07 October 2009

Normal sebenarnya. #2


Kekasih hati saya


KINI SUDAH HILANG!!! (ToT)

Satu per satu kehilangan.

Namun kehilangan ini tidak mampu saya tanggungi!!!

*Wowowowowowowowowowowowowowowowowo*

(ToT)

(ToT)

(ToT)

ENAM TAHUN BERKHIDMAT,
DAN IA TAMAT DENGAN CARA BEGINI???
SAYA TIDAK BOLEH TERIMA!!!


Sekarang pukul 3.30 pagi, dan saya tidak boleh tidur mengenangkan ada orang asing menggunakan si sayang saya. Dan mengenangkan bahawa si sayang saya ini berkemungkinan besar tidak akan kembali lagi.

IA HILANG DI DALAM PEKARANGAN RUMAH.

Pada waktu adik saya masih ada di ruang tamu.

Sekitar jam 11.30 hingga 12.30 tengah malam.

Apakah semua ini???

Rumah saya sudah dijejak masuk oleh orang asing.

Cik Lisa sedang parkir di luar rumah.

Rumah saya lebih ramai perempuan daripada lelaki.

Lelaki sering keluar berjimba.

Hati saya tidak tenang.

Mohon doakan keselamatan keluarga dan rumah saya.

Kawan-kawan juga, sila berhati-hati ya sayang?

Apabila kita leka, (dalam kes ini, adik saya kerana tidak kunci stereng dan juga tidak lock break disc sedangkan sudah berjuta lemon kali I told him to!) sekelip mata sahaja ia akan hilang.

Boleh tak sekiranya saya mahu berikan dedikasi buat
si penjahat? Boleh ya?

"Kepada yang berkenaan, dan juga kepada semua peragut, pencuri, perompak dan manusia jahat,
*segala sumpah seranah dan maki hamun yang tidak mahu disebut di dunia nyata dan ditulis di blog*!"

Okey, saya hendak terus mengadu kepada Tuhan sekarang.

La la la la... normallah semua ini. Mana ada yang kekal abadi,
melainkan Allah SWT.

*Mourning session is now on.*

Wassalam.

17 comments:

Anonymous said...

Salam buat empunya blog...Sabar itu separuh dari iman cik Husna. Saya juga pernah menghadapi situasi yang sama. Cuma bukan motor. Benda lain. Arwah nenek saya selalu cakap, kalau kita hilang sesuatu, biarkan saja ia hilang. Kerana mungkin Allah ingin memberikan kita sesuatu yang lebih baik atau pun mungkin jugak kita punya salah tentang benda itu mcm kita pernah salah guna benda tu ke...akhir kata dari saya sabar ye cik Husna. Relakan kekasih cik Husna itu pergi. :)

Husna Adnan said...

Waalaikumsalam, En. Resmanshah.

Hey, thanks for the comment. =)
Saya sudah okey sekarang. Hehe.
Saya harap, ia hilang kerana kebaikan.
Tetapi kekasih ini yang paling setia.
Tidak mungkin saya bisa merelakan ia pergi dengan senang....
Namun saya akan cuba. ;)

Bersangka baik dengan apa yang terjadi lebih best kan? (^_^)
Terima kasih!

Unknown said...

Ya, anggaplah ianya hilang demi kebaikan.. mungkin empunya seterusnya ini adalah orang yang memerlukan.. ( cewah, bersangka baik ) buat je lah harta wakaf... kekayaan dan kebahagiaan bukan terletak ditangan bhapak, tapi ditangan Tuhan ( ala-ala citer Ahmad Albab )..

Erm.. saya juga sedang mengalami kehilangan sekarang.. hilang pertimbangan memandangkan musim exam sedang melanda... jadi.. otak tak betul sikit..

Husna Adnan said...

Ya! Mungkin orang itu lebih memerlukan!
Namun, kita perlu ingat.
Jika kita perlu sangat-sangat, janganlah sampai mencuri.
Bagaimana sekalipun, mencuri tetap berdosa.
Kerana niat, tidak menghalalkan cara.
Sekiranya niat kita baik, kita perlu meminta, berdoa dan berusaha dengan baik.
(Wah membebel macam Ismail yang mencuri kekasih hati saya, hehe.)

Awak sudah mahu exam ya?
Selamat berjaya!
Exam ialah satu tempoh yang sangat tertekan, tetapi best!
Sebab selepas exam, ialah masa bersenang-lenang! Hehe.
Bertabah dan selamat mengulang kaji!

K.A.A. said...

Hmm...kekasih hati yang punya banyak kenangan begini, pastinya sukar untuk dilupakan...tapi cuba ya! :)

harap keluarga kamu sentiasa selamat dan berada dalam perlindungan Allah hendaknya...jangan lupa kunci pintu tau!huhu

Husna Adnan said...

Ya, benar sekali!
Sukar kerana banyak sudah kami tempuhi bersama.
Namun ya, saya akan cuba. ;)
Terima kasih!

Terima kasih juga buat doa itu.
Saya mohon perlindungan Allah supaya tidak ada apa2 lagi yang berlaku.

Unknown said...

yup.. memang saya yang curik pun... cadang nak curik hati terus, tapi tak mampu, jadi, curik jer la kekasih hati Husna... hahahaha

*otak masih biol tatkala exam ni

Zamri Mohamad said...

Allah gantikan yang lebih baik.

bojan said...

betul tu..
semua cakap dapat yang lebih baik..
manalah tau untung nasib badan..
sna dapat superbike ke?
maybe..
:P

Husna Adnan said...

Ismail,
Memang sah awak tertekan. Haha!
Bertabahlah...

Tuan Zamri,
Ya, insya-Allah.
Terima kasih.

Rozhan,
Hahaha superbike?
Sampai ke tangan nak ke handle tu?
Hehehe.. tq.

Unknown said...

esok adalah hari terakhir saya exam.. so, dah hilang tekanan.. haha. nanti saya curik hati Husna plak yek.. haha

Husna Adnan said...

Wah, tahniah!
Cepat betul dah hari terakhir exam.
Tapi nampaknya masih ada kesan-kesan tertekan lagi tu. Hehe.

o_o said...

Ish..dashyatnya!pencuri sekarang makin berani,ada tu yang curi terang-terangan lagi..haih,sian ko..sabar ek,ada hikmah tu...

Husna Adnan said...

Tu la.. mmg hebat la jenis ini.
Thanks eh, Ai..
Tak tau nak buat apa..
Sabar je la eh.. uhuhu.

Anonymous said...

MAIL!!!Aku respek kat ko kerana telah berjaya meluahkan niat ko untuk mencuri hati cik Husna...hahahah selamat berjaya mecurik hati eh?! silap selamat berjaya untuk exam ko hehehe...

Husna Adnan said...

hahahaha!
Mr. Resmanshah,
awak perlu tahu,
itu hanyalah akibat dia tertekan kerana exam beliau tempoh hari...
kita perlu memahami nasib rakan kita ini.. hehe.

K.A.A. said...

husna...berjimba tu ape ek? hahaha ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...