Assalamualaikum, hai!
Ini entri terakhir bagi tahun 2011. Oh, berapa ramai agaknya blogger yang tulis ayat macam ayat pertama saya itu, hari ini? Hohoho... kbai.
Hari ini, sebagai penutup 2011, alhamdulillah saya (diringi Encik Suami), juga rakan-rakan penulis yang lain, berjaya menjayakan satu lagi acara bersama pembaca. Kali ini di Alamanda, Putrajaya. Peeewit!
Sempena:
Ada penulis siri 'Puteri Damia'; Ida Munira, juga empat penulis dari 'Pengembaraan Empat Puteri' yakni Izzah Huzaira, Umi Danial, Waida Yusof, dan Leen Shazmi. Kami para penulis 'Kisah Si Puteri' pula, hanya bertiga; saya, Aizam Aiman, dan Natasha Effyzal. Yang lain ada urusan keluarga, tetapi pastinya semangat mereka ada bersama kami tadi. Ewah!
Acara 'Kisah Si Puteri' bermula jam 1.00 petang, jadi ada rasa goyah sedikit. Bimbang waktu ini tidak ramai orang kerana mereka pergi makan tengah hari. Namun... sangkaanku meleset belaka. (=^___^=) Boleh tahan ramai juga. Kerana itu, acara mewarna, mencantum jigsaw puzzle, dan menjawab kuiz, berjaya dijalankan atas kehadiran ibu bapa yang membawa anak-anak kecil ke Alamanda. TERIMA KASIH, SEMUA!!!
Sebelum itu. Iklan sekejap.
Cream & Fudge adalah best!!! >_______<
Di Alamanda ada, di KLCC pun ada.
Benda sedap memang jarang murah.
Harga di atas (Oreo Peanut Butter): RM19.90. :')
*terliur kembali*
Okey. Sambung.
Suasana di ruang legar Alamanda.
Gambar pertama itu adalah peserta pertama yang berani ke hadapan demi menjawab soalan kuiz walaupun malu-malu. (Menjadi berani selepas dipaksa oleh keluarganya dan saya.) Hahaha! Bertabahlah, dik. Gambar atas kanan, nak selit juga bukti kehadiran pengiring setia saya yang gigih. Gambar bawah kanan, para penulis yang lebih teruja mencantumkan puzzle berbanding pesertanya. :))
Gambar-gambar di bawah pula adalah para peserta mewarna dan mencantum jigsaw puzzle. Kerana saya disuruh menyampaikan hadiah, maka wajah saya ada pada semua gambar. Bertabahlah, kamu semua yang membaca.
Patutnya ada 12 peserta, tapi entah mana gambar peserta lagi satu. Minta maaf adik misteri!!! Kakak gantikan gambarmu dengan gambar diriku sendiri, berlatarbelakangkan Kak Natasha Effyzal yang berdedikasi itu. Ngeh ngeh.
Tahun hadapan, entah larat lagi nak turun ke mana-mana event. Maka, kudrat yang ada ini, perlu digunakan sebaiknya. Sekarang kaki memang manja lebih. Tak boleh jalan banyak sikit, mesti dia nak mula sengal-sengal, sakit sana sini. Tak tahu sebab yang mana satu; sebab berat kian meningkat, ataupun sebab dah tua. Ataupun kedua-duanya sekali. T_T Muahahahaha.
Tadi lepas habis event, jalan-jalan sikit dalam Alamanda. Tengok baju, tengok tudung, tengok itu, tengok ini, tapi tak beli pun. Namun tetap berterima kasih kepada Y.E.S., kerana berjaya belikan hadiah-hadiah untuk kawan yang naik pelamin hari itu dengan harga runtuh. Kemudian beli A&W, beli air tembikai, beli Famos Amos, beli buku, terus bergerak pantas ke Presint 9.
Tahun ini murah rezeki. Royalti, payment freelancing, duta. Alhamdulillah.
Jadi apabila dikira-kira, sudah layak membayar zakat pendapat. ^_^
Zakat antara rukun Islam. Jadi kena buat apabila sudah layak tau.
Masuk-masuk, lepas ambil nombor, terus ternampak ini.
Wah!!! Dah macam parti hari jadi, Nab! Meriah uolls!
Tapi sebab dah melantak A&W tadi, kami minum air zam-zam sahaja.
Rasa macam nak tapau yang lain, tapi tidak manis pula perbuatan tersebut. :">
Ini akad semasa membayar zakat.
Fuh~ serius berdegup jantungku.
Macam nak akad nikah pula rasanya. T_T
Macamlah dulu masa nikah, haku yang salam tok kadi.
Selepas selesai bayar zakat, kami diberi ini.
Kalendar dan minyak wangi. Hebat tak??
One for him, one for her. Gitu ayat.
Alhamdulillah, alhamdulillah. Hari ini langsai beberapa kewajipan. Terima kasih Allah kerana berikan kami peluang berhidup hingga ke hari ini. Semoga tahun hadapan berhidup dengan lebih baik daripada tahun ini; tahun yang penuh gembira, suka, duka, sedih, manis, pahit, perit, comel, bahagia dan segala macam rasa bercampur-aduk. Insya-Allah, hanya dengan izin-Mu Allah, hidup kami akan lebih berjaya, bahagia dan ceria pada tahun 2012.
Azam saya? Menjadi lebih kuat. Kerja lebih kuat; demi Allah, demi keluarga. Mengabaikan parasit yang mengganggu kehidupan, dan fokus kepada apa yang penting sahaja. Apabila kita kuat, ramai akan cuba menjatuhkan kita. Tetapi apabila fokus kepada yang utama, insya-Allah boleh. Dan saya yakin, Husna pada tahun 2012, lebih kuat daripada sebelum ini. Kerana apa? Kerana saya hanya mahu fokus kepada yang utama. Berapa kali nak ulang daaa.
Semoga tahun hadapan, semua azam kita berjaya diperolehi. Perancangan tanpa tindakan, adalah sia-sia. Jadi, gunakan udara yang kita hirup ini, sebaik-baiknya. Kerana kita tidak tahu, adakah masih ada esok untuk kita. :)
Good luck, bebeh!
Selamat Datang 2012!
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v