31 August 2015

‪#‎dearhakak‬ | BAGAIMANA MULA BERNIAGA? #4

.
Dalam Episod: KEJATUHAN KERANA INSTAGRAM?? :O
.
(Dah baca #1, #2, & #3? Bacalah woi!! Ahaha)
.
.
Bukan nak salahkan Instagram.
.
Seperti status sebelum ini, saya salahkan diri sendiri kerana terlalu lama merewang di Instagram. Bahaya woh kalau tak dibendung.
.
Ni. Saya silap tahun. Tahun kecundang itu sebenarnya 2013. Tetapi ia angan-angan yang tercetus pada tahun 2012. K nevermind.
.
Alkisahnya, adik ipar kata best ada Instagram. Senang nak shopping. Kui. Maka saya pun teringin nak tengok tahap mana bestnya tu.
.
Sudah tentu, saya nak tengok kerana nature bisnes saya adalah pakaian wanita. Kali ini mahu lebih spesifik: Shawl. Selendang.
.
Siap daftar SSM, kau. Semangat kan. Dari preloved, kepada dropship, kepada pukal kecil-kecilan. Kini selangkah lagi ke hadapan, mahu buat label sendiri. Sangat cantik perancangan di atas kertas.
.
NOTA: 12.12.12 tarikh keramat. 7 tahun tak perlu renew sijil masa tarikh tu. Bangga siyut ada syarikat Enterprise. Rupa-rupanya milikan tunggal cumalah lesen perniagaan. Bukannya syarikat. Mimpilah nak jadi CEO.
.
.
Saya terjebak dengan belian online sejak 2008. Zaman beli dari blogshop.
.
Owner bisnes pun zaman itu semua tangkap sendiri berlatarkan dinding putih rumah sendiri gayanya.
.
Namun tidak kusangka, di Instagram... tahun 2013 itu... semua gambar petak kiub di sana amat menawan! Buntang mata skrol satu per satu. CANTIK!!! ^________^
.
Model slim tinggi berwajah flawless, mekap yang anggun, gambar terang dan indah hasil studio dengan pencahayaan sempurna, dan perkataan SOLD SOLD SOLD.
.
Sentiasa habis! Power betul jenama tempatan.
.
Hakak pun terawang-awang. Okey, kita pun mahu macam ini.
.
Terus tempah label, beli kain, hantar tailor. Buat tak banyak, dalam 20 helai (1 kodi). Bila kita buat sikit, kos jadi mahal. Dah itu saja mampu.
.
Apabila shawl siap, pergi pula ke studio photography professional. Nak white room konsepnya, ikut idola-idola jenama gah tu kan.
.
Waktu ini terus terang, modal bakar sudah cecah ribu-riban. Haaaaa. Belum apa-apa dah habis ribu.
.
.
Lepas produk siap, bila kira kos bikin, aku tergolek.
.
Sehelai shawl, demi nak tampung segala kos ikut-ikutan jenama gah yang dilihat di Instagram, demi nak gambar pun lawo baq hang, kos tinggi jadi menjulang! Dah macam harga pampers budak saiz L 44 keping bukan jenama Tesco.
.
Maka terpaksalah jual mahal. Yalah niaga takkan nak rugi atau pulang modal je kan?
.
Shawl biasa, dua lapisan, tak ada manik apa pun, patutnya elok jual RM80 matilarrrnak. Tapi sebab mahal sangat, walaupun kos teruk, berani jual RM69 sahaja. Itu pun masih rasa mahal. T_T_T_T_T
.
Tapi dek yakin zaman itu shawl sebegitu tiada di pasaran, ku gagahkan jua. Memang terjual... ada pembeli, yakni kawanku sendiri. *rebah rebah rebah*
.
Waktu itu hairanlah. Shawl best kot. Tak jarang. Orang lain semua kena pakai inner. Aku punya zup zap siap. Lagi selesa tanpa inner.
.
Kemudian baru saya sedar.
.
Produk best, gambar lawa, harga bolehlah... tidak ke mana kalau tiada bajet marketing. Macam mana nak ada bajet, modal dah habis pi tempah label, beli kain mahal-mahal, buat studio photoshoot pulak.
.
Buat juga ads bakar puluh ringgit mana yang berbaki, takat lulus sajork dah tu entah target lelaki India mana. T_T Serius. Ramai lelaki dari negara India sana yang like. Venci!
.
Venci sebab salah target. *bukan racist* Rugi modal melukut.
.
Lantas... berhuhuhu lah shawl tersebut di dalam almari sampai sekarang hahaha. Ada tinggal beberapa helai. Tiap kali tengok shawl tu, sekarang bolehlah gelak. Dulu boleh nangis woh.
.
.
Sejak itu, dah faham. Faham kenapa saya gagal.
.
Saya lupa maksud ikat perut. Lupa istilah gunakan apa di tangan macam zaman blogshop dulu. Lupa nak mula dari bawah semula sedangkan padang dah lain.
.
Ikutkan sangat jerung besar. Capital ciput, buatlah gaya ciput kan.
.
Mendapatlah. Akibat derhaka pada pengalaman sendiri.
.
.
.
Lama juga aku memerap mengenang nasib. 2013 tidak boleh seteruk ini. Aku suka nombor tiga. 2013 ada tiga di situ, jadi kena bangkit!!!
.
(To be continued....)
.

‪#‎dearhakak‬ | BAGAIMANA MULA BERNIAGA? #3

.
(Dah baca #1 & #2? Baca entri terdahulu.)
.
Oh lupa, sebelum sambung cerita perihal kejatuhan tahun 2012 itu, ada satu lagi konsep soalan yang sentiasa ditanyakan kepada saya:
.
"Saya tak reti guna FB, tolong ajarkan."
"Saya tak pandai buat FB ads, tolong ajarkan."
"Saya tak berani nak buat Instagram, tak reti guna. Ajarkan."
"Saya tak ada Tweeter. Ajar, boleh?"
"Saya tak tahu blogging. Tolong buatkan."
.
Teringat kata partner saya, "Manusia tidak belajar berenang di darat." Teori pada buku, tetaplah hanya teori unless kita buat. Kemudian baru tahu, sama ada kita benar-benar boleh berenang ataupun tidak.
.
"TERJUN KE DALAM AIR!"
.
Hanya dengan masuk ke dalam air, kita dapat benar-benar belajar berenang.
.
Apabila ada media sosial baru, atau teknologi baru, biasanya saya akan guna dahulu. Terjun dulu. Buat satu akaun, tengok-tengok fungsi yang ada.
.
Kalau perlu upload gambar, upload apa-apa gambar. Kalau perlu tulis, tulislah apa yang patut sampailah tahu OH rupa-rupanya Tweeter ada limit huruf sekian-sekian.
.
Sementara itu, kasi round tengok user lain.
Mana yang tidak faham, saya Google.
Mana yang makin tidak faham, barulah saya tanya member.
Mana yang leeeeebihhhhh tidak faham, saya masuk kelas.
.
Apabila kita dah tahu asas, senang untuk orang ajar kita, dan mudah untuk kita lebih faham apa yang diajarkan. Tahu sikit pun jadilah.
.
NOTA: Orang yang ada ilmu ni. ada satu yang disebut 'CURSE OF KNOWLEDGE', di mana kadang kita lupa apa yang kita tahu itu TIDAK semua orang tahu. Bila lupa, mudahlah rasa menyampah itu timbul. (Not good for you, not good for me.)
.
Apabila kita tidak tahu, kita ambil tahu.
.
Tetapi apabila kita tahu, jangan terlalu drown into it. Ada potensi mati lemas. Jangan lupa, media sosial cuma platform. Kejatuhan 2012, bermula apabila saya terlalu lama merewang di Instagram. Camno tu??
.
(To be continued....)

#‎dearhakak‬ | BAGAIMANA MULA BERNIAGA? #2

.
(Dah baca #1? Lihat entri terdahulu.)
.
Waktu tiada modal dulu, pakaian yang saya suka pun saya jual sebagai preloved (terpakai). Demi nak dapatkan duit modal.
.
NOTA: Tadi ziarah kejap blogshop lama, macam nak hantuk kepala sebab ada yang cantik dan rasa nak pakai sekarang haha. Sangat berkorban!
.
Blogshop saya dulu sangat gigih. Cantik dan comel! Serius, rasa amat gigih, lupa terus bagaimana rasa gigih dulu. (Ya Allah jauhkanlah aku dari dosa ujub. Cuma kagum sikit, sebab sekarang amat malas. T_T)
.
Dalam pada buat dropship, jual preloved, kemudian beli pukal sikit-sikit... saya mampu capai RM2000 sebulan.
.
Tak banyak kan? Tapi macam kerja ofis, kira okeylah. Sambil jaga suami, jaga anak, menulis, buat editing, rasa okey dah dulu.
.
Oh lupa cakap, masa itu tahun 2011.
Zaman buat proper sikit, ada blogshop khas.
.
Sebelum itu tumpang blog repekan Husna Adnan, jual preloved. Tahun 2009.
.
Kiranya saya mula terjebak bisnes online ni baru 6 tahun.
.
Semua buat sendiri; dari pilih stok, ambil gambar produk, jadi model kaedah selfie je nok, kemudian edit bagai di sorga bercahaya gila sebab mekap pun sendiri tak berapa cantik dipandang. Nan hado reti mekap.
.
Terpaksalah, nak save budget.
.
Ada produk, tak ke mana kalau tak buat platform untuk marketing & sales kan?
.
Maka saya pun buat FB page sendiri, godek FB ads sendiri (tak pernah ada ROI, hentam kromo sobs), setup blogshop, edit semua guna Photoscape. Laptop yang ada segala jenis Adobe rosak, memang konsep redha.
.
Photoscape woi... ada 10 gambar, 10 kalilah kau tulis dan design yang sama. Pernah guna ke idok? Percuma, cubalah download. Sampai sekarang guna. Lulz.
.
Setup blogshop dulu refer buku Tuan Zamri Mohamad, 'Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop'. Semoga pahala berganda kepada penulis ini, dan semua yang terlibat.
.
Follower dari seorang, jadi 91 orang.
.
Setahun sahaja guna blogshop, sebelum meninggalkannya.
.
Betapa kemudian baru saya sedar, saya meninggalkan sesuatu yang mengajar saya dari ZERO.
.
2012... pertama kali saya tersungkur.
.
(To be continued....)


‪#‎dearhakak‬ | BAGAIMANA MULA BERNIAGA? #1

.
Soalan yang sentiasa ditanyakan kepada saya. Alhamdulillah, gembira apabila kenalan dan sahabat mula menunjukkan minat pada dunia perniagaan. grin emoticon
.
Awal-awal ini...
Tidak perlu pening kepala berkenaan pinjaman bank.
Jangan bazirkan simpanan jangkau ribu-riban.
.
MULAKAN DENGAN APA YANG ADA DI TANGAN.
Saya belajar dari Puan Ainon, dan saya praktikkannya.
.
Sekiranya sedang pegang ayam, letak dulu. Bukan bermaksud gunakan ayam tadi bagi memulakan perniagaan. Maksudnya, gunakan soft skill, fizikal, hatta gajet yang sudah dibeli (handphone, laptop).
.
Mula tanpa modal, ataupun tanpa modal yang besar.
.
Saya dulu mula dengan menjual preloved, kemudian dropship.
.
Tidak simpan stok. Tiada risiko kerugian wang ringgit.
.
Dari situ, dengan modal yang mula membukit, barulah saya beli pukal dari pemborong. Belum timbul angan-angan buat produk sendiri waktu itu.
.
(To be continued....)
.

28 August 2015

Adik Tanya Ustaz




"Syurga untuk orang yang marah."



Kata ustaz dalam program 'Adik Tanya Ustaz'.


Oh?? @_@


Kemudian ustaz sambung,


"... Orang yang marah, tapi bersabar."


Oh.... ^,^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...