22 January 2015

The Founder Talks anjuran Adeblake Management

Assalamu'alaikum.

Entri tertangguh 10 Januari 2015.

056

Susahnya nak update blog dari telefon. Tetiba apps Blogger tak kasi upload gambar. Dahlah tak kasi, entri tak dapat nak copy paste supaya dapat sambung di PC. Dah taip pepanjang tau. Hanya kerana sekeping gambar. Itu yang ambil masa cari momentum. Hmmm... terbebel.

K.

Pertama kali tekad pergi seminar masa hari lahir. Haaa gitu punya beria nak jadi matang pada usia 30 tahun. Bahahaha taklah. Dah seminarnya 10 Januari, maka pergilah daku mencemar duli. Lagipun dah cakap pada suami, tak perlu ada sambutan apa bagai. Nak timba ilmu banyak-banyak tahun ini, supaya boleh beri manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Suami tolong jagakan Afia di rumah pun dah kira hadiah dah. ^_^

So yeah, saya pun bersiap dengan penuh semangat!

Cik Lisa pun tahun ini special sikit. Nampak?

Kami berdua (saya dan Cik Lisa) menuju ke PWTC. Alhamdulillah trafik sangat lancar. Dalam setengah jam sampai dah. Parking pun kosong. Masuk PWTC, naik tingkat dua, waaaah meriah betul! (Gambar kemeriahan tidak snap sebab konsep rusa masuk kampung. Datang redah sorang-sorang, tatkala orang lain datang dengan geng masing-masing. T_T)

The Founder:
Great Businesses and the Minds Behind Them

Telan saja hasrat nak bergambar dengan backdrop ni.
Dah rusa kan, segan nak minta orang ambilkan gambar. Kakaka!

Weeee dah dapat pass! 
Haa... betullah. Aku memang gemuk.

Teruja betul masa dah duduk ni. Walaupun hampir semua di dalam dewan itu tidak daku kenali, namun dapat rasa betapa hangatnya asmara senyuman mereka. 

Tapi tetap sejuk! Tak teringat nak bawa pashmina atau blazer. Lantas segera bibir menjadi kering. Kita pun beria ambil lipbalm. Tetiba skrin besar depan tu terpampang muka aku tengah sapu lipbalm. Satu dewan gelak. Belum apa-apa dah kena sakat dengan cameraman. Terpaksa buat-buat cool walaupun dah sedia cold.

024024024

Senarai speakers:
  1. Carl Samsuddin (Founder of Bella Ammara, Pudore, Osra, White House Studio, Bella Ammara Couture, Almari Co., Adeblake Management)
  2. Sarah Shah Nor (Founder of Modvier)
  3. Farrah Adeeba (Founder of Najjah)
  4. Eyqa Sulaiman (Founder of Sugarscarf)
  5. Fazreena Aziz (Founder of Tudung People)
  6. Sumayyah (Founder of Love to Dress)
  7. Rico Rinaldi (Malaysian Top Designer)
  8. Asirul (Founder of Serindit Photography)
  9. Belle Alyahya (Co-founder of Bella Ammara)
  10. Mona Din (Founder of Hajaba)
  11. Pos Laju Malaysia
  12. Hot FM
  13. Bubu (sebagai emcee, dari 1 News)

Masya-Allah... hebat-hebat kan? Tengok senarai speaker, memang jelas program kali ini lebih kepada industri fesyen. Memang dah diberitahu sebelum daftar pun. Pemain industri lain ramai juga datang, sebab info yang disampai lebih bersifat general.

Selepas bacaan doa oleh Dr. Anwar Fazal (haaa mesti ramai kenal kan? Penulis dan tunang blogger terkenal tuuu mihmih), program dimulakan dengan Puan Mona Din (pengasas Hajaba & UmraHajj).

Tajuk: Bumiputera Entrepreneur Development.
Bagaimana menjadi usahawan berjaya.

Jaket Puan Mona SERIUS LAWA!!!

Slot paling panjang dan tidak dapat saya tulis semula dengan lebih baik, sebab hidup Puan Mona memang mencabar sejak kecil. Pernah kerja Karangkraf. Kata kunci bagi kejayaan Puan Mona (juga pengasas Women Of Jannah) adalah keluar dari zon selesa. Berani merealisasikan impian. Butik Puan Mona tak dapek la nak jumpa dalam Metro Kajang. Dalam KLCC, The Curve... ha gitu. Memang beliau aim masuk shopping mall besar-besar sejak awal dia buat bisnes.

Kemudian slot kedua, gabungan Puan Sarah Shah Nor (pengasas Modvier) bersama Tuan Kimi (pengasas Mood Republic). Modvier ini bagi siapa yang belum kenal, ia sebuah butik yang berkonsepkan jemaah. Macam vendor. Mengumpulkan lebih 40 jenama terkemuka tempatan. Calaqisya, Radiusite, Bella Ammara, semua ada di Modvier. Mood Republic pula terkenal sebagai penganjur bazar paling top walaupun baru menapak.

Tajuk slot kedua ini: What I Would Do Differently

Puan Sarah ini kecil molek. Comel tapi semangat waja!


Ini pula Tuan Kimi. Teringat Sudirman masa muda. Hehe.

Asasnya, slot ini sebagai satu perkongsian 'Do's & Don't's' dalam bidang perniagaan berdasarkan pengalaman peribadi Puan Sarah dan Tuan Kimi. 

Dari Puan Sarah, saya ringkaskan:
- Buat bisnes dalam team, tetapi semua perlu bekerjasama.
- Jangan buat partnership tanpa proper dokumen.
- Buat produk yang membantu masyarakat 
- BE DIFFERENT. Inovasi, jangan tiru.

Dari Tuan Kimi pula, saya ringkaskan:
- Betulkan niat. Semuanya perlu niat kerana Allah.
- Jangan takut bakar duit untuk marketing
- Banyakkan memberi. Jangan syok sendiri.
- Pengaruhi orang dengan story-telling, jangan hard-sell.
- Nak berjaya, perlu ada mentor, ilmu, sistem, tindakan, dan impian.
- Apabila berdoa, spesifik minta apa yang kita harapkan.

Keseimbangan hidup yang dibentangkan oleh Tuan Kimi.

Slot ketiga adalah forum.

Boomers of E-Commerce
Becoming Influence Leaders with the Right Strategies

Moderator: Farrah Adeeba (Najjah Boutique)

Panels:
Belle Al-Yahya (Bella Ammara)
Eyqa Sulaiman (Sugarscarf)
Fazreena Aziz (Tudung People)
Sumayyah Nasaruddin (Love to Dress)

Sedap sangat nada dan bahasa Puan Farrah Adeeba mengendalikan forum.


Keseluruhannya, forum ini tekankan bagaimana menjadi usahawan online yang berjaya. Semua pun berguna, paling best bagi saya adalah Fazreena. Sangat informatif perkongsian beliau.

Belle: Mula bisnes sebab nak kahwin. Jual telekung. Kemudian jual jubah atas permintaan. Sekarang jualan jubah mengatasi jualan telekung. (Follow the trend.)

Eyqa: Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita buat. Terus kembangkan lagi usaha hingga betul-betul berjaya. Contoh: Dulu Sugarscarf buat macam-macam tudung. Tudung awning Thai Silk, shawl lycra. Tapi yang malatops sekarang ini adalah Madison; shawl siap jahit bersama innerneck.

Fazreena: Jangan pinjam bank sebagai permulaan. Pinjam dari keluarga, atau usahakan sendiri tanpa hutang. Pump modal pusingan, jangan guna duit pusingan untuk hal lain selain mengembangkan perniagaan tersebut.

Untuk curi perhatian pengguna online, gunakan gambar atau video yang jelas dan cantik. Jual barang online ni kan susah nak diterangkan sebab pelanggan tidak dapat sentuh sendiri. Jadi dalam gambar atau video kita itu, kita buat sampai pelanggan rasa kainnya sedap pakai, coraknya memang cantik (ini saya tambah, tapi rasanya inilah yang Faz cuba sampaikan).

Layan pelanggan dengan pantas. Paling penting, kita salah ataupun tidak, penjual yang perlu meminta maaf terlebih dahulu sekiranya berlaku masalah. (Haaa yang ini memang ramai sangat berat nak buat. Aku jadi berapi bila barang yang dapat tu terkurang atau rosak, tapi penjual tak minta maaf langsung. Siap kasi screenshot refund dengan baki puluhan ribu ringgit dalam bank dia. Tak pasal woi eh tetiba emo. Maafkan saya.)

Sumayyah: Berniaga perlu ada niche. Kita tidak dapat serve banyak golongan. Dan target kembangkan jenama kita ke luar negara. Banyakkan outsource kerja yang kita tidak pakar.

kwc8

Habis forum ini, ada makan tengah hari dan solat zuhur. Sebelum ke surau, cecepat aku pergi salam Kak Farrah, Fazreena, dan Belle. Mana yang sempat, sebab masa pun dah suntuk. Hahahaha kelako gila, dahlah sorang-sorang. Selamba kiasu salam dan bergambar padahal ramai beratur. Tu yang muka pelik-pelik tak ready (dan sebab bergambar dengan orang cantik automatik muka sendiri persis penyagat kelapa. T_T)


Subhanallah, sejuk hati tengok Kak Farrah.

Pencahayaan begitu aneh. Tapi Belle tetap cantik.

Masa tegur Faz, tercakap sesuatu yang tidak diniatkan. 
Ini kes gelabah!! Sorry, Faz. I love you waaah tetiba.

Beauties with brain tau semuanya. Inspiring!!

03

Slot keempat: Pos Laju terangkan perkhidmatan mereka.


Slot kelima oleh Media Prima Radio Network. Tak sempat ambil gambar sebab fokus sangat. Paling best, masa Hot FM sahut cabaran 100 Plus untuk buat Cool FM. Salah satu strategi supaya bila panas, orang ingat 100 Plus. Sampaikan website, warna, tagline semua Hot FM tukar selama sehari demi cabaran 100 Plus. Power!


Tak banyak info yang saya salin, tapi pengiklanan radio salah satu channel marketing yang bagus. Insya-Allah, one fine day. ;)

Sekali lagi bentuk forum bagi slot keenam. Antara yang ditunggu sebab ada Abang Asirul. Abang Asirul ni dulu kami jumpa masa photoshoot Afeeya Bella. 2013. Lama dah, tapi masa tegur di PWTC hari itu, dia terus balas, "Haaa Afeeya Bella." Terharu, nok. Dia ingat klien dia yang melukut ni. Humble betul.

Getting Recognized:
Element of the Right Branding and Marketing

Moderator: Bubu

Panels:
Rico Rinaldi (pereka fesyen terkemuka di Malaysia)
Asirul (founder Serindit Photo)
Vickneswaran Kajindran (Media Prima Radio Network)


Rico Rinaldi: Pilih nama yang bagus untuk branding, dan kenal pasti apa identiti bisnes kita. Kemudian perlu layan pelanggan dengan baik, tidak kira pelanggan itu pembeli produk kita yang mahal, mahupun yang murah. Ambil sebarang peluang yang bagus, asalkan dapat mengembangkan brand kita.

RR cerita, berkenaan seorang pelanggan dia yang membeli dua helai shawl. (RR ini dikenali sebagai pereka fesyen yang orang biasa-biasa macam saya tak mampu ye dik. Biasa artislah klien beliau. Semua custom made. Tapi sekarang beliau baru buat jenama tudung mampu milik iaitu Just Rinaldi, supaya lebih ramai dapat menggayakan rekaan beliau.)

Pelanggan ini dah lama minat RR, jadi semasa buat tempahan, pelanggan ni emel minta RR berikan ucapan kepada dia sebab dia nak ambil peperiksaan. You know what? Ya, RR tulis ucapan kepada pelanggan itu, di dalam sebuah note book. Buku tu diposkan bersama shawl yang pelanggan itu beli. Teruja habislah pelanggan tu, sebab dia sekadar cuba nasib. Dan pelanggan tu upload di IG ucap terima kasih dalam keterujaan.

Nice, kan? Pastinya semua yang terbaca kisah gembira ini akan mula menyukai Rico Rinaldi. Aha Rico Rinaldi ni memang nama asal dia.

Asirul: Abang Asirul lebih menekankan aspek penggunaan gambar cantik dan bersesuaian, supaya dapat menarik perhatian pembeli. Juga tekankan aspek menjaga pelanggan. (Memang betul woh. Semua quotation, Abang Asirul yang buat. Sebab dia nak kenal siapa klien dia. That explains bagaimana dia masih kenal diriku.) Okey, siapa nak buat studio shoot, pergilah Serindit. Ada tiga cawangan dah. KL, Ampang, Shah Alam. Murah je, sejam RM150 untuk junior. Tak edit pun dah lawo baq hang. Antara klien Serindit: Radiusite, Miss Lily Shop, Al-Humaira Contemporary, dan Afeeya Bella hahaha nak jugek nyelit.

Vickneswaran Kajindran: Kuatkan brand dengan iklan radio. Ya, sebab beliau network marketing manager di Media Prima Radio. Tak banyak berkongsi, tapi senyuuuum saja beliau di atas pentas. Nampak baik. (Tetiba aku nak puji dia, haha!)

Walaupun dari belakang, saya perkenalkan para owners 'Furby and Sugar'. Dipuji-puji Rico Rinaldi sebab nama dan produk mereka ini nampak internasional, padahal usahawan Bumiputera. Asyik geeeeeelak je depa dua ni haha riuh dewan.

SLOT PALING DITUNGGU-TUNGGU!

Mr. President of lots of fashion brands, including one studio photography.

Beyond Business:
Young Entrepreneurs Dilemma
and the Pursuit of Becoming Millionaire

Masa sesi Carl, rasa macam kena hentak dengan guni beras atas kepala. Berat gila topik! Sebab dia nak usahawan dapat bezakan 'money', dan 'currency' dulu, baru terjun dalam bidang keusahawanan. Siap koyak RM50 atas pentas, punya gila gimik. Banyak oi RM50. 

Or... is it?

- Duit kertas bukan duit. Ia hanya nilai mata wang.
- Duit sebenar adalah emas.
- Duit akan hilang nilai mata wang, tetapi emas tidak.
- Tukarkan duit menjadi emas DENGAN MEMBELI EMAS.
- JANGAN JOIN PELABURAN EMAS.
- SIMPAN DUIT DALAM BANK BUKAN PELABURAN.
- BELI EMAS SEBAGAI SIMPANAN.
- Perlu pandai bezakan aset dan liabiliti.
- Aset: yang masukkan duit dalam poket kita.
- Liabiliti: yang keluarkan duit dari poket kita.
- Kereta / rumah boleh jadi aset, sekiranya bayar tunai.
- Sekiranya bayar guna bank, ia adalah LIABILITI.
- Kita tidak kaya, yang kaya adalah bank.
- Cuba elakkan riba. Jangan pinjam loan untuk bisnes.
- Walaupun butik Bella Ammara bakal ada cawangan ketiga, tiada mesin swap kad kredit. Sebab Carl sangat anti kad kredit, sangat cuba lari dari riba.

Begitulah antara yang Carl tekankan. Ada banyak lagi, tapi saya tak dapat nak tulis dengan baik di sini. Siapa nak lebih detail, jumpa saya dan belanja saya lobster.

jcdragon crazy


Overall, saya puas hati dengan perkongsian para panel, cuma slot Carl Samsudin rasa sekejap sangat sebab dah nak maghrib. Insya-Allah, ada rezeki, pergi pula yang 2.0. Tapi sekarang macam nak aim Kongress ABS.

Oh ya, saja nak kongsi. Adeblake, bukan sebut macam dalam hati yuolls yang mat saleh tu. Sebenarnya ia adalah ADA BELAKA yang disebut dengan nada KL iaitu ADE BLAKE. FAHAM YE SEMUENYE? Hahaha shocking kan? Terkena aku!


Dan... walaupun dah kata takmo ada sambutan, suami kite buat surprise juga. Balik rumah, rumah gelap. Masuk je rumah, terpijak belon. Hahaha! Nasib aku tak tergolek. Alhamdulillah, 10 Januari yang manis. 30 tahun dah aku ek. Tapi belum berjaya. Long way to go! Berusahalah kita semua!

Terima kasih sudi baca. Moga bermanfaat!



06 January 2015

Projek 100 Buku - Akhirnya!



Alhamdulillah, satu lagi buku saya bakal terbit. Yahuuu!

Klik di sini bagi membuat pembelian: Akhirnya....

'Akhirnya...' adalah karya saya dan Tuan Nazry Salam selaku ilustrator. Pertama kali buku kami diterbitkan oleh Buku Prima, Karangkraf. Ini di bawah Projek 100 Buku, kelolaan Unit Kanak-Kanak Buku Prima. Syukur sangat-sangat, sebab dalam ratusan manuskrip yang dihantar raaaaaamai penulis lain - karya yang sempat dihantar cuma satu ini, terpilih juga. Alhamdulillah alhamdulillah. Pung pak pung, pak pung.


032
Okey joget sikit... ewah!

Watak dalam cerita 'Akhirnya...' ini adalah Wafa, seorang budak riang yang comel. Ada sidekick bernama Poko, iaitu seekor hamster. Meehehe this is too cute! *menghalang wajah daripada terkena balingan tomato akibat memuji karya sendiri*

Nak baca lebih lanjut, belilah. Kalau rasa terlalu matang untuk membaca buku cerita bergambar kanak-kanak saya ini, belilah dan hadiahkan untuk anak-anak, atau anak saudara, atau anak murid, atau anak tekak (lawak tahun 70'an sangat... *rebah*).


Meh klik link ini untuk lihat 99 lagi judul best-best dari sahabat penulis saya:



MURAHNYA RM3.00 DAN SEKARANG SEDANG DISKAUN 60 SEN!!

Cover memang cecantiklah, I tell you.
Ada 100 judul ya, maka berusahalah lihat semuanya.


Tidak lupa, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Buku Prima, Karangkraf, Puan Sri Diah, Puan Norfilzah Wahidon, Puan Siti Aisyah, Puan Siti Zarinah, Tuan Yusof Gajah, para editor, designer, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Projek 100 Buku ini. Semoga terus bersemangat semuanya!

Juga tidak lupa, untuk promo sekali lagi hehehe.

Klik di sini bagi membuat pembelian: Akhirnya....


049


TERKINI!!!

Alhamdulillah sudah siap dicetak! ^______^


Jemput ke Majlis Pelancaran Projek #100 Buku ya.

Tarikh: 1 Februari 2015 (Ahad)
Masa: 2.00 Petang - 3.00 Petang
Tempat: Pentas Utama, Karnival Kumpulan Karangkraf 2015, Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

00000 006

05 January 2015

#bah2014 Bantuan Mangsa Banjir

Assalamu'alaikum.

Sibuk dengan macam-macam hal, terus lenyap seketika azam mengaktifkan penulisan di blog sepi ini. Hmm... sebenarnya bukan lupa, tapi fokus tertancap demi misi bantuan mangsa banjir. Alhamdulillah, sejak 26 Disember 2014, kami sudah mula mengumpul dana bantuan untuk mangsa banjir; melalui akaun Afeeya Bella. Terima kasih para dermawan kerana mempercayai kami. Dapat tumpang buat pahala. T_T

Kutipan pertama: RM410
Lampin bayi, tuala wanita, lampin dewasa,
lilin, lighter, lampu suluh, bateri.

Kutipan kedua: RM1468
RM981.60 digunakan bagi membeli 54kg kurma 
(18kg sumbangan dari team Baca@Sekolah), 
dan 96 botol 500ml 100 Plus.

Hantar di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat.

Di sini tempat kumpul sahaja. Inisiatif Jabatan AMAL Hulu Langat.
HQ mereka di Desa Sri Jenaris, Kajang.

Kutipan ketiga (dengan baki dari kutipan kedua): RM946.40
RM832.40: 38 helai baju dalam & 156 helai seluar dalam
RM114: 7 helai tudung syria

DANA SUMBANGAN TERKINI: ZERO


Sekali lagi, terima kasih kepada semua dermawan yang mempercayai kami. Kami cuba gunakan dana sumbangan sehabis baik mengikut kemampuan. Semoga Allah redha. Juga terima kasih, kepada cinta saya yang berdua itu, kerana setia membantu ke hulu ke hilir.

034

Sebenarnya, masih nak kumpul untuk beli barangan pasca banjir seperti selimut, bantal, tilam, kain pelikat, dan lain-lain yang berkaitan, tapi rasanya ramai salurkan terus kepada NGO terlibat. Dalam uncang saya sudah habis. Harap ada yang masih sudi menyumbang.

Teruskan membantu mereka di sana, dan terus berdoa semoga Allah lindungi kita, keluarga kita, juga Malaysia yang kita sayang.

- Habis dah. -


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...