawa lari oleh sang kekasih yang hilang entah ke mana. Duhai adik-adik yang ada gambar kita, mohon berikan kepada saya, ya. Terima kasih. *pasrah*

Namun nasib baik ada kad kalian sebagai pengganti diri. Ecewah! Berikut adalah hasil kraf membuat kad panda oleh para peserta!

Oleh Adik Faris Hadi.

Oleh Adik Nur Syahdina binti Badrulhisyam.

Oleh Adik Amirah.

Nampak tak? Semua sangat berbakat! ^_____^ Ini baru kurang 45 minit masa diberi. Sekiranya ada lebih banyak masa, pasti lebih cantik pom pom pom meletops!

Nak juga menyelit. Oleh Encik Suami saya. Hahaha!
Tidak sempat letak gam dengan kemas, maka glitter hijau di dalam love itu macam diserang senggugut. Kasihan glitter tersebut.... T_T

Ini... hahaha... ya, saya punya. :P
Tidak meriah dan anggun seperti yang dibayangkan, namun berpuas hati jugalah. Wakaka. Gam belum sempat kering sudah gatal tutup kad. Jadilah begitu. 

Eh, apa pula di bawah ini?


Ha... ini adalah fan-art 'Kawanku Panda' daripada Adik Amirah tadi. Yahuuuuuu!! Cantik, kan? (^o^) Terima kasih, Amirah Max! Johan dan Panda riang ria cuti sekolah.

* * *

Seronok... memang seronok! Bertambah seronok apabila saya diberikan satu lagi peluang membuat kad bersama adik-adik yang sudi hadir ke PKNS Bangi pada Ahad ini, 9 Disember 2012, bermula jam 12 tengah hari. Insya-Allah. Hebahan lanjut akan saya umumkan di page saya. Jemput like. (=^____^=)v

UPDATE:

JOM!!!

* * *

Di bawah pula adalah sedikit gambar semasa aktiviti 'Membaca Setinggi Awan',
pada 1 Disember yang lalu.

Afia bersama Cikpuan Azzah di puncak menara.
Afia menjadi rebutan pada hari itu. Hahaha! Ibu dan abah relaks~ :))

Afia bersama Chef Hanieliza, dan Atuk Prof. Abdullah Hassan.


Antara karyawan PTS yang turut hadir. 


♥ Jumpa lagi, Menara KL! 

Esok pula, insya-Allah, saya akan berada di UiTM Lendu, Melaka, bagi mempromosikan Kursus Penerbitan, Fakulti Komunikasi dan Media Massa. Acara bermula jam 3 petang, jadi mungkin kami akan bermalam di Melaka sahaja. Yahuuu... Melaka adalah best! Jumpa esok, Melaka dan Taman Buaya!

Jumpa lagi, kawan-kawan!


P/S: Macam agak kelam-kabut entri kali ini. Hahaha maafin gue... ada banyak kerja. Perlu melakukan semua perkara dengan pantas zasss!!!

19 April 2012

Dan pemenangnya adalah.... *baddummm ching!*


Assalamualaikum. (^_^)

Alhamdulillah, pertandingan yang berakhir pada Isnin lepas, berjaya menarik beberapa penyertaan daripada saudara dan saudari yang amat rajin. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi menyertai pertandingan tidak seberapa ini. Saya sangka paling banyak pun dalam lima penyertaan. Namun alhamdulillah, berbelas-belas penyertaan pula yang saya terima. 

Terima kasih sekali lagi! :'D

Baiklah.

Agak susah juga mahu tentukan pemenang, kerana hampir semuanya ditulis dengan baik. Saya hanya baca setiap penyertaan tanpa membuat sebarang nota kerana mahu lihat entri siapa paling melekat di hati gitu. Tapi lagi... terlebih pula yang melekat di hati. Sobs. Sebagai seorang gadis muda yang belum menjadi jutawan, hadiah seperti yang ditawarkan sebelum ini sahajalah yang mampu saya tunaikan. Kepada yang tidak terpilih, usah bersedih ya. Sekiranya kaya-raya, sudah tentu saya berikan kepada semua. Oh~


Semua penyertaan diadili oleh saya, dan dibantu oleh Encik Suami bagi top 6. Jadi sebarang surat-menyurat adalah tidak dilayan, memandangkan kata sepakat sudah dibuat. Bukan mudah apabila hampir semuanya bagus belaka hokey. Hampir semuanya ada bakat menulis. Memang tabik spring sama kalian! 

Baiklah (lagi). Di bawah adalah senarai pemenang. 


Tempat Ketiga:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
1 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM20

Tempat Kedua:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
2 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM30
Jatuh kepada: Puan Ilma binti Asmadi

Tempat Pertama:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
3 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM50

Tahniah kepada semua pemenang! =D Mohon e-melkan info seperti alamat dan nombor telefon ke adha.ameera@gmail.com, bagi tujuan pengeposan hadiah, ya! Mana-mana pemenang yang tidak memberikan sebarang maklum balas dalam masa tiga hari, kami akan umumkan pemenang baru.

Kepada semua yang menyertai, terimalah hadiah maya ini, 
ikhlas dari hatiku nan cheese suci:


Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang sudi menyertai!
Semua link blog kawan-kawan sudah saya letakkan di tepi kiri blog ini.
Berkuat kuasa hari ini, hingga 20 Mei 2012
Eh. Tarikh yang sweet! Auwww! :">


Jumpa lagi!

09 April 2012

Pertandingan 'Kawanku....' oleh Husna Adnan

Assalamualaikum, hai hai.

Baiklah. Kelmarin saya ada beritahu berkenaan pertandingan 'Kawanku Panda', bagi mereka yang mahu memenangi novel 'Kawanku Panda' dan hadiah-hadiah comel yang lain. Kepada yang berminat menyertai, mari baca cara-caranya di bawah ini! Mudah sahaja!

Syarat Penyertaan

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

2. Ada blog (Blogspot, Wordpress, Tumblr, dan sebagainya).

3. Apa?? Tiada blog? Jangan bimbang. Sekiranya tiada blog, boleh menggunakan fungsi Note di Facebook, namun perlu pastikan Note itu set as Public, supaya saya dapat membacanya, walaupun saya tiada dalam akaun FB para peserta.

4.  Tulis entri seperti yang diminta, berdasarkan kisah benar. Kisah rekaan, tidak dibenarkan bagi menjaga kesucian entri. Ececeh

5. Pastikan menulis tajuk entri itu bermula dengan perkataan Kawanku.... 
Contohnya: Kawanku Duyuk, Kawanku Siti Saleha, Kawanku Ahmad Tajuddin, Kawanku Eman Manan, Kawanku Si Bulat, dan sebagainya.

6. Tulis entri mengikut kreativiti, namun perlu cerita pengalaman terhebat peserta dengan kawan yang dinyatakan. Tidak kisah pengalaman pahit mahupun manis. Cuba tulis hingga saya yang membacanya pun dapat rasakan betapa eratnya kalian berdua. Tulislah dari hati, insya-Allah hati yang membacanya turut tersentuh. Sekiranya mahu letak gambar, juga digalakkan. Tetapi perlu pastikan gambar tidak menampilkan sebarang aurat, ataupun yang menyinggung mana-mana agama, bangsa, dan negara.

7. Paling penting, ejaan perlu betul, tidak menggunakan singkatan seperti menulis SMS, tulisan gewdix seperti kewww, yewww, skewww, dan sebagainya amatlah dilarang, dan tidak dibenarkan campur-adukkan perkataan bahasa Melayu dan mana-mana bahasa asing, tanpa sebab yang kukuh. Sekiranya terpaksa, italikkan penggunakan bahasa asing itu. 

8. Pada akhir entri, mohon letakkan gambar cover Kawanku Panda, dan nyatakan entri itu dibuat khas untuk Pertandingan 'Kawanku....' oleh Husna Adnan. Jangan lupa letak URL 1001husnaadnan.blogspot.com sekali.


9. Selepas selesai menulis entri, mohon letakkan URL entri itu di ruangan komen di bawah, beserta nama penuh peserta (nama sebenar pada kad pengenalan). Siapa yang jadi Anonymous ataupun guna nama rekaan, secara automatik penyertaan akan diabaikan.

10. Para peserta juga perlu pastikan sudah like page Husna Adnan (Adha Ameera), supaya kelak apabila saya umumkan nama pemenang, para peserta dapat mengetahuinya dari News Feed. Mudah, bukan?

11. Para pemenang akan diumumkan paling lewat tiga hari daripada tarikh tutup penyertaan. Sebarang perubahan, akan diumumkan kelak.

12. Tarikh tutup penyertaan: 16 April 2012, jam enam petang.


Contoh Penulisan

Kawanku Duyuk

Tiada siapa dapat menyangka, pertemuan secara tidak sengaja pada malam itu adalah titik mula saya dan Duyuk menjadi sahabat, walaupun kami berlainan spesis. Ya, saya manusia, dan dia pula seekor kucing kampung, yang sangat kecil dan kurus. ...

Okey, begitulah serba sedikit contoh yang dapat saya berikan, hehe. Jangan terlalu ringkas, dan jangan terlalu panjang, supaya cerita tidak berhenti ketika enjin baru hendak panas, ataupun terlalu meleret hingga rasa mahu tidur. :')

Hadiah-Hadiah Menarik!

Tempat Pertama:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
3 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM50

Tempat Kedua:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
2 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM30

Tempat Ketiga:
1 naskhah 'Kawanku Panda' 
1 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM20


(Pemenang yang sudah ada 'Kawanku Panda', jangan bimbang. Saya akan gantikan dengan novel terbitan PTS One pilihan saya. Jeng jeng jeng....)



Hadiah Saguhati:
URL blog para peserta akan saya link pada side bar blog ini selama sebulan.
- Huhuhu, ini sahaja yang mampu saya lakukan sebagai penghargaan kepada semua peserta, walaupun blog ini tidaklah femes seperti blog orang lain. Mahu berikan hadiah, perlu tunggu saya jadi jutawan. Ho ho ho... :')

* * *

DisclaimerSekiranya penyertaan yang diterima tidak begitu memuaskan, mungkin pemenangnya hanya seorang, ataupun dua orang. Jadi, perlu tulis dengan bersungguh-sungguh ya! Jangan sekadar mahu cepat siap. Entri yang kreatif dan lain daripada yang lain adalah sangat dinantikan! Siapa tahu, kita dapat bekerjasama kelak. =D

Selamat menulis!


27 February 2012

Hadiah bertambah? Ya, benar!


Assalamualaikum. (^_^)

Hai! Apa khabar semua? Harap sihat-sihatlah ya.

Jumaat lepas, emak saya baru balik dari China selepas berjimba selama seminggu di sana. Seronok betul jadi dia kan, kerja kuat berpuluh tahun, sekarang masanya menampi padi kejayaan dengan melancong ke sana dan ke mari. Walaupun ada sedikit sedih sebab tidak mampu menemaninya seperti ke Indonesia dan Korea dulu, tetapi kawan-kawan emak yang dapat temankan pun ramai. Jadi... happy for you, emak yang cantik! :'D

The best part is, emak membawa pulang pelbagai barangan bertemakan PANDA. Weeehooo! Saya tidak minta pun, tetapi emak belikan juga. Katanya, supaya saya dapat beri sekali barangan dari China ini kepada mereka yang membeli 'Kawanku Panda' daripada saya. Haha! Comel saja. Memang menarik idea emak itu, memandangkan keychain Pandaboy hanya tinggal satu. (^____^) Alhamdulillah! Dapatlah saya ganti mana-mana barangan ini dengan Pakej A. Boleh buat Pakej C, D, dan sebagainya. Heee.

Hiasan telefon bimbit.

Patung panda yang sedikit teleng, namun hensem. Haha!

Keychain panda kembar tiga.

Pin panda yang kecil amat.

Fridge magnet.

Meriah betul ye hadek-hadek. Di bawah adalah segala-segalanya berkenaan panda. Mainan si Duyuk pun bentuk panda (tiada dalam gambar), boleh berjalan sambil mengalunkan lagu yang Pitbull dan J.Lo buat remake itu. Mata panda itu siap menyala-nyala, sampai Duyuk takut nak dekat, haha! Kalau macam itu sekali dia punya gaya, saya pun takut. Encik Suami belikan. Sungguhlah terharu........... (Y_Y)



Buat masa ini, saya belum kemas kini borang tempahan dengan pakej baru. Tetapi sekiranya mahu beli Pakej A yang sangat eksklusif sebab tinggal satu itu, ataupun mahu beli Pakej B, yakni button badge (itu, yang sebelah kiri tengah di atas), bolehlah isi borang di sini

Esok saya akan poskan lagi dua tempahan, sebab esok ada perjumpaan di pejabat PTS. Stok buku sebenarnya sudah habis. Saya ambil 30 naskhah sahaja hari itu. Insya-Allah, esok dapatlah saya ambil lagi, memandangkan hadiah pun sudah bertambah. Yey yey!

Akhir kata.....

(^___________________________^)






20 January 2012

Comel. Comel. COMEL!!!


Assalamualaikum. Hai, semua!


Alhamdulillah... kedua-dua set hadiah comel untuk pembelian 'Kawanku Panda' sudah diterima. (^__________^)v Setelah pahit ranjau berduri kuharungi, akhirnya keychain pandaboy dan button badge sudah berada dalam genggamanku. Alhamdulillah, alhamdulillah. Comel semua!

Kepada yang sudah membuat tempahan dan pembayaran, saya ucapkan jutaan terima kasih. Terima kasih, terima kasih, terima kasih darab sejuta!!!

Maha Suci Allah, sebenarnya saya kurang yakin ada yang sudi membeli terus daripada saya, memandangkan bakal pembaca perlu membayar kos penghantaran. Lagipun saya belum menempa nama sebagai penulis popular (ewah), jadi keyakinan memang kurang sedikit. Namun hampir setiap hari, ada sahaja e-mel tempahan masuk. Alhamdulillah.... :') Thanks yuolls


Jadi, atas dasar apa saya tetap merancang menjual sendiri karya saya walaupun kurang yakin? 

Hakikatnya, saya memang menjual semua karya saya, termasuklah ketiga-tiga siri 'Kisah Si Puteri' dan majalah 'Untuk Si Gadis'. Cuma saya kurang menguarkan, memandangkan kesemua bahan bacaan itu mudah didapati di kedai buku. Malah, saya pernah turun padang bagi mempromosikan kesemuanya. Tetapi sekiranya ada yang masih belum mendapatkan dan mahu beli daripada saya, beritahu sahaja. =D

Berbeza dengan 'Kawanku Panda', kemungkinan besar, saya tidak dapat turun padang bagi mempromosikannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada bulan April dan Mei nanti. Sejak saya berkhidmat dengan PTS pada tahun 2009, memang tidak pernah lagi saya tidak ke PBAKL. Setiap tahun, adaaaaa sahaja muka si Husna Adnan ini. 

Kenangan bertugas di PBAKL'10. Eceh kenangan.

Tahun ini, oleh sebab saya tidak dapat pergi, saya mahu menjual sendiri 'Kawanku Panda', plus dengan hadiah-hadiah comel. Saya mahu berlaku adil kepada semua karya saya, jadi ini sahaja yang mampu saya lakukan untuk 'Kawanku Panda'. Tiada promosi besar-besaran di khalayak masyarakat. Malah, saya rasa Panda sendiri gembira kerana sudah ada merchandise sendiri. Haha! Over sangat.

Oh ya, berkenaan saiz kedua-dua hadiah comel itu, saiznya sebesar tapak tangan saya, lebih kurang 6cm x 6cm. Memang besar. Tadi saya sudah ambil gambar contoh di atas tapak tangan, tetapi sesuatu yang di luar jangkaan terjadi, maka satu folder gambar... hilang. T_T Jadi, mohon ambil pembaris dan tengok 6cm itu besar mana ya.

Baiklah, itu sahaja buat masa ini. Kepada yang mahu menempah, boleh klik sini. Kepada yang sudah membuat pembayaran, sabar ya! Bulan hadapan insya-Allah sudah terbit. Sekarang masih dicetak. (=^____^=) Sejurus masuk ke stor PTS, saya akan ambil dan memulakan proses penghantaran. 

Sebelum berpisah, mahu minta bantuan. Ini saya pinjam ayat Tuan Bahruddin Bekri. Cuma saya ubah suai sedikit, hehe. Mari bantu uarkan buku ini di wall FB masing-masing, dengan klik Recommend di Portal PTS. Dengan itu, semoga kewujudan buku ini kelak, diketahui ramai, insya-Allah. Semoga kawan-kawan dimurahkan rezeki kerana membantu. 


Okey, jumpa lagi!


P/S: Jom terjah SnaLaLa Blogshop sekiranya mahu tudung comel. He he.


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

Borang Tempahan 'Kawanku Panda'

Assalamualaikum.
Harga buku: RM16

PAKEJ A (RM19)
1 button badge panda eksklusif + Buku 'Kawanku Panda' + Pos Laju


PAKEJ B (RM23)
1 hiasan telefon panda dari China + Buku 'Kawanku Panda' + Pos Laju


PAKEJ C (RM24)
1 keychain panda dari China + Buku 'Kawanku Panda' + Pos Laju


PAKEJ D (RM20)
1 fridge magnet dari China + Buku 'Kawanku Panda' + Pos Laju


PAKEJ E (RM18)
2 mini pin panda dari China + Buku 'Kawanku Panda' + Pos Laju


Sekiranya mahu tambah button badge, tambah RM1.50 setiap satu.
Sekiranya mahu tambah lebih daripada satu, beritahu di Nota ya. (^_^)


(Bagi Sabah dan Sarawak, perlu tambah empat ringgit.)


Entri penuh berkenaan tempahan 'Kawanku Panda': Klik sini!
Entri penambahan hadiah dari China: Klik sini!


Kepada yang berminat, mohon isi borang di bawah:




Nama:


E-mel:
Alamat Pengeposan:
Poskod:
Kawasan:
No. Telefon:
Belian: Pakej A (RM19)
Pakej B (RM23)
Pakej C (RM24)
Pakej D (RM20)
Pakej E (RM18)
Cara Bayaran: Online Transfer
Mesin ATM / Kaunter
Nota / Permintaan:



Terima kasih!

19 January 2012

Perihal 'Kawanku Panda'

Assalamualaikum!

Ini entri khas bagi pembelian 'Kawanku Panda
secara terus daripada penulisnya...

yakni...

SAYA!
Muahahaha!


Sedikit pengenalan: 
Nama pena saya bagi buku ini adalah Husna Adnan. Itu juga nama ringkas bagi nama sebenar saya yang lebih panjang daripada zirafah. Tipu sedikit. Baiklah. Berkenaan 'Kawanku Panda', ceritanya berkisarkan Johan, yang terjumpa seekor panda di suatu tempat yang indah. Panda yang dijumpainya adalah anak panda, jadi mari kita bayangkan anak panda yang comel-lote itu.

Okey, sekiranya malas bayang, biar saya bantu.

Comel, bukan? *gigit dia!!!*

Tetapi... bagaimana anak panda yang comel-lote tadi dijumpai oleh Johan di Malaysia, sedangkan panda tiada di sini? Malah tiada panda pun di zoo kita! Sedih!!! Kemudian apa akan terjadi pada anak panda tadi??? Adakah ia akan dijadikan karpet? Ataupun beg tangan??? TIDAK!!!

Sekiranya mahu tahu, kenalah beli... hehehe. 
Jadi tak ayat pancing saya?

Menurut Cikpuan Editor, buku ini akan siap dicetak dan tiba di stor PTS, insya-Allah pada bulan Februari. Huhuhu, berdebar menanti baby sulung kategori novel saya ini. Risau dengan komen pembaca, risau dengan segala kesilapan yang mungkin terlepas pandang, risau macam-macamlah! 

Tetapi saya awal-awal lagi sudah memaafkan diri saya dan buku ini, kerana sebagai seorang manusia biasa, menjadi sempurna bukanlah dalam ruang lingkup keupayaan saya. Ewah ayat novelis sudah muncul! Maafkan saya juga ya sekiranya kawan-kawan tidak puas hati nanti!


Harga buku ini adalah RM16 bagi Semenanjung, RM18 bagi Sabah dan Sarawak. Harap tidak begitu mahal. Ini pihak penerbit yang tentukan. Jangan maghah saya... hehe.

Baik. Kepada yang mahu membeli buku ini terus daripada saya, ini antara pakej yang disediakan. Ingin kuucapkan di sini, setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah comel. Selepas buku siap terbit dan tiba di stor PTS, terus saya ambil dan mengepos semua pesanan. Yey!

Mahu tahu apa pakejnya? Mari kita lihat di bawah ini!

PAKEJ A (RM23)
Keychain pandaboy handmade eksklusif + Buku 'Kawanku Panda' + Pos Laju


PAKEJ B (RM19)
Button badge panda eksklusif + Buku 'Kawanku Panda' + Pos Laju

(Nota: Bagi Sabah dan Sarawak, perlu tambah dua ringgit.)

Bagi Pakej A, keychain itu dibuat khas oleh rakan baru saya, Ain namanya. Dia buat dengan kudrat sendiri, okey? Tidak akan dijumpai di mana-mana kedai. Kerana itu ia eksklusif! Tetapi memandangkan saya belum kaya, saya hanya mampu tempah 20 buah sahaja. Diulangi, DUA PULUH BUAH SAHAJA! Jadi hanya 20 pembeli pertama yang memilih Pakej A akan mendapat keychain panda itu. Hebat, bukan?

Bagi Pakej B pula, cuba teka apa yang hebatnya dengan button badge itu? Mari saya terus berikan jawapan. T_T Kerana... saya sendiri yang design!!! Wah!!! ^_______^ Saya hebat! Walaupun tidak gojes sangat pun, tetapi ia adalah hasil tangan saya! Demi para pembaca yang comel dan bersemangat, saya terus design semampu saya. Yang ini, ada banyak.

Sekiranya ada yang memilih Pakej A, dan mahu beli button badge juga, cuma perlu tambah RM1.50. Jadi dapat keychain pandaboy handmade eksklusif, button badge panda eksklusif, buku 'Kawanku Panda', dan terus diposkan ke rumah. Hebatnya zaman moden! >____<

Entri lanjutan berkenaan saiz hadiah: Klik sini!

Kepada yang berminat, mohon isi borang di sini ya!

Terima kasih!






Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v      
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...