31 December 2011

Puteri ke Putrajaya


Assalamualaikum, hai!

Ini entri terakhir bagi tahun 2011. Oh, berapa ramai agaknya blogger yang tulis ayat macam ayat pertama saya itu, hari ini? Hohoho... kbai.

Hari ini, sebagai penutup 2011, alhamdulillah saya (diringi Encik Suami), juga rakan-rakan penulis yang lain, berjaya menjayakan satu lagi acara bersama pembaca. Kali ini di Alamanda, Putrajaya. Peeewit!

Sempena:


Ada penulis siri 'Puteri Damia'; Ida Munira, juga empat penulis dari 'Pengembaraan Empat Puteri' yakni Izzah Huzaira, Umi Danial, Waida Yusof, dan Leen Shazmi. Kami para penulis 'Kisah Si Puteri' pula, hanya bertiga; saya, Aizam Aiman, dan Natasha Effyzal. Yang lain ada urusan keluarga, tetapi pastinya semangat mereka ada bersama kami tadi. Ewah!

Acara 'Kisah Si Puteri' bermula jam 1.00 petang, jadi ada rasa goyah sedikit. Bimbang waktu ini tidak ramai orang kerana mereka pergi makan tengah hari. Namun... sangkaanku meleset belaka. (=^___^=) Boleh tahan ramai juga. Kerana itu, acara mewarna, mencantum jigsaw puzzle, dan menjawab kuiz, berjaya dijalankan atas kehadiran ibu bapa yang membawa anak-anak kecil ke Alamanda. TERIMA KASIH, SEMUA!!!


Sebelum itu. Iklan sekejap.

Cream & Fudge adalah best!!! >_______<
Di Alamanda ada, di KLCC pun ada.
Benda sedap memang jarang murah.
Harga di atas (Oreo Peanut Butter): RM19.90. :')

*terliur kembali*

Okey. Sambung.

Suasana di ruang legar Alamanda.

Gambar pertama itu adalah peserta pertama yang berani ke hadapan demi menjawab soalan kuiz walaupun malu-malu. (Menjadi berani selepas dipaksa oleh keluarganya dan saya.) Hahaha! Bertabahlah, dik. Gambar atas kanan, nak selit juga bukti kehadiran pengiring setia saya yang gigih. Gambar bawah kanan, para penulis yang lebih teruja mencantumkan puzzle berbanding pesertanya. :))

Gambar-gambar di bawah pula adalah para peserta mewarna dan mencantum jigsaw puzzle. Kerana saya disuruh menyampaikan hadiah, maka wajah saya ada pada semua gambar. Bertabahlah, kamu semua yang membaca.




Patutnya ada 12 peserta, tapi entah mana gambar peserta lagi satu. Minta maaf adik misteri!!! Kakak gantikan gambarmu dengan gambar diriku sendiri, berlatarbelakangkan Kak Natasha Effyzal yang berdedikasi itu. Ngeh ngeh.

Tahun hadapan, entah larat lagi nak turun ke mana-mana event. Maka, kudrat yang ada ini, perlu digunakan sebaiknya. Sekarang kaki memang manja lebih. Tak boleh jalan banyak sikit, mesti dia nak mula sengal-sengal, sakit sana sini. Tak tahu sebab yang mana satu; sebab berat kian meningkat, ataupun sebab dah tua. Ataupun kedua-duanya sekali. T_T Muahahahaha.

Tadi lepas habis event, jalan-jalan sikit dalam Alamanda. Tengok baju, tengok tudung, tengok itu, tengok ini, tapi tak beli pun. Namun tetap berterima kasih kepada Y.E.S., kerana berjaya belikan hadiah-hadiah untuk kawan yang naik pelamin hari itu dengan harga runtuh. Kemudian beli A&W, beli air tembikai, beli Famos Amos, beli buku, terus bergerak pantas ke Presint 9.

Tahun ini murah rezeki. Royalti, payment freelancing, duta. Alhamdulillah. 
Jadi apabila dikira-kira, sudah layak membayar zakat pendapat. ^_^
Zakat antara rukun Islam. Jadi kena buat apabila sudah layak tau.

Masuk-masuk, lepas ambil nombor, terus ternampak ini.
Wah!!! Dah macam parti hari jadi, Nab! Meriah uolls!
Tapi sebab dah melantak A&W tadi, kami minum air zam-zam sahaja.
Rasa macam nak tapau yang lain, tapi tidak manis pula perbuatan tersebut. :">

Ini akad semasa membayar zakat.
Fuh~ serius berdegup jantungku.
Macam nak akad nikah pula rasanya. T_T
Macamlah dulu masa nikah, haku yang salam tok kadi.

Selepas selesai bayar zakat, kami diberi ini.
Kalendar dan minyak wangi. Hebat tak??
One for him, one for her. Gitu ayat.


Alhamdulillah, alhamdulillah. Hari ini langsai beberapa kewajipan. Terima kasih Allah kerana berikan kami peluang berhidup hingga ke hari ini. Semoga tahun hadapan berhidup dengan lebih baik daripada tahun ini; tahun yang penuh gembira, suka, duka, sedih, manis, pahit, perit, comel, bahagia dan segala macam rasa bercampur-aduk. Insya-Allah, hanya dengan izin-Mu Allah, hidup kami akan lebih berjaya, bahagia dan ceria pada tahun 2012.

Azam saya? Menjadi lebih kuat. Kerja lebih kuat; demi Allah, demi keluarga. Mengabaikan parasit yang mengganggu kehidupan, dan fokus kepada apa yang penting sahaja. Apabila kita kuat, ramai akan cuba menjatuhkan kita. Tetapi apabila fokus kepada yang utama, insya-Allah boleh. Dan saya yakin, Husna pada tahun 2012, lebih kuat daripada sebelum ini. Kerana apa? Kerana saya hanya mahu fokus kepada yang utama. Berapa kali nak ulang daaa.

Semoga tahun hadapan, semua azam kita berjaya diperolehi. Perancangan tanpa tindakan, adalah sia-sia. Jadi, gunakan udara yang kita hirup ini, sebaik-baiknya. Kerana kita tidak tahu, adakah masih ada esok untuk kita. :)

Good luck, bebeh!

Selamat Datang 2012!

Onigiris rice balls




Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

28 December 2011

Wordless Wednesday #3: Kawan


September 2009


Dia add.


Saya accept.




Mula bertegur dan berkawan-kawan: Januari 2010.

Memakai cincin tanda: November 2010.

Aku terima nikahnya: Mei 2011.

+ 1 insya-Allah 2012.



And forever best friend.



Heart emoticons




P/S: Timeline roxxx!!! Dapat tengok semua post zaman batu. Kuikui.


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

19 December 2011

Gemuk, Comel, & Berbulu?

Erk. Apakah tajuk tersebut? Muahaha!

Assalamualaikum, hai kawan-kawan! ^______^

Hari ini saya dapat e-mel daripada editor. Editor yang tidak pernah putus menyuruh saya menulis untuk unit mereka. Editor yang penuh dengan idea kreatif, yang tidak dapat ditolak walaupun baru baca baris pertama. 

He he he. Over tak?

Anehnya, apa yang menerpa dalam minda saya yang penuh dengan adegan makan dan tidur ini, bukanlah manuskrip yang dicadangkan dalam e-mel itu, tetapi dua manuskrip novel yang pernah saya hantar. Yang pertama, dihantar pada bulan Mac yang lalu, dan yang kedua pula dihantar pada November baru-baru ini. 

Sedang saya mengenang kedua-dua 'baby' yang masih belum lahir, saya terjumpa satu persamaan antara kedua-dua novel itu, maka saya tulis begini:


Tetapi tekaan paling banyak bukanlah haiwan yang dimaksudkan. Hohoho! Editor salah sebuah manuskrip itu pun tanya, "Kenapa bukan kucing?" 

Err... saya pun tidak tahulah.... (^^',) <- Adakah jawapan ini dapat diterima?


Err....

messenger

Jadi!

Ya... jadi... dengan penuh kekepohan yang meresap ke dalam jiwa, dengan ini saya mahu mengumumkan jawapan paling tepat bagi merungkai misteri yang bersemi! ^_____^

Jawapannya adalah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Easter bunny Yey!!! Sudah terbongkar! Easter bunny


Ngeh ngeh ngeh! Itulah antara watak utama bagi novel-novel solo saya nanti. (=^_____^=) Terima kasih kawan-kawan yang sudi meneka. Siapa yang jawab tepat, adalah hebat! Haha! Insya-Allah saya akan jadikan tekaan yang lain itu, satu kenyataan suatu hari nanti. Semoga tangan gemuk saya lebih rajin menulis novel berbanding menulis status FB, update blog, mahupun Tumblr. =P

Sebelum berpisah, ini kawan serumah saya sejak tahun 2003 hingga 2008, nama dia Airien, a.k.a. Panda. Kenapa dia dipanggil Panda? Hahaha! Kisahnya harus kita rahsiakan selama-lamanya. :)) Tetapi dia comel, bukan? Sekarang Panda sangat aktif membuat pelbagai benda comel untuk majlis tunang, hari jadi, perkahwinan dan segala macam majlis pun bolehlah. 


Kepada para peminat barangan handmade, marilah ke...



(^______^)v

Okey, jumpa lagi pada entri akan datang!
Selamat malam! :D


P/S: Kepada para penerima hadiah misteri bagi teka kod QR tempoh hari, maaf ya kerana mungkin hadiahnya akan tiba lambat, memandangkan hadiah yang dirancangkan itu masih belum siap. Tetapi... sekiranya saya rasa macam lambat sangat, mungkin saya akan tukar menjadi benda lain dan akan poskan dengan segera. Hehehe. 



Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

07 December 2011

Wordless Wednesday #2: Bertukar!




Yeah, baybeh!

crabs


(Cik Lisa tukar warna kulit. Tuannya pula sedang menikmati kebebasan di Tumblr. Kui kui kui. 
Selamat berhijrah pada tahun baru ini, demi masa hadapan yang lebih gemilang.)


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

01 December 2011

Apa Itu... QR Code?


Assalamualaikum. (^_^) Hik hik.

Okey, ini adalah entri lanjutan daripada entri ini.

qrcode

Mesej yang tersembunyi di sebalik entiti petak seperti logo musuh terbaru Transformers ini, bukannya secara harfiah (literally) perlu cari di dalam bentuk ini. Hehe.

Ini dinamakan... QR CodeDalam bahasa Melayu, mungkin boleh diterjemahkan sebagai 'kod maklum balas pantas'. Okey, panjang sangat pula. Lagipun terjemah ikut suka, haha! Kita panggil QR code sahajalah, ya. Anggap ia tidak dapat dipisahkan dan ditukar ganti. :')

Boleh baca penerangan berkenaan QR code di sini. Fuh~ senang kerja.

QR code ini adalah teknologi pengimbasan baru, yang sudah pun diaplikasikan di Malaysia, cuma tidak secara meluas dan diketahui ramai. Beli tiket wayang pun boleh guna QR code, yalls! Di Jepun sudah digunakan bagi membeli-belah barang dapur! Kelas tak, Nab? Saya pun baru tahu dengan lebih jelas berkenaan QR code semalam, kui kui. Jadi saya mahu kongsikan ilmu yang saya ada ini, bagi manfaat kita bersama.

Maksud QR code awal pagi tadi adalah:




 ... Kata-kata pujangga yang saya ambil dari perkongsian seorang rakan.
Mesejnya pun bagus bagi difikirkan bersama. Auwww.

Maka saya ucapkan tahniah kepada nama-nama ini kerana berjaya membongkar kod rahsia yang dikelolakan oleh saya! Weeehoooo! ^______^

3) Saudara Azuan Yaacob

... dan dua orang Anonymous yang saya tidak tahu siapa. T_T

*** Sekiranya saya buat lagi entri tanya pelik-pelik, mohon letak nama dan e-mel ya. Nanti ramai pula yang mengaku dialah Anon yang bijak bistari itu. Oh~ Mohon maaf ya Anon yang sebenar dan sejati itu! Maaf, maaf, maaf! ***

Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi lain kali ya! =D


Jadi... kepada enam nama yang tersenarai, saya akan berikan....

HADIAH MISTERI!!!
Yahuuuuuuuuu!!!
^______^


Sudah namanya hadiah misteri, jadi jangan demand, hokey. Haha! Hakak akan beri hadiah yang paling ikhlas dari hati hakak. Jadi harap yang menerimanya pun menerima dengan ikhlas. Saya tidak mampu nak hadiahkan Honda CRV, mahupun Galaxy Tab, jadi apa jua yang sampai ke rumah ataupun ke tangan kalian itu, itu sahajalah yang saya mampu. :')

Oh, maka... saya perlukan alamat dan nombor telefon bagi membolehkan saya menghantar hadiah misteri itu! Kepada enam bijaksana di atas, mohon emelkan semua maklumat ke adha.ameera@gmail.com. Siapa yang ada FB saya, mesej terus pun boleh. ^_____^

Bagaimana membaca QR code?

Okey, cukup berkenaan pemenang. Sekarang, bagaimana mahu membaca kod petak yang misteri itu. Cara saya yang amatur dan baru semalam tahu ini, mula-mula kita perlukan smartphone. (Juga, cara saya ini adalah just for fun. Kaedah sebenar yang jual beli itu, saya belum cuba. Hoho.)

Macam saya, saya guna HTC, maksudnya saya guna android. Cari sahaja 'QR code' di Market, nanti jumpalah. Muat naik, kemudian aktifkan aplikasi itu. Ada gambar lensa kamera, tekan situ, dan halakan kamera kita ke arah QR code yang kita inginkan. Selepas aplikasi QR code itu berjaya membaca si petak itu, automatik akan keluar perkataan ataupun pautan.

Hmm... mungkin ada yang akan kurang faham dengan penjelasan saya. Nanti sekiranya saya rajin, saya tunjukkan cara-caranya secara bergambar. Sekiranya rajinlah. :)) Kahkah. Ataupun mungkin penjelasan dari Google ini dapat membantu.

Akhir kata...

qrcode

(^________^)v




Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

Mesej Tersembunyi?


qrcode



Sesiapa yang berjaya memecahkan kod ini, 
mohon tuliskan ayatnya pada bahagian komen. 


Di bahagian komen blog ini sahaja ya!



;) *wink*



Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...