20 December 2012

Jom Daftarkan Perniagaan!

Assalamu'alaikum.


Alhamdulillah... pada tarikh-mudah-ingat yakni 12.12.12 yang lalu, saya berjaya mendaftarkan perniagaan di SSM. Yahuuuuuuuu! ^__________^

*Terima kasih kepada Encik Suami dan Afia 
kerana sudi menemaniku hingga ke akhirnya.*

"Eh, dah buka butik ke? Butik di mana?"

"Wow weeee kaya weh. Daftar perniagaan tuuuuu."

Hey yuoolllssssss... tak hade maknanya butik segala. Belum mampoo. Berniaga online pun perlu daftarkan perniagaan, okey. Walaupun semua dialog di atas adalah rekaan, hakak tak peduli. Hahaha! Dan... nak daftarkan pernigaan bukanlah mahal sangat. Insya-Allah ramai mampu. Lebih-lebih lagi....


RM50 untuk LIMA TAHUN!
(Tambah RM10 bagi mendapatkan sijil perniagaan.)

MUAHAHA!
BERBALOI BERGANDA-GANDA!!!

Maknanya sijil perniagaan saya hanya perlu diperbaharui pada tahun 2017. Best tak? Best tak? Ha... jadi kepada semua yang mempunyai perniagaan, amat disarankan mendaftar perniagaan kita supaya lebih berkredibiliti di mata pelanggan. Ecewah! 

NAMUN! Perlu diingat. Tawaran ini katanya hingga 31 Disember 2012 sahaja. Sila bergegas dengan pantas!!!

Okey, tidak susah nak daftarkan perniagaan di SSM sebenarnya. Cara-caranya:

1) Daftar secara online menggunakan e-Lodgement di laman web SSM. Tekan Ctrl dan klik sini. Ikuti langkah-langkah yang dinyatakan.

Ataupun,

2) Datang terus ke pejabat SSM. Klik sini bagi melihat lokasi terdekat dengan anda! Di Pudu Sentral juga baru dibuka.

Saya terus ke pejabat SMM yang terletak berhampiran KL Sentral, bersama borang-borang yang siap diisi, juga salinan kad pengenalan. RM60 juga dilupa jangan. Saya amat berterima kasih kepada penulis blog ini kerana berkongsi cara-cara mendaftar dengan lengkap. Jadi kawan-kawan juga bolehlah baca entri ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas oh mudahnya main link sana sini miahaha.

Borang-borang itu boleh didapati di kaunter, ala macam isi borang di bank itu. Tetapi bagi mereka yang ada printer di rumah, adalah lebih mudah cetak siap-siap di rumah, dan isi siap-siap di rumah juga. Di SSM nanti, cuma ambil nombor dan tunggu giliran. Auwww mudahnya! Mari cetak borang berkaitan di sini. (Bagi yang mahu daftar perniagaan, cuma cetakkan borang 1 dan 8.)

Tak tahulah apa perlunya letak gambar ini. T_T

Apabila tiba giliran kita, hulurkan borang, salinan kad pengenalan, dan kad pengenalan kepada staf di kaunter. Bayar RM60, dan kita diminta duduk ataupun pergilah ke mana-mana yang kita mahu sebab sijil perniagaan kita akan siap lebih kurang sejam kemudian. Datang semula lambat daripada sejam pun tak apa. Tunjuk nombor giliran kita, nanti staf di kaunter berikan sijil kita yang sudah siap, walaupun kita terlepas sesi pemberian sijil tadi.

Sudah dapat sijil, bolehlah pulang dengan riang. Yey yey yey!

INI PULA BERITA BEST DAN COMEL! Sekiranya anda di luar sana pergi mendaftarkan perniagaan HARI INI, ya HARI INI, sijil perniagaan anda akan tertera nombor yang cantik juga. 20122012Wow kemain yuolls!

(Sebenarnya pada 12 Disember hari itu, saya tidak tahu pun promosi ini wujud. Rancang ke SSM tertangguh-tangguh, akhirnya pergi hari Rabu. Haha!)

Okey, sekian sahaja entri penuh informasi kali ini.

Selamat maju jaya! Jumpa lagi!

* * *

Apabila salah seorang daripada kami tidak sihat, hidup adalah sendu.
Oh Afia kawan baik ibu dan abah... mari lekas sembuh. We love you. T_T
*Afia dilanda batuk dan selesema yang agak teruk. Doakan ya!*

Huaaaaaaaaaaaaa!!!

06 December 2012

Mari Membuat Kad Panda!

Assalamu'alaikum.

Hamboi... nak dekat seminggu baru terhegeh-hegeh terbitkan entri berkenaan event di Menara KL yeeee. Verani nampaknya budak ini... *tuding diri sendiri T_T*

Macam biasa, walaupun hampir seminggu event berlangsung, tetap tebalkan muka dan jemari demi membuat entri tertangguh. Miahaha.

Baiklah.

Alhamdulillah, event berjalan lancar, walaupun 45 minit itu terasa sekejap dan kami semua kesuntukan masa. Mungkin saya terlalu banyak berceloteh berkenaan 'Kawanku Panda' hingga masa membuat kad sedikit tergugat. Dah kata nak promosikan 'Kawanku Panda'... kenalah tadah telinga sedikit... hehehe.

Ini semasa diri sendiri sibuk membuat kad, tanpa menghiraukan para peserta. Boleh? Hahaha syok sendiri lettewww. Lain kali tidak perlu buat sama-sama lagi. Sudah ada sample. Yahuuuu!

Gambar bersama para peserta tiada. T_T Ya... kerana telefon bimbitku dibawa lari oleh sang kekasih yang hilang entah ke mana. Duhai adik-adik yang ada gambar kita, mohon berikan kepada saya, ya. Terima kasih. *pasrah*

Namun nasib baik ada kad kalian sebagai pengganti diri. Ecewah! Berikut adalah hasil kraf membuat kad panda oleh para peserta!

Oleh Adik Faris Hadi.

Oleh Adik Nur Syahdina binti Badrulhisyam.

Oleh Adik Amirah.

Nampak tak? Semua sangat berbakat! ^_____^ Ini baru kurang 45 minit masa diberi. Sekiranya ada lebih banyak masa, pasti lebih cantik pom pom pom meletops!

Nak juga menyelit. Oleh Encik Suami saya. Hahaha!
Tidak sempat letak gam dengan kemas, maka glitter hijau di dalam love itu macam diserang senggugut. Kasihan glitter tersebut.... T_T

Ini... hahaha... ya, saya punya. :P
Tidak meriah dan anggun seperti yang dibayangkan, namun berpuas hati jugalah. Wakaka. Gam belum sempat kering sudah gatal tutup kad. Jadilah begitu. 

Eh, apa pula di bawah ini?


Ha... ini adalah fan-art 'Kawanku Panda' daripada Adik Amirah tadi. Yahuuuuuu!! Cantik, kan? (^o^) Terima kasih, Amirah Max! Johan dan Panda riang ria cuti sekolah.

* * *

Seronok... memang seronok! Bertambah seronok apabila saya diberikan satu lagi peluang membuat kad bersama adik-adik yang sudi hadir ke PKNS Bangi pada Ahad ini, 9 Disember 2012, bermula jam 12 tengah hari. Insya-Allah. Hebahan lanjut akan saya umumkan di page saya. Jemput like. (=^____^=)v

UPDATE:

JOM!!!

* * *

Di bawah pula adalah sedikit gambar semasa aktiviti 'Membaca Setinggi Awan',
pada 1 Disember yang lalu.

Afia bersama Cikpuan Azzah di puncak menara.
Afia menjadi rebutan pada hari itu. Hahaha! Ibu dan abah relaks~ :))

Afia bersama Chef Hanieliza, dan Atuk Prof. Abdullah Hassan.


Antara karyawan PTS yang turut hadir. 


♥ Jumpa lagi, Menara KL! 

Esok pula, insya-Allah, saya akan berada di UiTM Lendu, Melaka, bagi mempromosikan Kursus Penerbitan, Fakulti Komunikasi dan Media Massa. Acara bermula jam 3 petang, jadi mungkin kami akan bermalam di Melaka sahaja. Yahuuu... Melaka adalah best! Jumpa esok, Melaka dan Taman Buaya!

Jumpa lagi, kawan-kawan!


P/S: Macam agak kelam-kabut entri kali ini. Hahaha maafin gue... ada banyak kerja. Perlu melakukan semua perkara dengan pantas zasss!!!

29 November 2012

Vlog#1 - Kad Panda!

Assalamu'alaikum.

Hahaha! Sedikit kelainan kali ini. Maaf sekiranya vlog saya yang tertera di bawah adalah membosankan. Lama gila tinggalkan zaman vlogging. Huhu. Dan... serius malas nak edit. Wakaka. :p

TERIMALAH!!!
(Pakai headphone earphone demi kemaslahatan bersama.)





Poster dari page Fiesta Seronoknya Cuti. Mari like beramai-ramai!!!

"Jom berzapin bersama saya yang kurus!" T_T

Jumpa di sana, ya! Insya-Allah.  



08 November 2012

Baby Comel, Susu, & Ibu

Assalamu'alaikum.

Ya, saya tahu. Betapa bosannya blog ini dari hari ke hari. Sudahlah memang bosan, kalau makin membosankan, tak tahu tahap bosan kerak bumi lapisan keberapa kan. Layankan saja. T_T 

Tinggal lebih kurang sebulan sebelum masuk 2013. Serius rasa sekejap sangat tahun 2012 ini. Macam-macam sudah jadi, namun apabila malas update blog, membuatkan saya sendiri terfikir, "Apa yang sudah aku buat?" Miahaha. Fadan vuka.

Paling best, tahun ini adalah tahun kelahiran para baby dengan membuak-buak!!! Afia dapat banyak kawan! Awal dulu mampu juga saya buat senarai nama baby yang lahir tahun ini, namun akibat terlalu ramai, saya sendiri terkejut-terkejut melihat kawan upload gambar baby comel-lote milik mereka dan pasangan. Tak sempat mahu hafal semua nama, huhuhu. Maka mommies and daddies, sila tulis nama baby masing-masing tiap kali upload gambar, hatta gambar ke-300 pun! :')

Dalam keluarga saya dan Encik Suami sendiri pun ada banyak baby yang lahir pada tahun ini.  Yahuuuuuu! Mempersembahkan!


Nur Khayrah Sabryna, anak kakak ipar! ^_^
Kyra sebaya kembar, tua dua bulan sahaja dengan Afia.

Afia Zara and the twins! ^_^
Ainul Hayat (Kakak) & Ainul Mardhiah (Adik)

Nur Alya Irdina binti Mohd Afiq! ^_^
Sepupu Afia yang terbaru dan terakhir bagi tahun ini.
Minggu depan jumpa Ummi Ain dan Baby Irdina lagi, insya-Allah.


Yeah... Afia ada empat sepupu sebaya yang semuanya comel dan cute. (Macamlah maksudnya lain, kan? Haha.) 2012 memang baby booooooom meletops! Belum masuk senarai kawan-kawan Afia lagi. Memang panjang berjela yawww.

Apabila sudah ada baby kan, soalan yang biasa ditanya adalah:
"Afia minum susu ibu." ^_^

Sebagai ibu yang bekerja dari rumah, saya tiada alasan bagi tidak menyusukan Afia. Sambil buat kerja, Facebook, shopping online =P, tengok Youtube, baca artikel, dan update blog, pun boleh susukan si kenit itu. 

Sebenarnya... *pling pling pling bunyi imbas kembali* dulu semasa bujang, tak pernah terfikir nak susukan baby sendiri dengan susu badan. Namun saya mula bertekad mahu menyusukan baby sepanjang menjalani proses kehamilan, selain disebabkan saya bekerja di rumah. Saya kagum melihat semangat para ibu yang menyusukan bayi mereka. Sangat rajin, dan istiqamah! =D

Semangat saya makin berkobar apabila Encik Suami menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi selepas dia membaca surah Luqman, ayat 14:



Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang mahu menyempurnakan penyusuan itu...." Al-Baqarah, ayat 233.

Alhamdulillah, sekarang kurang seminggu sebelum Afia cukup enam bulan, dan kami begitu hampir bagi mendapat 'sijil' exclusive breastfeed (BF). Ha... inilah yang kami sama-sama mahu capai! Haha kemain kami. Semoga istiqamah hingga cukup setahun, kemudian setahun setengah, seterusnya dua tahun, amin... amin! ^_^

Walaupun saya juga budak baru belajar, beberapa rakan ada bertanya berkenaan persediaan BF yang saya lakukan. Baik, saya kongsikan di sini. Seperti biasa, beli botol susu, berus bagi mencuci, dan sabun khas bagi mencuci botol baby. Selain itu:

1) Pam Elektrik



Bagi yang tidak pandai teknik Marmet seperti saya, dan tidak sanggup menggunakan pam manual, juga seperti saya, saya beli pam elektrik. Mula-mula saya beli Pureen (gambar kiri), tetapi agak sakit dan tidak pernah lebih 2oz, maka saya bertukar kepada Spectra 3 (gambar kanan) milik kakak saya, hehe. Spectra 3 setakat yang saya pakai, tidak begitu menyakitkan walaupun bunyi bising sedikit. Ianya sangat berjasa jasa jasa asa sa! *gema*

Bagi saya, pam perlu dibeli sebelum bersalin, sebagai tanda berjaga-jaga, memandangkan biasanya semasa berpantang susu badan sangat banyak, sedangkan perut baby sangat kecil. Baby minum sikit sahaja, jadi selebihnya perlu dipam dan dijadikan stok. Pam setiap dua jam bagi memastikan susu badan terus dibekalkan oleh tubuh. Remember, breastfeeding is about demand and supply. Ha kemain cakap omputeh. 

2. Milk Storage Bags
Selepas pam, susu itu bolehlah dimasukkan ke dalam beg plastik seperti ini, ataupun boleh juga beli botol. Mana-mana pun boleh.


Info Tambahan:

*RALAT: Suhu bilik biasa - sehingga 4 jam.
Suhu bilik dengan pendingin hawa - barulah sehingga 8 jam.*

Susu yang sudah dipanaskan, perlu digunakan dalam masa SATU JAM sahaja ya, ibu dan bapa sekalian. Lebih daripada itu, sekiranya baby enggan minum, buanglah dengan hati yang kental.

3. Cooler Bag & Ice Pack




Ini selalunya penting bagi ibu yang bekerja di pejabat, dan perlu membawa stok yang sudah dipam ke rumah masing-masing, namun perlu menempuh kesesakan jalan raya. Ice pack diletakkan di dalam beg bagi mengekalkan suhu sejuk, supaya stok susu terus beku / dalam bentuk ketulan ais, hingga berjaya dimasukkan semula ke dalam peti sejuk di rumah. 

Ya, dek non. Memang mencabar sekiranya mahu terus memberikan susu ibu sedangkan ibu perlu bekerja di pejabat. SALUTE TO THOSE WOMAN! (^_^)>

4. Sterilizer & Warmer



Saya beli sterilizer ini di ekspo, jenama Little Bean. Ada banyak jenama, boleh pilih. Little Bean selalu jual sekali dengan Warmer. Warmer berfungsi sebagai pemanas susu yang dikeluarkan dari peti sejuk. Bagi mengekalkan nutrien di dalam susu, susu tidak boleh dipanaskan melebihi 40 darjah Celsius. Guna Warmer, insya-Allah terpelihara nutrien untuk baby. Tak beli dua-dua pun tak apa, boleh guna cara tradisional; guna air panas (steril) dan air suam. Tetapi beli ini tidak rugi. Memudahkan kerja kita, duhai ibu-ibu. Pantas, dan selamat juga. ^_^

5. Drying Rack

Selepas basuh ke, steril ke, bolehlah letak segala macam pada rak ini. Beli yang ada penutup lebih baik rasanya, bagi mengelakkan botol yang sedang mengering itu dihinggapi habuk, seperti ini (tekan Ctrl dan klik link tersebut menggunakan anak panah supaya tidak emo). Selepas botol dan sebagainya itu kering, masukkan ke dalam bekas bertutup.

6. Nursing Cover


Ini digunakan apabila menyusukan baby di khalayak ramai. Saya punya biasa sahaja, kain lembut dan tidak bercorak, namun tetap berjasa. Tak beli pun tak apa. Guna apa-apa selendang besar bagi menutupi apa yang patut pun boleh. 

7. Nursing Wear



Saya beli dua helai sahaja kot. Selebihnya baju biasa yang ada zip / butang di hadapan, ataupun yang lehernya boleh ditarik menjadi lebar. Nursing wear memang agak mahal, namun ia selesa dan memudahkan urusan ibu yang ditarik tudungnya oleh baby kelaparan. 

8. Nursing Pillow


Selama ini saya guna bantal biasa sahaja semasa susukan Afia di rumah, ataupun di dalam kereta. Asalkan selesa bagi ibu dan baby, pakai bantal apa pun boleh. Tetapi beberapa hari lalu saya beli juga nursing pillow, atas sebab tertentu. Nanti saya buat entri reviu yang istimewa, he he.

9. Perlu tak air masak untuk baby bawah 6 bulan yang menyusu badan?

Eh tiba-tiba masuk soalan. Haha! Tidak perlu beri baby yang menyusu badan bawah 6 bulan minum air masak. Apabila dia sudah mula makan solid food nanti baru beri. Susu ibu itu sendiri terdiri daripada air. Namun kami beri juga Afia minum sedikit air zamzam, terutama semasa dia terbatuk dan tekak dia kering sejurus dia bangun tidur (kekadang dia tidur terngangaaa). Baca seterusnya di sini, dan di sini.

Hmm... itu sahaja yang saya ada sepanjang menjayakan penyusuan susu ibu. Ada yang masih dipakai, ada yang menjadi perangkap habuk. Duduk rumah, tidak perlu banyak pelengkapan demi menyusukan baby sebenarnya. He he. ^_^

Berikut adalah antara FB group yang dapat membantu para ibu berkenaan BF:


Baiklah. Itu sahaja buat masa ini. Sekiranya saya ada silap di mana-mana, beritahu ya! Saya juga masih belajar. Segala kesilapan pastinya kelemahan saya. 

"Saya sudah 6.3kg! Saya suka susu ibu!"

Jumpa lagi! ^_^

P/S: Saya memang menyokong penyusuan susu ibu, namun saya tidak menghakimi sesiapa yang tidak menyusukan bayi mereka, dan menggunakan susu formula. Pasti ada sebab masing-masing, dan setiap ibu sayang anak-anak mereka. Saya sendiri adalah bekas bayi yang membesar dengan susu formula dan Nestum. Saya hargai setiap usaha emak saya dalam membesarkan saya dan adik-beradik. Saya sekadar kembali kepada fitrah, atas keizinan Allah kerana mengurniakan rezeki yang masih tidak putus untuk Afia. Peace out. XOXO

Kredit bagi kebanyakan gambar: Google

11 October 2012

✿ Majlis Akikah 3A ✿

Assalamu'alaikum.
Akikah sebagai ibadah yang disyariatkan oleh  Allah SWT, sebagaimana penjelasan Rasulullah SAW yang bermaksud, "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur, dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Namun tiadalah dapat kami lakukan mana-mana di atas, yang sunat muaakad hukumnya, pada hari ketujuh kelahiran Afia Zara, begitu juga kembar yang lahir pra-matang itu, atas sebab-sebab tertentu. :')

Walau bagaimanapun, alhamdulillah... dapat juga kami buat majlis akikah dan cukur jambul, sekali dengan rumah terbuka semasa minggu ketiga Syawal yang lalu, ketika Afia hampir empat bulan, manakala kembar lima bulan. Oh, mengapakah susunan ayat yang dilakukan ini terasa begitu tertib? Tidaklah dapat daku pastikan.

Mari kita biarkan gambar bercerita. Silap. Gambar-gambar-gambar x 1000000 = Banyak gambar sampai muak ya sila bertabah.

 Majlis Akikah Ainul Hayat, Ainul Mardhiah, dan Afia Zara 

Kumpulan marhaban versi pak cik. Terima kasih Cik Nordin atas segala usaha.
(Cik Nordin adalah kawan arwah abah, dah macam ayah angkat gitu sebab dulu masa saya kahwin, dia juga yang bantu uruskan. *sobs* Walaupun dia orang Nogori yang gaghang, tapi sebenarnya dia baik. Dia yang duduk berhampiran kipas.)


Beratur ikut umur. Kakak, Adik, Afia.

Abang Raihan dukung Kakak, Husni dukung Adik.
Ummi dia kena duduk tepi. Nanti kang terkena tangan imam, haru.

"Semoga perkataan yang manis sahaja datang dari mulutmu, duhai anak...."

Potong rambut depan dia sikit.

Selesai pusing tiga kali depan para pak cik, siap sudah. 
Kembar masuk buai dulu.

Kemudian Afia memisahkan Kakak dan Adik supaya nampak seimbang. Ha ha!

Ummi dan Ibu, bersama anak-anak. 
Tak sangka dah besar dah kita, Felah....

Abah, Ibu, Ummi, Abi.

Keluarga kecil saya. Auwww. :">

Afia versi conquer buai.
  
Inilah orang kuat majlis. Terima kasih, mak! ^___^

Yey, nanti Afia dapat sepupu baru. Ain sedang menghitung hari.

Afia nampaknya kagum melihat Uncle Afiq.

Majlis akikah dan cukur jambul berakhir lebih kurang tengah hari. Selepas zuhur, maka bermulalah sesi melantak kambiang, sate, dan yang sewaktu dengannya, sambil bertemu sahabat-sahabat yang sudi hadir! 


Cikpuan Izanor dan Cikpuan Azzah. Mereka sahabat yang cekal.

+ Cikpuan Roslimah dan Cikpuan Hayati = Dua-dua sangat hebat memasak! :')
+ Tuan Iskandar 'Dr. Bubble' Syah berada di belakang kamera.

Tuan Nizar sekeluarga. Mereka pasangan romantis, tahu? =D

+ Cikpuan Diana, Cikpuan Fatimah dan Danial bijaksana, Cikpuan Roziyah.
Terima kasih semua kerana hadir dan berlama di rumah kami! ^_^

Tuan Azmir sekeluarga juga datang. 
Si kecil di hadapan saya itu namanya Zara juga. ^_^


Ini adalah 'kanak-kanak riang' yang sangat berusaha gigih demi tiba ke majlis kami. Naik komuter, yalls! Terima kasih Aman Wan, Selo, Ainaa' yang manis, juga Afham, pelakon yang kian meningkat popular. Ngeh ngeh. Harap tak serik datang Kajang. :')

Izzah yang supercomel buat signature pose bersama kembar yang keletihan. 
Terima kasih Kinah dan Aiman!

Terima kasih Khairul kerana sudi datang bersama sepupu.
Khairul ini ada bakat menulis, dan kawan saya sejak belasan tahun gitu. Haha.
Kemon, Khairul. Mari terbitkan buku! xD

Ada ramai sahabat yang datang, tetapi tidak sempat bergambar. Maka ucapan terima kasih ini khas untuk Abang Bai dan Kak Ros selaku antara yang terawal, Vee, suami, dan Baby Iman yang dah pandai berdiri itu *jeles!*, Abang Fariz Firdaus dan Kak Huda sekeluarga, The Gadises (Nana - Dayah, suami, dan becoming-baby - Dr. Aireena yang kini jauh di Kelantan *huhu*), Kak Ida Munira sekeluarga, Huda dan suami yang baru dapat baby, serta kakak ipar sekeluarga; Kak Mas, Abang Wan, dan Baby Khaira yang comel. (^_^)

Maaf sekiranya ada nama yang tertinggal. Perlu termenung tiga hari tiga malam dulu baru dapat recall semua wajah yang peramah itu, haha! Yang pasti, kami amat menghargai kedatangan semua tetamu; saudara-mara dari KL, Kedah, dan Johor, jiran tetangga, dan sahabat-handai. Terima kasih! 

Terkini:
Sebelum vs Selepas
Afia sudah botak. Ibu dan abah cukur kasi licin! Haha!
.

♥ Yahuuuuu... entri sudah habis! 

Kredit gambar: Moez, HTC, Tab, Cikpuan Azzah, Cikpuan Hayati, Tuan Nizar, DSLR baru Aman Wan yang hebat, Khairul Asrizal, dan Sakinah Latif. Ya, ada banyak sumber, sebab itu macam-macam warna, rupa, dan rasa. Ha ha! :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...