Assalamu'alaikum.
Waktu mengandungkan Aulia Safa, banyak juga yang saya telan demi maslahat bersama. Dulu waktu anak sulung saya Afia Zara, hampir tidak amalkan apa-apa malah asyik mengidam bubur segera yang dah masuk 4 tahun kami boikot haha. Sangat unhealthy. 😵 Dan banyaklah masalah Afia terutama kulit dia. Maafkan ibu, nak.
Maka mengandung kali kedua ini saya ada sedikit berjaga-jaga.
Ini yang saya amalkan dan alhamdulillah nampak kesannya pada Safa.
27 Julai 2016: "Hello, ni saya berusia beberapa puluh minit."
1) Susu Kambing
Oleh sebab Afia dulu kena kuning hampir sebulan (border prem), maka kali ini saya amalkan susu kambing sejak masuk 4 bulan. Tak pernah minum susu kambing, tak pernah peduli jenama susu kambing di pasaran, tetiba terus jadi Ejen Khalish sebab memang suka menjual (haha) dan dapat minum sambil berkongsi kebaikan.
Ni masa 4 bulan, dah nampak perut sikit.
Dan masa ini Khalish masih berwajah lama.
Saya amalkan yang koko kurma sebab rasa coklat (of course!). Nasib baik sedap macam air coklat biasa. Tak hamis, tak bau kambing, tak payau ke apa. Serius sedap. Yang asli tak berapa seronok pada lidah sebab kurang manis. Tapi ramai juga pelanggan saya yang hamil memilih asli, mungkin memang tak suka minum manis atau nak baby putih? Hehe yang penting dedua pun bagus untuk ibu dan kandungan.
Ha ni packaging baru Khalish. Tak ada gambar kambing 😂
Hasilnya, Safa kena kuning juga hari ke-5 dan baik sendiri hari ke-10 (jaundice is normal mommies, don't be too scared, kecuali terlalu teruk dan terlalu lama). Lima hari je, dan tak tinggi. Tak kena bawa hospital, tak kena ambil darah, tak perlu jemur lampu biru. Alhamdulillah.
Dan, tulang Safa subhanallah sangat kuat!
Gambar semalam (12/10/16): Tengok leher Safa showoff! 2 bulan 2 minggu 2 hari.
Kakaknya terseliuh masa meeting di Blink Trading. Budak aktif gitulah. 😆
2) Minyak kelapa dara (VCO)
Kalau nak beli boleh Whatsapp 013-3482016 😍
Yang ini saya amalkan sebab ramai kata nak bersalin nanti senang, tak kena potong atau terkoyak lelebih. Tapi jahitan lama saya tetap terbuka dengan sendirinya masa push, bukan rezeki nak berpantang tanpa luka episiotomy. Tapi yang best tu masa mengandung, kulit saya elok. Tak berjerawat, lembap, keluar rumah selalu malas nak mekap tapi masih tinggi keyakinan diri 😝. Alhamdulillah, kulit Safa pun cantik, tak mudah kena ruam. (Luka baik dalam 2 minggu.)
3) Jus Delima Gulsan
Untuk minda anak yang cerdas, saya telan jus delima ni walaupun ada sedikit manis masam. Tak tahu yang mana satu kebaikan jus delima pada Safa, tapi Safa seawal lahir dah dapat detect siapa keliling dia. Telinga dia alert pada bunyi dan mata dia terus pandang pada datangnya bunyi tu. Kalau kita ajak borak, mata bertentang mata dah. Ni nak kata bijak atau memang perkembangan baby sekarang terlalu cepat pun entahlah heee. Banyak kebaikan jus delima, boleh baca sini.
4) Ais masak
Haaa... jangan lupa minum banyak air supaya tidak dehidrate dan mengelakkan kencing kotor. Kencing kotor antara salah satu sebab kelahiran pra-matang.
* * *
Okey empat ini yang diamalkan secara konsisten sepanjang 38 minggu bawa Safa. Makanan yang lain macam sayur, buah, daging memang makan macam biasa. Banyakkan ambil makanan berkhasiat, elakkan fast food. Terlalu banyak makan fast food atau frozen food pun punca kuning baby teruk, wallahua'lam. Oh ya, saya minum Ephyra sejak 2014 jadi saya teruskan masa hamil hinggalah sekarang untuk tenaga diri sendiri dan milk booster. Kalau ada kebaikan pada Safa, alhamdulillah.
Ni gambar hari kedua, hari dibenarkan pulang ke rumah. Cantik tak Kak Ratu macam orang datang melawat, kan? Ya, CheTa idola hakak haha! #siscuba
Lepas ni nak share berkenaan penjagaan emosi pula. Penting ke?? Sangat penting!
#jemputshare
#pemakananhamil
#ibusihatbayiceria