.
Soalan yang sentiasa ditanyakan kepada saya. Alhamdulillah, gembira apabila kenalan dan sahabat mula menunjukkan minat pada dunia perniagaan. grin emoticon
.
Awal-awal ini...
Tidak perlu pening kepala berkenaan pinjaman bank.
Jangan bazirkan simpanan jangkau ribu-riban.
.
MULAKAN DENGAN APA YANG ADA DI TANGAN.
Saya belajar dari Puan Ainon, dan saya praktikkannya.
.
Sekiranya sedang pegang ayam, letak dulu. Bukan bermaksud gunakan ayam tadi bagi memulakan perniagaan. Maksudnya, gunakan soft skill, fizikal, hatta gajet yang sudah dibeli (handphone, laptop).
.
Mula tanpa modal, ataupun tanpa modal yang besar.
.
Saya dulu mula dengan menjual preloved, kemudian dropship.
.
Tidak simpan stok. Tiada risiko kerugian wang ringgit.
.
Dari situ, dengan modal yang mula membukit, barulah saya beli pukal dari pemborong. Belum timbul angan-angan buat produk sendiri waktu itu.
.
(To be continued....)
.
No comments:
Post a Comment