15 August 2011

Kisah Husna Kecil


Beberapa hari lepas, saya agak moral down. Ada orang kata saya tidak berbakat dalam dua perkara yang saya minat, dan saya tidak mampu menguruskan bakat yang saya ada.


Jadi saya terus masuk tidur sambil mata terkebil-kebil memandang siling.

Tiba-tiba mata bergenang.

Bukan sedih sebab dianggap sebegitu, tetapi terkenang 'saya yang kecil'.

Tak memasal nak tangkap syahdu tengah-tengah malam kan.

Al-kisahnya, semasa saya kecil dulu, yang ala-ala muat Tupperware itu, terlalu cemerkap. Terlalu. Orang putih kata, careless. Bukan Careless Whisper nyanyian George Michael, tetapi careless yang membawa maksud, cuai. Yalah, cemerkap, tidak cermat dan cuai itu samalah. Geddit?

Saya masih ingat kali pertama saya dengan jayanya menghiris jari sendiri semasa memotong buah. Waktu itu saya masih belum bersekolah. Saya juga masih ingat macam mana saya menangis sambil berlari memegang jari yang penuh darah ke arah ruang tamu. Tetapi saya tidak ingat saya lari ke sana demi berjumpa siapa.

Saya menangis macam ini. Tetapi budak ini cantik sikit sebab dia putih. 
Saya hitam legam kerana suka main pasir di tengah panas. 

Demi buah, jari saya hampir putus. :')

Saya juga masih ingat bagaimana minyak panas di dalam kuali tertumpah di atas belakang tapak tangan semasa mahu menggoreng telur. Kau bayang, Jah. Waktu itu aku belum masuk Tadika pun. Tapi aku dah berani letak kuali atas dapur, dan tuang minyak di dalam kuali yang sudah panas, lantas kuali tergolek masa nak kacau telur. 

Emak memang tidak ada waktu ini. Emak di pejabat. Abah pun di pejabat. Hanya ada kakak sulung yang baru balik dari sekolah menengah. Sepatutnya saya ada di rumah jiran yang menjaga saya dan adik, Husni (kami bukan kembar). Tetapi ada insiden yang kurang enak berlaku sehari sebelum itu, saya jadi tidak suka duduk di rumah jiran itu lagi. Maka semasa saya nampak kakak melintas di hadapan rumah jiran itu, saya terus kidnap selipar dan lari ikut dia balik rumah.

Nakal gila. Orang gila pun rasa nak lempang sebab suka cari masalah. T_T

Demi telur, tapak tanganku kini berparut. :')

Saya juga masih ingat bagaimana saya terjunam ke dalam sungai hingga lengan calar-balar dan berdarah.

Di taman lama saya, Jalan 4 dan Jalan 3 dipisahkan dengan sebatang sungai kecil. Ada rumah jiran saya yang terpisah kerana ruang bagi melihat Jalan 3 itu. (Saya tinggal di Jalan 4 waktu itu.) Jadi jiran yang prihatin ini, sudah meletakkan batang kelapa di antara Jalan 3 dan Jalan 4, supaya sesiapa sahaja yang malas mahu jalan hingga ke hujung, sudah berjaya menjimatkan masa.

Titi batang kelapa.

Yang perlu dilalui dengan mengimbangkan badan.

Imbangkan badan menggunakan kaki, ala orang sarkis itu.

Tetapi saya yang adventurous, sudah mengimbangkan diri di atas titi itu, bersama basikal empat roda saya yang berwarna merah. 

Anda tahu apa kesudahannya.

Sedar-sedar, saya sudah di dalam sungai. Basikal juga di dalam sungai. Kiri dan kanan sungai itu adalah simen. Jika dilihat, seperti longkang besar. Ya, saya di dalam longkang besar. 

Jadi, saya yang terpinga-pinga ini, sudah menarik basikal dengan tangan kiri, sementara tangan kanan cuba memanjat naik. Oleh kerana kudrat kanak-kanak waktu itu tidak mengizinkan, saya lepaskan basikal itu ke sungai semula, dan saya berjaya pulang ke rumah.

Saya tidak ingat siapa yang bantu saya naikkan semula basikal itu. 

Aku faham deritamu, budak.
Harap bertabah.

Entah demi apa, aku merasa indahnya terjun tiruk di dalam sungai cetek. :')


* * *


Saya sudah mula teroka macam-macam perkara semasa kecil. Memang agak bahaya sebab dahulu, zaman saya kecil dahulu, semua sempoi habis. Kena lempang dengan cikgu sebab tidak dengar nama dipanggil akibat leka membaca Doraemon pun tak ada hal. Kalau beritahu abah, mungkin kena lempang lagi. (Jadi adik-adik di rumah diharap tidak berbuat sesuka hati tanpa pengetahuan ibu bapa ya.)


Saya tidak tahu kenapa saya yang kecil, sebegitu berani.

Dan saya sangat rasa bersalah kepada 'dia'. Husna yang kecil.

Harap 'dia' tidak kecewa kerana saya tidak pandai menjaga diri.





Ataupun... 







... adakah 'dia' yang kecewa kerana 'Husna yang sekarang'...

... seorang penakut?






Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...