Assalamu'alaikum.
Cerita Hari Pelancaran Projek #100Buku
@ Karnival Karangkraf, 1 Februari 2015. Hari Ahad.
Masa ini ada promo, satu judul jadi RM2 kalau beli 5 judul.
Harga biasa RM3 senaskhah.
Gambar masa hari setup. Masa ini ingat lagi, betapa rindu nak pegang buku 'Akhirnya...' padahal memang baru siap cetak. Yalah dah ada orang beli sejak Jumaat, mama nya baru datang hari Ahad #tibahtouching kuikui.
Kami sekeluarga sampai tepat-tepat masa pelancaran. Fuh!
Di belakang adalah mentor, Kak Azzah. Datang kasi support.
Ramai suka shawl yang saya pakai, semestinya Afeeya Bella. Hehe.
Selepas pelancaran apa semua, ada sesi penyampaian sijil bagi 5 cerita terbaik, dan 5 ilustrasi terbaik. Semua memang layak menang.
Saya abadikan antara pemenang di sini.
Yang pertama, Kak Nur Nadia.
Pelukis ilustrasi semua siri 'Kisah Si Puteri'. Menang cerita terbaik untuk 'Di Mana Abah?'. Pergh gila touching masa baca buku ini. Sobs!! Insyirah, moga jadi anak yang solehah dan menyenangkan ibu mu ya, nak. T_T
Yang kedua, Hazlam Anuar, yang kami panggil Alam.
Penulis bersama Kak Ain Maisarah. Kawan kami di Blink.
Terkejut tengok Alam terhincut naik pentas, rupa-rupanya dia kemalangan pagi tu.
Jatuh motor. tergelincir lalu atas pasir.
Yang gempak, inilah pertama kali Alam melukis buku cerita kanak-kanak. Terus menang antara lima ilustrasi terbaik. Best tau cerita dia. 'Ayah, Apa Itu?'. Kreatif!
Selepas selesai semua, sesi bergambar seperti biasa. Bawah kanan, saya bersama Puan Sri Diah, orang kuat Karangkraf. Turut bergambar bersama Alam, Cikpuan Mazura Stapah, Mak Mah, dan penulis lain dalam Projek #100Buku.
Alhamdulillah, seronok jumpa sahabat penulis.
Bertambah seronok dapat komen dari anak-anak buah Mak Mah selepas membaca 'Akhirnya...'. Oh sangat bebunga di hati ini dup dap dup dap.
Semoga semua yang membaca turut terhibur.
Sekiranya ada yang berminat mendapatkan buku ini, boleh PM saya di sini.