22 January 2015

The Founder Talks anjuran Adeblake Management

Assalamu'alaikum.

Entri tertangguh 10 Januari 2015.

056

Susahnya nak update blog dari telefon. Tetiba apps Blogger tak kasi upload gambar. Dahlah tak kasi, entri tak dapat nak copy paste supaya dapat sambung di PC. Dah taip pepanjang tau. Hanya kerana sekeping gambar. Itu yang ambil masa cari momentum. Hmmm... terbebel.

K.

Pertama kali tekad pergi seminar masa hari lahir. Haaa gitu punya beria nak jadi matang pada usia 30 tahun. Bahahaha taklah. Dah seminarnya 10 Januari, maka pergilah daku mencemar duli. Lagipun dah cakap pada suami, tak perlu ada sambutan apa bagai. Nak timba ilmu banyak-banyak tahun ini, supaya boleh beri manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Suami tolong jagakan Afia di rumah pun dah kira hadiah dah. ^_^

So yeah, saya pun bersiap dengan penuh semangat!

Cik Lisa pun tahun ini special sikit. Nampak?

Kami berdua (saya dan Cik Lisa) menuju ke PWTC. Alhamdulillah trafik sangat lancar. Dalam setengah jam sampai dah. Parking pun kosong. Masuk PWTC, naik tingkat dua, waaaah meriah betul! (Gambar kemeriahan tidak snap sebab konsep rusa masuk kampung. Datang redah sorang-sorang, tatkala orang lain datang dengan geng masing-masing. T_T)

The Founder:
Great Businesses and the Minds Behind Them

Telan saja hasrat nak bergambar dengan backdrop ni.
Dah rusa kan, segan nak minta orang ambilkan gambar. Kakaka!

Weeee dah dapat pass! 
Haa... betullah. Aku memang gemuk.

Teruja betul masa dah duduk ni. Walaupun hampir semua di dalam dewan itu tidak daku kenali, namun dapat rasa betapa hangatnya asmara senyuman mereka. 

Tapi tetap sejuk! Tak teringat nak bawa pashmina atau blazer. Lantas segera bibir menjadi kering. Kita pun beria ambil lipbalm. Tetiba skrin besar depan tu terpampang muka aku tengah sapu lipbalm. Satu dewan gelak. Belum apa-apa dah kena sakat dengan cameraman. Terpaksa buat-buat cool walaupun dah sedia cold.

024024024

Senarai speakers:
  1. Carl Samsuddin (Founder of Bella Ammara, Pudore, Osra, White House Studio, Bella Ammara Couture, Almari Co., Adeblake Management)
  2. Sarah Shah Nor (Founder of Modvier)
  3. Farrah Adeeba (Founder of Najjah)
  4. Eyqa Sulaiman (Founder of Sugarscarf)
  5. Fazreena Aziz (Founder of Tudung People)
  6. Sumayyah (Founder of Love to Dress)
  7. Rico Rinaldi (Malaysian Top Designer)
  8. Asirul (Founder of Serindit Photography)
  9. Belle Alyahya (Co-founder of Bella Ammara)
  10. Mona Din (Founder of Hajaba)
  11. Pos Laju Malaysia
  12. Hot FM
  13. Bubu (sebagai emcee, dari 1 News)

Masya-Allah... hebat-hebat kan? Tengok senarai speaker, memang jelas program kali ini lebih kepada industri fesyen. Memang dah diberitahu sebelum daftar pun. Pemain industri lain ramai juga datang, sebab info yang disampai lebih bersifat general.

Selepas bacaan doa oleh Dr. Anwar Fazal (haaa mesti ramai kenal kan? Penulis dan tunang blogger terkenal tuuu mihmih), program dimulakan dengan Puan Mona Din (pengasas Hajaba & UmraHajj).

Tajuk: Bumiputera Entrepreneur Development.
Bagaimana menjadi usahawan berjaya.

Jaket Puan Mona SERIUS LAWA!!!

Slot paling panjang dan tidak dapat saya tulis semula dengan lebih baik, sebab hidup Puan Mona memang mencabar sejak kecil. Pernah kerja Karangkraf. Kata kunci bagi kejayaan Puan Mona (juga pengasas Women Of Jannah) adalah keluar dari zon selesa. Berani merealisasikan impian. Butik Puan Mona tak dapek la nak jumpa dalam Metro Kajang. Dalam KLCC, The Curve... ha gitu. Memang beliau aim masuk shopping mall besar-besar sejak awal dia buat bisnes.

Kemudian slot kedua, gabungan Puan Sarah Shah Nor (pengasas Modvier) bersama Tuan Kimi (pengasas Mood Republic). Modvier ini bagi siapa yang belum kenal, ia sebuah butik yang berkonsepkan jemaah. Macam vendor. Mengumpulkan lebih 40 jenama terkemuka tempatan. Calaqisya, Radiusite, Bella Ammara, semua ada di Modvier. Mood Republic pula terkenal sebagai penganjur bazar paling top walaupun baru menapak.

Tajuk slot kedua ini: What I Would Do Differently

Puan Sarah ini kecil molek. Comel tapi semangat waja!


Ini pula Tuan Kimi. Teringat Sudirman masa muda. Hehe.

Asasnya, slot ini sebagai satu perkongsian 'Do's & Don't's' dalam bidang perniagaan berdasarkan pengalaman peribadi Puan Sarah dan Tuan Kimi. 

Dari Puan Sarah, saya ringkaskan:
- Buat bisnes dalam team, tetapi semua perlu bekerjasama.
- Jangan buat partnership tanpa proper dokumen.
- Buat produk yang membantu masyarakat 
- BE DIFFERENT. Inovasi, jangan tiru.

Dari Tuan Kimi pula, saya ringkaskan:
- Betulkan niat. Semuanya perlu niat kerana Allah.
- Jangan takut bakar duit untuk marketing
- Banyakkan memberi. Jangan syok sendiri.
- Pengaruhi orang dengan story-telling, jangan hard-sell.
- Nak berjaya, perlu ada mentor, ilmu, sistem, tindakan, dan impian.
- Apabila berdoa, spesifik minta apa yang kita harapkan.

Keseimbangan hidup yang dibentangkan oleh Tuan Kimi.

Slot ketiga adalah forum.

Boomers of E-Commerce
Becoming Influence Leaders with the Right Strategies

Moderator: Farrah Adeeba (Najjah Boutique)

Panels:
Belle Al-Yahya (Bella Ammara)
Eyqa Sulaiman (Sugarscarf)
Fazreena Aziz (Tudung People)
Sumayyah Nasaruddin (Love to Dress)

Sedap sangat nada dan bahasa Puan Farrah Adeeba mengendalikan forum.


Keseluruhannya, forum ini tekankan bagaimana menjadi usahawan online yang berjaya. Semua pun berguna, paling best bagi saya adalah Fazreena. Sangat informatif perkongsian beliau.

Belle: Mula bisnes sebab nak kahwin. Jual telekung. Kemudian jual jubah atas permintaan. Sekarang jualan jubah mengatasi jualan telekung. (Follow the trend.)

Eyqa: Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita buat. Terus kembangkan lagi usaha hingga betul-betul berjaya. Contoh: Dulu Sugarscarf buat macam-macam tudung. Tudung awning Thai Silk, shawl lycra. Tapi yang malatops sekarang ini adalah Madison; shawl siap jahit bersama innerneck.

Fazreena: Jangan pinjam bank sebagai permulaan. Pinjam dari keluarga, atau usahakan sendiri tanpa hutang. Pump modal pusingan, jangan guna duit pusingan untuk hal lain selain mengembangkan perniagaan tersebut.

Untuk curi perhatian pengguna online, gunakan gambar atau video yang jelas dan cantik. Jual barang online ni kan susah nak diterangkan sebab pelanggan tidak dapat sentuh sendiri. Jadi dalam gambar atau video kita itu, kita buat sampai pelanggan rasa kainnya sedap pakai, coraknya memang cantik (ini saya tambah, tapi rasanya inilah yang Faz cuba sampaikan).

Layan pelanggan dengan pantas. Paling penting, kita salah ataupun tidak, penjual yang perlu meminta maaf terlebih dahulu sekiranya berlaku masalah. (Haaa yang ini memang ramai sangat berat nak buat. Aku jadi berapi bila barang yang dapat tu terkurang atau rosak, tapi penjual tak minta maaf langsung. Siap kasi screenshot refund dengan baki puluhan ribu ringgit dalam bank dia. Tak pasal woi eh tetiba emo. Maafkan saya.)

Sumayyah: Berniaga perlu ada niche. Kita tidak dapat serve banyak golongan. Dan target kembangkan jenama kita ke luar negara. Banyakkan outsource kerja yang kita tidak pakar.

kwc8

Habis forum ini, ada makan tengah hari dan solat zuhur. Sebelum ke surau, cecepat aku pergi salam Kak Farrah, Fazreena, dan Belle. Mana yang sempat, sebab masa pun dah suntuk. Hahahaha kelako gila, dahlah sorang-sorang. Selamba kiasu salam dan bergambar padahal ramai beratur. Tu yang muka pelik-pelik tak ready (dan sebab bergambar dengan orang cantik automatik muka sendiri persis penyagat kelapa. T_T)


Subhanallah, sejuk hati tengok Kak Farrah.

Pencahayaan begitu aneh. Tapi Belle tetap cantik.

Masa tegur Faz, tercakap sesuatu yang tidak diniatkan. 
Ini kes gelabah!! Sorry, Faz. I love you waaah tetiba.

Beauties with brain tau semuanya. Inspiring!!

03

Slot keempat: Pos Laju terangkan perkhidmatan mereka.


Slot kelima oleh Media Prima Radio Network. Tak sempat ambil gambar sebab fokus sangat. Paling best, masa Hot FM sahut cabaran 100 Plus untuk buat Cool FM. Salah satu strategi supaya bila panas, orang ingat 100 Plus. Sampaikan website, warna, tagline semua Hot FM tukar selama sehari demi cabaran 100 Plus. Power!


Tak banyak info yang saya salin, tapi pengiklanan radio salah satu channel marketing yang bagus. Insya-Allah, one fine day. ;)

Sekali lagi bentuk forum bagi slot keenam. Antara yang ditunggu sebab ada Abang Asirul. Abang Asirul ni dulu kami jumpa masa photoshoot Afeeya Bella. 2013. Lama dah, tapi masa tegur di PWTC hari itu, dia terus balas, "Haaa Afeeya Bella." Terharu, nok. Dia ingat klien dia yang melukut ni. Humble betul.

Getting Recognized:
Element of the Right Branding and Marketing

Moderator: Bubu

Panels:
Rico Rinaldi (pereka fesyen terkemuka di Malaysia)
Asirul (founder Serindit Photo)
Vickneswaran Kajindran (Media Prima Radio Network)


Rico Rinaldi: Pilih nama yang bagus untuk branding, dan kenal pasti apa identiti bisnes kita. Kemudian perlu layan pelanggan dengan baik, tidak kira pelanggan itu pembeli produk kita yang mahal, mahupun yang murah. Ambil sebarang peluang yang bagus, asalkan dapat mengembangkan brand kita.

RR cerita, berkenaan seorang pelanggan dia yang membeli dua helai shawl. (RR ini dikenali sebagai pereka fesyen yang orang biasa-biasa macam saya tak mampu ye dik. Biasa artislah klien beliau. Semua custom made. Tapi sekarang beliau baru buat jenama tudung mampu milik iaitu Just Rinaldi, supaya lebih ramai dapat menggayakan rekaan beliau.)

Pelanggan ini dah lama minat RR, jadi semasa buat tempahan, pelanggan ni emel minta RR berikan ucapan kepada dia sebab dia nak ambil peperiksaan. You know what? Ya, RR tulis ucapan kepada pelanggan itu, di dalam sebuah note book. Buku tu diposkan bersama shawl yang pelanggan itu beli. Teruja habislah pelanggan tu, sebab dia sekadar cuba nasib. Dan pelanggan tu upload di IG ucap terima kasih dalam keterujaan.

Nice, kan? Pastinya semua yang terbaca kisah gembira ini akan mula menyukai Rico Rinaldi. Aha Rico Rinaldi ni memang nama asal dia.

Asirul: Abang Asirul lebih menekankan aspek penggunaan gambar cantik dan bersesuaian, supaya dapat menarik perhatian pembeli. Juga tekankan aspek menjaga pelanggan. (Memang betul woh. Semua quotation, Abang Asirul yang buat. Sebab dia nak kenal siapa klien dia. That explains bagaimana dia masih kenal diriku.) Okey, siapa nak buat studio shoot, pergilah Serindit. Ada tiga cawangan dah. KL, Ampang, Shah Alam. Murah je, sejam RM150 untuk junior. Tak edit pun dah lawo baq hang. Antara klien Serindit: Radiusite, Miss Lily Shop, Al-Humaira Contemporary, dan Afeeya Bella hahaha nak jugek nyelit.

Vickneswaran Kajindran: Kuatkan brand dengan iklan radio. Ya, sebab beliau network marketing manager di Media Prima Radio. Tak banyak berkongsi, tapi senyuuuum saja beliau di atas pentas. Nampak baik. (Tetiba aku nak puji dia, haha!)

Walaupun dari belakang, saya perkenalkan para owners 'Furby and Sugar'. Dipuji-puji Rico Rinaldi sebab nama dan produk mereka ini nampak internasional, padahal usahawan Bumiputera. Asyik geeeeeelak je depa dua ni haha riuh dewan.

SLOT PALING DITUNGGU-TUNGGU!

Mr. President of lots of fashion brands, including one studio photography.

Beyond Business:
Young Entrepreneurs Dilemma
and the Pursuit of Becoming Millionaire

Masa sesi Carl, rasa macam kena hentak dengan guni beras atas kepala. Berat gila topik! Sebab dia nak usahawan dapat bezakan 'money', dan 'currency' dulu, baru terjun dalam bidang keusahawanan. Siap koyak RM50 atas pentas, punya gila gimik. Banyak oi RM50. 

Or... is it?

- Duit kertas bukan duit. Ia hanya nilai mata wang.
- Duit sebenar adalah emas.
- Duit akan hilang nilai mata wang, tetapi emas tidak.
- Tukarkan duit menjadi emas DENGAN MEMBELI EMAS.
- JANGAN JOIN PELABURAN EMAS.
- SIMPAN DUIT DALAM BANK BUKAN PELABURAN.
- BELI EMAS SEBAGAI SIMPANAN.
- Perlu pandai bezakan aset dan liabiliti.
- Aset: yang masukkan duit dalam poket kita.
- Liabiliti: yang keluarkan duit dari poket kita.
- Kereta / rumah boleh jadi aset, sekiranya bayar tunai.
- Sekiranya bayar guna bank, ia adalah LIABILITI.
- Kita tidak kaya, yang kaya adalah bank.
- Cuba elakkan riba. Jangan pinjam loan untuk bisnes.
- Walaupun butik Bella Ammara bakal ada cawangan ketiga, tiada mesin swap kad kredit. Sebab Carl sangat anti kad kredit, sangat cuba lari dari riba.

Begitulah antara yang Carl tekankan. Ada banyak lagi, tapi saya tak dapat nak tulis dengan baik di sini. Siapa nak lebih detail, jumpa saya dan belanja saya lobster.

jcdragon crazy


Overall, saya puas hati dengan perkongsian para panel, cuma slot Carl Samsudin rasa sekejap sangat sebab dah nak maghrib. Insya-Allah, ada rezeki, pergi pula yang 2.0. Tapi sekarang macam nak aim Kongress ABS.

Oh ya, saja nak kongsi. Adeblake, bukan sebut macam dalam hati yuolls yang mat saleh tu. Sebenarnya ia adalah ADA BELAKA yang disebut dengan nada KL iaitu ADE BLAKE. FAHAM YE SEMUENYE? Hahaha shocking kan? Terkena aku!


Dan... walaupun dah kata takmo ada sambutan, suami kite buat surprise juga. Balik rumah, rumah gelap. Masuk je rumah, terpijak belon. Hahaha! Nasib aku tak tergolek. Alhamdulillah, 10 Januari yang manis. 30 tahun dah aku ek. Tapi belum berjaya. Long way to go! Berusahalah kita semua!

Terima kasih sudi baca. Moga bermanfaat!



5 comments:

shuth said...

Terima kasih atas perkongsian.

Bab penjual refund dengan baki puluh ribu tu buat saya sentap. Saya pernah juga terbuat benda tu.. hu hu! Ok! ok! pasnie tak buat lagi..

Gambar last sekali dengan si comel tu.. baru saya percaya.. puan husna skang dah gemuk sikit.. kih! kih! kih!

Nazry Salam said...

Lain kali kita pergi sama-sama, ya! ^_^

syida said...

husna, untunggglahhh awak dpt pgi seminar The Founders Talk ni. sure dapat tempias aura2 positif otai2 biz yg dah berjaya tu. best2

sy tgk juga iklan mereka di Ig (tengokkk jelah huhu). maybe next time, insyaAllah

banyak juga info menarik yg awak dah kongsikan. mudah2an banyak manfaatnya untuk semua yg membaca :)

happy belated 30! semoga iman dan amal terus bertambah2 seiring peningkatan usia (peringatan utk diri sendiri juga)

Husna Adnan said...

Shuth, hehehe ya kalau boleh baki tu tak perlu ditunjuk. Kes saya tu, dua tiga kali pulang balik sebab stok silap. Dah hantar lain, rosak pula. Saya komplen, langsung tak minta maaf tak apa, dia kasi refund dengan baki puluh ribu. Just not nice. Dan ya, saya memang gemuk pun. Congrats, Sherlock! :p

Nazry Salam: Insya-Allah!

Kak Syida, alhamdulillah, rezeki dapat pergi walaupun terlepas harga early bird beza 10 minit. Thanks kak! ^___________^

Mrs Sweet said...

Assalamualaikum Husna...

Baru follow blog awak..bestnya perkongsian awak..

saya rasa bersemangat sgt..untung dpt pegi talks tu, semoga apa yg awk share Allah balas balik ok, sedikit sebanyak dapat bantu rakan2 biznes yg lain.

Salam perkenalan dr Pantai Timur :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...