28 April 2011

"Hanya kepada-Mu, aku meminta pertolongan."




Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina!
(Surah Al-Mukmin ayat 60)





Semalam dan hari ini, saya menerima tiga panggilan telefon, yang membuatkan saya semakin yakin, Allah adalah Tuhan yang maha best! ='D


Beberapa hari ini, hati saya benar-benar sempit. Air mata jadi peneman malam, kerana siang, saya kuatkan hati bertemu dunia. Sungguh, saya amat susah.


Namun, saya giat kuatkan hati, supaya bersangka baik dengan Allah. Tidak pernah putus saya berdoa. "Hanya kepada-Mu, aku meminta pertolongan."


Memang tiada yang mampu membantu, kecuali Tuhan yang maha esa.


Kini, ketiga-tiga doa saya dimakbulkan-Nya. Walaupun tidak dengan pantas, namun tepat pada masanya. Terlalu tepat.


Detik ini, tiada apa yang mampu saya luahkan selain,


ALHAMDULILLAH....


Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side



Sekiranya kawan-kawan dilanda kesempitan, teruskan hidup dengan bersangka baik kepada perancangan Allah, dan jangan pernah putus doa. Tuhan di atas sana, benar-benar mendengar rintihan kita. Walaupun kita selalu lalai, alpa dan jahat kepada Allah, tetapi Dia tetap sayangkan kita dan berbuat baik kepada kita. Percayalah. =') 

*Saya tidak dapat menulis sebaik yang boleh bagi menggambarkan perasaan saya, namun saya benar-benar gembira dan lega. Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah.... (^_^)*


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

19 April 2011

Terima kasih, duhai kawan...


Assalamualaikum, hai kawan-kawan! ^___________^


Maaf ya, sudah lama saya tinggalkan blog ini selepas menghabiskan tenaga membuat reviu HMM yang agak bersungguh-sungguh itu. Hahaha! Over sangat, walhal sendiri yang nak buat.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca entri saya yang jarang pendek, terima kasih sudi tulis komen, malah ramai juga yang 'like'. Terima kasih yang tidak terhingga.

*Tiba-tiba masuk mode serius.*

Saya ini manusia biasa. Yang menggunakan blog untuk tulis apa yang nak diluahkan. Ada fakta, ada pandangan, ada pendirian. Kadang-kadang perangai macam minta direjam dengan gumpalan kertas, kadang-kadang ala-ala lemah lembut gitu. Padahal!!!

Padahal saya memang begitu. Seimbang. Ying Yang. Kemain.

Ikut situasilah. Kalau situasi itu serius, saya seriuslah. Kalau macam tak berapa nak serius, saya pun join sekaki. Lima tahun jadi gadis pembawa motor (wah, ayu sikit tulis begini daripada guna minah rempit T_T), sudah tentulah saya ada sifat kasar saya. 

Dulu saya macam tomboi tau. HAHAHAHA. Ada gambar lagi, pose macam boyband minta disebat. Tapi maaflah ya, serius segan nak tunjuk. Tomboi tapi pakai tudunglah. Bukan macam pengkid. Eh ni faham ke tak faham ni?

Saya menulis blog ini pun suka-suka. Pergi karaoke pun tulis. Apakah aku ni kan. Aku bajet aku artis waktu itu. Tapi hakikatnya, ke laut. Main paintball, tulis juga. Bestlah dulu-dulu. 

Tapi sekarang... 

*bunyi biola dan piano bersatu* 

... best jugalah. Hahaha! 

Sengaja buat cerita sedih tadi. Hehe. Best juga, cuma kena tulis mana yang penting saja. Nak tulis yang tak berapa beri manfaat kepada masyarakat, saya lebih suka tulis di FB, sebab tak ada rekod. Melainkan anak-anak nanti sanggup tekan older posts sampai ke tarikh emak mereka berumur 24 tahun. Anak-anak, jangan buat perkara lagha.

Walau bagaimanapun...

Saya sebenarnya, risau kalau-kalau tulisan saya memberikan kesan buruk kepada orang. Sebab itu untuk satu entri, saya baca banyak-banyak kali, saya edit banyak-banyak kali. Kadang-kadang dah publish pun, saya akan baca dan edit balik kalau rasa tak sedap hati. Sungguh.

Walau bagaimanapun lagi...

Saya bersyukur kerana dari blog ini, saya dapat ramai kenalan yang baik-baik belaka. Namun kadang-kadang, ada juga benda tak best berlaku kerana blog ini, jadi saya mohon maaf ikhlas dari hati. Kepada yang pernah buat onar, saya juga maafkan sedaya saya.

Kenapa tiba-tiba buat entri touching ni?

Kerana ada gadis buat entri berkenaan blog saya. ='D SAYA SANGAT TERHARU!!! Terima kasih Zati atas entri yang melegakan hati saya. Alhamdulilllah, segala kebaikan kembali kepada Allah yang maha sempurna. Saya lega ada kebaikan yang diambil dari blog ini. 

"Sekali lg, THANX Kak Husna, your pieces of writing inspired me. Ditambah saat2 mcm lemah jati diri ni, x semangat, bla bla bla. Rasa mcm dpt sumber KEKUATAN dr seorang kakak walaupun in reality, i dun experience the feeling of having ’kakak’. Even though we are just close via facebook, but I feel like I have known you like thousand years ago. Takdir ALLAH memang INDAH…!!!"

Kepada Zati, saya doakan Zati berjaya dunia dan akhirat. Kalau nak tahu, saya memang dari dulu teringin nak adik perempuan. Sebab itu saya selalu layan baik adik-adik berjantina perempuan ini sebab itu yang saya teringin sangat. Hahaha. Adik bongsu saya, yang sekarang ini sudah 20 tahun, dulu pernah jadi mangsa berhias. Pakaikan dia baju perempuan, ikat rambut dia yang dibela panjang. Nasib baik, syukur ya Allah, dia tak jadi Mak Nab. T_____T Nasib baik sangat.

Selain Zati, saya pernah juga terima komen daripada pembaca blog yang lain. Ini yang saya ingat sebab ada di inbox FB.

"Ya, suka baca sebab awak suka buat lawak. Gelak je bila baca ^^" - Zera.


"Assalamualaikum w.b.t.. kak husna, sy dh lme bace blog akk, ( silent rider) bru skrg brani mnampilkan diri ini.. hehe.. smoga kak husna cepat sembuh ye & boleh mengupdate blog anda.. sy tak tau nk ckp ap, tp y pasti, blog akk mmg best dan adakalanya, entry2 akk y mmberikan kata berbaur nasihat mmg sy ambik dan aplikasikan dlm kehidupan (cewah.. skema tetibe).. syukran ye kak.. smoga kite dpt bertemu dan salam ukhwah fillah dpd sy. smoga perkenalan di FB ini tidak terputus." - Nadiya


"Saya sangat bersyukur kerana dapat menemui blog peribadi Cik Husna pada pertengah bulan Disember 2010, wahhh amat teruja saya membacanya, bersambung-sambung daripada larut malam (waktu kerja saya) hingga ke lewat pagi T-T Tidak pernah saya jumpa insan jujur yang boleh membuat saya tertawa dengan hanya membaca! Andalah insan istimewa itu Cik Husna, saya benar-benar kagum dengan bakat penulisan Cik *super-kagum!!!* >w<" - MamaFiza


"Teruskan memajukan diri sendiri tau.. yup,memang ringkas..tapi padat dgn info-info,juga ada bibit motivasi dalam entry Husna.(ada bakat penasihat lah..) :) juga pengalaman yang penuh berwarna warni.. lalu dipadatkan dalam bentuk coretan,dan wallah..pling! kan comel resultnya...^^ tadaaa" - Silver Hero

Penulis cilik, Riha J. pun ada masukkan blog saya di entri dia yang bertajuk hebat itu. Sebaris dengan Hanis Zalikha. Kau ada? T_Tak payah berlagak kot.

Pelukis berbakat, Ain 'Lavendra' Hafizah juga ada tulis di blognya selepas membaca entri berkenaan royalti itu. Alhamdulillah.... Ain, nanti cuti sem, siapkan komik ya. Hehehe.

Begitulah ceritanya. Mungkin ada lagi, jadi maafkan saya sebab tak tulis di sini. Yang saya ingat lagi, Natrah, Raziq, Kak Asmah, Shukri, pun antara kawan yang bermula dari blog ini. Saya ini insan lemah ingatan. Asyik makan asam. Inilah jadinya. T_T

Alhamdulillah... saya bukan nak mendabik dada. Saya kan suka mengepoh. Tapi ini kepoh sebagai tanda penghargaan. Orang tulis benda baik berkenaan kita, kita ucap syukur dan terima kasih. Kalau ada yang nak tegur kesalahan saya, tegur di inbox FB... dengan ayat yang baik-baik... mata ke atas.... tangan ke dada. Hahaha tak tak. Kita tetap ucapkan terima kasih. Tak perlu tulis entri sindiran, tulis di inbox dengan ayat macam minta kaki ke bibir, semata-mata hal kecil. Chill la bro!

Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa. Ke, terbalik? T_T

Apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi singgah ke mari, baca, komen, 'like', kongsi dengan kawan-kawan, tulis berkenaan saya di FB, dan blog... saya amat hargai semuanya. 


Okey, jaga diri ya semua! Jumpa lagi! ^___________^




Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

10 April 2011

Filem Terbaik!


Assalamualaikum, hai kawan-kawan!

Masih ingat ataupun tidak, filem pertama yang kalian tonton di pawagam?

Di pawagam tau, bukan beli VCD cetak rompak dan tengok di rumah. :p


Saya masih ingat. 
^_________^


Filem pertama yang saya tonton di pawagam adalah Leftenan Adnan.

Malah semua ahli keluarga Encik Adnan pergi bersama-sama. Manis, bukan?

Tentunya idea ayah saya, kerana dia amat suka filem perang. Dan mungkin dia dapat rasakan aura perwira pada nama Adnan itu. (Ayah saya memang comel bab ini. Dia terlalu suka askar hingga dia pakai beret ke hulu ke hilir. Hehehe.)

Apa yang saya ingat berkenaan filem ini adalah, rasa bersyukur yang amat sangat kerana filem pertama yang saya tonton di pawagam adalah filem yang sangat bagus, tidak menghampakan, dan tidak membuatkan ayah saya emo (kah kah). Terima kasih Aziz M. Osman. Ikhlas dari hati. :)

Namun selepas itu, saya jarang memilih filem terbitan Malaysia apabila menonton wayang (maaf cakap jujur), kerana saya selalu hampa. Tidak semuanya, namun kebanyakannya kurang tersimpan dalam minda apa isinya. Selepas habis tengok, habis begitu sahaja. Tak ingat apa. 

Kerana itu saya hanya tunggu di Youtube, ataupun televisyen. Itupun kalau benar-benar mahu tunggu. Ada yang hingga sekarang tak tengok pun. :)) Alahai, awak pun sama kan?

Hinggalah muncul ini....


Siapa sudah tengok?

Sekali lagi 'cakap' jujur, sebenarnya semasa tahu akan kemunculan HMM, saya kurang berminat. Begitu dalam kehampaan saya terhadap filem terbitan Malaysia, sampai saya tak endahkan semua ini. Tidak cukup menarik minat saya untuk menonton di pawagam. Olololo.... 

Namun saya tengok juga semalam, akhirnya.

Walaupun saya tengok kerana mahu minum air sambil menyelam dalam misi mencari kasut, alang-alang kakak mahu pergi ke Alamanda kan. T_T

Tapi tapi tapi tapi....

Memang sangat best!!!
^_______________^

"FUN FUN FUN FUN!"

Yeah!!! Yeah baby!


 "Eh, cerita epik pun fun?" ujar pembaca yang belum menonton.

Yaaaaaaa...... BENAR!!!

Filem Hikayat Merong Mahawangsa sangat menghiburkan, dan yang penting, berbaloi beb. Aksi bertarung memang cun, tak kisahlah guna CGI ke apa, janji warna darah memang macam warna darah sampai kepala saya berdenyut. T_T Bukan macam pakai water colour.

Yang paling saya tak sangka, walaupun filem ini filem epik, dialognya diselitkan unsur humor hingga saya dan kakak gelak tak kenang orang sebelah mahupun depan dan belakang. Apa mahu dikenang, walhal semua dalam panggung itu gelak sama!!! Hahahaha! Serius lucu! Filem yang dicanang-canang sebagai filem humor pun tidak selucu dialog HMM. 

Pelakon? Memang superb. Hero sesuai. Heroin... walaupun heroin pada mulanya saya rasa tak menarik kerana terkenang-kenang watak dia dalam Nur Kasih, tapi apabila kita terkenang watak seseorang pelakon, itu tandanya lakonan dia menjadi! 

Oh, dan watak Putera Rom... *malu....* alahai, tengok sajalah barisan pelakon di bawah.... :">




Nampak tak? Pelakon yang dipilih, memang ngam sekali. Kalau mahu tengok yang selebihnya, boleh ke album HMM di sini. Watak Kesum, Puteri China, dayang Puteri China itu pun puas hati. ^___________^ 

Oh ya, watak Kamawas yang menakutkan itu, pun bagus sebab berjaya buat saya takut. T,T

Kesimpulannya. HMM memang filem yang worth watching. Semasa menonton, asyik terdetik, ini filem Malaysia kan? Ini filem Malaysia kan? SANGAT SANGAT PUAS HATILAH WOI!!! WOI KENAPA PERLU MENJERIT DENGAN HURUF BESAR??? KERANA PUAS HATILAH WOI!!! Malah sebab kakak yang belanja. Puas hati bertimpa-timpa. :">

Saya puas hati. Sangat puas hati.

Sekian. 


Kredit gambar: Google dan FB Hikayat Merong Mahawangsa.

P/S: Keyakinan terhadap filem Malaysia sudah kembali! Yey yey! Yey yey!

Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...