Assalamu'alaikum.
Maafin maafin maafin gue kerna lambat menghapdet event Konvensyen Bidadari yang berlangsung Sabtu dan Ahad lepas. Syukur dalam kesibukan, sempat juga kami jejakkan kaki ke PICC walaupun hanya sebentar cuma. Sebabnya ibu mentua dan adik-beradik suami datang ke Kajang (kami baru dua minggu pindah rumah ehek nantilah cerita), jadi seronok melayan mereka makan-makan di rumah. Sempat juga beraya ke rumah mak cik sebelah suami di Bangi, sebelum bergegas ke Putrajaya. BERGEGAS kena bold sebab ada kisah wakakaka.
Bagus sangat Putrajaya, sebab ada banyak tanda jalan.
Tak sesat punyaaaa (padahal siap guna GPS padahal ada tanda jalan
padahal apa ada hal).
padahal apa ada hal).
PICC dari kejauhan. Ada banner Konvensyen Bidadari yang amat besar, namun tetap sukar kelihatan dari sini walaupun sudah begitu hampir. Besar sungguh PICC.
Selesai parkir, tarik kunci kereta, raba-raba belakang kerusi segala, dah tergamam. Tanya Encik Suami, dia kata tiada. Huaaaaaaaaaaa BEG DAKU TERTINGGAL DI RUMAH MAK CIK BELIAU TADI!!!
Ha ambillah ubat sebab bergegas sangat kan. Nasib baik masa dukung Afia lepas salam-salam mak cik, memang tengah gengam telefon. Oh lega. Sekurang-kurangnya ada telefon, masih boleh ambil gambar.
Walaupun bateri tinggal 20%.
Terus buat-buat tenang. Keep Calm and Have Fun gitu concept of the day.
Wajah pertama yang bikin aku kian tenang dalam keramaian.
Jumpa Kak Azzah di depan kaunter pendaftaran.
Kak Azzah panel hari Ahad, hari yang saya tidak dapat pergi. *sobs*
Kami. Tadaaaaa!
Close-up sikit lemakku yang pemalu itu.
Terima kasih, Magic Skin Camera360.
Nampak macam baru mandi air terjun dia punya kabus-kabus.
Kulit juga terasa lebih anjal dan cerah dua tona.
Depan kaunter pendaftaran.
Besar. Memang besar!
Lebih 50 booth jualan dibuka. Rambang mata, yuoolls!
I rambang hati sahaja sebab beg duit tertinggal. T_T
Rakaman 'Soal Wanita TV Al-Hijrah' yang gamat.
Itu... itu tangga bergerak yang amat gerun.
TINGGI SANGAT AAAAAAAA GIGIL LUTUT!
Kena naik ekskalator untuk naik ke dewan konvensyen.
Memang meriah sangat-sangat di setiap ruang. Konvensyen berhenti rehat sebelum sambung selepas maghrib. Huuui masya-Allah ramai betul bidadari dunia yang hadir, semua datang cantik-cantik tutup aurat alhamdulillah. Sejuk mata ibu, nak. Eh.
Bergambar bersama Gee, antara orang kuat konvensyen ini.
TAHNIAH, GEE AND THE GANG!
Pemandangan dari atas. Subhanallah memang cantik sangat! ^__^
Pintu masuk ke dewan Konvensyen Bidadari.
Dewan sudah hampir penuh untuk sesi Sheikh Yawar Baig.
Sempatlah dengar sedikit. Rugi sangat tidak dapat dengar semuanya.
Insya-Allah moga ada rezeki tahun hadapan. :')
'Mothers - Go Out and Change The World'
Ini pula antara yang kami dapat daripada pihak penganjur:
Ada buku nota, majalah JOM!, ada Power Boost yang dah habis diminum,
dan macam-macam lagi.
Buttonbadge kiri dapat percuma, buttonbadge kanan sendiri beli.
Sebab terlampau comel, minta ihsan RM5 daripada Encik Suami muahaha.
Terima kasih Tuan Ahmad Fitri Zainul kerana sudi menjemput saya sebagai Rakan Blogger konvensyen ini. Terima kasih juga IMuslim dan semua yang terlibat. Tahniah atas majlis ilmu yang menarik ini. Semoga dipermudahkan usaha kalian demi majlis ilmu yang lain, amin....
Terima kasih juga kepada abah dan Afia kerana sudi teman ibu.
Nanti kita cuba pergi sama-sama lagi ya.
Insya-Allah....
P/S: Esok tengoklah Selamat Pagi Malaysia di TV1. Ada penulis-penulis KISAH SI PUTERI. Ngeeehehe. :">
1 comment:
Alhamdulillah...seronoknya dpt byk ilmu
Post a Comment