26 January 2011

Saya sibuk.

Salam, hai yalls!


Buat apa tu? Dah makan? Sihat tak? Aku kemain peramah macam tak ada kerja lain ek.


Tak ada apa pun nak tulis. Cuma nak beritahu, saya sibuk.


Bosan ke asyik baca ayat 'saya sibuk' tu?


Kau tak fikir aku pun bosan?


Kadang-kadang teringin nak tulis, 'Saya lapang. Tiada kerja. Semua sudah siap. Dan saya masih boleh makan Domino's sebagai sarapan, Subway sebagai makanan tengah hari, dan makan di Delicious Cafe sebagai makan malam, setiap hari. Malah baru sahaja beli Honda CR-V secara tunai. Oh ya, tadi beli beg LV, dan kasut Prada. Esok kalau bosan, nak pergi Paris. Sebelum maghrib, balik semula ke Malaysia, nak tengok Tiramisu. Tiga bulan lagi, kalau bosan, baru tanya editor, ada ataupun tidak job baru. Kalau tak ada job, bolehlah pergi China pula.'


Namun tidak mungkin saya mampu menulis semua di atas. Pertama, makan makanan segera adalah tidak bagus untuk kesihatan. Kedua, mahu tulis gaya mewah pun tak reti sebab memang tidak menjalani kehidupan manusia mewah. Ketiga, membazir itu amalan syaitan. Keempat, saya tidak tengok pun cerita Tiramisu itu. Gandingan pelakon wanita dan lelaki yang kurang comel di mataku. Kepada peminat cerita Tiramisu, tak perlu nak putus kawan. Kelima, gaji freelancing tidak akan semantap di atas kalau duit dah habis pergi Korea. 


Bulan Februari diisytiharkan sebagai bulan tanpa freelance job, kerana mahu siapkan tugas penulisan. Terpaksa tolak banyak manuskrip best demi tugasan ini. Oh... BERUSAHALAH HUSNA ADNAN!!! Harap emak tidak kisah bekalan mi segera akan lebih cepat surut daripada biasa. Mampuih bai! Sebulan tak ada payment. Masa hadapan punya pasal.


Mulai hari ini, esok, lusa, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, dan Ahad hadapan adalah hari menjelajah. Minyak kereta akan kerap diisi, kesesatan akan kerap berlaku. Banyak daerah dan negeri bakal diterjah. Terjah negeri itu tidak jadi masalah sebab minyak dan tol adalah duit emak. Namun, kerja yang perlu disiapkan, PERLU DISIAPKAN!!!


Maka, blog ini akan dibiarkan bersawang. Namun jangan bimbang. Saya akan kembali. Bak tajuk lagu Korea di bawah ini.



I'll Be Back!




Pembaca: Kami tak bimbang pun. Pergi sajalah. Bising saja. (-_________-')

22 January 2011

Jambunya!! Auwww!!

Salam kawan-kawan! Hai! ^__________^

Bilik saya sudah cantik.

Yeaaahoooo!!!

Mahu tunjuk ataupun tidak...?

Mahu tunjuk... ataupun... tidak....?

Ermmm....


Malulah....




Tapi....




Ala... tunjuk sajalah....




Bukan ada apa pun kan....




Ermmm....




Baiklah....




Inilah bilik saya.... *blushing blushing*










Menangis aku kalau bilik memang secantik ini.

Tentulah ini bukan gambar sebenar. Kah kah.

Belum sempat ambil gambarnya.

Tapi cat ala-ala beginilah.

Merah jambu pekat di bahagian dinding yang ada lampu kuning.

Keliling adalah merah jambu cerah.

^_________________^

SUKA!!!

Terus nak perangkan rambut, dan pakai gaun kembang.

Juga memakai mahkota indah di kepala.

Sambil menyanyi merdu.































Pasti disebat oleh emak.

Tak apalah.

15 January 2011

Huru-hara. Hara-kiri. Kiri-man. Man-Kidal.

Assalamualaikum, 
hai kawan-kawan!!!
^_____________^

Saya agak sibuk. (-____-')v


Saya sibuk sejak tahun lepas (20 Disember 2010) hingga semalam (14 Januari 2011).

Saya sangat sibuk hingga tidur hanya beberapa jam, malah makan dan minum juga tidak teratur.

Namun alhamdulillah, semua kerja suntingan sudah saya hantar, semua kerja penulisan sudah saya siapkan. Blogshop juga sudah dibuka walaupun tidak semenggah.


Semalam saya ke pejabat PTS, demi mengambil pruf yang sudah ditandakan oleh editor, juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan rakan-rakan.

Saya ditegur kerana semakin kurus. (Terima kasih jubah hitam, anda sangat berjasa.)


Saya juga ada membeli beberapa buku di Bookcafe Sdn. Bhd., juga menerima buku secara percuma atas pemberian rakan, dan mengambil editor's copy.

Kini bilik saya dipenuhi buku-buku, juga majalah.

Almari buku yang kecil tidak lagi memenuhi keperluan supaya bilik tidak bersepah.

Ya, bilik saya kian bersepah. T________________T

Setiap barang terletak di tempat masing-masing, namun rasa tidak sedap mata memandang.

Bak kata Tuan Pengurus, SERABUT.

Ya, bilik saya kian serabut. Otak juga ikut serabut. Tajuk entri juga sama serabut.

Bilik ini dipenuhi perabot yang tiada fungsi.

Saya ada dua katil single bed, dua almari baju, dua meja belajar, dan dua meja kecil tanpa fungsi.

Separuhnya adalah peninggalan kakak yang sudah berkahwin dan meninggalkan rumah demi berhidup bersama suaminya.

Satu katil dijadikan tempat meletak anak patung, lebihan bantal, buku-buku sebagai rujukan, dan juga tempat kucing tidur. Satu lagi, tempat saya dan laptop bermastautin.

Satu almari dipenuhi beg-beg yang tidak selalu digunakan, baju-baju musim sejuk kerana ke Korea suatu ketika dahulu, beg, baju musim sejuk, beg dan baju musim sejuk. Satu lagi, adalah baju harian. Selebihnya, masih di dalam bakul kerana tiada masa melipat dan menggantung.

Satu meja belajar dipenuhi habuk, printer tanpa cartridge yang kasihan, Kamus Dewan, bunga palsu dan imej sibuk yang palsu. Di bawahnya pula, dipenuhi beg kertas, beg kertas dan beg kertas berisi saya-juga-tidak-ingat. Meja yang satu lagi, di atasnya hanya ada radio, di bawahnya alat tulis.

Dua meja kecil tanpa fungsi. Memang tiada, tetapi ia tetap di situ.

Bilik saya dipenuhi barangan seolah-olah ada dua manusia tinggal di sini, padahal hanya saya, Lalang (kucing saya), habuk dan bakteria.

Malah, barangan semasa di rumah sewa dahulu, memenuhi ruang di dalam bilik ini. Antaranya, papan seterika dan kipas duduk.

Ini merungsingkan.

Isnin dan Selasa, bilik ini akan dicat semula kerana dinding sudah sangat bercapuk.

Bilik saya akan dicat merah jambu. Eeeeyaaaahooo.

Persoalannya, bagaimana saya perlu ghaibkan segala benda itu?

Adakah perlu throw them into the dungeon? ... Tetapi rumah saya tiada bilik bawah tanah. Itu hanya meniru dialog filem lama.

Atau berikan kepada jiran sebelah, yang mungkin rumah mereka juga sudah sarat dengan perabot, namun tetap insist mahu beri sebagai hadiah maka mereka tidak dapat menolak?

Atau jual di Pasar Tani Shah Alam yang ala-ala garage sale itu?

Atau bagaimana?

Ini yang merunsingkan.

Okey, sudah ulang ayat 'merunsingkan' sebanyak dua kali. Memang merunsingkan! 

Sekarang saya perlu menyambung satu lagi kerja, dan mula melakukan kerja penulisan yang seterusnya. 

Dan mulai 15 Januari 2011 hingga selama nafas masih ada, segala senarai di atas akan berterusan. Tuhan, berikan aku kesihatan dan kesungguhan, dan rezeki melimpah-ruah, amin....

*pengsan bertubi-tubi secara rawak dan bangun menghadap laptop 
dan pengsan lagi*

Sekian.

Wassalam.

Yang benar,
Husna Adnan, 48 kg (perlu tulis ini, kerana ia akan bertahan beberapa jam sahaja.)

Awat?

11 January 2011

Yahuuuuuu!!!




Sudah dibuka! 

^_________________^


Alhamdulillah... terima kasih kepada semua yang sudi melawati blogshop saya yang sederhana dan ala kadar itu. Insya-Allah, ada masa, saya kemas kini lagi. Mohon maaf atas segala kekurangan, kerana saya lancarkan dengan agak tergesa-gesa memandangkan saya sedikit sibuk. Namun doakan saya ya! Sokongan kalian amat saya perlukan, dan amat saya hargai.


P/S: Nak kena buat satu sudut photography. Latar iron board, wayar berselirat dan meja yang sarat adalah tidak comel sama sekali. T_____________T Dan perlu beli patung hanya kepala yang menakutkan itu juga. Wawawa! Tengok muka sendiri posing, terus rasa macam nak pitam.


P/S lagi: Teruskan undian ya! Terima kasih semua yang sudi mengundi! :D

10 January 2011

Selamat Hari Lahir, Husna! =D



Terima kasih atas semua ucap selamat dan doa. Terima kasih kepada pemberi hadiah dan pembelanja. Terima kasih kepada semua yang menghantar SMS, yang memberi ucapan di FB, memberi ucapan bersama link video dan gambar, yang ucap di blog ini, juga kepada yang membuat panggilan. Hari ini tidak keluar rumah pun. Sibuk buat kerja. Sambut dengan para kucing dan ahli keluarga sahaja. Pakaian? Ala amah-amah gitu, hahaha! Tapi tak apa... sebab saya tetap gembira!!!

Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan kalian semua....

^___________________________^



Oh oh, insya-Allah, esok Sna LaLa Blogshop akan beroperasi secara rasmi, dan kawan-kawan boleh menjengah snalala.blogspot.com esok (11.1.11) dan akan ada entri pengenalan pada 11.01 pagi, dan entri seterusnya pada 11.11 pagi. Ceeeeeewah! Nantikan ya!!


Jualan pertama ini, bukan shawl baru. Ianya adalah shawl yang tidak pernah saya pakai, ataupun shawl yang pernah pakai sekali dua. Jadinya, harga semua murah-murah sahaja, hehe. Semua mungkin RM 10 dan ke bawah. Apa-apa pun, kita jumpa di sana esok ya!

07 January 2011

Siapa Ted Williams?


Assalamualaikum, hai kawan-kawan! ^____________^


Rasanya sudah ramai yang tahu berkenaan video ini:


- Alamak... video semasa penemuan awal Ted Williams sudah tiada 
kerana The Dispatch sudah claim copyright. -

Ted Williams, seorang lelaki yang pernah menjadi penagih dadah dan alkohol, kini menjadi bualan dunia kerana bakat semula jadi yang ada padanya hingga digelar - Homeless Man with Golden Voice. 

Semasa mula-mula menonton video ini atas perkongsian rakan di FB, saya terus terkejut kerana saya sangka suara itu datangnya dari radio si perakam video. Hahaha! Tak sangka itu suaranya yang sebenar. SANGAT KAGUM!!!

Ramai, termasuk saya, berharap lelaki yang sudah dua tahun bersih daripada sebarang ketagihan ini, diberikan peluang kedua untuk dirinya, yang sangat mahu menjadi DJ radio ataupun TV announcer.


Dan syabas, kerana harapannya itu dimakbulkan dengan begitu pantas.


Ted William akhirnya dilamar sebuah stesen radio sebagai juruhebah. 

HEBAT, BUKAN???


Malah sekiranya saya tidak silap, bukan satu, tetapi beberapa peluang pekerjaan diterima oleh Ted Williams yang berbudi bahasa ini. (Saya suka cara dia bercakap; merendah diri, meninggikan orang lain dengan panggilan 'sir' dan juga tidak letih mengucapkan terima kasih.)

Inilah kuasa Tuhan berkenaan nasib dan rezeki hamba-hamba-Nya.

Juga kuasa perkongsian dunia Internet.

Sekiranya si perakam tidak meletakkan video itu di Youtube, rasanya agak susah bagi manusia seperti Ted Williams memperoleh peluang kedua sehebat ini dengan sepantas kilat.

Siapa kata mengubah dunia itu sukar?

Sekurang-kurangnya, seorang manusia bisa mengubah dunianya sendiri. ;)

Sekiranya Ted Williams berputus asa, dia mungkin masih di lorong-lorong gelap, dan bukannya berdiri yakin di tepi jalan, sambil memegang cebisan kotak yang tertulis bakatnya, hingga dijumpai oleh si perakam video ini. (^_^)

Tahniah, Ted Williams!!!
(Macamlah dia faham bahasa Melayu... T_____________T)



Katakan Ya kepada Peluang Kedua.

- But choose wisely, not everything deserve a second chance. -

05 January 2011

Mahu Bertukar!!!



Assalamu'alaikum, hai kawan-kawan!

Sempena tahun baru yang indah ini, teringin nak mekap blog jadi cantik macam orang lain. Nak tukar template baru, background baru, warna baru...

... tapi saya takut ia akan membuatkan saya rasa pelik... dan awak semua juga rasa pelik.....

Blog saya kelihatan seperti blog lama yang kasihan.... (U___U)v

Setuju tak?

Persoalannya....

Sekiranya tukar template, tukar segala-gala itu, adakah link blog kawan-kawan, penulis, pekomik dan lain-lain itu akan hilang? Dulu saya pernah tukar template, tapi lama dah... 2009 kot. Habis semua link hilang.... T_____________T Jenuh kena cari dan link balik.....

Buka rahsia: Hijau bukanlah warna kegemaran saya. MAHU TUKAR!!!

Baiklah... kalau tiada yang jawab, sama ada segala link itu akan hilang ataupun tidak, SAYA AKAN TUKAR JUGA!! TIDAK PEDULI LAGI!!! Yakah?



Pagi-pagi dah emo dan berfikir perkara yang tidak perlu.

Malah entah apa motif letak bintang ada love atas tu. T_T


03 January 2011

Kisah Si Puteri: Alhamdulillah... :')

TOP 50 Judul Kreatif Kanak-Kanak dan Awal Remaja (1 Januari - 31 Disember 2010)

1. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
2. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu

3. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Sepakat?
4. Young Aisyah: Cuti Sekolah
5. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
6. Young Aisyah: Summer Camp
7. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
8. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu
9. Tukar Sekolah Lagi!
10. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
11. Si Monster Cilik
12. Teladan Gempak: Jiran Masam Manis
13. Dunia Sains Aiman 7: Demam F1
14. Puteri Kemilau Cahaya
15. Young Aisyah: Juara Kampung Badak Berendam
16. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
17. Siri Muaz & Haikal: Kapten Baru
18. Melah Melia: Rombongan Ke Pangkor
19. Misi Suhana: Saya Sayang Mama
20. Puteri Di Alam Fantasi
21. 31 Kisah Sahabat: Kamus Tuhan
22. Usahawan Cilik: Mufin Manja
23. Misi Suhana: Saya Sayang Papa
24. Impian Mira
25. Pensel Ajaib
26. Siri Muaz & Haikal: Along Hilang
27. Sekolah Menengah?
28. Budak Span Dan Kasut Saraf
29. Geng Genius: Rakit Terpantas
30. Adli Di Alam Fantasi: Penyelamat Alam
31. Zara Misi Mustahil
32. Atan Jambul: Kerana Tikus
33. Geng Junior: Sayur Lipat Berinti
34. Sherlock Holmes 1: Perunding Detektif Pertama Dunia
35. Akademi Gemilang 3: Kunci Dimensi
36. Sherlock Holmes 3: Wira Kota London
37. Sekolah Agama?
38. Sherlock Holmes 4: A Study In Scarlet (ed BM)
39. Rahsia Cinta Segitiga Rasulullah
40. Sherlock Holmes 2: Detektif Yang Penuh Kejutan
41. Adam Kecil 09: Sakit Gigi
42. Sahabat Kole Kacang 3: Misteri Banglo Lama
43. Tempat Ke-2?
44. Adam Kecil 07: Dicakar Hantu
45. Koleksi Cerita Adam Kecil
46. Dua Dunia
47. Adam Kecil 11: Merdeka
48. 31 Kisah Sahabat: 10 Sahabat Yg Dijanjikan Syurga
49. Usahawan Cilik: Biskut Ajaib
50. Usahawan Cilik: Garaj Aiman


Disalin semula dari web Unika PTS

semasa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010



Alhamdulillah... kedua-dua siri Kisah Si Puteri berada di tempat pertama dan kedua senarai Judul Kreatif Kanak-Kanak dan Awal Remaja sepanjang tahun 2010. Tidak pernah diimpikan, siri yang menjadi eksperimen kami pada tahun lalu, menerima sambutan yang amat menggalakkan.
Saya, secara peribadi, ingin mengucapkan terima kasih kepada PTS One, pihak Marketing dan Sales PTS, Bookcafe, semua unit yang berjasa di PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., semua pengedar, semua pembaca dan pembeli Kisah Si Puteri, serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembikinan dan kejayaan Kisah Si Puteri.
Juga terima kasih kepada hati-hati mulia yang sering memberikan kata-kata nasihat dan motivasi; jangan pernah putus semangat dengan perempuan ini, walau semasa semangatnya sendiri hilang entah ke mana.
Tahniah juga saya ucapkan kepada semua penulis yang tersenarai. =D
Kepada penulis bersama Kisah Si Puteri; semoga kita semua lebih bersemangat pada tahun 2011 ini.

^______________________^

Selamat Maju Jaya!

01 January 2011

Salah Satu Azam 2011


Tuan Pengurus suruh kurangkan blogging, kurangkan FB, kurangkan blogwalking ~ dan banyak lagi... kerana tahun 2011 sarat dengan perancangan masa hadapan yang penuh kedewasaan.


Aku mendabik dada, bukan? Sudah ada Tuan Pengurus. HAHAHAHAHA! *berangan itu percuma - selalu dengar ungkapan ini di FB rakan-rakan.* 


Namun saya ambil sedikit masa, mencoret entri pertama pada tahun baru ini, kerana tarikh hari ini amat gorgeous. Adalah tidak senang di hati, tidak aman di jari sekiranya tiada entri pada SATU JANUARI DUA RIBU SEBELAS (1.1.11). 

Malah sudah siap dua bab editing sebentar tadi, maka perlu reward diri sendiri dengan memunculkan diri di sini. Lagipun esok cuti, jangan berkira sangat... 
(Y_Y)

Baiklah. Hai, assalamulaikum kawan-kawan. Bagaimana 2011 setakat ini? (Macam dah bulan Jun je cara aku tanya kan.)

Hari ini, alhamdulillah, atas dasar sistem barter secara paksa yang direlakan oleh kedua-duanya, saya berjaya menghadiri walimah rakan PTS di Kelana Jaya, bertemankan emak saya yang cantik; dengan balasan, saya juga perlu menemaninya ke Sungai Buloh demi menghadiri satu lagi walimah.

Kak Shaza + En. Zain = suami isteri

Oleh kerana berjaya menghadiri dua walimah pada satu hari, dan perjalanan dari Kajang - Kelana Jaya - Sungai Buloh - Kajang yang meruntun masa dan tenaga, saya dilanda kekeyangan yang melahirkan perasaan penat tiada tolok bandingan, walaupun emak yang memandu. 

Makanan lazat yang penuh kolesterol memang tidak dapat dipisahkan dengan kenduri kahwin orang kita. Namun saya tetap penggila nasi minyak, nasi beriyani dan nasi lemak. Ada aku kesah letak nasi lemak sebagai hidangan kenduri kahwin di situ? Ada orang buat kan? Ada tak??!!!

Walau bagaimanapun... atas azam demi mendapatkan badan langsing seperti Nasha Aziz, segala kepenatan itu kutepis ke tepi!!! 

Lalu mengenakan baju bersesuai, memasang earphone ke telinga, membuka lagu-lagu penaik semangat, melilit tuala di leher......... 


dan selepas 35 minit dan 25 saat.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Saya berjaya membakar 90 kalori (menurut mesin itu)... T____________T 

SYABAS HUSNA ADNAN!!! Wooooot wooooooooot!!!

Rasa nak pitam paksa diri lari di atas threadmill selama 35 minit dan 25 saat. Akhirnya semua sudah berakhir, bagi hari ini. Syukurlah...............

Esok, lusa, tulat dan selama-lamanya perlu buat lagi, demi badan seperti Nasha Aziz dan kesihatan diri. Oh! Oh~ oh.... (T_T)v

Namun selepas melawat ke web ini, terus tak jadi pitam, tetapi seakan-akan hampir koma. 

Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori

Itu belum campur ayam masak merah, rendang daging, ayam goreng, dan pecal.

TIDAK!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...