29 November 2011

Kenduri, Rumah Pink & Meow


Assalamualaikum, helo semua! ^_____^

Apa maciam cuti tiga hari? Fuh~ saya punya cuti tiga hari, penat dia macam berjalan kaki ke Kaherah. Hohoho. Semalam siang terbongkang di rumah kerana badan mula menunjukkan tanda-tanda kepenatan maksima, tetapi pada malamnya cuba jugalah gagahkan diri demi berdating bersama suami tercinta. Auwww... 

Maka terimalah! =D


Inilah suasana semasa kenduri kahwin sepupu saya, Ika, pada 26 November.
Sangat meriah dan best sebab ramai saudara-mara datang. Kecoh sangat!
Nampak baby comel itu? Itu anak buah saya, Numairah namanya.
Memang bulat betul pipi dia! Rasa nak gigit!!! Warghhhh! >______< 

Perhatikan. Gambar pengantin mana? Mana gambar pengantin? Ha... ini kerana pada jam 1 petang, kami sudah bergegas pulang. Itu pun sampai Kajang waktu maghrib, sebab dua kali berhenti, rehatkan kereta. Nanti dah kaya, bolehlah beli jet peribadi ke kan. Sekelip mata dah sampai. Kelasss tak impian hakak, Maria?

*  *  *

Esoknya, kami bergigih pula ke Taman Tasik Titiwangsa, demi Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah yang digembar-gemburkan itu. Wooohooo! Berjaya juga walaupun beberapa kali sesat sebab tidak jumpa banglonya. Nasib baik nampak khemah ala khemah pengantin warna pink dari kejauhan.

Ini sebahagian gambar di sana. Memang pink habis, yalls. Sinonim dengan trademark Kak Ain yakni 'pink blink blink'. Cafe Pink ada macam-macam; cupcakes, macaroon, brownies, apam polkadot, spageti, makaroni, dan memang banyak lagilah! Di tingkat atas pula ada bilik inai, spa, makeover dan bilik photography. Surau lelaki dan perempuan pun ada. Selesa! =D


Selepas dengar perkongsian 'Teknik Surah Yusuf' daripada Cikpuan Azzah di Bilik Seminar, kami mengepoh di ruang tamu dan seterusnya bergambar di bilik photoshoot di tingkat atas. Haha! Ini memang kepoh. Gambarnya entah macam mana jadinya. 3 Disember nanti baru ambil di PTS. :))

Selesai berhuhahuha, masuk semula ke Bilik Seminar, dengar perkongsian daripada Pengurus AinMaisarah pula, Tuan Syaizul Amal. Ini rahsia, katanya. Tidak boleh kongsi dengan mereka yang tidak hadir. Semoga kami yang mendengar ini, dapat aplikasikan pada perancangan masing-masing, amin... :)

Harap tahun hadapan kami dapat datang lagi. Kak Ain kata, tema tahun hadapan adalah, Pink Lolipop! Wah... dengar pun dah terbayang betapa comelnya nanti. NAK PERGI!!! ='D

*  *  *

Malam semalam, kami dating di Jusco Cheras Selatan, tempat menonton wayang yang paling selesa di sekitar Cheras / Kajang ini. Hohoho. Lepas makan-makan di Kenny Rogers, kami pun tunggu jam 11.15 malam, mahu nonton.....


::: PUSS IN BOOTS! :::

Memula gegurl keliru sama ada nak tengok Puss In Boots ataupun Twilight. Akhirnya Encik Suami sudah berfikiran genius, iaitu kami perlukan cerita yang ceria dan kelakar sebab masing-masing dah kenyang, malam pun kian larut... kang dua-dua tertidur di dalam panggung yang sejuk dan nyaman. :))

Siapa yang suka kucing macam kami, mesti geram tengok cerita ini, hahaha! Comel gila! Sekiranya perlu beri bintang, lima bintang masih saya berikan kepada Confession Of A Shopaholic. Untuk Puss, empat bintang yang memuaskan hati, bolehlah kot. Awesome worth watching beautiful!

Okey, itu sahaja buat masa ini. Nak sambung buat kerja. Jumpa lagi! :D


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

25 November 2011

Teruskan Berhidup!


Assalamualaikum, hai semua! ^_^

Sudah hari Jumaat rupa-rupanya. Pejam celik pejam celik, Jumaat sudah. Entah apa motif dua kali cakap pasal Jumaat dengan tujuan yang sama, yakni, Jumaat datang dengan pantas. 

Oh, mungkin mahu kata, kita hidup di dunia ini tidak lama... sekejap sahaja. Entah esok lusa, kita pejam mata dan tidak celik-celik lagi. So how? :')

Ha... alang-alang, nak ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Muda yang menjadi juara bola sepak bagi Sukan SEA yang lalu. Berbaloi menghadap TV 100++ minit sampai kejang duduk. Tak berhenti berdoa supaya Malaysia menang. Mesti ramai doa macam itu juga, kan? Hehe. Alhamdulillah... doa orang teraniaya memang tiada hijab. Siapa pula yang teraniaya ini? Kena baca entri dari blog Tuan Arif Bawono Surya di sini.

Jadi... jangan suka aniaya orang. Kalau rasa diri dah best sangat, renung diri balik. Masa awak kena, awak kata apa pada orang yang aniaya awak? Fitnah, kan? Haish! Malas nak layan golongan macam ini. Drama sangat.... Itulah, suka sangat tengok drama Melayu yang penuh tragis. Teeeeeeeet! (Terasa ke? Eh, tak... tak cakap pasal awak... awak kan angel... *pitam*) 

Ayoooo tiba-tiba ayat separa emo walaupun tetap cool as cucumber. Wahaha!

Ehem.

Maka... sempena Maal Hijrah 1433H ini, marilah kita jadikan tahun baru ini, tahun yang penuh dengan kejayaan, dan semangat positif. (^_________^) Yeah! Jadual saya dan Encik Suami sudah agak penuh sepanjang bulan Disember ini. Alhamdulillah, dapat isi hari-hari kami dengan aktiviti bermanfaat.

Setakat ini, seperti perancangan:

03 Disember 2011: Kursus E-Book (PTS)
10 Disember 2011: Kisah Si Puteri (MPH Midvalley)
17 Disember 2011: Kisah Si Puteri & Penulisan Novel Remaja (MPH Midvalley)
18 Disember 2011: Walimah Sakina & Saifullah (Serdang)
21 Disember 2011: Hari Lahir Husni yang ke-25 (Besar dah kau, dik.)
23 Disember 2011: Kisah Si Puteri (MPH Alamanda)
25 Disember 2011: Walimah F & I (Pahang) - Auwww!
25 Disember 2011: Walimah Salhah & Pac (Perak) - Kami hadir dalam bentuk doa. :')

Tetapi sebelum masuk bulan Disember, pun sudah agak sibuk. Hari ini, selepas asar, akan bertolak ke Batu Pahat, bermalam, dan lusa akan ke Kota Tinggi kerana ada sepupu saya kahwin. Yey! Dapat makan nasi minyak lagi. 
(=^_____^=) 

Lihat wajah-wajah gembira ini.
Kami suka makan kenduri! :))

Lepas makan-makan dan bergambar dengan pengantin, terus balik ke Kajang. Sebab hari Ahad nanti kami mahu pergi ke....

 

Sebenarnya esok adalah hari pertama. Tetapi memandangkan esok saya berada di Kota Tinggi, jadi cuba dengan sedaya upaya untuk datang pada hari Ahad, sebab hari Ahad ada banyak aktiviti menarik untuk penulis di Bilik Seminar. Boleh lihat jadual aktiviti di sini. BESTNYA!!! >____<

Okeylah, kena kemas rumah dan baju. Nanti emak balik dari kerja sekejap lagi, mengamuk... haha tak tak, emak saya seorang yang cool dan baik. Walaupun ada sedikit gaghang. :))

Jumpa lagi!



Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

16 November 2011

♥ Hai Bakal Pengantin! ♥


Assalamualaikum, hai kawan-kawan! =D

Apa khabar dirimu di sana? Sihat? Wah... gitu aku punya concern

Hebat tajuk entri kali ini, bukan? Hohoho. Sebenarnya, entri kali ini mahu kongsikan beberapa tip bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga. Auwww... terus rasa diri ini macam acik-acik yang berpengalaman. Bukan apa... ramai kawan-kawan saya yang bakal menjadi isteri satu hari nanti, minta pandangan dan nasihat daripada diriku ini. Jadi... saya rasa, ada baiknya saya kongsikan di sini. (Dan saya repost, atas sebab-sebab tertentu. Insya-Allah nanti sekiranya saya rajin, saya buat entri baru. Hehehe!)

Namun... terus terang cakap, ini hanya pada pandangan dan pengalaman saya. Saya pun manusia biasa... banyak kelemahan pada majlis saya dan diri saya sendiri. Mana-mana yang tersilap, maafkan dan nasihatilah. Kita sama-sama perbaiki diri. (=^___^=)

Baik, ayuh kita mulakan!

Wah... letak gambar nostalgia sikit... pewit!

1. Merancang

Semasa merancang, cuba sematkan dalam hati, yang ini hanya majlis sehari dua. Bukan sepanjang tahun, dan bukan sepanjang hayat. Jadi, jangan terlalu membazir bagi majlis sebegini, yang selalunya para tetamu tidak ingat pun selepas mereka pulang. Yang penting, adalah hari-hari selepas majlis sehari itu. Tip emak saya pula, majlis biar sederhana, tetapi makanan dan khemah kena superb. Hehe. Supaya tetamu yang susah payah datang ke majlis kita, rasa selesa dan seronok berbual lama di meja makan. 

Boleh download ataupun baca senarai semak persiapan di sini.

2. Mencari vendor

Saya bertunang bulan November, dan berkahwin pada bulan Mei. Emak saya memang tidak benarkan kami bertunang lebih enam bulan, jadi enam bulanlah masa yang kami ada. Sejujurnya, walaupun enam bulan itu kelihatan singkat, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya sendirian bertungkus-lumus menguruskan semua benda, dengan bantuan emak gojes kerana ahli keluarga lain sangat sibuk. Memang penat... kena pulun lebih sedikit, nak-nak kita pun ada banyak kerja lain. Ya, walaupun saya hanya bekerja di rumah, saya masih bekerja. Cumanya, boleh keluar sesuka hati tanpa perlu tipu bos, kata EL ataupun MC. :p 

Cara-cara saya mencari vendor:

a) Google
Benar... Internet sangat membantu saya... :') love you, Internet! Kebanyakan vendor majlis saya, datangnya dari Internet, antaranya ketiga-tiga MUA (make-up artist), DJ, videographer, inai dan bunga-bunga tangan. Alhamdulillah, semuanya memuaskan hati. Mana-mana yang silap sikit itu, saya anggap sebagai pemanis kenanganlah kot, hehe.


Emm... berkenaan inai bercorak seperti yang saya buat di atas (bercorak flora), ramai yang tidak setuju, ramai juga yang suka. Saya tidak tahu apa hukum yang sebenar-benarnya, tetapi setakat yang saya tahu semasa saya dibenarkan melakukannya, hukumnya harusIni dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Wallahu'alam. Sekiranya masih ragu, jangan buat ya. (^___^) Saya buat, ada sebab tersendiri, bukan sebab benar-benar mahu buat pun, hehe.

b) Pameran / karnival pengantin
Saya pernah pergi sekali sahaja, iaitu Karnival Pengantin Shah Alam. Gitu... jauh tak jauh, orang Kajang sibuk pergi Shah Alam kan. Memang berbaloi pergi karnival hari itu. Jumpa Idaman Jelita, Clicks The Moment, vendor kad kahwin, dan... beli satu set kelengkapan bilik tidur. Yang bagusnya berkenaan pameran sebegini, kalau kita pandai pilih, kita dapat harga promosi. Maksudnya, harga waktu pameran selalunya murah. Tetapi kena semak betul-betul. Kadang-kadang yang murah ini ada jerat dia. Pandai-pandailah eh. :))


c) Majalah Pengantin dan yang sewaktu dengannya
Oh... ini memang secara tiba-tiba menjadi salah satu perkara yang saya sanggup berhabis. Bukan ikut sangat pun apa yang majalah itu tulis. Suka buang masa mencuci mata. Nak ambil feel orang kata. Kui kui. Kadang-kadang berguna juga, sebab dari majalah Pengantin saya tahu rekaan baju terbaru Idaman Jelita, dan bagaimana mendekorasi bilik pengantin.

d) Lain-lain
Selebihnya, terjumpa vendor dari risalah yang muncul secara tiba-tiba di dalam peti surat, tanya orang yang lebih berpengalaman, dan kenalan-kenalan emak yang superbest. Alhamdulillah... terima kasih kepada semua yang berusaha sepanjang majlis kami... (wah... buat ucapan macam baru semalam ek majlisnya?)

3. Persiapan rohani, mental dan fizikal

Sepanjang menanti hari bahagia, saya mengaku yang saya kurang punya masa memikirkan berkenaan ketiga-tiga aspek ini. Bayangkanlah, seminggu sebelum kahwin pun saya ada deadline. Selepas bertandang, ada lagi empat deadline yang perlu dikejar.

Tetapi sedikit sebanyak, saya ada juga membeli beberapa buku berkaitan dan membaca laman web yang memberi beberapa tip yang bagus. Buat solat taubat, beristighfar tiap kali fikir yang buruk-buruk, bersenam di atas threadmill amboi, pergi spa demi mencantikkan diri ewah... dan sebagainya. Buatlah apa yang patut. Semua kena sedia. Kerana hidup selepas kahwin, lebih banyak cabaran. Kadang-kadang yang kita tidak sangka-sangka pun. Oh, antara buku yang saya cadangkan, Trilogi Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal. Buku Mudahnya Berkahwin Dalam Islam terbitan PTS juga nampak menarik! :D

4. ....

Alamak... penyakit lama sudah datang kembali... T__________T adoi... malasnya nak teruskan menulis! Waaaaa. 

Kepada yang bakal mendirikan rumah tangga, bacalah buku yang berkaitan dan Google. Memang banyak info berguna akan dikau temui. Selamat maju jaya, dan semoga berjaya!!! 


Oh, ada lagi nak tambah. Hehe. Ini mana yang saya teringat. Tidak mengikut turutan pun. Namun harap memberi manfaat. :))

1 - Tempahan
Sekiranya kita tempah baju, tudung, veil, kasut, ataupun apa sahaja, jangan beritahu tarikh majlis kita yang sebenar. Kalau boleh, cuba awalkan dua minggu, ataupun sekiranya mahu lebih terjamin, awal sebulan. Ini supaya semua yang kita tempah, dapat sebelum majlis. Sekiranya ada mana-mana yang perlu dibetulkan, sempat lagi nak diubah. Sekiranya dapat sehari sebelum majlis, tiba-tiba terketat, memang naya. (Tip ini bukan saya reka. Diberitahu sendiri oleh anak seorang tukang jahit, hahaha!)


2 - Cantas Kening, Bulu Mata Palsu, Rambut Palsu
Semasa disolek, sekiranya MUA kita nak cantas kening, dan nak pakaikan bulu mata palsu, sila bertegas. Jangan benarkan mereka sentuh kening dan pandai-pandai pakaikan bulu mata palsu, kerana hukumnya HARAM. Ya, kawan-kawan... hukum kedua-duanya adalah haram

Pakai rambut palsu pun haram. Tunjuk rambut sendiri pun sah-sah berdosa, kan? Jadi kalau boleh, jadikan hari nikah itu, satu titik mula untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Sekiranya sebelum ini tidak bertudung, semasa bernikah pula perlu bertudung, cubalah teruskan sahaja bertudung. (^_^) Sayang suami, kan? Sekiranya kita tidak pakai tudung, suami kita yang perlu tanggung dosa kita. Kasihan dia... Bukan sekadar bertudung, tetapi menutup aurat yang lain. Kita cubalah. Saya pun bukannya sempurna, namun ayuhlah kita berusaha! ^____^



3 - Mak Andam / Jurumekap
Sekiranya kita perempuan, carilah mak andam perempuan. Sekiranya kita lelaki, carilah pak andam pula, yang nak bantu pakaikan samping, betulkan tanjak segala kan. Ambil juruandam yang sama jantina lebih baik, kerana setiap sentuhan itu tidaklah berdosa nanti. (^_^)v

4 - Gambar Tidak Menutup Aurat
Sekiranya kita bertudung, jangan benarkan jurugambar lelaki masuk ke dalam bilik, hinggalah kita selesai bersiap. Jurugambar wanita boleh masuk semasa proses bersiap yang menampakkan aurat dan mengambil gambar, tetapi hanya untuk tatapan kita dan mahram kita. Sekiranya OP letak di Facebook dan laman web dengan pengetahuan kita, sama sahaja... kita tetap berdosa. Sekiranya MUA mahu ambil gambar sebelum dan selepas, pastikan kedua-dua keadaan itu, kita bertudung. Sekiranya belum bertudung, pergi cepat-cepat pakai tudung. Hehe.

5 - Ipar-Duai
Selepas berkahwin, rata-rata daripada kita akan ada ipar lelaki; abang ipar, adik ipar lelaki yang sudah baligh, suami kepada kakak ipar yakni biras kita. Jadi, walaupun mereka sudah dikira keluarga, kita tetap tidak boleh mempamerkan aurat kita kepada mereka. Sekiranya mereka ada di rumah, kita wajib memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat

Kaki pun perlu pakai stoking, kerana kaki juga aurat. Huhu... yang tang kaki paling susah kan? Kalau rasa susah, beli kasut bentuk arnab, beruang, atau kucing yang tutup kaki itu. Pasangan dia, seluar ataupun kain labuh. Hehe, insya-Allah kaki terpelihara.

Bentuk koala macam ini pun boleh... :))

Kita dibenarkan mempamerkan aurat yang tertentu kepada:
1. Suami
2. Bapa kandung
3. Bapa mentua (ya... bapa mentua sudah jadi mahram kita ^_^)
4. Anak lelaki kandung
5. Anak lelaki tiri
6. Saudara kandung
7. Anak-anak saudara
8. Sama-sama wanita
9. Di hadapan hamba-hamba mereka
10. Orang gaji lelaki yang tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
11. Kanak-kanak yang belum mengerti perihal aurat perempuan.

* * *

Okeylah, itu sahaja buat kali ini. Sekiranya ada lagi tip, nanti saya kongsikan. Mohon maaf sekiranya ada yang terasa hati dengan entri kali ini, juga maafkan sekiranya ada kesilapan. Bantulah saya, demi membantu yang lain juga. Sekiranya kawan-kawan pun ada tip dan nasihat yang berguna, bolehlah kongsi sama. Hingga berjumpa lagi! ^________^ Papai!


Kredit gambar: Google + Clicks The Moment


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

09 November 2011

Wordless Wednesday #1: Periuk Nasi






Ecewah... teringin juga nak buat entri WW seperti blogger lain. :)) Kui kui. Hari ini entri WW yang pertama. Patutnya tidak perlu tulis apa-apa, sekadar gambar, tetapi sengaja nak berceloteh juga. 


Malam ini kami kerja keras. Saya ada deadline novel remaja terbaru PTS One (sebagai editor, bukan penulis :'), dan Encik Suami sedang menulis novel keenam. Papan putih pula kami tulis tarikh-tarikh penting sepanjang baki 2011 ini. Fuh~ berusahalah! >__________< Duduk rumah bukan senang-lenang, hokey!




Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...