Showing posts with label Bebel Freelancer. Show all posts
Showing posts with label Bebel Freelancer. Show all posts

30 August 2016

Bekerja Sendiri

(#throwback status FB bertarikh 8 Disember 2015)

Lagi beberapa minggu, masuk tahun keenam saya bekerja dari rumah. Suami pula akan masuk tahun kelima. Belum berjaya, belum hebat. Berkais-kais lagi.
.
Tetapi apabila beberapa kenalan minta tips sebab nak buat hal yang sama hingga ada yang sanggup datang ke rumah, kami jadi gerun.
.
Tak mudah tau kerja sendiri.
Tak semudah yang kita fikir.
Lebih-lebih lagi pada yang berkeluarga.
.
Walau tak ada bos, tak ada punch card, tak ada KPI yang ditetapkan oleh orang lain, kita sendiri kena tetapkan untuk diri kita. Kena ada matlamat.
.
Tapi itu bukan yang pertama.
.
Hal pertama yang kita kena siapkan sebelum bermula adalah ini;
.
Adakah sudah bersedia untuk benar-benar meletakkan kebergantungan kepada Sang Pemberi Rezeki?
.
Apabila kita berhajat sesuatu, minta pada Allah. Kita minta dipermudahkan, kita minta diberikan ilham, idea, pertolongan.
.
Nak dapat sale, minta pada Allah.
Nak dapat berkat, minta pada Allah.
Bukan semata-mata teknik dan strategi.
Walau usaha itu tetaplah perlu dikerahi.
.
Ada masa... dah minta banyak kali pun belum dapat. Usaha dah habis usaha dah, tapi masih tidak dapat.
.
Teringat. Lalu kita periksa ibadah dan tuntutan wajib. Kita kerapkan amalan sunat. Tambah nilai sedekah. Berdamai dengan diri, dan memaafkan orang lain. Muhasabah.
.
Walau akhirnya tetap permintaan tidak ditunaikan, rasa tenang itu mencukupi. Rasa cukup itu, mencukupi.
.
Lantas akhirnya...
.
Rezeki bekerja sendiri itu, bukan sekadar menyakini boleh dapat lebih lagi. Tetapi menikmati rasa tenang dan betapa dekatnya kita dengan Ilahi.
.
.
.
Husna Adnan,
... who? ðŸ˜¢
#dearhakak
#masihbertatih


STATUS SUSULAN


Sebenarnya agak risau dengan post semalam. Bimbang ada yang berkesimpulan, saya maksudkan bekerja dengan majikan itu jauh daripada Allah.
.
Jika ada, saya mohon maaf. Saya melihat ramai sahabat yang dekat dengan Allah pada waktu saya bermajikan dahulu, maka tiada yang tersirat sebegitu.
.
Kisah itu, kisah saya. Saya yang pernah sangat jauh daripada-Nya.
.
.
Terlalu sibuk kejar KPI, sibuk uruskan buku supaya terbit pada tarikh jangkaannya, maka saya tidur jam 3 pagi hampir setiap hari.
.
Angkut PC ofis balik rumah lengkap dengan keyboard dan mouse? Biasa.
.
Tiap pagi pula bangun dan set minda untuk riang-riang sajor menghadap hazab jammed di MRR2. Karok sepanjang jalan.
.
Siap menyanyi ala buat videoklip.
Dengan tangan diayun penuh perasaan.
Mimik muka selari dengan emosi lagu.
Tak pernah buat? Syok oh!
.
Sesekali tersedar apabila nampak kemalangan, okey insof pasang ceramah. Siapa tidak pernah cuba menjadi lebih baik, kan? Maka CD islamik wajib ada. Selain CD Rossa.
.
Sepanjang waktu pejabat, urus itu ini.
Buku, penulis, freelancer, ISBN. Printer pula call, cemas saiz cover tak sama saiz buku. Masak! Dah kena keluar pejabat menuju ke pencetak.
.
Sibuk.
Tapi best.
.
Punya best fokus kerja... kadang teringat belum solat HANYA pada waktu terlihat kawan sepejabat duduk di meja dengan bertelekung. Zohor tunggu asar kaedahnya, jimat wuduk.
.
Barulah nak berlari tak cukup tanah.
.
.
Itu saya. Lupa.
Lupa pada Yang Utama.
.
Tetapi tidak orang lain.
Saya belajar banyak daripada mereka.
Keindahan waktu bermajikan.
.
Teringat satu kisah yang masih berbekas.
.
2009. Pejabat PTS Wangsa Melawati. Jam 9 atau 10 pagi. Sesampai di pejabat, terus masuk surau untuk check tudung. Imej kena jaga walau tak drop dead gorgeous. ðŸ˜’
.
Waktu di surau, melihat sahabat saya, Fatin Hasan sedang solat. Tekun melihat gerak-geri Fatin dari pantulan cermin.
.
Selesai dia solat, saya bertanya, "Utin solat apa? Utin terlepas subuh?"
.
Matilarnakkkkk rupa-rupanya dia solat dhuha. ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­
.
Waktu itu umur 25 tahun. Tak simpan dalam otak apa itu solat dhuha, apa fadilatnya. Tak mencari. Sebab?
.
Sebab tiap bulan tetap masuk gaji, tetap masuk duit. Tak sedar apa kaitan minta dimurahkan rezeki pada Allah, tatkala gaji tetap sama setiap bulan.
.
Hingga pernah satu tahap, apabila projek menjadi, capai KPI, terawang dengan komisen-komisen... "Aku tujukan kejayaan ini kepada usaha keras aku."
.
Lupa. Lupa izin siapa.
.
.
Makan gaji, berkuli, atau kerja sendiri,
Masing-masing ada perjuangan peribadi.
Asalkan tidak lupa hakiki.
Dunia ini hanya jambatan ke negara abadi.
.
.
.
Husna Adnan,
Dibesarkan oleh orang makan gaji.
Hari gaji maksudnya makan piza.

27 August 2016

BAGAIMANA KEKALKAN MOMENTUM KERJA SENDIRI?

(#throwback status FB bertarikh 15 September 2015)



.
Dapat soalan ini daripada seorang sahabat semalam. Ambil masa beberapa saat untuk bongkar kembali kisah 5 tahun lepas.
.
Tahun terakhir makan gaji; 2010.
.
Bohong kalau tak rindu perasaan dapat gaji tiap bulan. Tapi rindu tak bermaksud masih cinta vaaaah terguling baca ayat aku.
.
Selepas berhenti PTS, saya masih ingat apa yang saya buat.
.
.
.
Baring.
.
.
.
Senyum atas katil sambil membayangkan kesesakan MRR2 dilambai pergi. Rasa bahagia betul masih bawah selimut jam 8 pagi on weekdays.
.
Itu hari pertama.
.
.
.
Hari kedua, lawan mata dengan dinding.
.
Hari ketiga, lawan mata dengan siling.
.
Hari kelima, murung. T_T
.
Rasa loser yang amat.
.
Weekend pun berkurung.
.
Kiranya minggu pertama selepas berhenti, rasa macam lost. Banyak masa, tapi masa yang terbuang.
.
.
.
Kemudian barulah saya kembali sibuk. Ambil banyak job freelance. Seminggu dua tiga job aku tala. Edit, layout, proofread, jual beg, jual baju, jual shawl... semua bisa dong.
.
NOTA: Terima kasih kepada rerakan PTS yang sentiasa beri job kepada saya dulu. (Dulu lah. Sekarang dorang tak kasi dah, mungkin sebab aku demand hahaha.)
.
.
Kemudian saya dapat nasihat hebat, yang sampai sekarang saya amalkan.
.
"Jadikan hujung minggu sebagai hari berkawan-kawan." - Azzah Abdul Rahman
.
Bukan sekadar luang masa bersama kawan lama, tetapi buat juga kawan baru. Istilah sekarang; networking.
.
Ada bengkel percuma, pergi. Yang berbayar, pastikan memang perlu kemudian pergi. Masa banyak, gunakan tambah ilmu, tambah kenalan.
.
.
.
Makin lama, makin faham macam mana nak guna tiap saat supaya berbaloi. Dan makin lama, makin kuat bekerja kerana sentiasa tanamkan dalam diri:
.
"Ini pilihan kau, jangan mengeluh. Masa Allah beri 24 jam itu sangat banyak. Rezeki boleh datang tak kira masa asalkan berusaha."
.
"Ramai tunggu kau berjaya, ramai menanti kau jatuh. Tapi buatlah apa yang baik untuk capai misi, jangan buat untuk impress sesiapa."
.
"Kerja kuat-kuat, beri manfaat kepada orang lain dengan nikmat masa yang diberi."
.
.
.
Gitulah serba sedikit. Kalau nak cerita semua makan hari. Nasihat kepada diri sendiri pun dah berjela. Kerja sendiri ni, SELF-MOTIVATE sangat penting.
.
So, normal bila berhenti tu kita rasa lost. Rehat dulu, enjoy masa senggang. Panaskan enjin, kata Cik Din.
.
Tetapkan niat, susun jadual hidup, sasarkan apa-apa misi masa hadapan, jaga hubungan dengan Allah dan ibu bapa, dan berkawanlah dengan orang positif. Bila bekerjasama, jangan demand sangat macam aku pui ðŸ˜‚
.
.
.
Husna Adnan,
Ibu ketam ajar berlari.
.

30 December 2010

"AKU KAYOOOOOOOOOOOO!!!!"


Assalamualaikum, hai kawan-kawan! ^____________^


Saya mahu berterima kasih kepada semua yang membantu saya merungkai persoalan 'darah manis' yang penuh misteri itu. Semoga semua bakal pengantin dilindungi Allah, disatukan di jinjang pelamin, memperoleh rezeki untuk hidup berdua, bertiga, berempat, berlima belas pun boleh, bahagia hingga ke akhir hayat, dan akhirnya terus bercinta hingga di syurga....

Oh... (Y________Y) ayat ala-ala kudus Ramadan sudah kedengaran... apakah ini tandanya aku sudah perlu mula membayar semua puasa yang tergadai, bagi mengelakkan keadaan kelam-kabut pada tahun hadapan? *ish ish ish....*

Ya... sebenarnya... saya.........

Memang perlu berpuasa.

Ini kerana simpanan di bank saya kelihatan surut, surut, dan surut, seakan-akan Tasik Chini yang ketandusan air hingga mampu menampakkan naga yang digembar-gemburkan. 

Eh. Kalau akaun bank menyurut hingga menampakkan naga Tasik Chini, okey juga. Boleh mengaut keuntungan dengan memperagakan dia secara berbayar:

RM 10 bagi kanak-kanak tadika dan bayi
RM 20 bagi murid sekolah rendah
RM 25 bagi pelajar sekolah menengah
RM 30 bagi pelajar universiti
RM 40 bagi dewasa dan warga emas, 
RM 50 bagi penjawat professional; peguam, doktor, doktor gigi
RM 100,000,000 bagi kerabat diraja...

... didarabkan dengan bilangan masyarakat di Malaysia, tapi rasanya negara-negara jiran pun teringin nak tengok naga, oleh itu didarabkan dengan penduduk Benua Asia, oh mesti negara jiran Benua Asia pun tak nak ketinggalan, maka didarabkan dengan jumlah penduduk bumi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAH!!!
AKU KAYOOOOOOOOOOOO!!!!
WOOOOHOOOOO!!!!

Yeah bebeh!! Kamon naga! We can do it!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Yes master....

T________________T Kau bukanlah naga yang digembar-gemburkan.....

Kalau akaun menyusut dan akhirnya menampakkan buah naga pun boleh.... Mahal kot harga sebiji buah naga. Boleh jual di Sna LaLa Blogshop yang masih sepi itu. T,T

Tetapi tidak mungkin ada naga mahupun buah naga pada pengakhiran hayat sebuah akaun bank. *Hampa*

Kepada semua payment yang masih tertunggak, munculkan dengan segera!!! Fuh fuh!

P/S: Kang ada yang isi masa lapang kerja Tesco ni kang... orang nak sambut tahun baru terkinja-kinja pada tengah malam di 'KLCC dowh' pun terbantut yall....

P/S lagi: Tak payahlah terperanjat membaca P/S di atas... gurau ajelah! Why so serious? Serious tak sabar tunggu Jun 2011. :))

15 December 2010

Blogshop - Dalam Pembikinan



~ Dalam pembikinan ~


Saya guna alamat blog lama saya, snalala.blogspot.com.

Akan dibuka secara rasmi pada Januari 2011.


Sebenarnya macam sudah boleh guna, kerana semua yang diperlukan sudah ada, malah saya cuma mahu blogshop yang simple sahaja. Cumanya, saya masih belum yakin untuk menguruskan pengeposan barang dan menggunakan akaun bank. 

Malah masih mencari modal bagi menyediakan stok yang banyak. 
Kuh kuh kuh.

Mungkin saya akan buat jualan barangan kepunyaan saya seperti dress, gelang, shawl, jubah dan lain-lain bagi membantu menerbitkan sedikit modal. Buku nak buku? Buku pun saya ada banyak. T_T Harap bertemu plastik hitam berisi RM 1 juta di dalamnya.

Ini impian saya, yang sedang diusahakan.

Doakan saya ya!!!  ^_________^

*    *    *

Apabila tiada FB, saya mampu membuat pelbagai kerja... kerja rumah, kerja freelance, buat sesuatu yang mempunyai hala tuju seperti blogshop ini, ada masa makan, ada masa tonton TV... bagus juga tidak terlalu banyak masa dihabiskan di FB..............

Tetapi saya tetap rindukan FB dan kawan-kawan di sana!! Waaaaaaaaaa!!! T____________T Mari siapkan kerja pantas-pantas!

Kamon man!!!

02 December 2010

Berusahalah Disember!!!


Assalamualaikum, hai kawan-kawan yang dikasihi! Apa khabar? Harap kalian sihat belaka. Ya, saya kadang-kadang akan menjadi sopan sebegini, kadang-kadang saya akan menjadi so fun. Lucu tak? Lucu tak? (///_____\\\)v


Baiklah. Sebenarnya, sudah lama saya mahu membuat entri ini.

Entri berkenaan;

Apakah kebaikan dan keburukan bekerja di rumah?

Yeah... sekiranya ada antara kamu yang tidak mengetahui, saya dahulu bekerja di pejabat, seperti kebanyakan manusia normal lain. Semasa di pejabat, saya sering kagum dengan mereka yang tidak perlu ke pejabat. Mereka seakan-akan kurang normal kerana semua ahli keluarga saya, malah saudara-mara dan kebanyakan rakan-rakan, mengakhiri zaman belajar dengan bekerja di pejabat. Berkerja selain di pejabat dianggap kurang normal.
Apa masalah aku sampai tulis ayat berpusing-pusing ni?


Ini bukti saya pernah bekerja di pejabat. Tidak dapat dinafikan lagi kesahihan gambar ini kerana ada kerusi pejabat, komputer pejabat, almari besi pejabat, lantai pejabat dan juga selendang pejabat memandangkan pejabat mempunyai pendingin hawa yang tidak dapat dikenal pasti mengapa perlu sejuk menyengat. Malah gambar juga menggunakan kamera pejabat yang diambil oleh rakan sepejabat.


Namun kini, saya tidak lagi perlu ke pejabat demi sesuap nasi. Bukanlah bermaksud pejabat saya itu adalah The Chicken Rice Shop, tetapi maksudnya, demi menjana pendapatan bagi kelangsungan hidup di dunia yang fana ini. Okey, tidak lucu.

Malah saya semakin suka tidak perlu memandu jauh, dan menghabiskan setiap detik nyawa di atas jalan raya, menggunakan hampir separuh tenaga hanya menekan brek dan minyak, dan memujuk hati untuk bersabar dengan kerenah pemandu lain yang berlagak seolah-olah punchcard mereka sahaja yang akan berwarna merah berdarah sekiranya terlambat, dan punchcard saya sentiasa berwarna hitam itu Dashing.

Ini pula suasana hidup saya sekarang. Ada rakan lelap hiasan lantai, wayar berlingkar-lingkar, ada meja pun setakat jadikan tempat meletak radio dan beg plastik, laptop diletakkan di atas katil dan bekerja sambil meniarap, ataupun menjadikan katil sebagai meja, dan duduk melunjur di atas karpet itu. Sungguh santai! Dan masih mampu menjana pendapatan semampu daya, alhamdulillah....


Malah berat badan juga menurun kerana saya tidak keluar makan dengan rakan sepejabat apabila mereka mengajak, atau saya yang mengajak mereka makan demi mengisi masa rehat. Oleh kerana perjalanan ke pejabat atau keluar dari pejabat membolehkan aktiviti singgah ke kedai runcit mampu dilaksanakan, sepanjang di pejabat, mulut akan kerap mengunyah tanpa mengira waktu. Di rumah, saya perlu masak sekiranya lapar, dan sekiranya malas, berlaparlah aku. Malah sudah tidak membeli kudapan memandangkan kurang kerap singgah ke kedai runcit ataupun Tesco.



Saat berganti minit berganti jam berganti hari berganti bulan...


saya semakin yakin...


yang saya semakin tidak normal.

Wahaha. T_________________T

Saya seronok bekerja di rumah, sungguh. Saya ada banyak masa yang fleksibel untuk diri sendiri, kerjaya dan keluarga (wah ayat dah macam mak-mak). Apabila perlu pos barang, boleh ke pejabat pos pada bila-bila masa. Apabila perlu beli baju atau tudung, boleh pergi pada hari bekerja yang menjanjikan ketenangan sejagat kerana kompleks membeli-belah tidak begitu ramai pengunjung.

Namun saya semakin lupa beberapa perkara, contohnya hari dan tarikh. Bagi saya, semua sama, termasuk musim cuti. Cuti am ke, cuti khas ke, tidak cuti ke, aku tak peduli. Bukan tak peduli kerana menjadi seorang yang berhati dingin, namun tidak begitu perlu peduli kerana setiap hari juga adalah sama. Hujung minggu ataupun tidak, masih boleh buat kerja, masih boleh keluar berjimba, masih boleh tidur atau berjaga sesuka hati.

Bulan lepas paling ketara ketidaknormalan ini apabila saya begitu bersemangat mahu ke pejabat berjumpa rakan-rakan demi menghilangkan rindu, padahal mereka sebenarnya bercuti sempena Deepavali. Deepavali juga dikenali sebagai, salah satu daripada cuti am.
Rasa macam nak pang! kan gambar-gambar kartun di atas? Kah kah! Artikel asal kartun-kartun di atas adalah dari The Oatmeal - Why Working at Home is both Awesome and Horrible. Memang bedebah kerana ia hampir benar!!! Hahahaha! Walaupun idea mereka ada yang agak melampau, malah ayat lucah dan kesat, pandai-pandailah kau jaga diri ya nak. Tetapi komik-komik The Oatmeal selalu menghiburkan saya apabila saya kebosanan dan kesunyian. Gitu....


Akhir kata, bekerja di rumah adalah AWESOME!!! Tetapi pastikan di dalam bilik ada kalendar besar, dan jangan lupa berbual secara verbal dengan manusia sebenar demi mengelakkan kegugupan tidak tentu fasal.

Juga antara yang horrible, saya rindu kawan-kawan. Olololo....

Sekian. 

P/S: Setiap keputusan ada baik dan buruk. Tetapi bagaimana berhadapan dengan sisi buruk keputusan itu adalah penentu aras kematangan kita. Jangan mengeluh! Perlu teruskan hidup dengan ceria walaupun kadang-kadang, hidup ini aneh. BERUSAHALAH!!!

P/S lagi: Bulan terakhir bagi tahun 2010!!! BERUSAHALAH!!! Kemain.

P/S lagi-lagi: Terima kasih kepada 85 Rakan Budiman, juga kepada semua yang sudi klik pada survey Nuffnang di sebelah dan melawati ke blog ini! ^_________^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...