Showing posts with label Bebel Riang-Riang. Show all posts
Showing posts with label Bebel Riang-Riang. Show all posts

13 October 2016

Amalan Pemakanan Ibu Mengandung / Hamil

Assalamu'alaikum.

Waktu mengandungkan Aulia Safa, banyak juga yang saya telan demi maslahat bersama. Dulu waktu anak sulung saya Afia Zara, hampir tidak amalkan apa-apa malah asyik mengidam bubur segera yang dah masuk 4 tahun kami boikot haha. Sangat unhealthy. 😵 Dan banyaklah masalah Afia terutama kulit dia. Maafkan ibu, nak.

Maka mengandung kali kedua ini saya ada sedikit berjaga-jaga.

Ini yang saya amalkan dan alhamdulillah nampak kesannya pada Safa.

27 Julai 2016: "Hello, ni saya berusia beberapa puluh minit."

1) Susu Kambing

Oleh sebab Afia dulu kena kuning hampir sebulan (border prem), maka kali ini saya amalkan susu kambing sejak masuk 4 bulan. Tak pernah minum susu kambing, tak pernah peduli jenama susu kambing di pasaran, tetiba terus jadi Ejen Khalish sebab memang suka menjual (haha) dan dapat minum sambil berkongsi kebaikan.


Ni masa 4 bulan, dah nampak perut sikit.
Dan masa ini Khalish masih berwajah lama.


Saya amalkan yang koko kurma sebab rasa coklat (of course!). Nasib baik sedap macam air coklat biasa. Tak hamis, tak bau kambing, tak payau ke apa. Serius sedap. Yang asli tak berapa seronok pada lidah sebab kurang manis. Tapi ramai juga pelanggan saya yang hamil memilih asli, mungkin memang tak suka minum manis atau nak baby putih? Hehe yang penting dedua pun bagus untuk ibu dan kandungan.

Ha ni packaging baru Khalish. Tak ada gambar kambing 😂

Hasilnya, Safa kena kuning juga hari ke-5 dan baik sendiri hari ke-10 (jaundice is normal mommies, don't be too scared, kecuali terlalu teruk dan terlalu lama). Lima hari je, dan tak tinggi. Tak kena bawa hospital, tak kena ambil darah, tak perlu jemur lampu biru. Alhamdulillah.

Dan, tulang Safa subhanallah sangat kuat!


Gambar semalam (12/10/16): Tengok leher Safa showoff! 2 bulan 2 minggu 2 hari. 
Kakaknya terseliuh masa meeting di Blink Trading. Budak aktif gitulah. 😆

Klik sini untuk tengok banyak lagi testimoni Khalish.


2) Minyak kelapa dara (VCO)

Kalau nak beli boleh Whatsapp 013-3482016 😍

Yang ini saya amalkan sebab ramai kata nak bersalin nanti senang, tak kena potong atau terkoyak lelebih. Tapi jahitan lama saya tetap terbuka dengan sendirinya masa push, bukan rezeki nak berpantang tanpa luka episiotomy. Tapi yang best tu masa mengandung, kulit saya elok. Tak berjerawat, lembap, keluar rumah selalu malas nak mekap tapi masih tinggi keyakinan diri 😝. Alhamdulillah, kulit Safa pun cantik, tak mudah kena ruam. (Luka baik dalam 2 minggu.)


3) Jus Delima Gulsan


Untuk minda anak yang cerdas, saya telan jus delima ni walaupun ada sedikit manis masam. Tak tahu yang mana satu kebaikan jus delima pada Safa, tapi Safa seawal lahir dah dapat detect siapa keliling dia. Telinga dia alert pada bunyi dan mata dia terus pandang pada datangnya bunyi tu. Kalau kita ajak borak, mata bertentang mata dah. Ni nak kata bijak atau memang perkembangan baby sekarang terlalu cepat pun entahlah heee. Banyak kebaikan jus delima, boleh baca sini.


4) Ais masak


Haaa... jangan lupa minum banyak air supaya tidak dehidrate dan mengelakkan kencing kotor. Kencing kotor antara salah satu sebab kelahiran pra-matang.

* * *

Okey empat ini yang diamalkan secara konsisten sepanjang 38 minggu bawa Safa. Makanan yang lain macam sayur, buah, daging memang makan macam biasa. Banyakkan ambil makanan berkhasiat, elakkan fast food. Terlalu banyak makan fast food atau frozen food pun punca kuning baby teruk, wallahua'lam. Oh ya, saya minum Ephyra sejak 2014 jadi saya teruskan masa hamil hinggalah sekarang untuk tenaga diri sendiri dan milk booster. Kalau ada kebaikan pada Safa, alhamdulillah.


Ni gambar hari kedua, hari dibenarkan pulang ke rumah. Cantik tak Kak Ratu macam orang datang melawat, kan? Ya, CheTa idola hakak haha! #siscuba

Lepas ni nak share berkenaan penjagaan emosi pula. Penting ke?? Sangat penting!

#jemputshare
#pemakananhamil
#ibusihatbayiceria

♥ 27 Julai 2016: Aulia Safa ♥


Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah pada 27 Julai lalu, saya selamat melahirkan anak kedua kami yang diberi nama Aulia Safa binti Mohammad Nazry. Dah 2 bulan 2 minggu 3 hari dah dia (aaaaah senang bener ada apps yang dapat kirakan usia anak-anak tepi blog ni hiehiehie < gelak baru).

Mengandungkan Safa ni menarik.

Waktu bawa Afia tengok Upin Ipin, sebenarnya dah bawa sekali Safa berjoget segala dalam rahim haha galak ngat aih! Waktu beri talk di UiTM Shah Alam pun dah ada. Cuma kami tak tahu. Teringat pensyarah saya tanya, "Bila anak 2nd?" Saya jawab, "Insya-Allah belum ada rezeki, puan." Walhal waktu tu dah ada daaaaaaah.

Dan sepanjang hamilkan Safa, tak duduk diam. Sangat aktif buat kerja sana sini, lagilah masa PBAKL angkut buku jaga kaunter jaga booth sapu sampah dan sebagainya ha. Alhamdulillah nikmat sihat Allah beri.

Lepas PBAKL tu yang lemau terus.

Bulan Ramadan, digerakkan hati untuk hiatus FB. Maka kehamilan waktu itu sangat tenang, bahagia, indah, tanpa sebarang emosi luar kawal daripada sharing rerakan. Bukan nak kata newsfeed FB saya tu penuh dengan sharing tak elok, cuma ada masa of course orang ni ulas isu ni, kita pun nak ulas. Orang tu sakit hati, kita pun nak sakit hati. Gitulah.

Dan yang paling lawak, mengidam masa ni bukan makanan.

Tapi...

BUIH SABUN

>___<

(bersambung...)

27 August 2016

Membersihkan Zoo Negara

(#throwback status FB bertarikh 12 Oktober 2015)


ZOO CLEANING 2.0
.
Diusahakan oleh NGO #OurTouch yang diperkenalkan kepada saya oleh Cikpuan Azzah. 💋
.
Waktu beliau beritahu di group Whatsapp, menggelabah hayam terus bayar yuran pendaftaran padahal lagi dua bulan, sebabnya aktiviti best macam ini confirm cepat benar penuhnya. 😱
.
Tup-tup jadi orang kedua terawal mendaftar daripada 80 peserta yang diperlukan. Kahkah cuak!😂 Impian zaman bujang ni, mana tak kalut.
.
Alhamdulillah semalam direzekikan untuk hadir. Dua bulan berdoa supaya tidak dapat kawasan reptilia, tapi gitulah, makin kita menjauhi makin dikau menghampiri vavavahhhh.
.
Serah diri dengan pasrah walau dok bayang ular buaya katak puru segala, tapi syukur tiada kena-mengena dengan ular dan katak, hatta buaya pun sebenarnya. 👻
.
Buaya kasi makan saja, itu pun sukarela. Ular, takat tengok keeper baling ayam hidup kemudian saksikanlah ayam dibelit hingga terdengar bunyi tulang patah.
.
Tugasan sebenar: basuh kolam kura-kura yang ya rabbi dia punya keladak hijau pekat. Sayangnya tak ada gambar sebelum dan selepas. Siapa pergi Taman Rama-Rama, kalau nampak kolam lawa tu, kerja kami la tu. 😌
.
Lepas siap cuci kolam dan sapu daun-daun sikit, kami dibawa ke tempat kura-kura gergasi. Ini dah sesi santai, dibawa jalan oleh Encik Abd Rahim, keeper reptile Zoo Negara. Power encik ni.
.
Kura-kura gergasi ini umurnya dah 200 tahun. Tapi pandai dia selfie sama. 😂
.
Yang bestnya aktiviti macam ini, kenal ramai kawan baru. Dalam gambar ini, namanya Asma. Terus terdetik. Hangpa yang solo tu, cubalah join. Kot jumpa jodoh, untung-untung dapat yang rajin. 😏
.
Dengar kata akan ada Zoo Cleaning 3.0. Siapa nak join, cecepat Our Touch dan set as See First. Dah keluar poster nanti, terus contact urus setia.
.
Serius beb, tak rugi! Dapatlah memahami rutin kerja staf zoo. Kita nampak senang, nampak best. Tapi mencabar oi! 🔥💪🔥
.
Encik Abd Rahim kata, silap-silap boleh gila sebab lebih banyak cakap dengan binatang daripada manusia. Haha salute!
.
P/S: "Kata sukarela, tapi kenapa kena bayar?" Sebabnya duit kita tadi akan digunakan sebagai derma bagi apa-apa projek OurTouch yang lain. Macam yang Zoo Cleaning 2.0 ini, dijadikan dana untuk projek Back To School. 💟


22 December 2014

Sambal Kicap Maji

Assalamu'alaikum.

Dalam hidup ini, kadang kita rasa terlalu banyak doa kita tidak dimakbulkan dan mula menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi.

Tapi kadangkala benda sekecil botol kicap dapat membuatkan kita rasa bersyukur kerana ia sebahagian daripada doa yang pernah terungkap pada bibir.

Terutama makhluk malas masak macam aku.


Rasa kicap ni macam kicap Jawa tu beb. Sonang tak payah tumbuk bawang putih, cili api bagai. Bukak penutup dan pooofff siap! Makan dengan pisang goreng ke, jemput-jemput ke, nasi panas ke memang terbaik oi!


Area Kajang ni boleh beli di kedai runcit Saujana Impian. Area lain aku tak pasti. Kalau orang Utara, boleh beli dari Daging Segar Outlet, Merbok.


Serius kena cuba!!

p/s: Bukan iklan berbayar. Siapa nak bayar i nok? Nara ke kau? Kahkah T_T

Bliss Epal & Pisang

Assalamu'alaikum.

Kelmarin pergi Tesco, nampak botol Bliss yang rare ni. Cantik terlebih pulak. Rupa-rupanya memang edisi terhad ni yalls. Sayanglah jadi terhad sebab memang sedap!!

Ada satu lagi campuran perisa, nanti kalau berani nak beli, saya kasi up satu lagi entri.

Selamat mencuba!

10 June 2013

1st Kajang Car Boot Sale 2013

Assalamu'alaikum.


Seperti yang diceritakan pada entri lepas, alhamdulillah penyertaan kami dalam Car Boot Sale Kajang berjalan lancar. Walaupun kulit memasing sudah gelap tiga ton ke belakang (berbelang yuoolls!), namun kami dua-dua puas hati dan seronok! Sangat best aaaaaaaaaarghhh best gila!! Hahaha over.

Tapi memang best. Encik Suami yang datang membantu sahaja pun sampai harap kami join lagi sekiranya penganjur buat sebulan sekali. Nampak betapa teruja kami dan betapa supportive para pengunjung di sini??

Okey marilah layan gambar. Nak update entri tertangguh yang lain macam belum datang seru. Gambar pun tak banyak sebab sibuk sangat kemas dan layan pengunjung sampai telefon pun lupa mana letak, siapa pegang. Ini gambar semasa pukul 10 atau 11 pagi, dah panas terik... dan orang lebih rela balik baring atas lantai sambil buka kipas pulas ke nombor 5 atau buka pendingin hawa - baru terhegeh snap sana sini. Kesal dengan diri sendiri. U_U

Tapak kami. Dah berubah susunan daripada pagi tadi sebab baru teringat shawl preloved tak tayang depan meja, shawl baru tak gantung, baju preloved dalam plastik terlupa di dalam kereta sobs. Tak apa, lain kali ada rezeki boleh jual lagi. ^__^

Haa... ini susunan awal-awal. Tilam Afia bawah meja itu sudah dibeli orang. Huu... macam inilah bila jual barangan terpakai. Kita jual barang yang ada memori - terus sedih dah tak pasal. Topi-topi comel yang Afia selalu pakai dulu pun dah ada orang borong. Baju-baju dia, stoking dia, kasut-kasut dia................... :')

Mula-mula atas meja ini ada hiasan tembikar yang kecil-kecil itu. Oleh sebab kurang mendapat sambutan, kami naikkan beg dan shawl pula. Lain kali meja memang tempat longgok shawl!! Baru seronok orang nak gaduh tarik-tarik tudung kan.

Bahagian boot khas untuk tudung Afeeya Bella dan aksesori. ^_^

Suasana di Dataran Prima Saujana. Tapak peserta lain pun best-best. Sempat jeling-jeling sahaja semasa pulangkan pen pelanggan yang tertinggal. Pernah dengar orang jual Sony Discman original dengan harga RM2? DUA RINGGIT??! Abang sebelah kereta kami jual, dan dibeli seorang budak. Bertuah punya budak! T__T

Gambar dari penganjur. Sibuk sibuk sibuk!

Di bawah pula antara yang sudi membeli 'Kisah Si Puteri' dan menghabiskan stok novel 'Kawanku Panda'. Terima kasih!!!

Mungkin adik ini pembeli stok terakhir 'Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu'. Beria promo pada orang ada siri yang sesuai untuk puasa dan raya, cari-cari habis sudah! Alhamdulillah... :') eh sebak tetiba.

Weeee moga terhibur, adik! Bertambah Geng Kawanku Panda yahuuu!

Puan-puan manis ini belikan untuk anak-anak di rumah. ;)

Pembaca karya Nazry Salam pun ada ha! Terkejut adik itu bila saya kata, "Inilah Nazry Salam." Hahaha terus dia beli novel 'Lukisan Hati' sebab yang lain sudah ada. Kelasss awak, Encik Suami. x))


Okey nak berikan ucapan terima kasih teristimewa untuk Encik Suami.
*sediakan baldi jika anda alah pada kasih sayang yang ditonjolkan secara lisan wakaka*


Terima kasih banyak-banyak, gila-gila punya terima kasih, kepada suami yang begitu berdedikasi dan ikhlas membantu saya dalam menjayakan event pertama AfeeyaBella ini. Peluh merecik sampai basah muka, basah baju, dan yang penting, lengan sudah berbelang! Walau demikian awak tetap seronok dan lebih teruja nak kira keuntungan. Haha! Terima kasih, ya. Terima kasih belikan air dan makanan. Terima kasih bukakan payung. ♥ ♥ ♥

Dan terima kasih juga kepada emak (Tok Mak Afia), dan kakak saya (Ummi Kembar dan Baby Raudhah) kerana bantu jagakan, mandikan, masakkan makanan untuk Afia sepanjang tujuh jam kami berniaga. Afia pun ibu dan abah nak ucapkan terima kasih (manalah tahu besar nanti dia baca entri ini), sebab berkelakuan baik dan senyum-senyum sahaja sepanjang ibu abah tiada. Mungkin ibu abah dah boleh dating tengok wayang lalalala kbai jangan ikut. 

Jumpa lagi!


05 June 2013

Sibuk Itu Bagus!


Assalamu'alaikum.


Entri terakhir adalah bulan April. Berani betul! Encik Suami sudah bising. "Mana entri baru? Mana entri baru??" Itu adalah tekanan tertinggi pernah saya dapat. Selalunya apabila saya minta sedikit masa untuk update blog, mesti muka bosan dia keluar. Hahaha nampak betapa kritikal keadaan sekarang??!

Apabila ada masa lapang, hobi Encik Suami adalah melihat gambar-gambar dalam telefon saya. Biasalah, saya kan 'momok gambar'. Ha... dari situ dia dapat kesan betapa banyak entri tertangguh huahua. 

Ya ya ya. Memang banyak. Lebih kurang tujuh entri. (Kepada yang mual baca ayat ini dan terdetik 'Eee poyo je macam blogger femes. Bajet orang kesah apa kau nak cerita.' - sila terjun tingkap. Itu pun kalau muat. Kalau tak muat, sila pangkah sahaja tetingkap ini dan lupakan blog Kak Senah ni haaa. Jangan sibuk baca kalau hati tidak suka. Kalau baca maksudnya you love me, kan? #pitam)

Okey okey okey tarik nafassss... hembus! Tarik nafassss... HEMBUS LOMPAT BINTANG SAMBIL SEBUT "HAH!!!" - Antara aktiviti paling hazab. Serius saya tidak suka. Sebab badan berat. Kbai. Alaaaaaaaaa lama sangat tak menulis di blog, rasa kelirulah nak mula bagaimana. Asyik mengarut dari tadi. T_T

Okey okey okey. Kita mulakan dengan apa yang paling penting.

- CINTA BARU -

(Amaran: Ini entri panjang lebar.)



Ironinya, saya belum pernah ceritakan perihal cinta baru saya di sini. Afeeya Bella Enterprise (002182740-W). Syarikat milikan tunggal yang didaftarkan di SSM pada 12.12.12. Milik saya yang dibantu oleh Encik Suami dan ditemani oleh Afia Zara. Ramai staf aku kononnya. =))

Semasa terdetik nak daftar perniagaan, memang tiada rasa nak daftarkan atas nama SnaLaLa Blogshop, walaupun itu mulanya saya belajar mengenal dunia bisnes. Mungkin nama nampak main-main kot. Entahlah. Maka berusaha keras cari nama baru. Panjang berjela nama cadangan, akhirnya tak pasal ambil Afeeya Bella. Haha! Insipirasi nama ini tentunya Afia. Kami selalu sebut, "Afia bijak... Afia molek... Afia cantik." Terus rasa nak letak 'Afeeya Bella' - guna ejaan asal nama Afia sebelum kami daftarkan dengan ejaan 'Afia'. Ha... banyak kisah budak kecil itu. Nanti saya buat entri lain. (Entri tertangguh #3) 'Bella' pula seperti yang ramai tahu, "is related to the Italian and Latin words for beautiful," kata Wikipedia.

Walaupun didaftarkan pada 12 Disember 2012, saya mula berniaga di page AB (Afeeya Bella) pada bulan Mac. Sibuk entah apalah. Awalnya saya reka dan hantar jahit dengan label sendiri, tetapi kebelakangan ini saya berehat daripada membeli kain dan hantar tempah. Antara sebabnya adalah penat cari kain, dan tukang jahit pun dah sibuk nak uruskan tempahan raya. Huhu. Tapi menguruskan AB memang seronok walaupun mencabar. =D

Label yang ditempah sebelum siap logo hahaha. Belasah sahajalah.
Nanti ada bajet lain, baru tempah yang ikut logo atas tuuu.

Bekerjasama dengan jurugambar profesional, 
antara pengalaman baru saya dengan AB. ^__^

(Syria set dengan inner ini produk AB.)

Juga belajar mekap diri sendiri yang sesuai untuk penggambaran studio. 
Maaflah tak kebabooom pun iouls mekap sendiri. 
Siapa sudi sponsor mekap, mari kita bekerjasama.

Dan maaf juga sebab terpaksa jadi model tembam.
Bak kata Puan Ainon, "Gunakan apa yang ada di tangan." U_U
Siapa sudi jadi model AB dengan upah Rojak Wahab Special, roger ek.
Nanti dah kaya sikit upah Pandora pula. Wah gitu kau!

Ini boleh makan tiga orang. Serius banyak! Main order sajo.


Apabila tiada rezeki untuk ke studio, saya ambil gambar sendiri. Maka wujudlah latar belakang tingkap, tirai kayu, dinding warna-warni, dan sebagainya. Pun boleh.

Setakat ini alhamdulillah ada yang habis dijual, ada juga yang suam-suam kuku. Perkara macam ini biasalah kan. Berniaga, ada untung, ada jadi aset. Rugi akan cuba diminimakan sebaik mungkinlah. Alaaa segan nak cakap pasal bisnes sebab ilmu saya setakat ini saiz mini. Sekangkang kera pun besar lagi. Jangan perli-perli ek. *tetiba sambil berlari menekup muka*

Oleh yang demikian, jemput like dan follow AB di Facebook, Twitter, dan Instagram. Biasanya hebahan awal koleksi terbaru, kami keluarkan di Facebook. Manakala teaser dan kod-kod yang masih available kami keluarkan di Instagram dulu. Twitter itu sekadar pautan dari Instagram ke Facebook. Senang cerita, follow dan like sahaja semua. Ajak keluarga dan kawan-kawan sekali, okey? Hihihi.



* * *

Okey, ini pula khas untuk orang Kajang, Bangi, dan yang berhampiran. 

Kami akan join event Car Boot Sale pada Sabtu ini di Prima Saujana, dari jam 8 pagi hingga 1 petang. Sebenarnya ini untuk jual barangan terpakai (preloved), tetapi penganjur kata boleh jual barang baru juga. Maka kami akan bawa sekali koleksi Afeeya Bella ke lokasi. Yahuuu!


Antara yang akan dijual dengan harga supermurah di sana.

Bukan setakat koleksi Afeeya Bella dan barangan terpakai, buku-buku tulisan saya pun nak juga ikut katanya. Haha manja tau. Nak beli 'Kawanku Panda', atau siri 'Kisah Si Puteri' pun boleh. Ha... ada yang best untuk pembeli buku-buku di sana.


Comel tak? Weeehehe. Tiap pembelian mana-mana naskhah buku tulisan saya, akan dapat penanda buku panda yang hensem itu. Kalau alergik tengok panda, boleh tukar penanda buku bunga-bunga. Ini sangat eksklusif, okey. 

Rugi siapa tidak datang Sabtu ini. RUGI.

Dan lebih rugi apabila tidak mendapat button badge supercomel itu!!!

Ini kerana, tiap pembelian mana-mana buku tulisan saya, 
akan dapat penanda buku dan button badge!

P E R C U M A

APA??!

Ya... mana nak dapat semua ini.
Di kedai buku dapat buku dan plastik sahaja.

Encik Suami lukis panda baca buku. Saya design. Mungkin tak selawa pereka grafik profesional, tetapi puas hati dapat buat sendiri untuk pembeli 'Kawanku Panda' yang comel-comel belaka. Auwww! (^____^)v


  Hee... iklan kejap.

BERMINAT NAK TEMPAH BUTTON BADGE?

MARI KE IFAS-CREATIVE.

Spefikasi Saiz: 58 mm

Harga yang ditawarkan:
Kuantiti 1-100 = RM 2.30
Kuantiti 101 - 300 = RM 2.00
Kuantiti 301-500 = RM 1.80
Kuantiti 501- 1000 = RM 1.50
Kuantiti 1001 ke atas = RM 1.30

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila emailkan ke ifascreative@gmail.com.

- Iklan habis. -



Mari dapatkan mereka selagi stok masih ada!!!

"Saya sudah dapatkannya. Yuolls yang belum dapat... blueeek!" - Afia.

* * *

So... yeah... inilah cinta baru saya. Afeeya Bella. Berniaga. Bisnes. Perkara yang buat saya kembali sibuk hingga tidak sempat intai Facebook dan berhuhahuha bersama temen-temen. Menjadi dewasa tidak mudah, namun ia indah... terutama apabila ditemani orang tersayang sambil melakukan apa yang kita suka. Saya memang tiada darah bisnes, namun kita boleh belajar, kan? Jangan takut buat apa yang kita minat, walaupun tiada ilmu. Kita boleh belajar semasa buat, ataupun belajar sebelum buat, tapi yang penting kena buat! Ilmu tanpa berbuat pun apa guna kan kan kan. Mari berusaha gigih!! Sibuk itu bagus!

19 April 2013

Wadihana Islamic Steakhouse

Assalamu'laikum.

Pinjam gambar dari FB WISH.


Ahad lepas kami makan tengah hari di sini. Lama teringin nak makan makanan barat, jadi sempat-sempatkanlah pergi situ memandangkan Encik Suami akan balik JB, nanti kempunan tiada siapa sudi menemani eceewah. (Sekarang beliau sudah di JB hingga 28 April. Huhu Afia, we can do it, GIRL!)

Muka pasrah sebab sepatutnya bersiap ke Shah Alam, tapi tidak jadi.
Namun hikmahnya dapat makan sedap yey!

Okey, daripada duduk belakang bosan-bosan, mari buat magic.
Satu... dua... tadaaa! Tetiba abah muncul dengan chocolate blended. :')

Wadihah Islamic Steakhouse, atau WISH ini ada di sebelah kiri jalan sekiranya anda dari Kajang. Shoplot di hadapan masjid kubah biru Seksyen 9, Bangi - alamak sorry lupa nama masjid tersebut. Sampai sahaja di sana, kami terus letakkan Afia di dalam kerusi bayi yang disediakan.

"Hmm... bau sedap. Ada can makan beef steak."

Sementara tunggu makanan sampai, mari bergambar lagi.
Jinjang pula leher Afia. Jelas ketidakrelaan di situ miahaha.

Sebelum Afia mengamuk akibat kerap dibuli oleh abah, terus beri dia epal kukus di dalam food-feeder. Ya, Afia. Belum datang can nak makan beef steak. Ibu rajin pagi-pagi dah buat bekal untuk Afia. Epal adalah bagus untuk jauhkan doktor.


Ibu punya. Hebat tak? Ngaharhar. 
Turkey Sandwich with Omelette
Di atas kentang goreng itu adalah keju, yummy!

Cantik rambut abah. Amboi sangat.
Abah punya nampak lebih menyihatkan sebab ada brokoli.
Chicken Chop with Rice.

Namanya air WISH yang sedap.
Fizzy drink + asam boi + lemonade.
Orang perempuan memang suka masam-masam.

Encik Suami minum air suam sahaja. Dia kata jaga kesihatan. Gitu... (padahal tadi dah seronok sedut Chocolate Blended Cool Station).

Overall, boleh tahan sedap menu Islamic Steakhouse. Pekerja-pekerjanya kemas, restoran kemas, plating kemas... suasana tenang. Harga dia pula standard makanan barat, tidak murah sangat, tidak mahal sangat. Tapi ada menu lobster, yuolls! Yang itu tidak ditulis harga, mungkin ikut harga pasaran lobster masa kita order kot. Mesti mahal kan nak makan lobster. Layak ke aku menabung demi menikmati seekor lobster? Mampu ke aku? Perlu ke?

WISH list:




Terus kesal sebab Doraemon tidak wujud. Ingat tak dia pernah keluarkan alat macam kayu yang hujungnya ada pelekat, supaya mereka boleh tarik keluar makanan dan apa-apa sahaja dari gambar? Ingat tak? Okey kalau ingat jom kesal sama-sama. U_U

Tadi sambil tengok-tengok gambar lobster di FB WISH, terjumpa komen ini.

Hahaha comel pertanyaan.


Okey, hati ibu sudah gembira. Afia jangan sedih ek. Nanti umur dua tahun dan ke atas ibu belanja. Hihihi sekarang makan yang ibu masak dulu tau tau tau. 

(Banyak gila tempat yang menjadi idaman perutku selalu. Semoga ada rezeki nak makan di tempat-tempat tersebut. Nanti bebila tak ada kerja dan yang paling utama - rajin, nak buat entri khas untuk ini. Wakaka rajin keeee???)

Jumpa lagi!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...