03 June 2010

Yey yey!!! =D

Wah!!! Sangat gembira!!!

:love:

^___________^

Yahuuuuuuuu!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

♥



Terima kasih Cik Azreen!!!


Nampak bingkai gambar yang comel itu?

Itu Cik Azreen hadiahkan kepada saya.
Mulia sangat gadis ini, kan? Terharu...

23 May 2010

Kesibukan Melanda Namun Gembira

Hai hai! Salam satu dunia kepada semua. (^_^)

Hari ini ada sedikit senyum kerana sudah dapat menyelesaikan satu masalah terhebat sepanjang saya bekerja di PTS One, dengan bantuan beberapa gajet atas cadangan beberapa insan genius dalam hidup saya. Alhamdulillah... aman rasanya hidup ini apabila dapat menyelesaikan satu masalah. Next!

Dengan itu, Husna Adnan mahu menulis beberapa perkara menarik yang sudah berlaku dan bakal berlaku buat tatapan diri sendiri, pembaca blog ini dan anak-anak pada masa hadapan (sekiranya blog ini masih wujud - maka mereka akan rasa ibu mereka ini suka merepek sejak dari muda, maka ibu mereka akan dimaafkan dengan hati terbuka).

Mana saya mahu mulakan ya?

Baiklah. Kita mulakan dengan huruf A (wah, macam soalan objektif!).

A) Pada 8 dan 9 Mei 2010 yang lalu, saya dan beberapa rakan sekolah sudah menjejakkan kaki masing-masing di Melaka Bandar Raya Bersejarah.

Ya... walaupun saya agak sibuk, namun saya perlu berikan ruang kepada para gadis kerana perancangan mahu bercuti bersama sudah dilakukan bertahun-tahun, namun akhirnya berjaya dilakukan walaupun hanya ke Melaka. Tidak... saya bukan mengatakan Melaka itu tidak menarik, cuma kami yang tinggal di Kajang ini dikecam hebat oleh penduduk setempat kerana sudah bermalam di sana. Sepatutnya boleh balik hari. Well... orang yang cemburu itu ada di mana-mana. Maka kami sudah abaikan mereka dan teruskan aktiviti menarik seperti:

  1. menaiki River Cruise
  2. makan malam di Umbai
  3. berjalan di Jonker Walk
  4. memasuki pelbagai muzium (namun kurang menghayati apa yang dipamerkan, selain sakan bergambar di setiap sudut)
  5. melawati Taman Buaya Melaka - ini kenangan yang paling bikin panas, kerana kami tidak begitu melihat buaya, namun sudah masuk Rumah Cermin Misteri yang sebenarnya lebih kepada Rumah Hantu-Kurang-Asam-Semua-Ini
  6. melawati Zoo Melaka dengan menaiki kereta api di kala hujan lebat hingga basah seluar jean yang dipakai dan nampak harimau dengan saiz lima puluh sen
  7. pergi ke Jusco yang serius-sangat-besar-bai berhampiran Melaka Sentral, dan
  8. singgah di gerai di tepi jalan demi memenuhi permintaan para ibu kami.
  9. Selesai....
Secara keseluruhan, walaupun tidak betul-betul dua hari di Melaka dan masih banyak aktiviti yang tidak sempat kami lakukan, kami sungguh gembira kerana akhirnya dapat bercuti bersama sebelum masing-masing kian sibuk menjana pendapatan dan tugas masing-masing (haku la yang lebih-lebih sibuknya... T__________T). Terima kasih para gadis kerana menambah keriangan hidupku. La la la. (^_^)

B) Pada 15 dan 16 Mei 2010, SEPATUTNYA saya ke Putrajaya sempena Hari Belia di Lorong Seni, namun kerana buku Ramadan saya masih belum siap, saya tidak dapat menghadirkan diri.

Bukanlah saya perlu ada di sana demi apa-apa aktiviti mahupun undangan menari shuffle, namun saya sepatutnya ke sana bagi menemui Cik Azreen kerana saya sudah membeli kotak fail yang dicantikkan oleh dirinya sejak berminggu-minggu lalu, namun dek kesibukan dan ketiadaan orang di rumah, kotak fail itu sudah dikembalikan kepadanya atas 'jasa baik' Pos Ekspres. T________T Kini saya sedang menyusahkan Cik Azreen sekali lagi apabila terpaksa meminta gadis cantik itu menghantarkan kotak fail terbabit ke pejabat.

Kepada Cik Azreen, saya membuat permohonan maaf secara terbuka di blog ini walaupun blog ini mungkin tidak dibaca oleh cik. Saya tidak bermaksud... saya harap saya dapat menebus kesalahan saya terhadap cik. Cik sangat penyabar dan cool!

Mahu tahu bagaimana saya berkenalan dengan Cik Azreen?

Saya terjumpa blognya semasa sedang Google sesuatu. Saya juga tidak ingat mahu Google apa, namun saya sebagai insan yang sering mengkagumi mereka yang pandai melukis, sudah bookmark blognya dan membaca apabila ada masa terluang.

Ini blog Cik Azreen.
Marilah memberikan sokongan kepadanya ya! (^_^)

Pada suatu hari... Cik Azreen membuat entri ini. Saya sudah berkagum dengan amat hebat akan kegigihan doodle Cik Azreen. Dan saya tidak melepaskan peluang apabila Cik Azreen menjual kotak fail yang comel itu!!! Waaaaah!!! =D

Maka... inilah kotak fail yang bakal mendarat ke pelukan saya kelak. ^__________^


Foto diambil dari blog Cik Azreen.

SAYA SANGAT GEMBIRA
DAN SANGAT MENGKAGUMI KAMU,
CIK AZREEN!!!
♥


Okey, sudah perlu bertenang.

C) Pada 22 Mei 2010, iatu semalam, saya dan tim PTS One berada di MPH Mid Valley demi sesi bertemu para penulis Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan.


Sangat seronok kerana ada permainan puzzle, mewarna, melukis dan bercerita. Sungguh terhibur melayan si kecil yang turut serta. Terima kasih kepada pihak Marketing terutamanya Cik Puan Nor Fadilah kerana mempelawa kami ke sana. (^_^)

Gambar aktiviti boleh dilihat di FB PTS One.

D) Pada 22 Mei 2010, iatu semalam juga, selepas aktiviti di Mid Valley, saya sudah ke Kelana Jaya bagi menghadiri jamuan kecil-kecilan di kediaman rakan serumah semasa di universiti suatu ketika dahulu.

Walaupun sebenarnya ada banyak kerja menanti di rumah dengan penuh manja, namun saya tetap berdegil mahu ke sana kerana sangat lama tidak berjumpa mereka. T___________T Oh, sangat rindu bergurau senda dan bahan-membahan. Sangat meriah walaupun tidak begitu ramai. Oleh kerana begitu seronok berbual dan membahan, gambar juga sudah lupa ambil... hanya mengharap gambar dari pihak rakan lain sahaja.


* * *

Fuh! Memang sangat pack hujung minggu saya. Duduk di rumah buat kerja juga dikira sangat pack kerana tidak boleh keluar sewenang-wenangnya. Ha ha ha. Sangat menarik hidup ini.

Minggu hadapan? Minggu hadapan juga ada aktiviti menaweeeeeek! Auuwww. Selain itu, impian ke konsert Rossa pada Sabtu hadapan hanya tinggal angan-angan. Kepada yang pergi, tidak perlu muncul dengan entri hebat ataupun gambar berpelukan dengan Kak Rossa. Tidak perlu.

Bulan Jun pula bagaimana?

Bulan Jun juga adalah bulan yang agak sibuk.

Ada aktiviti PTS One di Read Malaysia yang dijalankan di The Mines. Walaupun tahun ini PTS tidak buka booth di sana, namun buku-buku kami akan dijual melalui beberapa orang pengedar, antaranya Gramedia. Kedatangan pihak PTS bagi memeriahkan suasana sahaja. Maka nanti akan diberitahu bila tarikh dan apa aktivitinya. Nantikan ya!

Baiklah, agak berjela-jelapang padi nampaknya entri kali ini. Semoga berjumpa lagi pada lain entri! Jangan lupa bersenam ya! (Apa motif?) Bye!!! =D

04 May 2010

Insan Keliru dan Tertekan!

Hai, Cik Husna Adnan. Saya datang demi menyatakan beberapa perkara kerana dinding agak kurang menarik minat saya dalam menyatakan isi hati waktu ini. Kadang-kadang ada rasa mahu cat dinding yang putih ini dengan warna-warna yang cantik dan lukisan-lukisan yang comel, namun bagi mengelakkan diri ini dihalau oleh ibu kandung sendiri akibat merosakkan dinding rumah beliau, maka saya pendam sahaja hasrat di hati kecil ini.

Awak sihat? Saya rasa saya sihat, namun ada sedikit rasa yang kurang menawan di hati saya. Harap rasa ini akan pergi dengan hebat dan pantas supaya saya tidak mula menaip di Google dengan ayat 'Cara-cara Melastik Burung pada Zaman Moden'.

Maafkan saya kerana meluahkan isi hati saya di sini. Saya memang betul-betul tiada tempat mengadu. Tadi saya cuba mengadu pada ibu sendiri, namun dia mula bercakap dengan kertas tatkala saya mula bercakap dengan dirinya. Saya rasa terkilan, namun saya teruskan juga bercakap sambil memandang wajahnya. Dia juga teruskan bercakap dengan kertas. Saya sudah selesai meluahkan kepada dirinya, namun tetap rasa mahu luahkan kepada orang lain yang lebih memahami. Saya kurang yakin Cik Husna Adnan ini seorang yang memahami, namun saya belasah sahaja. Harap tidak berkecil hati dengan komen sebegini pedas.

Okeylah, hingga berjumpa lagi. Saya mahu berpantun.

Tidak mengapalah. Tiada idea.

Yang Benar,
Gadis Tertekan Yang Lebih Hebat Daripada Tekanan Air

_ _ _


Hai Cik
Gadis Tertekan Yang Lebih Hebat Daripada Tekanan Air. Pertama sekali saya mohon maaf kerana akan pendekkan sahaja nama cik sebagai GTYLHDTA. Itu juga kelihatan rumit, namun lebih pendek daripada mengeja satu per satu kembali. Harap selepas ini sekiranya ada yang sudi meluahkan rasa hati di blog ini, mohon gunakan nama samaran yang pendek-pendek sahaja seperti Cik Nab, Cik Ti, Cik Li ataupun jika guna huruf sahaja lebih mudah, seperti Cik A, Cik B dan Cik X. Boleh, tiada masalah.

Cik
GTYLHDTA,

Harap cik
dapat bersabar dan bertahan dengan apa jua masalah yang cik hadapi waktu ini. Hidup memang penuh dengan dugaan, namun selagi masih hidup, kita perlu menyelesaikannya dengan cara yang bijak dan efektif.

Saya memang kurang memahami, kerana saya tidak diberitahu apa masalah cik yang sebenarnya. Malah saya bimbang saya juga akan tertekan kerana cuba memikirkan apa masalah cik hingga membuatkan cik mencari saya. Saya keliru. Saya amat keliru.

Namun saya dapat senaraikan beberapa cara bagi mengurangkan, ya, bukan saya mahu beri jalan penyelesaian kerana apa masalah cik pun saya tidak tahu, saya hanya dapat berikan cadangan bagi mengurangkan tekanan cik itu.

Cadangan pertama:



Cadangan kedua:



Namun jika cadangan-cadangan terbabit tidak dapat mengurangkan tekanan cik, ini cadangan yang lebih Islamik:



Sekiranya masih tiada tanda-tanda tekanan akan hilang, pergilah bercuti. Sekiranya kos bercuti makin membuatkan cik tertekan, pergilah tidur.

Sekian.

24 April 2010

Masih Hidup

Assalamualaikum kawan-kawan! Hai!

Sekarang saya sedang berhempas-pulas menyiapkan buku sempena bulan puasa dan raya. Ramai hairan mengapa sudah dibuat sekarang, padahal bulan Ramadan lama lagi. Puasa ganti juga ada yang belum dilunaskan. Oh~

Namun buku-buku ini perlu berada di pasaran sebelum tibanya bulan mulia itu atas faktor-faktor pemasaran dan kecenderungan pembeli. Pembeli lebih gemar mencari buku-buku seperti ini sebelum bulan itu tiba. Mungkin sebagai persiapan dan pendidikan jiwa supaya bersedia menghadapi bulan puasa? Mungkinkah?

Jadi apa motif saya tulis entri kali ini?

Ha ha ha. Tiada. T_____________T

Hanya bagi memberitahu saya masih hidup dan menendang (still alive and kicking) walaupun hidup kian mencabar sekarang. Sangat mencabar. Tabahlah, Husna. Tabahlah, awak.

Alang-alang sudah intro bercerita berkenaan tugasan terkini saya, marilah saya teruskan dengan berkongsi serba sedikit pengalaman menyunting buku berkenaan puasa dan raya sebelum musimnya.

Semasa jalan cerita pada bulan Ramadan:

1) Akan berasa waswas untuk makan dan minum

Ya... setiap kali menyunting manuskrip yang berkisarkan bulan puasa, permainan psikologi ini akan menyebabkan saya teragak-agak untuk makan dan minum. Watak di dalam cerita itu ditegah itu dan ini, hingga diri sendiri sudah terpengaruh. Apabila orang berpusu-pusu meninggalkan meja masing-masing demi memenuhi meja di kedai makan, ada sedikit perasan hairan (kerana masih ditipu oleh diri sendiri). Maka ini akan menyebabkan diri sendiri mendapat berat badan ideal dan ada kemungkinan seramping Nasha Aziz. Perlu ke?


Ini gambar lapar atau kenyang? Kompius mak.

2) Mendapat keazaman melebihi had untuk bertarawih setiap malam

Agak kudus di situ, namun ini satu kebenaran. Membaca keseronokan bertarawih dalam cerita tersebut, akan menyebabkan perasaan melonjak girang yang tiada tandingannya hingga sudah fikir mahu membeli telekung baharu demi memberikan motivasi ke surau atau masjid terdekat. Kadang-kadang akan insaf sendiri kerana semasa bulan Ramadan yang lalu, tidak begitu menggunakan peluang beribadah yang anda semaksimum mungkin. Nasib baik tidak edit sambil mengalirkan
air mata. Itu sudah sangat syahdu. Mungkin rakan di sebelah akan mohon pindah meja. Maka selepas itu memang akan mengalirkan air mata kerana kesunyian. T_______T


Tip khusyuk mendirikan solat di surau atau masjid. Tidak perlu memikirkan selipar hilang dibawa perompak. Namun jika mangga begini sahaja, perompak akan bawa lari dengan mangga-mangga sekali dan ini menyebabkan dia mendapat
dua harta rampasan.

3) Mengalami keinginan tahap melampau ke kedai yang menjual kuih-muih dan kerepek

Tiba-tiba menjadi penggila bahulu dan juga berkenan pada kuih batang buruk adalah tidak normal bagi saya terhadap diri sendiri. Persiapan raya seperti membakar kuih, mengadun bahan-bahan dan memasukkan kuih-muih ke dalam balang mampu menaikkan jualan mak cik balang sebanyak 50% semasa bukan musim perayaan, yang disumbang oleh purse anggun saya. Mungkin akan mengalami ketagihan membeli namun makannya tidak.


Apakah itu yang di sebelah kanan dan berwarna-warni itu?
Mengapa hidangkan magnet peti ais bersama kuih-muih?


Semasa jalan cerita pada bulan Syawal:

1) Rasa rindu kepada kampung halaman mula menerjah sanubari

Ini adalah kesayuan tahap mengada. Padahal sekarang di kampung halaman sudah tidak begitu menarik berbanding tahun-tahun terdahulu iaitu semasa saudara-mara rapat masih ada, semasa nenek masih ada. Kini yang tinggal hanyalah anak-anak muda yang kurang nilai bergaul sesama saudara seperti diri sendiri. Oh~ duit raya juga sudah tidak layak dimiliki... (Y_Y)

2) Selain merindui kampung, akan merindui teman-teman sekolah yang sudah hilang khabar

Waktu ini akan fikir, di manalah rakan-rakan tadika, rakan-rakan sekolah rendah dan menengah? Hidup lagikah mereka? Kalau tahu di mana mereka, pasti akan ajak datang beraya. Berjumpa dengan mereka tidak mustahil semasa zaman Facebook ini. Insya-Allah, pasti dapat jejak satu hari nanti.

Namun ada dua masalah. Masalah pertama, sendiri sudah lupa apa nama mereka. (^^',) Masalah kedua, jika jumpa pun, kebanyakan rakan sekolah sudah tidak cam saya. Inilah akibatnya apabila terlalu cun berbanding zaman hingusan.

Ya? Tandas di sebelah sana. Mahu muntah ya? Saya ikut, boleh? Saya juga rasa mual dengan kenyataan itu.
T________T

3)
Selain merindui kampung dan teman-teman sekolah yang sudah hilang khabar, akan merindui teman-teman yang masih bertanya khabar

Ini kes mahu berkonvoi dan berkumpul di satu rumah beramai-ramai hingga riuh-rendah. Setiap tahun saya pasti mahu ikut berkonvoi. Dulu, zaman sekolah, hanya berjalan kaki, naik basikal dan jika yang sedikit moden, naik motosikal. Kemudian selepas habis SPM, seorang rakan kami bawa Pajero. Rasanya sudah sumbat lebih kurang 10 orang dalam satu kenderaan, hingga ada yang duduk bertinggung di bonet dan tempat meletakkan kaki. Hahahaha! Naif sungguh waktu ini. Zaman muda yang tiada masalah... oh~ rindu gila!

4) Rindu ahli keluarga yang sudah tiada

- Tiada penjelasan -

5) Mengalami perasaan mahu makan itu dan ini seperti nasi himpit bersama ayam masak merah, gulai ayam, rendang daging, dan yang sama waktu dengannya.


Kak Diana memang pandai buat saya kian terseksa apabila melihat gambar ini.
Kak Diana hebat!


Hadoi... kucar-kacir betullah perasaan menyunting manuskrip tema puasa dan raya ini.

Adakah editor lain turut merasa apa yang kurasa? Atau saya memang jenis mudah terpengaruh? Ya... ada sedikit... kerana sudah terpengaruh membeli pelembap muka jenama lain suatu ketika dahulu.

Semoga semua buku puasa dan raya ini siap pada waktu yang ditetapkan, amin....

Fuh~ siap satu entri yang mahu mengheret kalian supaya sama-sama terseksa bersama saya. Harap terseksalah sedikit. Jika tidak pun, tolonglah buat-buat terseksa. Saya amat hargai lakonan kalian.

Hingga berjumpa lagi!!! SELAMAT MENUNGGU HARI RAYA!!!

*Disclaimer: Semua gambar diambil dari link asal, dan tiada niat mahu memperoleh keuntungan daripada gambar-gambar tersebut. Alasan lain, letak gambar dari link asal lebih pantas berbanding upload. Kelajuan tahap siput agak mencabar kesabaran.

08 April 2010

Kenanganku (oh~)

Oh ya.

[ Apa motif menulis 'oh ya'? (~~,') ]

Maafkan saya kerana sudah lama tidak berkongsi ilmu pengetahuan. Baiklah, saya mulakan dengan memberi salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini dan ucapan hai!

Assalamualaikum, hai semua! (^_^)v

Tahukah bahawa saya sudah selesai mengerjakan satu lagi buku supaya di pasaran kelak terdapat novel remaja yang baharu? Apa? Tidak tahu? Adakah kita benar-benar kawan?

Sebenarnya, sekiranya tidak tahu adalah tidak mengapa. Sengaja saya tidak hebohkan supaya kalian tidak risaukan keadaan saya. Saya tahu rakan-rakan saya penyayang orangnya.

Maka bagi tidak membuatkan ramai berteka-teki, saya dengan berbesar hati memperkenalkan buku terbaharu yang sedang dicetak iaitu....



Ya... inilah buku terkini daripada Aizam Aiman yang popular dengan novel My Angel, My Hero dan My Secret itu. Beliau juga penulis bagi Sayalah Puteri Raja! dan juga Sayalah Putera Mahkota!. Memang tidak syak lagi.

Kepada pengikut siri My..., buku ini sudah lama dinanti-nantikan oleh mereka. Alhamdulillah, muncul juga siri seterusnya pada tahun ini. Kepada yang tidak tahu apa itu siri My..., bolehlah mula beli mengikut turutan iaitu
My Angel, My Hero dan My Secret bagi mengelakkan rasa bingung dan sedih kerana rasa ketinggalan.

Dengar cerita My Memory adalah penamat siri My.... Adakah itu benar? Marilah beli dahulu apabila sudah ada di kedai-kedai buku terpilih bagi mendapatkan jawapannya.

Baiklah. Sambung buat kerja, Husna.

Jumpa lagi!

Pembaca: Mana ilmu pengetahuan...? Ayat di awal tadi seperti mahu kongsi...? Cik, bagaimana membezakan baru dan baharu? Cik Husna... marilah jawab... T______T

02 April 2010

PBAKL'10 yang hebat!!!

Salam, hai kawan-kawan yang dirindui! (^_^)v

Alhamdulillah, selesai sudah kami (kita?) berpesta buku pada minggu lepas. Memang banyak aktiviti yang sudah dilakukan, daripada yang berfaedah hinggalah yang paling mengarut contohnya menepis godaan demi godaan pekerja Linguaphone. Mereka ada di mana-mana, di segenap sudut dan tingkat. Memang sangat gigih.

Hoh! *ini nada melepaskan lelah*

Baiklah. Semua orang sudah tulis berkenaan PBAKL, maka saya juga mahu! (Sekiranya adik saya tahu ayat seakan-akan meniru perbuatan orang itu wujud di sini, pasti dia akan cakap 'kau tak ada identiti'. T_______T)

Perasaan cemas kerana pesta buku sudah mula saya rasai sejak bulan Januari yang lalu. Senarai buku yang perlu disiapkan sebelum pesta buku yang berlangsung tiga bulan kemudian itu memang menarik. Namun alhamdulillah, saya rasa hampir semua buku yang dijangkakan ada di pesta buku memang ada di pesta buku. Mana yang tidak sempat, mohon ampun dan maaf ya sayang. Selepas pesta buku juga boleh beli buku... betul... sumpah abang tak tipu, Milah.

Namun perasaan cemas itu berlipat kali ganda ketika seminggu sebelum pesta buku apabila ada beberapa hal belum disiapkan. Memang cemas ya. Terlalu cemas hingga ketawa sahaja apabila sudah nampak tanda-tanda kegagalan.

Ada nampak apa-apa yang pelik di booth PTS tak?

Sekiranya semuanya nampak okey, baguslah. Hehe. Ya, belon besar itu tidak pelik, ia adalah comel dan besar sahaja. Kini ia sudah tiada. Mengapa? Boleh tonton di sini.

Selain menyaksikan kemusnahan belon, kawan-kawan boleh tahu beberapa berita lain semasa PBAKL dalam video Abang Alif itu.

Banjir misalnya.

Banjir itu sangat menakutkan, okey. Apabila dengar pengumuman yang mengatakan air di dalam sungai sudah naik ke tahap bahaya dan minta dialihkan kenderaan kepada mereka yang berkenaan, saya sudah terbayang Cik Lisa melambai sayu sambil dihanyutkan air yang deras. Kerana naluri keibuan yang tinggi, saya sudah berlari mendapatkannya. Dalam hati, berdoa supaya dia tidak apa-apa. Jika dia hanyut, saya akan berenang mendapatkannya. Walaupun ayat itu ada nilai dusta sedikit kerana saya tidak pasti sama ada saya pandai berenang ataupun tidak, namun saya lega kerana Cik Lisa masih di situ.

Tetapi saya tidak dapat mengalihkannya kerana jalan ke tempat parkir sudah dinaiki air. Habis basah hingga ke betis ya. Kasut cantik juga sudah digenangi air hingga bertakung dengan hebat hingga rasa mahu beli Buat Duit Dengan Ikan Keli supaya dapat memanfaatkan air yang bertakung itu. T_______T


Gambar ihsan: PTS
(Cik Lisa di sebelah kereta berwarna biru di ruangan parkir di sebelah kiri anda. Perhatikan, terdapat seorang lelaki gigih berdiri dengan tegak sementara orang lain sedang lintang pukang. Apa motifnya, jangan tanya saya. Saya juga keliru.)

Baik, baik. Sudah melalut. Namun saya yakin ramai yang berada di PWCT pada waktu itu sangat cemas dan huru-hara. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Saya tidak baca surat khabar, tetapi rasanya memang tiada orang yang hanyut dibawa air... kan? (~~',)

Secara keseluruhan, sekali lagi dipanjatkan rasa syukur kerana pesta buku kali ini lebih tenang namun tetap meriah, jika hendak dibandingkan dengan tahun lepas. Tahun lepas boleh sampai pengsan bai. Marilah doakan tahun hadapan lebih besar, ada tempat berehat yang empuk, minuman percuma untuk para pengunjung dan mesin urut Ogawa (untuk staf PTS sahaja). Hahaha! Kalau macam tu, bos yang pengsan.
;)

Bagi mengelakkan entri kali ini panjangnya mampu menghubungkan para pembaca ke New Zealand, biar saya senaraikan sahaja apa yang menarik pada tahun ini:


  • Event 'Chit Chat Bersama Penulis Nurul Zahidah dan Ilya Alias' adalah event pertama di pentas aktiviti PTS. Maka sayalah orang pertama yang menghuru-harakan pesta itu dengan aktiviti. Memang huru-hara kerana main belasah saja. Event lain-lain juga huru-hara... T_______T Maka maafkan saya sekiranya ada terkasar bahasa dan tersilap kata. Kau dipaksa (dengar) aku terpaksa (cakap) - tiru tajuk lagu Scan *jangan klik sekiranya mahu mengelakkan mata terseksa dan demi menjaga kesucian lidah daripada memaki hamun.*
  • Dapat jumpa ramai kawan yang sebelum ini bertegur sapa di FB dan di blog ini sahaja. Kamu tahu kamulah yang saya maksudkan, kerana jika saya senaraikan di sini, entri ini akan melangkau beberapa kilometer ke belakang New Zealand. Kepada semua yang menegur saya, yang segan mahu tegur maka hanya memandang dari jauh, yang memandang dari jauh namun tidak segan menegur dengan lambaian dan senyuman, saya ucapkan terima kasih dan saya sangat sangat seronok bertemu kalian. *Serius sangat gembira!*
  • Buat pertama kali dalam hidup saya, saya TERpakai baju biru dengan tudung merah. Semua ini adalah kesilapan teknikal dan komunikasi. Huahua. T_______T
  • Kali ini saya sering bawa pen walaupun saya belum ada buku sendiri. Kenapa? Huahua lagi. *Hehe, menyampah pula taip gelak paksa begitu.*
  • Dengan kerjasama semua pihak, dua buku sulung PTS One Kids iaitu Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan dan Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu berjaya diperkenalkan kepada pengunjung booth PTS pada hari Jumaat, bersamaan 26 Mac 2010. Yahooo!!! Belum sempat event bermula, buku Kisah Si Puteri itu sudah diborong sebanyak 18 naskhah oleh seorang puan yang kami syak (kemain syak) seorang guru yang berdedikasi! HEBAT! Terima kasih puan dan semua pembeli buku-buku PTS! Kalian memang berjaya buat saya kagum, hingga berbelanja ratusan ringgit! WOW!!!
  • Kejayaan terhebat: Berat badan turun sedikit. Sangat sedikit, seolah-olah baik jangan turun sekiranya hanya mahu mempermainkan perasaanku sahaja. Kijam. :argh:
  • Perasaan terhebat: Terus rindukan PBAKL dan kemeriahannya semasa hari terakhir PBAKL. Saya rindukan kesibukan, saya rindukan kawan-kawan yang berkunjung ke booth, saya rindu mendengar bunyi 'pap' 'pap' 'pap' dari jiran sebelah (hahahaha) dan juga rindu melihat adik-adik berebut membeli buku dan berbincang mahu beli buku apa sambil membuka dompet lalu mengira duit masing-masing di atas tapak tangan. T_______T Juga rindu "Kak, harga buku ini berapa?" dan seterusnya berusaha mengira menggunakan kalkulator comel yang gigih dibeli sehari sebelum PBAKL kerana kalkulator tahun lepas sudah hilang dibawa angin. Padahal setahun sekali itu sahajalah mengira sesuatu yang agak sukar kerana ada tambah dan darab.

Oh, cukuplah buat masa ini. Sudah kering idea. Sekiranya ada apa-apa lagi yang ingin dikongsi, saya akan ceritakan pada entri akan datang. Kepada yang tidak bekesempatan ke PBAKL, jemput datang tahun hadapan. Best! (^_^)

Sehingga berjumpa lagi! Sayang kalian!
♥

Oh, sebelum berpisah, ini sebahagian gambar di PBAKL yang lalu.



Belilah untuk si comel ya! Belilah... belilah... belilah... *teknik memukau*



P/S: Terima kasih kepada Rakan Budiman kerana sudah bertambah menjadi 46 orang! Wooohooo! *hahaha!* Kalian memang comel! (^______^)

27 March 2010

Entri Kasi Tisu Sedikit

Tiba-tiba mahu buat entri jiwa gelodak, hati sayu.

Hari ini, hari kedua terakhir sebelum berakhirnya pesta buku esok. Hari ini dan esok, saya tidak lagi perlu bertugas, mahupun mengendalikan event. Maka saya akan datang sebagai pengunjung sahaja jika rajin.

Hari ini, saya mahu duduk di rumah, mengemas bilik yang seperti baru selesai dilanggar todak, membasuh segala macam yang boleh dibasuh, bermain dengan Si Putih yang kasihan kerana diabaikan sekian lama, membaca segala perkembangan terbaharu rakan-rakan di FB, membaca blog yang mana saya larat baca, mengemas kini mana yang patut, juga gigihkan diri membaca buku yang dapat secara percuma dan yang dibeli hingga kosong dompetku, serta sibuk memantau FB emak sendiri.
Hahaha. Memang agak sibuk.

Juga agak sibuk bagi memastikan segala buku yang mahu diberikan sebagai hadiah kepada teman-teman berjaya dibeli, supaya minggu hadapan dapatlah saya poskan semuanya. Kepada para penerima hadiah, tunggu ya. Insya-Allah, saya akan dapatkan buku-buku yang kalian inginkan itu dengan kadar segera.

(^_^)

Buat Tuan Ilham Hamdani, saya ada terfikir sesuatu. Sekiranya saya tidak mampu mengirimkan hadiah kepada tuan di Australia, ada tak sesiapa di Malaysia yang tuan mahu saya hadiahkan buku-buku itu? Hehe. Saya amat berbesar hati sekiranya saya dapat kirimkan hadiah kepadanya, bagi pihak tuan. Sekiranya ada, beritahu ya!

Berkenaan pesta buku, saya akan kemas kini kemudian. Belum habis lagi berpesta, maka adalah lebih manis sekiranya saya buat satu entri khas sempena PBAKL'10 ini.


Kepada yang belum pergi, ini suasananya.

Terima kasih kepada semua yang sudi melawat ke blog saya, meninggalkan komen di ruangan komen dan juga Salam Singgah!, yang senaraikan blog saya di blog kalian, yang letak gambar saya, yang letak gambar kita, yang letak gambar PTS dan ada saya menyibuk (hehe) dan sebagainya. Terima kasih saya ucapkan. Sokongan kalian amat saya hargai, dan ya, saya amat terharu.

Husna Adnan ini belum jadi sesiapa, namun perjalanan saya menjadi sesiapa itu begitu banyak dorongan, nasihat dan sokongan. Terima kasih semua. Saya tidak perlu letakkan nama kalian di sini, satu per satu, kerana saya tahu, setiap yang terdetik, "Oh, aku juga pernah beri sokongan kepada dia!", maka kamulah orangnya. Dari saya lahir, masuk tadika, masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah, masuk High School Kajang, masuk UiTM ambil diploma dan ijazah, zaman saya menganggur tidak tentu arah, zaman saya bekerja di Kota Damansara, dan seterusnya zaman saya bekerja di PTS, saya amat menghargai semuanya.

Serius.

Saya amat, amat, amat hargainya. Biarpun ada antara kita yang sudah lost contact, saya sering doakan yang terbaik. Mana yang salah, saya maafkan, mana yang tidak dapat maafkan saya, saya mohon Allah lembutkan hati kalian demi memaafkan saya.

Saya tidak suka membenci orang, dan saya harap saya tidak menjadi kebencian orang juga. Namun bukan semua hati dapat dipuaskan, maka untuk mengharap saya langsung tidak dibenci, adalah umpama menyuruh saya memakan sawi, atau lebih dikenali dengan istilah, 'mustahil'.

Saya kurang faham dengan orang yang sering benci dengan apa yang diusahakan oleh orang lain, hingga seseorang bertindak menjatuhkan orang itu, kerana sifat cemburu. Saya kurang faham. Sekiranya kita cemburu dan berusaha menjadi yang lebih baik, itu bagus. Namun jika cemburu dengan niat menjatuhkan orang lain, nak-nak yang seagama dan sebangsa, saya kurang faham. Maaflah. Boleh kata saya kurang bijak kerana kurang faham. Tak apa, saya boleh terima. Lagipun saya memang bukan pelajar cemerlang, jadi apa salahnya jika saya mengaku yang saya ada kurang faham di mana-mana.

Dan saya juga kurang faham pada ibu bapa yang tidak menyokong minat anak-anak, selama minat anak-anak itu tidak bercanggah dengan agama, juga menyebabkan dia leka hingga tiada masa hadapan.

Melukis, contohnya.

Di PTS, kami para editor yang tidak pandai melukis ini, sering terdetik, "Kalaulah saya pandai lukis, saya dah buat semua ini sendiri." Kerana buku kami lebih-lebih lagi novel remaja dan kanak-kanak, amat memerlukan ilustrator. Kadang-kadang ilustrator sedia ada sibuk dengan tugas dan kerja, maka kami akan putus akal. Jika watak utama boleh dilukis dengan bentuk epal ataupun awan, saya sudah lama buat. Namun hakikatnya, belum ada watak utama novel kami adalah epal yang bercakap. Belum ada.

Maka, kepada ibu bapa yang anaknya ada minat pada sesuatu yang tidak memudaratkan, apa salahnya beri sokongan... dunia ini luas, peluang juga luas. Sambil bekerja di bank misalnya, boleh sahaja ambil kerja freelance melukis. Asalkan mampu menepati deadline kami. Jika tidak mampu, kami pun harap pelukis sebegini fokus sahaja pada kerja makan gaji mereka. Kerja apa pun, adalah tanggungjawab, sejurus kita setuju melakukannya, maka adalah tugas kita melaksanakan pada tempoh yang ditetapkan.

Saya pernah rasa zaman melakar masa hadapan yang tidak mendapat sokongan ketua keluarga. Saya sudah rasa apa itu 'buang daerah'. Saya sudah rasa apa itu belajar tanpa sesen daripadanya. Saya sudah rasa macam-macam. Maka saya agak sedih apabila ada adik-adik ataupun sesiapa sahaja yang tidak mendapat sokongan keluarga, walhal kita tahu itu bukan sesuatu yang memudaratkan. Namun adalah dinasihatkan juga buat anak-anak yang tidak mendapat sokongan, supaya jangan bergaduh dengan ibu bapa. Mereka lebih utama. Saya juga tetap sayangkan ayah saya. (^_^)

Namun satu-satunya manusia yang tidak pernah penat menyokong saya walaupun dia juga pemegang anugerah Pengkritik Terhebat, adalah emak saya.

Saya yakin emak kawan-kawan juga antaranya insan kurniaan Allah kepada kita yang paling cantik buatannya. Hampir sempurna.

Emak saya sudah tiga kali ke booth PTS, meninjau keadaan saya. Saya? Saya baru semalam berpeluang berbuat demikian. Tetapi saya tahu, dia tiada di situ. Asalkan saya ada datang jenguk, hati saya sedikit lega.

Sepanjang pesta buku, bilik saya memang teruk. Sangat teruk. Bukan sepanjang pesta buku sahaja, namun hidup saya memang sudah tidak terurus sejak Januari. Tetapi memang kerana pesta buku, bilik saya jadi begini. Dapat salahkan pesta buku memang indah.

Tetapi sepanjang tiga bulan ini, seminggu sekali saya akan pulang dengan bilik saya kemas dan cantik.

Kerja siapa?

Emak saya. (^_^)

Dulu ada rasa kurang selesa, yalah, sudah remaja (ehem), maka kita memang kurang selesa sekiranya emak kita yang kemaskan. Saya ada minta emak saya jangan kemaskan lagi, saya akan kemas sekiranya saya ada masa, namun nampaknya, sehingga jam 10 pagi tadi, dia masih mengetuk pintu bilik saya dengan vakum di tangan. Dia ada membebel, dia ada minta buang itu ini, hati saya serba salah, namun nampaknya, dia buat kerana dia mahu buat.

Jika demam pun akan bangun kerana risaukan kain di ampaian. Padahal anak-anak ada sahaja di rumah. Saya lihat, adik lelaki saya sudah pantas mengambil bakul sekiranya hari tiba-tiba mendung, dan ambil pakaian di ampaian. Adakah dia juga sudah sedar yang emak kami sudah berumur? Orang tua (walaupun masih nampak muda dan cantik), namun begitu cergas, sering buat saya risau. Entah kenapa.

Apabila dapat gaji, dia gigih shopping sendirian, beli barang dapur untuk kami sekeluarga, angkat beg-beg plastik yang ada kalanya berat, dan di dalamnya, lebih banyak makanan yang dibeli, bukan makanan yang dia akan makan ataupun sempat makan. Memang beli untuk kami sahaja. Kadang-kadang jika emak tanya, "Yang emak beli tu, ada lagi tak?", saya harap ada kedai runcit di sebelah rumah saya. Rasa mahu lari pergi beli supaya dia dapat makan. Tetapi teruknya saya sebagai seorang anak, saya akan gantikan niat dia mahu makan itu dengan hanya teman dia tonton TV.

Emak saya jika tonton TV, memang akan ajak borak, dari hal cerita yang ditayangkan, hingga hal hidup, hal kerja, hal penulis, hal jiran. Saya jenis yang kurang ambil tahu, maka kadang-kadang saya akan dengar sahaja. Saya kurang kenal penulis-penulis selain penulis PTS One, maka nama-nama yang emak saya kata itu umpama angin lalu sahaja. Teruknya saya sebagai
seorang anak.

Dia bawa buku KKC ke pejabat. Dia cerita anaknya kerja PTS.

Saya pula lebih senang berahsia.

Saya bukan tidak hargai dia, namun menjadi anak kepada dia adalah satu cabaran. Jika orang tahu, orang akan bandingkan. Saya tidak mahu dibandingkan, kerana salah seorang akan kalah. Jadi saya simpan sendiri. Pada yang tahu, tahulah. Pada yang tidak, saya tidak uar-uarkan.

Saya tahu dia amat menyokong hidup saya, dan saya amat hargai setiap pengorbanan dia.

Maka tolong Tuhan, jangan ambil dirinya selagi saya masih belum ada insan lain yang dapat saya peluk ketika gembira, dan tumpang bahunya ketika menangis.

Dan, hari ini bukan hari lahir emak saya. Haha!

Memang tiba-tiba mahu berhati tisu.

Sayangi ibu bapa kita, sayangi adik beradik kita, sayangi anak-anak kita, sayangi rakan-rakan kita, sayangi kenalan kita, sayangi kucing kita, sayangi semua makhluk dan pencipta-Nya, nescaya kita akan tenang. Siapa tahu sesaat kemudian, dia dijemput Ilahi. Menyesal adalah perasaan yang tidak best. Seksa, tahu?

Kepada cinta-cinta hati saya, terima kasih atas segala sokongan. ='D



Walaupun tiada iras, saya tidak peduli. Kan sudah kata saya tidak pandai melukis.
Hahaha! (Siap watermark, bai.)

17 March 2010

Tulisan Secara Pukal (lagi)

Tahukah anda bahawa kuku juga terdapat pada jari kaki kita?

*Pembaca pura-pura terkejut!*

Melainkan apabila kita cuba menyepak bola di atas jalan tar tetapi hayunan kurang memberansangkan hingga jari kaki tersagat pada jalan tar itu? Adakah anda tahu?


*Sudah pening kepala kerana cuba membayangkan adegan ngeri itu.*

Okey,
fine. Tidak kelakar.

Saya sengaja mahu buat sapaan yang lain sedikit daripada biasa, kerana hari ini sudah hari Rabu.


*Pembaca sudah hilang sabar.* Apa kaitan dengan hari Rabu pula??


Okey, okey.... T__________T

Assalamualaikum, hai kawan-kawan! (^_^)v

Baiklah. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat blog ini, dan terima kasih juga buat para Rakan Budiman kerana sudah bertambah daripada kosong, menjadi satu, dua, tiga, empat, hinggalah sekarang, pada waktu entri ini ditulis, sebanyak tiga puluh lima (35) orang semuanya!


TAHNIAH!!!

Maka dengan ini, kesemua Rakan Budiman saya akan mendapat... (bunyikan paluan kompang, eh, dram di telinga masing-masing):
  • Doa! - "Ya Allah, semoga mereka dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat, amin...." *muka kudus habis!*
  • Senyuman! =)
  • Kasih sayang! (^_^) Dapat rasa tak?
  • Pujian melangit! - "Kalian semua sangat cantik dan kacak, hingga hampir terbabas saya ketika memandu di jalan raya apabila mengenangkannya. Hebat!"
  • Dan sebagainya! - Ini pun boleh ke?
Yang kedua, hari ini hari terakhir saya mengemas kini blog ini sebelum saya bertungkus-lumus menyiapkan segala persiapan pesta buku dan berpesta buku. Ya, berpesta ya. @___@ Tahun lepas saya kurang dikenali, maka boleh buat perangai. Namun tahun ini saya agak terkenal, maka perlu bersopan-santun sentiasa. Tidak begitu berpestalah nampak gayanya. Hahaha! Apa? Ada pembaca yang pengsan secara tiba-tiba akibat membaca perenggan ini?

Yang ketiga (mengabaikan pembaca yang pengsan), alhamdulillah, satu lagi produk baharu PTS One bakal terbit kelak. Sama ada pada penghujung pesta buku ataupun selepas pesta buku, buku ini tetap akan berada di pasaran.

Buku apa itu?


Memperkenalkan...!


Kisah Si Puteri - Riang Ria Dunia Persahabatan

*Tepuk tepuk tepuk*


Inilah dia produk pertama yakni anak sulung merangkap cucu pertama PTS One (???) yakni produk hebat daripada unit baharu PTS One iaitu PTS One Kids! (^o^)
Wooohooo!!!


Kan sudah kata kami akan mengganas.... (~~,') ganas ke?

Selepas menakluk penduduk bumi Malaysia dengan kategori Young Readers, Teen Boys & Girls dan juga Syok!, kami pasti berusaha menakluk kalian dengan PELIT dan juga PTS One Kids! Marilah menyokong PTS One!


Hore!!!

Yang keempat, berkenaan soalan kuiz pada entri sebelum ini. Hahaha! Terima kasih kepada semua yang menjawab iaitu Shukri, Ismail, Tuan Ilham Hamdani dan Kyrel. Memandangkan hanya seorang yang menjawab dengan tepat, maka jika diikutkan syarat di bawah, hanya seorang sahajalah yang mendapat hadiahnya. Miahahaha!

Namun...

Tuan Ilham, tuan berada di
Canberra, Australia... bagaimana saya mahu poskan hadiahnya ke sana...? T_______T Maafkan saya... boleh tuntut sekiranya tuan pulang ke Malaysia kelak.

Ya! Jawapannya... saya terpedaya dengan jurujual itu.... T___________T

Saya beli bukan kerana saya risau untuk menjadi si tua, tetapi saya cuma mahu mencuba sahaja. Hahahaha! Walaupun saya memang seorang yang setia (Ismail, sila alert dengan ejaan ini), namun perubahan itu perlu. Saya sudah menjadi wanita sekarang. Sila berikan saya hadiah kerana boleh menyahut apabila mendengar Rossa menyanyikan lagu Hey Ladies.

Kepada Shukri, Ismail dan Kyrel, sebagai tanda penghargaan, saya tetap berikan kalian hadiah atas usaha menjawab. (^_^) Boleh senaraikan tiga buku PTS yang mahu saya belanja kalian. Tarikh tutup menyenaraikannya adalah tiga saat daripada sekarang!

Hahaha! Tak adalah. Gurau saja. Jangan paniks. Sila e-melkan kepada saya senarai buku dan alamat rumah kalian kepada saya. Saya akan poskan dengan gembira! (^____^)v Yeah!

Kelima, jika kalian membaca ruang Salam Singgah! saya, pasti
kalian mendapat tahu bahawa saya... ya... saya sudah ditag oleh si cantik manis yang bernama Nurul Ain.... T__________T Terima kasih ya cik adik kerana sudi tag saya dengan soalan yang sangat manis belaka itu... Wowowo... adakah dunia ini adil? T____________T Hahaha!

Oleh kerana entri ini adalah tulisan secara pukal memandang saya mungkin agak sibuk bagi mengemas kini selepas ini kerana pesta buku, maka saya jawab di sini dengan tajuk kecil sahaja ya? Harap Cik Nurul Ain berpuas hati.

Terimalah!
(^_^)


* * *


SEPULUH

Cara-cara:
Copy tajuk entri “sepuluh” dan paste di post anda.
Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.


[#1] Siapakah diri anda di rumah?

Anak seorang mak cik yang cantik, adik yang diabaikan dan kakak yang tidak diendahkan.


[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?

Seorang rakan juga.


[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai.

  1. KPI unit mencapai target setiap bulan.
  2. Bonus penggal ini. Belum tercapai kerana belum habis penggal, maka tidak tahu sama ada layak ataupun tidak meraih bonus dengan hilai tawa. T______T
  3. Ketinggian bertambah beberapa cm lagi. Berilah daku peluang....
  4. Syurga. Harap tercapai.
  5. Keluarga yang bahagia bersama suami tercinta dan anak-anak tersayang serta seekor ikan yang diberi nama Hamtaro.
·
[#4] Siapakah nama pasangan anda?

Biarlah rahsia. Tidak, tidak. Bukan Datuk K. T_________T

Baiklah, mari saya beritahu.

Namanya Edward Cullen. Sekian.


[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.

  1. Kelakar. Ya, Edward memang kelakar walaupun selalu bertindak macho dengan senyuman senget dan berpeluk tubuh.
  2. Bijak bistari. Dia pandai memanjat pokok sambil bercakap dengan tenang.
  3. Kacak. Oh....
  4. Baik hati dan mulia. Dia tidak sampai hati menjadikan orang lain vampire juga. Memang baik sangat.
  5. Peramah. Edward memang nampak pendiam, tetapi dia bijak memanjangkan perbualan dengan bertanya khabar, dan bertanya sama ada saya sudah makan ataupun tidak.
Aik? Ada pembaca yang pengsan lagi? Cuaca panas sangat agaknya... hmm... kasihan... minum air banyak sedikit ya!!!

·
[#6] Bila tarikh anda couple?

Bila ya Twilight mula ditayangkan? Lupalah.


[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?


Tidak ada. Semuanya manis belaka, kecuali sewaktu dia bersama Bella. Itu memang melampau!


[#8] Lagu tema cinta anda?

Lagu ini rasanya. Bella memang tidak mampu membuatkan dia senyum. Saya sahaja yang mampu. Boleh pasang lagu Aizat - Hanya Kau Yang Mampu beramai-ramai sekarang.


[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda.

Semoga dia menjadi manusia yang semakin penyayang. Dia kan vampire. T______T


[#10] Tag 10 rakan ada yang lain.

Saya tidak tahu mahu tag siapa. Jacob pasti sudah berkecil hati kerana saya memuji Edward. Hmm... maka saya tag sesiapa sahajalah ya.

1 - 10) Sesiapa sahaja.

* * *

"Alhamdulillah... terima kasih Katy Peri kerana menjawabkan untuk saya."

*Membaca semula tag yang dijawab oleh Katy Peri.*

WAH!!! Miang juga perempuan ini!

Maaflah, Ain. Saya sedikit sibuk tadi. Saya upah Katy supaya menjawabkan untuk saya... begini pula balasannya selepas saya membelanja beliau mi sup. T______________T

Key backspace saya pula missing in action. T________T Mungkin dilarikan serigala. Maaf ya? Harap berpuas hati dengan jawapan yang sudah tertera. Wowowo.


* * *

Baiklah! Sudah masanya saya masuk tidur! Esok, lusa dan hari kemudiannya adalah hari-hari yang mencabar! Perlu berusaha ya semua!!!


Semoga dapat berjumpa
di Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur '10!



Bye
semua! Jaga diri baik-baik!!! (^O^)

P/S: Kepada sesiapa yang perasan, ruangan komen pada entri-entri saya yang terdahulu sudah kosong, kering kontang, sunyi sepi, hilang dibawa angin dan sebagainya. Maafkan saya... saya juga tidak tahu kenapa semua ini terjadi... saya tidak delete mereka ya. T________T

13 March 2010

Ia sudah muncul!!! (^o^)

Hai hai hai! Salam semua! Apa khabar? (^_^)v

Alhamdulillah, pada hari ini (waktu ini sudah dikira semalamlah ya), kami di PTS One amat gembira apabila tiga lagi buku sempena PBAKL' 10 sudah tiba di stor PTS. Memang seronok habislah, sampai geng-geng PTS One turun ke Mezzanine (tingkat pertama yang menempatkan Millennia, Islamika, Litera dan grafik) bagi meriuhkan suasana dengan mengambil gambar menggunakan Mac milik jejaka bernama Poji, hingga melenyapkan ketenteraman warga Mezzanine buat seketika. Maafkan kami, dan juga saya sebagai penghasut terkemuka.

Maka lahirlah gambar seperti di bawah:

Ini semua adalah geng PTS One, tanpa Abang Jimi.
Dia sudah bertukar menjadi cover. Kasihan....

Sebenarnya ada beberapa gambar yang lebih ramai makhluknya, bermaksud lebih meriah dan kepoh nampak gayanya, namun semua sudah menjadi entiti kurang dikenal pasti kerana begitu galak bergerak-gerak. T____________T

Walau bagaimanapun, TAHNIAH! buat semua kerana PELIT kita sudah muncul, diiringi buku remaja yang dikendalikan oleh editor iras Lisa Surihani dengan adunan Jessica Alba sedikit yang bertajuk Siapa Lebih Popular? karya Nurul Zahidah. Sebagai info, Nurul Zahidah ini baru berusia 16 tahun, dan kini menyambung pelajaran di MRSM. Hebat tak? Bukunya memang best! Ini serius. Saya tabik spring: kita-ditakdirkan-jatuh cinta buat beliau! (^_^)

Dari pihak saya, tinggal satu debaran sahaja. Sebuah lagi buku penting yang nasibnya kini di tangan pencetak. Saya harap buku itu selamat dicetak dan dihantar ke stor PTS. Saya akan menjadi manusia paling gembira hingga mahu mendendangkan lagu ini di hadapan jutaan penduduk bumi dan melemparkan jutaan bunga mawar buat semua yang hadir apabila melihat buku itu di stor dengan sempurna! Bukan patutnya melakukan sujud syukur ke, cik? (~~,') Err.... Marilah join saya mendoakan agar buku itu tiada masalah, amin...

Selain daripada itu, sedarkah kawan-kawan yang PBAKL' 10 tinggal seminggu sahaja lagi? Jumaat minggu hadapan sudah bermula pesta yang dinanti-nantikan oleh peminat buku itu! Sudahkah kawan-kawan tahu buku apa yang mahu dibeli? Sudahkah kawan-kawan bina perancangan bersama rakan-rakan untuk ke PWTC pada tarikh tertentu? Sekiranya belum, layari website PTS dan microsite PTS bagi melihat judul buku dan jadual aktiviti kami. Ini jadual PTS sahaja. Jadual kelas 3 Mawar tiada di situ ya. Baik. Abaikan.

Oh! Menyebut berkenaan kelas 3 Mawar, terus teringat zaman sekolah. Kemudian, terus teringat adik-adik kita yang baru mendapat keputusan SPM. (Sila dalami setiap kronologi ini dalam usaha saya menyempang secara halus daripada cerita asal.) Harap semua calon SPM 2009 bersedia menghadapi kehidupan yang lebih menarik! Bersemangat ya! (^o^)

Mengenang zaman itu, SPM saya biasa-biasa sahaja, namun okeylah. Isi borang UPU pun main-main, kerana sangka mahu ambil STPM, atas desakan (padam) kerahan (padam) unjuran keluarga. Ya, namun saya turuti unjuran keluarga dengan penuh keikhlasan, kerana waktu itu saya sendiri kurang pasti dengan hala tuju saya.... T_________T wowowowo.

Sebulan lebih sahaja bergelar pelajar lower six, sebelum menerima surat tawaran ke UiTM. Surat keramat itulah permulaan segala-galanya. Yang paling best, tidak perlu memakai baju seragam lagi... hahaha! Saya paling tidak suka memakai pakaian seragam sekolah. Saya tidak gemar berbaju kurung sebenarnya. Hehehe. Para gadis, sila jangan contohi sikap ini.

Hidup di kampus adalah sangat menarik. Tetapi perlu pandai jaga diri, dan waktu inilah menjadi lebih bijak daripada Albert Einstein dalam memilih kawan kerana mereka mampu membawa 1001 pengaruh dalam perjalanan kita menggenggam diploma dan seterusnya ijazah.

Albert Einstein: Kenapa dalam banyak-banyak manusia, aku juga yang dijadikan perbandingan? T______T

Husna Adnan: Oh! Maaflah, uncle. Bye!


Sangat rindu ya zaman belajar. Namun tidaklah begitu rindu, kerana zaman bekerja ini lebih menarik nampaknya. Saya bekerja sambil belajar melalui manusia di sekeliling saya. (Sebenarnya seorang yang sangat takut pada ujian dan peperiksaan, hahaha!)

Namun tidak perlu takut pada ujian dan peperiksaan. Hadapi sahaja dengan tenang. Walaupun saya selalu takut, namun saya sangat teruja apabila tiba hari yang membolehkan kita memeriksa keputusan secara online itu. Memang sikap yang pelik, kerana usaha dan keterujaan tidak selari, namun saya tetap seronok! Wahaha! =D

Oh! Saya perlu berhenti mengimbau kenangan zaman muda, kerana mengimbau semua ini semakin mengingatkan saya pada satu insiden ketika saya sedang membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di area sini
(ewah! terkemuka kau, tak tahan) beberapa hari yang lalu.

Saya berjalan menyelusuri rak-rak yang dipecahkan mengikut keperluan produk. Saya mencari pelembap muka kerana pelembap muka yang sering melembapkan kulit bayi saya ini sudah hampir habis. Sebelum ini pernah berusaha mencari jenama yang sama, tetapi kecundang. Tiba-tiba, jumpa juga akhirnya! Namun saiznya agak kecil. Maka saya berjalan lagi, dan menggenggam pelembap muka itu menyelusuri rak-rak lain, mana tahu ada yang lebih besar saiznya. Lama sedikit ia bertahan.

Tidak lama kemudian, seorang jurujual berbangsa Cina merapati saya. Wajahnya tersenyum manis.

"Ya miss. Mahu cari apa?" sapanya dengan agak ramah.

"Oh, tak apa. Sudah jumpa," balas saya sambil mengangkat pelembap muka yang digenggam erat, umpama ada beberapa gadis berkulit kering cuba merampasnya dari tangan saya.

"You beli untuk siapa?" tanya jurujual itu dengan wajah yang sudah kurang manisnya.

"Err... untuk sayalah," jawab saya dengan senyuman keyakinan, walaupun dalam hati agak keliru dengan pertanyaan itu.

"Miss, kalau untuk you, you sudah tidak boleh pakai produk ini. Ini untuk budak sekolah sahaja. Kalau untuk you, I suggest you pakai ini. (sambil menunjuk satu produk yang tidak pernah saya pandang sebelum ini.) Ini memang untuk wanita dewasa macam you, kerana dalam krim ini, ada formula anti penuaan. Yang itu, tiada."

T_________________________T

Sekian.

Persoalan: Adakah saya membeli produk yang dicadangkan oleh beliau, ataupun teguh dengan pelembap muka yang sudah bertahun-tahun digunakan itu?

Tiga tekaan tepat yang pertama akan mendapat hadiah misteri, dan sudah tentulah produk keluaran PTS. Boleh jadi produk PTS One, boleh jadi produk PTS Millennia, boleh jadi produk PTS Pro, boleh jadi lebih daripada satu, macam-macam boleh jadilah!

Seorang boleh teka sekali sahaja di ruang komen di bawah kerana ini terlalu senang. Menarik bukan? (^^',) Hahaha! Itupun jika ada yang mahu tekalah.

Apalah kisah saya yang semakin tua ini dijadikan kuiz pula? Huhu. T_____T

Baiklah! Selamat berhujung minggu semua!

Jaga diri baik-baik ya! Bye bye! (^_^)

07 March 2010

♥ PELIT ♥

Assalamualaikum, hai kawan-kawan! :love:

Apa khabar? Harap semua pengunjung blog ini sihat dan ceria sentiasa.


Maaflah kerana saya meninggalkan kalian agak lama. Saya berada di US sepanjang minggu lepas kerana melakukan pembedahan menambah ketinggian.


Silalah percaya jika rajin. T______T


Namun kini saya sudah kembali! Yeah! (^_^)v


Baiklah. Saya teruskan entri kali ini tanpa perlu merepek panjang kerana tajuk sudah tiada kejutan.


Atas permintaan ramai... saya mempersembahkan entri berkenaan...


*tepuk tepuk tepuk*

PELIT
, adalah singkatan bagi 'PErsonal LITerature' yang bermaksud, jurnal peribadi. Genre penulisan dengan brand PELIT ini sudah lama popular di Indonesia, lalu PTS One mengikut jejak langkah penerbit di sana bagi menerbitkan PELIT daripada para pengarang tempatan yang berbakat pula!

Secara asasnya, tulisan bagi kategori ini seperti penulisan diari ataupun blog. Memang ramai yang berbakat menulis sebegini, bukan? Sudah rasa ada pembaca yang tersenyum-senyum. He he he.

Di bawah adalah ciri-ciri PELIT:
  • Watak utama – perempuan ataupun lelaki (kanak-kanak/remaja/awal dewasa)
  • Tulisan berbentuk diari; catatan peribadi berkenaan kehidupan dan sebagainya
  • Menggunakan kata ganti diri pertama (aku/saya)
  • Penerapan unsur syariah (ini sudah tentu!)
  • Bahasa Melayu Tinggi (ini juga sudah tentulah, baby!)
  • Ada unsur humor (sama seperti genre SYOK!)
Ini pula formatnya:

Font
Times New Roman
Saiz
12
Line Spacing
Double Spacing
Saiz kertas
A4
Halaman
100 - 120

Setiap perenggan, tidak perlu buatkan spacing ya? Terus sahaja menulis dan hanya buat spacing antara perenggan apabila memasuki bab lain. Maka 100-120 halaman itu dikira sebegitu. Sekiranya setiap satu perenggan ada spacing, selepas kami buang spacing itu, tiba-tiba halaman tinggal 50 sahaja, kawan-kawan perlu tambah baki 50 itu ya? (^_^)

Senang cerita, PELIT ini tulis sahaja apa yang kita mahu tulis, asalkan sesuai dengan ciri-ciri di atas, selari dengan prinsip PTS dan ada moral. Sekiranya tulis kisah hidup seseorang dengan mendatar, tanpa apa-apa nilai tambah yang menarik, itu adalah PELIK ya... T_______T Siapa mahu beli?

Ha... sudah berminat?


Kepada yang berminat menulis PELIT bersama PTS One, marilah ikuti tiga langkah mudah di bawah:

Langkah 1:
Tulis sinopsis keseluruhan cerita. Tidak melebihi satu muka surat adalah sangat afdhal ya kawan-kawan.

Langkah 2: Berikan kami contoh bab (satu ataupun dua), mana-mana bab yang sudah dikarang oleh kawan-kawan.

Langkah 3:
E-melkan kepada kami di ptsone@pts.com.my.

Mudah, bukan?
(^_^)

Oh? Ada yang belum dapat tangkap?

Baiklah, baiklah.

Jangan bimbang, sayang. Simpanlah kembali garfu itu di dapur.

Sebagai contoh, marilah dapatkan dua produk baharu PTS One dalam kategori ini bermula pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010,19 Mac hingga 28 Mac kelak. Dua produk PELIT ini mampu memberikan kawan-kawan gambaran yang lebih jelas. Siapa tahu, dengan membaca kedua-dua buku ini, kawan-kawan mendapat lebih banyak idea yang lebih menarik dan lebih kreatif pula! Berapa banyak 'lebih' da... (~~,')



Diari Si Ratu Air Mata
Natasha Effyzal
(Penulis comel Sekolah Kampung?, Sekolah Menengah?,
Tempat Kedua? dan Tempat Pertama?)


Diari Mat Despatch
Bahruddin Bekri
(Penulis terhebat kategori SYOK! - Doa Untuk Aku,
Kita Hanya di Seberang Jalan, Puisi Untuk Nadina dan banyak lagi!)

Baiklah! Harap entri ini membantu kawan-kawan bagi mengenali apa itu PELIT. Kita berjumpa pada entri akan datang ya! Saya perlu memenuhi beberapa undangan menjadi model busana Muslimah. Yalah. Tinggi sudah bertambah, mustahil saya mahu menolak pula, bukan?

Jumpa lagi!!! \(^o^)/ Bye bye!

OH! NANTI DAHULU!

PTS ONE AKAN MUNCUL DENGAN
BEBERAPA KATEGORI BAHARU KELAK!

Selepas PELIT, apa pula?

Nantikan kemunculannya apabila ia mahu muncul. T____T

KAMI AKAN MENGGANAS!

Muahahaha!

Okey, okey. Bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...