Showing posts with label Bebel Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Bebel Kahwin. Show all posts

20 July 2015

Soalan Maut di Hari Raya?

Raya pertama, dah dapat dah soalan cepu emas. 

"Anak sorang je ke?" Tetiba dipegangnya perut mak, "Ada isi?"

Kalau nak jawab loyar buruk, memang ada. Baru sental rendang, nasi impit, dengan sambal sotong. Tapi sebab kita orang dewasa, fahamlah soalan ini isu negara.

"Haha taklah, memang sorang saja." *sengih* 


Mak cik yang bertanya pun dengan pantas membalas, "Ooooh sorang je. Bagus, bagus." Tak tahulah apa yang bagus, melainkan bagus cara mak cik tersebut mematahkan perbualan.
.
Masa nak balik baru teringat. Dia pun anak seorang, dan anak seorang itu sudah beri dia tiga cucu. Dah hampir sama dengan mak aku yang lima anak. Diuji pula dengan suami yang sakit tak boleh bekerja. Mungkin dengan anak seorang, dia dapat fokus pada bisnes dia sambil sara suami. Dalam kepayahan itu pun, baru renovate rumah sampai RM60k.

To this point, aku yakin, apa yang Allah rezekikan pada kita... itulah yang terbaik. Dan mana pilihan kita yang Allah izinkan, tentulah ada hikmah. Jadi, bila rasa-rasa nak tersentap tu, cuba tarik nafas dan cari hikmah. Keep calm, and jalan teruuus.




You'll be happier!


19 June 2012

Entri Bulan Jun



Hayoooh yuooolls
... serius eh. Semakin lama semakin mencabar nak update blog. Entri ini sahaja, dah mula taip sejak Jumaat lepas. Selasa baru dapat publish. Sensasi sangat gayanya, padahal entri pendek sahaja pun. :')

- Assalamualaikum. -

Jumaat lepas (15 Jun) adalah hari lahir Encik Suami yang peramah (boleh gitu gaya pengenalan? Asyik tulis suami tersayang, suami tercinta, too mainstream-lah, kahkah). Ouwww... sudah menganjak setahun lagi umurnya, alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan dirinya kesihatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin... amin....


Pukul 8 pagi, sambil uruskan Afia, bukalah FB. Tup-tup nampak mak upload gambar kek di atas, secara langsung dari pejabat beliau. Wah! Untunglah, BangAie. Kami tak tahu pun mak ada tempah kek hari itu. Terima kasih, mak yang baik hati! Walaupun dalam pantang, tetap makan sedikit demi sedikit lama lama jadi bukit, sebab dah banyak sangat kek yang terlepas. Kek ulang tahun perkahwinan + hari lahir abang ipar, dan kek hari lahir adik bongsu. Kali ini tidaklah sanggup memandang sajo. (Y_Y)

Kepantasan tangan adalah bukti keterujaan.

Kemudian Ahad lepas, adalah hari bapa kan kan kan? Teringat ucapan yang saya tulis pada wall Encik Suami tahun lepas.

Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya. :')

Selamat Hari Lahir
&
Selamat Hari Bapa
~ Kesayangan! ~
(^_^)


* * *

Apabila difikir-fikirkan kembali jalan hidup ini, ada manis, ada pahit. Dan apabila membuat entri sebegini, saya berasa sangat bersyukur, kerana masih punya emak, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan... dan paling penting, punya suami dan zuriat penghibur duka lara. Tidak semua dapat kebahagiaan dunia dan akhirat seperti ini.

Dan... kerana begitu sibuk dengan urusan keluargalah, saya kena curi masa semata nak update blog. Rasa nak berhenti berblogging pula, mengenangkan hidup sekarang yang tidak boleh berlagho-lagho seperti dulu. Haha!

"Life is shorter than most have thought." - Hold My Hand, Maher Zain

MAKA!

Tidak sabar menanti hari-hari selepas 26 Jun!!!
Chargas! v(^__________^)v Chargas!

P/S: Hari ini sudah mula makan jamu. Oh... begitu rasanya~ *lap mata berhabuk*


20 May 2012

Mei yang manis. Sangat manis.

Assalamualaikum.

Hari ini, 20 Mei 2012. Mengikut kalendar masihi, usia perkahwinan kami sudah setahun jagung. \(^o^)/ Alhamdulillah. Hee... tak sangka. Pejam celik, pejam celik, sudah setahun rupa-rupanya. Syukur sangat. Semoga kami terus kekal bahagia selama 10 tahun, 20 tahun, dan hingga ke akhir hayat, seterusnya ke syurga, amin... amin ya rabb!

Serius tak sangka ini setahun yang lalu. :')

Sebenarnya, banyak perancangan mahu dibuat sempena ulang tahun pertama perkahwinan kami. Mahu ke sana, mahu ke mari, mahu makan di situ, mahu makan di sini. Namun perancangan Allah lebih baik, kan? Pada hari ini, saya perlu berada di rumah, sambil berpantang. He he.

Siapa sangka, baby yang dijangka lahir pada 10 Jun 2012, akhirnya lahir pada pagi 13 Mei 2012, yakni Ahad lepas. Sudah seminggu umur baby girl yang comel itu. :') Oh~ masa memang cepat berlalu. Tetiba si comel sudah menjadi si cantik, dan minta kebenaran mahu berkahwin. *tak memasal*

 Permata hati 

Buat masa ini, namanya masih belum rasmi. Patutnya semalam mahu daftarkan di JPN, namun tutup pula. Maka perlu tunggu esok. Mahu tahu? Nama baby dah banyak kali tukar, sebab nak cari nama yang betul-betul sesuai, dari segi makna, dan sebutan. Sekarang perlu tunggu lagi sehari, entah apa lagi nama cadangan bakal menampilkan diri. He he.

Ada banyak nak cerita. Pengalaman bersalin, pengalaman berhamil, pengalaman berpantang, tetapi saya fikir, adalah lebih 'kemas' sekiranya saya cerita hal-hal wanita dewasa itu di blog satu lagi, yakni husnazry.blogspot.com. Belum buka kepada bacaan umum sebab nak kemas-kemas dulu. Masa awal-awal buat blog itu, bersemangat habis! Tup-tup baby dah lahir, entri terakhir adalah pada bulan Februari. Sungguhlah tidak patut! :))

* * *
love 4471 sweet love quotes short love quotes romantic love quotes inspirational love quotes break up quotes

Kepada Nazry Salam, suamiku,

Terima kasih kerana sudi memilih diriku sebagai suri hidupmu. (Ececeh, awal-awal dah blushing touching-touching sambil menaip.) Walaupun sepanjang setahun ini, pelbagai perkara yang perlu kita tempuhi, namun saya bersyukur kerana kita masih satu. Senyum tawa, berendam air mata, awak tetap menjaga saya, menyayangi saya, tanpa prejudis. Kita saling jujur dan berkongsi rasa, dalam setiap perkara. 

Dan pada setiap caci yang mereka beri, pada setiap kata yang mereka reka, awak selalu ada di sisi saya. Pada setiap kejayaan yang kita bina, pada setiap kegembiraan yang kita tempa, awak selalu ada di sisi saya.

Selalu ada. :')

Kerana jalan kita sehala, maka di mana ada awak, di situ ada saya. Begitu juga sebaliknya. Insya-Allah, saya akan cuba temani awak di mana jua, hingga tiba hari, yang saya tidak lagi mampu berdiri, tidak mampu tersenyum, tidak mampu ketawa pada setiap bait lucu yang sering menghiasi ruang kamar kita. Namun tetap dalam hati, awak penghibur duka lara.

Pada hari ini, pada ulang tahun pertama kita, kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan, dari hati ke hati, ditemani si kecil penyambung zuriat dan cinta kita. Apabila melihat dia, saya terkenang awak. Apabila melihat awak, saya terkenang dia. Rasminya, awak dan dia adalah nyawa saya. Saya sanggup bertahan, walau apa jua yang mendatang, demi melindungi kamu berdua. 

Kerana cinta saya, sayang saya, kepada kamu berdua, kerana Allah.

Hanya kerana Allah.

"Kita satu keluarga, tiga bersahabat."

Itu ayat awak semasa membelai si comel yang sedang lena tadi. Hehe. Comel sangat. Insya-Allah... kita akan terus bertiga dan bersahabat, hingga tiba rezeki seterusnya. Semoga kita, abah dan ibu, berjaya mendidik dan membesarkan si comel kita, si kenit kita, hingga menjadi insan berguna kepada agama, keluarga, bangsa, dan negara. Insya-Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita, amin....

"Semoga kita kekal bahagia, hingga jannah... insya-Allah."


Isteri dan ibu kepada zuriatmu,
Ikhlas dari hati terdalam,
Husna Adnan.

* * *

Hari itu tengok iklan di TV.
Terus cakap, "Tak pernah makan Kinder Joy walaupun selalu nampak."
Tetiba semalam dah dapat. Sedapnya! (^_^)
Terima kasih kesayangan kerana belikan.

Terima kasih juga kepada kakak saya, Felah, sebab sekalikan kek ulang tahun kami dengan kek hari lahir in advance Abang Raihan, abang ipar kami yang patutnya esok. Walaupun tidak dapat merasa, tetapi tetap berterima kasih. Dan terima kasih juga sebab selalu belikan barang-barang sepanjang pantang. Sekali lagi, terima kasih Felah dan Abang Raihan, juga semua ahli keluarga umumnya. :')

Ucapan terima kasih paling tidak terhingga, kepada emak, Puan Halilah, kerana menjaga kami dengan sabar. Tolong mandikan baby, dukung baby bila dia menangis, masakkan makanan, sediakan minuman, dan macam-macam lagi yang tidak tertulis. Ini baru seminggu berpantang. Ada beberapa bulan lagi. Oh~ pasti emak akan bertambah kurus. Terima kasih, mak. Jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya. :')

Tidak dilupa, sekali lagi, terima kasih kepada Encik Suami, kerana berjaga malam bersama, menukarkan lampin baby di kala ibunya tidak larat bangun, vakum dan kemaskan bilik supaya kami selesa di dalam bilik ini, lipatkan baju, dan macam-macam lagi. Semoga Allah membalas segala jasamu dengan kebaikan juga, amin... Selamat ulang tahun, Sayang! (^_^)

I am bless, with love from all of you. 
Thank you.



Doakan saya dan baby, juga abahnya sihat walafiat ya!
Selamat berpantang kepada diri sendiri!
Selamat ulang tahun, Husna & Nazry!

P/S: Terima kasih kepada Ain & Afiq Hasaza, Dayah & Helmi, Cikpuan Azzah, Waida, Kak Izanor, Gee, Kak Tim, dan Salhah & Nizam Pac, kerana datang melawat baby bersama pemberian yang pelbagai. Juga kepada semua rakan dan sanak saudara yang mendoakan kami di Facebook dan SMS. Semoga kalian semua dirahmati Allah, amin.... (^_^)

30 March 2012

Meriah hidup ioulls!


Assalamualaikum.

Kan... kan sudah kukatakan... memang sangat sibuk ye dalam minggu ini. Terlalu sibuk sampai blog sendiri pun tak sempat jengah. Kadang-kadang rasa kagum tatkala teringat yang diriku ada blog seperti orang lain yang ada blog, namun orang lain itu tidak lupakan blog mereka, seperti yang daku lakukan kepada blog sendiri.

So here the quick updates. Speaking you... voleh?

23 Mac 2012
Gojes sangat Kak Yaya dengan persalinan yang dibuat sendiri oleh bondanya. Alkisah, bateri kamera yang kunun sudah dicas, habis. Bateri telefon yang kunun sudah dicas, pun habis. Nasib baiklah ada Tab. Itu pun bateri nyawa-nyawa ikan. :') Maka ada beberapa sahaja gambar dalam simpanan saya... selebihnya dalam kamera pengantin. Jadilah....

24 Mac 2012
Kenapa tetiba yang pakai merah itu pun berada di tepi pengantin, padahal pengapit adalah Nana yang memakai warna coklat? Kerana... sayalah tukang angkatkan kain leret si tuan puteri... ehehe. (=^__^=) Dapatlah balas jasa Kak Yaya yang dulunya jadi pengapit kita walaupun sekejap. Malah dapat makan semeja masa makan beradap, memandangkan keluarga Kak Yaya sibuk layan tetamu. Tetiba jadi keluarga pengantin. Haha! 

Oh, sungguh best pada hari itu, sebab ramai kawan sekolah rendah datang. Rasa macam baru semalam main rebut-rebut tiang dekat koridor kantin.

Balik dari rumah pengantin, mak dan kakak pun baru balik dari shopping. Wah... makin best pula hariku, sebab mak belanja barang si kecil. Yahuuu! Banyak dah yang mak belanja, rasa terharu pula. Oh~ makasih ya buk... moga kian dimurahkan rejeki... :')

25 Mac 2012
Oleh sebab sudah beberapa hari bergigih siang dan malam, maka hari Ahad yang indah ini, dipenuhi dengan tidur, berehat, pantau blogshop, tidur lagi bersama Duyuk sebab sudah dua hari dia demam, dan baca apa yang patut. Encik Suami pula malam tadi tidur di hotel bersama keluarganya yang datang ke Kuala Lumpur. Petang itu Encik Suami balik, dia hulurkan oleh-oleh daripada adik ipar yang baru balik dari mengerjakan umrah. Dapat jubah, shawl, kurma, dan macam-macam lagi. Terima kasih, Ain dan Afiq. :)

26 Mac 2012
Hari Isnin pun tiba... punyalah banyak kerja kena buat, antaranya bungkuskan barang-barang customer, isi borang Pos Laju segala. Duyuk yang masuk tiga hari demam, masih tidak menjamah apa-apa makanan yang saya bawa naik. Bukakan pintu, kot dia mahu keluar ambil angin ke kan. Tapi dia tetap duduk diam-diam. Saya pun dukung, bawakan dia ke bawah, lepas itu terus kemas rumah yang ala-ala ada parti liar namun daku tidak tahu-menahu. Siap kemas-kemas, nampak Duyuk lepak di ruang tamu. Saya pun naik, sambung bungkus barang. 

Dalam bilik, tetiba dengar bunyi Duyuk dari luar pintu, nak masuklah gamaknya. Saya pun bukakan pintu, dan sambung isi borang Pos Laju. Duyuk masuk bawah meja, dan mengais-ngais. Saya pun hairan, dah kenapa mengais....

Waktu inilah... tiba-tiba keluar cecair warna merah bata dari punggung Duyuk. Hakak terus panik ye, hadeks-hadeks. Meracau cemas-cemas sikit, terus siap ala kadar, bawakan si Duyuk pergi vet. Encik Suami pun memandu dengan laju. Sampai depan klinik, tangan saya rasa panas. Yaaaa... dia tumpah darah lagi. Habis kena baju. Kemudian saya minta hantarkan saya balik, sebab barang customer belum habis bungkus. Encik Suami hantar, kemudian dia pergi balik klinik. Waktu ini rasa terharu sungguh dengan pengorbanan beliau. Saya cepat-cepat siapkan bungkus, Encik Suami pun balik. Katanya Duyuk 50 - 50. Sama ada semua anaknya mati, ataupun dengan dia sekali mati. 

Hakak yang berhati tisu, terus nangis... T_T_T_T_T_T DUYUK!!!

Tapi tidak boleh berdrama lama sangat, sebab kena siap bebetul, poskan barang, kemudian bergegas ke Kelana Jaya, jumpa mak mentua di Giant situ. Saya tidak sempat jumpa sebab ada kenduri Kak Yaya kan, jadi sempatkan diri juga sebelum beliau pulang ke JB pada malam itu.

29 Mac 2012
Alhamdulillah, hari Selasa dapat panggilan daripada doktor, kata Duyuk selamat, tapi empat anak dalam kandungan tidak dapat diselamatkan. Never mind, Duyuk. Mereka masih kecil. Masih tiada dosa (macamlah kucing ada dosa kan, ekeke). Jadi semalam baru dapat bawa Duyuk balik. Doktor suruh kurung dalam sangkar, supaya dia tak aktif sangat. Nanti habis terbuka jahitan, camno? Nak jahit sendiri, memang taklah kan. Jahit jelujur pun gagal. 

Di sini sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi doakan Duyuk. Ramai sungguh yang sayangkan Duyuk. Maka Duyuk, kau kena berkuat, nak! Kau selamat walaupun dilanggar lari, kau selamat walaupun keguguran. Kau adalah idola! *tak masal*

30 Mac 2012

Ya... hari ini adalah harinya!!! Ingat lagi P/S dalam entri ini? Maka pergilah terjah SnaLaLa Blogshop bagi mengetahui apa yang sedang diberikan promosi hebat itu.

Okeylah, jumpa lagi! Kena habiskan entri dengan pantas, sebab dapat panggilan kecemasan daripada kakak, walaupun dia sendiri gelak-gelak. Oleh kerana dia gelak-gelak, dengan ioulls sekali kena marah dengan mak yang lebih cemas daripada dia. Papai!


22 March 2012

Dup dap dup dap....


Assalamualaikum.

Minggu ini dan minggu hadapan, sungguhlah banyak perancangan yang perlu dibuat. Yang paling utama, sebab esok kawan saya sejak tadika (walaupun-dia-belum-kenal-saya-waktu-itu-hanya-saya-yang-beria-kenal-dia-sebab-dia-suka-gedik-gedik-depan-cikgu-sambil-pegang-pom-pom-dan-minta-lagu-Sinar-Mentari-Oh-Korea! T_T), akan bernikah, dan lusa dia akan bersanding. Dia adalah yang saya maksudkan dalam entri sebelum ini.

Malam semalam saya singgah sekejap ke rumah baru keluarga dia, tengok barang-barang untuk deko guest corner, dan juga tengok dia berinai.

Ini tangan saya suatu masa dahulu, bukan tangan dia, ehehe!
Teringat betapa seksanya nak tidur malam itu, 
sebab inai tidak berbalut plastik. :')

Kawan saya itu minta saya buatkan guest corner, macam yang saya buat masa majlis saya dulu. Maka saya pun imbas kembali macam manalah haku membuatnya masa itu. Gegeh sangat beli itu ini, tampal kain pada meja menggunakan stapler, tampal renda bunga-bunga itu guna gam UHU (sebab tak ada mesin jahit), dan menjadikan kertas-kertas nota berwarna-warni tempat tetamu menulis ucapan, kerana habis usaha mencari guest book yang menarik. :))

Rehearsal. Semua tersusun rapi.

Pada hari kejadian. Sudah tunggang-langgang sedikit.

Guest corner ini disekalikan dengan candy buffet, maka siapa yang merapati meja ini, perlu tulis ucapan, ataupun boleh terus ambil gula-gula yang disediakan tanpa menulis sebarang bait ucapan. *Keji sangat tau siapa yang tak tulis tapi ambil gula-gula sahaja!* 

*Okey, sebenarnya tak keji. Memang letak supaya orang ambil. :')*

Maka... nantikan hasil tangan saya pada minggu hadapan, dan sila terima hakikat yang tangan kau tidak berseni maka ia akan hanya menjadi apa yang termampu kerana kau cuma susun-susun. *sambil tuding diri sendiri*


Dan kawan saya ini, yakni Hidayah, adalah pengapit saya waktu kenduri pada 21 Mei 2011. Ha... siapa kata anak dara yang jadi pengapit akan kahwin lambat? Belum setahun saya kahwin, dia sudah menyusul hokey. :))

Malam ini, insya-Allah sekiranya larat, mahu ke rumah dia lagi, tengok orang buat hantaran. Yang buat hantaran adalah kawan kami juga, Epul. Wawawa Epul sekarang sudah jadi selebriti dunia hiasan dalaman. Dalam Majalah Glam Deko edisi April 2012, dia dan rakan-rakan seperjuangan menghiasi dada majalah gitu. Tahniah, yuolls!

Sesiapa perlukan khidmat Epul, bolehlah ke Sarang Interiors.

Sebenarnya nak tulis lagi, tapi sebab kena bersiap dengan laju demi ke IKEA, terpaksalah saya berhenti seketika. Ada temujanji dengan seorang kakak yang sangat pandai buat kek. Serius, semua kek dia sangat cantik yeT_T Nanti apa-apa, iouls cerita lagi ek! 

Oh ya, ada sesiapa mahu personalize calendar? Letak gambar-gambar kita, apa-apa gambarlah yang nak diletakkan, lalu dijadikan tatapan mata sendiri, ataupun orang tersayang. Kalau ada yang berminat, baru saya buat reviu, okey? Kalau tiada yang berminat, anda sangat rugi kerana kalendar peribadi ini adalah sangat comel dan cantik, hasil tangan seorang kakak yang comel juga. (^_^)v

Early gift to Encik Suami for our 1st Anniversary.
Auwww terus cakap omputeh. Motif? :">

Bai bai black sheep have you any woooooool....

 

P/S: Marilah beramai-ramai like blogshop saya, sambil melihat apa-apa yang mungkin berkenan di hati sendiri, ataupun hati ibu, mahupun hati kekasih masing-masing. Nanti akan ada kejutan kepada semua yang like. Jadi, like sekarang!!!

16 November 2011

♥ Hai Bakal Pengantin! ♥


Assalamualaikum, hai kawan-kawan! =D

Apa khabar dirimu di sana? Sihat? Wah... gitu aku punya concern

Hebat tajuk entri kali ini, bukan? Hohoho. Sebenarnya, entri kali ini mahu kongsikan beberapa tip bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga. Auwww... terus rasa diri ini macam acik-acik yang berpengalaman. Bukan apa... ramai kawan-kawan saya yang bakal menjadi isteri satu hari nanti, minta pandangan dan nasihat daripada diriku ini. Jadi... saya rasa, ada baiknya saya kongsikan di sini. (Dan saya repost, atas sebab-sebab tertentu. Insya-Allah nanti sekiranya saya rajin, saya buat entri baru. Hehehe!)

Namun... terus terang cakap, ini hanya pada pandangan dan pengalaman saya. Saya pun manusia biasa... banyak kelemahan pada majlis saya dan diri saya sendiri. Mana-mana yang tersilap, maafkan dan nasihatilah. Kita sama-sama perbaiki diri. (=^___^=)

Baik, ayuh kita mulakan!

Wah... letak gambar nostalgia sikit... pewit!

1. Merancang

Semasa merancang, cuba sematkan dalam hati, yang ini hanya majlis sehari dua. Bukan sepanjang tahun, dan bukan sepanjang hayat. Jadi, jangan terlalu membazir bagi majlis sebegini, yang selalunya para tetamu tidak ingat pun selepas mereka pulang. Yang penting, adalah hari-hari selepas majlis sehari itu. Tip emak saya pula, majlis biar sederhana, tetapi makanan dan khemah kena superb. Hehe. Supaya tetamu yang susah payah datang ke majlis kita, rasa selesa dan seronok berbual lama di meja makan. 

Boleh download ataupun baca senarai semak persiapan di sini.

2. Mencari vendor

Saya bertunang bulan November, dan berkahwin pada bulan Mei. Emak saya memang tidak benarkan kami bertunang lebih enam bulan, jadi enam bulanlah masa yang kami ada. Sejujurnya, walaupun enam bulan itu kelihatan singkat, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya sendirian bertungkus-lumus menguruskan semua benda, dengan bantuan emak gojes kerana ahli keluarga lain sangat sibuk. Memang penat... kena pulun lebih sedikit, nak-nak kita pun ada banyak kerja lain. Ya, walaupun saya hanya bekerja di rumah, saya masih bekerja. Cumanya, boleh keluar sesuka hati tanpa perlu tipu bos, kata EL ataupun MC. :p 

Cara-cara saya mencari vendor:

a) Google
Benar... Internet sangat membantu saya... :') love you, Internet! Kebanyakan vendor majlis saya, datangnya dari Internet, antaranya ketiga-tiga MUA (make-up artist), DJ, videographer, inai dan bunga-bunga tangan. Alhamdulillah, semuanya memuaskan hati. Mana-mana yang silap sikit itu, saya anggap sebagai pemanis kenanganlah kot, hehe.


Emm... berkenaan inai bercorak seperti yang saya buat di atas (bercorak flora), ramai yang tidak setuju, ramai juga yang suka. Saya tidak tahu apa hukum yang sebenar-benarnya, tetapi setakat yang saya tahu semasa saya dibenarkan melakukannya, hukumnya harusIni dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Wallahu'alam. Sekiranya masih ragu, jangan buat ya. (^___^) Saya buat, ada sebab tersendiri, bukan sebab benar-benar mahu buat pun, hehe.

b) Pameran / karnival pengantin
Saya pernah pergi sekali sahaja, iaitu Karnival Pengantin Shah Alam. Gitu... jauh tak jauh, orang Kajang sibuk pergi Shah Alam kan. Memang berbaloi pergi karnival hari itu. Jumpa Idaman Jelita, Clicks The Moment, vendor kad kahwin, dan... beli satu set kelengkapan bilik tidur. Yang bagusnya berkenaan pameran sebegini, kalau kita pandai pilih, kita dapat harga promosi. Maksudnya, harga waktu pameran selalunya murah. Tetapi kena semak betul-betul. Kadang-kadang yang murah ini ada jerat dia. Pandai-pandailah eh. :))


c) Majalah Pengantin dan yang sewaktu dengannya
Oh... ini memang secara tiba-tiba menjadi salah satu perkara yang saya sanggup berhabis. Bukan ikut sangat pun apa yang majalah itu tulis. Suka buang masa mencuci mata. Nak ambil feel orang kata. Kui kui. Kadang-kadang berguna juga, sebab dari majalah Pengantin saya tahu rekaan baju terbaru Idaman Jelita, dan bagaimana mendekorasi bilik pengantin.

d) Lain-lain
Selebihnya, terjumpa vendor dari risalah yang muncul secara tiba-tiba di dalam peti surat, tanya orang yang lebih berpengalaman, dan kenalan-kenalan emak yang superbest. Alhamdulillah... terima kasih kepada semua yang berusaha sepanjang majlis kami... (wah... buat ucapan macam baru semalam ek majlisnya?)

3. Persiapan rohani, mental dan fizikal

Sepanjang menanti hari bahagia, saya mengaku yang saya kurang punya masa memikirkan berkenaan ketiga-tiga aspek ini. Bayangkanlah, seminggu sebelum kahwin pun saya ada deadline. Selepas bertandang, ada lagi empat deadline yang perlu dikejar.

Tetapi sedikit sebanyak, saya ada juga membeli beberapa buku berkaitan dan membaca laman web yang memberi beberapa tip yang bagus. Buat solat taubat, beristighfar tiap kali fikir yang buruk-buruk, bersenam di atas threadmill amboi, pergi spa demi mencantikkan diri ewah... dan sebagainya. Buatlah apa yang patut. Semua kena sedia. Kerana hidup selepas kahwin, lebih banyak cabaran. Kadang-kadang yang kita tidak sangka-sangka pun. Oh, antara buku yang saya cadangkan, Trilogi Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal. Buku Mudahnya Berkahwin Dalam Islam terbitan PTS juga nampak menarik! :D

4. ....

Alamak... penyakit lama sudah datang kembali... T__________T adoi... malasnya nak teruskan menulis! Waaaaa. 

Kepada yang bakal mendirikan rumah tangga, bacalah buku yang berkaitan dan Google. Memang banyak info berguna akan dikau temui. Selamat maju jaya, dan semoga berjaya!!! 


Oh, ada lagi nak tambah. Hehe. Ini mana yang saya teringat. Tidak mengikut turutan pun. Namun harap memberi manfaat. :))

1 - Tempahan
Sekiranya kita tempah baju, tudung, veil, kasut, ataupun apa sahaja, jangan beritahu tarikh majlis kita yang sebenar. Kalau boleh, cuba awalkan dua minggu, ataupun sekiranya mahu lebih terjamin, awal sebulan. Ini supaya semua yang kita tempah, dapat sebelum majlis. Sekiranya ada mana-mana yang perlu dibetulkan, sempat lagi nak diubah. Sekiranya dapat sehari sebelum majlis, tiba-tiba terketat, memang naya. (Tip ini bukan saya reka. Diberitahu sendiri oleh anak seorang tukang jahit, hahaha!)


2 - Cantas Kening, Bulu Mata Palsu, Rambut Palsu
Semasa disolek, sekiranya MUA kita nak cantas kening, dan nak pakaikan bulu mata palsu, sila bertegas. Jangan benarkan mereka sentuh kening dan pandai-pandai pakaikan bulu mata palsu, kerana hukumnya HARAM. Ya, kawan-kawan... hukum kedua-duanya adalah haram

Pakai rambut palsu pun haram. Tunjuk rambut sendiri pun sah-sah berdosa, kan? Jadi kalau boleh, jadikan hari nikah itu, satu titik mula untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Sekiranya sebelum ini tidak bertudung, semasa bernikah pula perlu bertudung, cubalah teruskan sahaja bertudung. (^_^) Sayang suami, kan? Sekiranya kita tidak pakai tudung, suami kita yang perlu tanggung dosa kita. Kasihan dia... Bukan sekadar bertudung, tetapi menutup aurat yang lain. Kita cubalah. Saya pun bukannya sempurna, namun ayuhlah kita berusaha! ^____^



3 - Mak Andam / Jurumekap
Sekiranya kita perempuan, carilah mak andam perempuan. Sekiranya kita lelaki, carilah pak andam pula, yang nak bantu pakaikan samping, betulkan tanjak segala kan. Ambil juruandam yang sama jantina lebih baik, kerana setiap sentuhan itu tidaklah berdosa nanti. (^_^)v

4 - Gambar Tidak Menutup Aurat
Sekiranya kita bertudung, jangan benarkan jurugambar lelaki masuk ke dalam bilik, hinggalah kita selesai bersiap. Jurugambar wanita boleh masuk semasa proses bersiap yang menampakkan aurat dan mengambil gambar, tetapi hanya untuk tatapan kita dan mahram kita. Sekiranya OP letak di Facebook dan laman web dengan pengetahuan kita, sama sahaja... kita tetap berdosa. Sekiranya MUA mahu ambil gambar sebelum dan selepas, pastikan kedua-dua keadaan itu, kita bertudung. Sekiranya belum bertudung, pergi cepat-cepat pakai tudung. Hehe.

5 - Ipar-Duai
Selepas berkahwin, rata-rata daripada kita akan ada ipar lelaki; abang ipar, adik ipar lelaki yang sudah baligh, suami kepada kakak ipar yakni biras kita. Jadi, walaupun mereka sudah dikira keluarga, kita tetap tidak boleh mempamerkan aurat kita kepada mereka. Sekiranya mereka ada di rumah, kita wajib memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat

Kaki pun perlu pakai stoking, kerana kaki juga aurat. Huhu... yang tang kaki paling susah kan? Kalau rasa susah, beli kasut bentuk arnab, beruang, atau kucing yang tutup kaki itu. Pasangan dia, seluar ataupun kain labuh. Hehe, insya-Allah kaki terpelihara.

Bentuk koala macam ini pun boleh... :))

Kita dibenarkan mempamerkan aurat yang tertentu kepada:
1. Suami
2. Bapa kandung
3. Bapa mentua (ya... bapa mentua sudah jadi mahram kita ^_^)
4. Anak lelaki kandung
5. Anak lelaki tiri
6. Saudara kandung
7. Anak-anak saudara
8. Sama-sama wanita
9. Di hadapan hamba-hamba mereka
10. Orang gaji lelaki yang tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
11. Kanak-kanak yang belum mengerti perihal aurat perempuan.

* * *

Okeylah, itu sahaja buat kali ini. Sekiranya ada lagi tip, nanti saya kongsikan. Mohon maaf sekiranya ada yang terasa hati dengan entri kali ini, juga maafkan sekiranya ada kesilapan. Bantulah saya, demi membantu yang lain juga. Sekiranya kawan-kawan pun ada tip dan nasihat yang berguna, bolehlah kongsi sama. Hingga berjumpa lagi! ^________^ Papai!


Kredit gambar: Google + Clicks The Moment


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...