18 August 2012

✿ Salam Syawal! ✿


Assalamu'alaikum.

Walaupun bermacam dugaan datang menyapa sepanjang Ramadan ini, saya tetap rasa bulan mulia ini datang dan pergi dengan pantas. Pertama kali berpuasa sebagai ibu, dengan anak yang baru masuk tiga bulan minggu lalu. Oh, agak mencabar. Memang agak mencabar. Tidur masih tidak cukup, rutin tunggang-langgang, dan sekarang kesihatan pula diuji. Semalam seharian tidak larat bangun. Suhu 37.7 darjah Celsius, hingus keluar bertalu-talu, diiringi sakit kepala dan sedikit mual. Tanda awal dua hari sebelumnya adalah sakit tekak, dan hidung berdarah tak pernah-pernah. 

Huuu....


NAMUN!


Semalam berjaya siapkan 112 biji kuih raya Cornflakes! Muahaha!
v(^_____________________^)v


Sebenarnya mahu buat Cornflakes coklat, tetapi entah kenapa Cikpuan Tangan saya ini, pergi ambil dan bayar dengan penuh konpiden, coklat berperisa strawberi. :') Maka merah jambulah kuih Cornflakes saya ini. Ah peduli apa kan, asalkan rasanya sudah ada. Pertama kali buat, beb! Sambil demam + selesema, sempat juga siapkan sendirian di dapur nan hening. Kira okeylah khennn. Terima kasih laptop atas bantuan memaparkan resipi dari blog kakak itu. (Namun usah bimbang, kebersihan amat dititikberatkan sepanjang proses pembikinan.)

Saya tidak tahu pula kuih Cornflakes ini tidak perlu dibakar. Haha! Senang rupa-rupanya. Tapi kena buat lagi dengan coklat berwarna coklat sebenar, demi kenikmatan mata. Memang agak sakit mataku melihat warna merah jambu yang menyerlah itewww.

Kiranya tahun ini saya menyumbang dua jenis kuih raya untuk rumah ini, sebab Rabu lepas kuih raya yang saya tempah dari Tuan Mu'az Azmi sudah selamat tiba. Terima kasih Tuan Mu'az! Siap hantar ke rumah, yalls! Oh, agak berlagak ayat dua jenis itu, padahal dua jenis sahaja pun! T_T Sangat saat-saat akhir membeli kuih raya. Dapat buat sendiri sejenis, dan beli sejenis, orang di rumah ini wajar berasa syukur.



Siapa mahu tempah choc chip selepas raya, PM beliau ya. :D



Seperti biasa, selain sibuk bab kuih raya, mestilah ada hidangnya raya kan. Emak sudah siapkan rendang daging, ayam kampung masak gulai, nasi himpit, and more to come! Hee... Cikpuan Badan, sila berpada-pada kerana perjuangan mengurangkan berat mengandung dulu pun belum selesai! Sila jangan tambahkan lagi. *Perut angguk laju.*


Pada kesempatan ini, mahu kongsi doa yang berguna untuk kita semua. Bukan, bukan doa makan. Ia adalah...

DOA AKHIR RAMADAN

Ya Allah,
Ramadan akan berakhir dan akan meninggalkan kami, oleh itu berilah masa kepada kami bagi terus beramal seperti pada bulan Ramadan. Kami bersyukur kerana diberi hidayah dan petunjuk bagi mentaati-Mu dengan ikhlas hati kami, dan beribadat kepada-Mu demi mengharapkan keampunan dan keredaan-Mu.

Ya Allah,
kami mohon kepada-Mu semoga dipanjangkan umur kami bagi bertemu bulan Ramadan pada tahun hadapan, supaya dapat kami mengabdikan diri kami kepada-Mu.


Ya Allah,
sekiranya kami tidak sempat bertemu bulan Ramadan lagi, maka Engkau ampunkan dosa kami dan masukkan kami ke dalam syurga-Mu.

Ya Allah,
kami berharap dengan berakhirnya bulan Ramadan yg mulia ini, segala amalan kami Engkau terima dan segala doa kami Engkau makbulkan, amin....
dengan sedikit pengubahsuaian daripada saya.)

Taqabbalallahu minna wa minkum.


Disebabkan tiada masa mahu buat kad raya digital secara bersungguh,
maka terima sahajalah apa yang ada ini. 


Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin, 
kepada semua yang sudi membaca blog ini.


Daripada kami bertiga: Nazry Salam, Husna Adnan, dan Afia Zara mok.

Insya-Allah tahun ini kami bertiga raya di Kajang dahulu, 
sebelum bertolak ke Johor Bahru.

 Semoga perjalanan kita semua dilindungi Allah dan para malaikat-Nya, amin....  




Jumpa lagi!

07 August 2012

Om nom nom nom...

Assalamualaikum.

Apa khabar yalls
*sambil pose bajet comel seperti di atas*

Pertamanya nak minta maaf, sebab entri kali ini mungkin mengganggu-gugat ketahanan liur masing-masing, memandangkan lagi beberapa puluh minit kita akan berbuka. Selalunya waktu-waktu begini memang kritikal, namun saya hanya ada waktu ini bagi mengemas kini blog, memandangkan si kenit itu sedang tidur. Selalunya setiap malam saya sudah melepek kerana letih dengan segala rutin sejak bergelar ibu muda (muda ke kau???). 

Siapa suka makan kek? Sejak saya lahir ke dunia, ada beberapa orang sahaja yang tidak suka makan kek. Aneh sikit orang begini, sebab kek adalah SEDAP!!! Namun saya juga tidak makan durian, maka saya juga aneh pada pandangan segelintir pihak yang memakan durian, padahal durian tidaklah sedap sangat. Hahaha! (Adakah mereka akan makan kek yang berperisa durian? Di Secret Resipe ada jual. Kenapa perenggan ini macam lagha?)

(Hasil photo edit yang agak melampau cerahnya. T_T)


Hari itu saya tempah kek lobak dengan kawan saya. Tempah untuk makan suka-suka sahaja. Ofkoz lah makan suka-suka... kalau makan sedih-sedih tak perlulah sampai tempah kek kan. Kek yang ditempah adalah kek lobak. Separuh adunan. Asyik makan kek coklat, kek coklat, dan kek coklat, kali ini mahu cuba yang lain pula. Ada sedikit rasa cuak, kot-kot lidah tak berapa nak terima. Oh daku sungguh silap! Serius sedap, dek non! Harga pun murah sahaja, tidak sampai RM50. Dalam dia ada kismis dan kacang. Krim yang digunakan adalah cream cheese. Rasa 'ringan' walaupun makan berpotong-potong. 

Ini page dia. Jom like Mr. ChefWannaBe by RushD!

Eh, ini bukan entri berbayar tau. Blog suam-suam kuku saya ini tidak layak untuk buat entri berbayar. (Y_Y) Ini entri sukarela, sebabnya saya suka apabila kawan-kawan mula berniaga, terutama apabila mereka buat apa yang mereka minat. Macam Rushdi, tahun ini baru dia aktif belajar bakar-bakar kek. Asalnya dia buat suka-suka, untuk makan dengan keluarga dan kawan-kawan sepejabat. Tapi tiap kali dia upload gambar kek yang dah siap, ala-ala geram sampai ramai yang nak tempah. Alhamdulillah, rezeki dia kan. Sampai dah beli oven lagi ha.

Red velvet

Pecan Butter Scotch

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting
(Macam yang saya tempah.)

Choc Moist Cake with Mocha Buttercream

Dan macam-macam lagilah! Semua gambar di atas kredit kepada blog beliauBolehlah sambung jeling-jeling di sana kerana saya sudah telan agak banyak juga air liur. Sudah kering bak Gurun Sahara gayanya. T_T Ha ha. Whatever.

Cumanya... disebabkan dia kerja pejabat, dia tidak sempat buat delivery. Haha! Ada rasa nak rejam aku tak? Orang sekitar Kajang dan Bangi, dan yang sewaktu dengannya, bolehlah ambil sendiri di rumah dia sekiranya mahu tempah kek yang lazat dan pantas. Pantas, sebab dia siapkan kek yang saya tempah dalam masa dua hari sahaja. Sudahlah order last minuteOrder dua hari sebelum puasa hari itu. :') Tetapi cubalah tanya dahulu. Kot-kot dia sudah upgrade servis bisnes dia kan.

Oh by the way, saya sudah ada Twitter. Kbai.

SELAMAT BERBUKA PUASA
SECARA BERPADA-PADA!
Kredit: Orang Kelakar


27 July 2012

Entri Banyak Comel

Assalamualaikum. 

Hai, apa khabar? Semoga semuanya sihat belaka ya.

*Tahu klise, namun nak buat juga!* Rasanya belum terlambat bagi saya mengucapkan Salam Ramadan al-Mubarak, dan...


... kepada semua pembaca blog ini! (^______^)
Muahaha! Comel tak lukisan di atas? 

Agak lama juga sesi penutupan blog secara sementara kali ini. Fuh~ ada sedikit, err... sebenarnya banyak juga rasa aman dalam hati sebab tidak lagi asyik fikir nak update blog suam-suam kuku ini. Hua hua. Ya, penutupan blog tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Kini, tiap kali saya tutup blog, ketahuilah bahawa ia hanya kerana saya mahu berasa aman daripada ketangkasan tangan sendiri menaip entri, ataupun mahu semak kembali entri lama, ataupun mahu solek blog. Hanya itu bertiga. Hanya. Kot.

Well...

Mahu tulis apa ya. 

Itulah. Apabila lama tidak menulis blog, mahu tulis semula bagaikan suatu hambatan rotan ke telapak tangan. Seksa. Bisa.


OH WOW!!! secara tiba-tiba.

Waktu perenggan ini ditulis, saya baru terima doodle di bawah yang kini saya jadikan header blog di atas dengan tambahan description blog yang menjadi sebutan ramai ohoi perasanlah!!! *jerit teruja!!!!!!!!!!!!!*  Ya, macam excited lambat sikit sebab yuolls yang masuk ke blog ini dah nampak dulu. :')


COMELNYAAAAA!!!

Terima kasih kepada sahabat saya, Cik Mal, kerana sudi berhempas-pulas men-doodle nama saya dengan begitu cantik dan comel. Oh, saya sangat suka teramat sangat wow weee junior juice hingga tersenyum keli! Hee... siap ada panda dan SnaLaLa Blogshop di situ. I looooooike! >(^____________^)< 

Saya langsung tidak memberi sebarang cadangan, namun nampaknya Cik Mal memahami jiwa remajaku. *Remaja ke? Hayoooh pitamlah!* Oh terharu~ :') Okey, sebenarnya saya dapat percuma kerana menjadi dua pengkomen terawal semasa beliau umumkan mahu buat doodle nama. He he he. Bertuah bukan ini budak? Di bawah pula adalah budak pertama yang juga bertuah iaitu Tuan Ashrafi yang hangat ber... hi hi hi auwww malu nak sakat dia. :">

Segak. Kacak. Bergaya.
Maksud saya doodle itu.

Hey, usah bersedih. Kamu juga boleh memilikinya. Doodle di atas buku nota pun boleh. Mari hire Mal sebagai doodler kawan-kawan dengan like page 'Saya Suka Doodle', ataupun marilah like sebagai tanda sokongan kepada gadis muda yang comel-lote ini supaya beliau terus bersemangat dalam industri pen-doodle-an!


Sebelum berurusan, mari semak bila Cik Mal lapang di sini, okey!

♥ Terima kasih sekali lagi, Mal! 


* * *
Maaf kepada followers blog Permata Hati kerana saya masih menutup blog itu buat sementara waktu, atau tutup terus kerana tiada waktu, akibat tiada komitmen menguruskannya, maka sekiranya ada apa-apa yang saya mahu kongsi, saya letak sahaja di page PH ya. Ada banyak info nak kongsi, tetapi malas betul nak menaip di blog itu. Blog ini pun sudah terabye (maksudnya bye bersaiz trillion).

Mereka sepupu, maka boleh kahwin sekiranya salah seorang lelaki.
Namun mereka dua-dua baby gadis yang shomeyl. Yey! :">

* * *

1 Ramadan: Nasi beriani ayam sambal
2 Ramadan: Mi rojak penang
3 Ramadan: Nasi kerabu
4 Ramadan: Nasi dagang
5 Ramadan: Nasi ayam
6 Ramadan: Nasi beriani ayam sambal
7 Ramadan: Hari ini makan apa pula?
8 Ramadan dan seterusnya???  (@___@)

Bulan Ramadan bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Perlu jaga segala juga. Dari anggota luar, hingga 'anggota' dalam. Dari yang wajib, hingga yang sunat. Ada lebih kurang tiga minggu sebelum bulan barakah ini berakhir. Huuu... maka ayuh kita berusaha, ya!


Baiklah. Entri yang sangat random dan pukal.

Sehingga berjumpa lagi! Selamat berbuka puasa!


19 June 2012

Entri Bulan Jun



Hayoooh yuooolls
... serius eh. Semakin lama semakin mencabar nak update blog. Entri ini sahaja, dah mula taip sejak Jumaat lepas. Selasa baru dapat publish. Sensasi sangat gayanya, padahal entri pendek sahaja pun. :')

- Assalamualaikum. -

Jumaat lepas (15 Jun) adalah hari lahir Encik Suami yang peramah (boleh gitu gaya pengenalan? Asyik tulis suami tersayang, suami tercinta, too mainstream-lah, kahkah). Ouwww... sudah menganjak setahun lagi umurnya, alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan dirinya kesihatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin... amin....


Pukul 8 pagi, sambil uruskan Afia, bukalah FB. Tup-tup nampak mak upload gambar kek di atas, secara langsung dari pejabat beliau. Wah! Untunglah, BangAie. Kami tak tahu pun mak ada tempah kek hari itu. Terima kasih, mak yang baik hati! Walaupun dalam pantang, tetap makan sedikit demi sedikit lama lama jadi bukit, sebab dah banyak sangat kek yang terlepas. Kek ulang tahun perkahwinan + hari lahir abang ipar, dan kek hari lahir adik bongsu. Kali ini tidaklah sanggup memandang sajo. (Y_Y)

Kepantasan tangan adalah bukti keterujaan.

Kemudian Ahad lepas, adalah hari bapa kan kan kan? Teringat ucapan yang saya tulis pada wall Encik Suami tahun lepas.

Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya. :')

Selamat Hari Lahir
&
Selamat Hari Bapa
~ Kesayangan! ~
(^_^)


* * *

Apabila difikir-fikirkan kembali jalan hidup ini, ada manis, ada pahit. Dan apabila membuat entri sebegini, saya berasa sangat bersyukur, kerana masih punya emak, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan... dan paling penting, punya suami dan zuriat penghibur duka lara. Tidak semua dapat kebahagiaan dunia dan akhirat seperti ini.

Dan... kerana begitu sibuk dengan urusan keluargalah, saya kena curi masa semata nak update blog. Rasa nak berhenti berblogging pula, mengenangkan hidup sekarang yang tidak boleh berlagho-lagho seperti dulu. Haha!

"Life is shorter than most have thought." - Hold My Hand, Maher Zain

MAKA!

Tidak sabar menanti hari-hari selepas 26 Jun!!!
Chargas! v(^__________^)v Chargas!

P/S: Hari ini sudah mula makan jamu. Oh... begitu rasanya~ *lap mata berhabuk*


12 June 2012

Hidup Umpama Bola?



Assalamualaikum.

Pasti kebanyakan yang membaca entri ini tahu, bahawa sekarang ini sedang berlangsungnya demam bola yang membingitkan telinga bagi sesiapa yang tinggal berhampiran restoran mamak.


Dahulu, saya langsung tidak tahu fasal bola, hinggalah dua tahun yang lalu, apabila saya berkenalan dengan jejaka yang amat gila bola, dan semakin tahu jadual perlawanan semenjak setahun yang lalu kerana sudah berkahwin dengan jejaka yang amat gila bola itu. :))

Sepanjang saya kenal Encik Suami yang amat gila bola itu (ulangan kali keberapa ini??), saya belajar sesuatu. Daripada ayat-ayat dia; daripada gaya kecewa dia apabila team pilihan kalah, dan bersemangatnya dia apabila team pilihan menang. Dan daripada match yang dia benar-benar mahu tengok.


"Malam ini boring. Tak ada match best. Malaslah nak tengok."

"Eh malam ini match best! Kena tengok! Mesti lauk team XYZ!"

"Malam ini XYZ lawan ABC. Mesti sengit. Dua-dua power!"


Walaupun saya tidak minat menonton bola, namun anehnya, daripada situ saya belajar sesuatu. Hingga saya dapat kekuatan yang insya-Allah, mampu menenangkan hati saya yang masih terisi 1001 persoalan.

"... boleh jadi kamu benci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah, ayat 216)

Perlawanan bola sepak. Antara satu negara, dengan satu negara. Antara satu pasukan, dengan satu pasukan. Dan semestinya, akan ada yang menjadi tukang sorak. Sokong satu-satu kumpulan, dan benci kumpulan yang lain. Namun perasan tak? Biasanya pasukan yang dibenci ini, bukanlah pasukan cap ayam yang lemah-lemah itu, tetapi pasukan yang hampir sama hebat (ataupun lebih hebat) daripada pasukan pilihan. 

Pasukan suam-suam kuku, mana ada penyokong pasukan lain nak bersengkang mata demi mereka. Tidur lebih baik. Tetapi pasukan hebat, walaupun lawannya bukan pasukan pilihan, sanggup letak batang mancis pada kelopak. Kena selidik semua taktik, kena fokus semua sepakan, supaya dapat dijadikan perbualan esok. Kalau tiba-tiba pasukan hebat kalah, meriahlah sindir-menyindir antara penyokong pasukan lain yang memang dah lama berbulu dengan pasukan hebat itu. Kalau menang, sama ada senyap sunyi seperti tiada apa yang berlaku, ataupun kena maki juga tak pasal.

Samalah dengan kita. Apabila kita kuat, memang akan ada yang membenci kita. Maki hamun, caci maki, mengadakan cerita supaya kita nampak lebih teruk daripada realiti. Namun sekiranya kita ini bukan sesiapa, tiada siapa pun peduli di mana kita makan, apa kita buat, apa kita reti dan tak reti. Nampak? 

Apabila ada manusia yang tidak senang duduk dengan apa yang kita buat, walaupun kita tidak usik pun hidup dia, bermakna dia sebenarnya rasa terancam dengan kekuatan kita. Kita yang dihina-hina ini, layak pula dijadikan pesaing. Tidakkah lucu mereka ini?

Maka apabila kita rasa annoying dengan orang macam ini, terus bisikkan dalam hati, bahawa kita ada sesuatu yang mereka tiada. WE ARE FABULOUS. Bukan kerana kita ini malang takdirnya, ataupun kita seburuk seperti yang dikata. Jadi, abaikan sahaja mereka, dan teruskan hidup.  Yang penting, hargai mereka yang menghargai kita. Banduan di dalam penjara itu pun ada yang sayang, inikan pula kita yang mahu bunuh semut pun tidak sampai hati.

Geddit?


P/S: Selamat datang ke sini, bagi mereka yang meraikan bahagia. :)

05 June 2012

Hidup Mesti Terus!


Assalamualaikum.


Wah... sudah masuk bulan Jun, namun entri terakhir masih berkenaan kemanisan Mei yang akan kekal manis hingga bila-bila itu. Auwww. 

Bulan Jun juga adalah bulan yang bakal menjadi manis, kerana beberapa perkara. Oh oh tidak sabar! \(^______________^)/ *menari-nari*

Nama baby kami! (^_^)

Pertama: Afia Zara akan berusia sebulan pada 13 Jun. Ololo... cepat masa berlalu kan. Waktu itu, Afia Zara sudah melepasi EDD yakni 10 Jun, maka kiraan CA dia adalah tiga hari. Tetapi sekarang pun sudah boleh angkat kepala dengan tinggi. Si kuat yang gemar menangis dan tersenyum juga! :)) 

Kedua: Pada 15 Jun, hari lahir Encik Suami. Oh~ so sweet. Tetapi sayangnya, sama seperti sambutan hari ulang tahun perkahwinan, saya masih berpantang. So... no cake for me. *sobs*

NAMUNNNNNNNNN!

Ketiga: Saya akan habis berpantang pada 26 Jun! Yahuuuuuu! =D =D =D

Onigiris rice balls

Nanti insya-Allah mahu qada' segala sambutan yang tertangguh, dan sambung membeli-belah barangan untuk Afia Zara. Wee... barang baby girl sudahlah sangat comel. Pasti rambang mata weolls! (@__@)

SnaLaLa Blogshop juga akan kembali beroperasi Julai nanti, insya-Allah. Rindu mahu kembali berniaga. Namun sebelum tambah produk baru, saya akan berikan diskaun 50% bagi beberapa produk untuk clearance stock. Jadi jangan lupa terjah bulan depan ek!

Blog yang satu lagi itu, alahai yang ini itu, sudah dikemas-kemas. Insya-Allah akan dibuka bagi bacaan umum selepas 13 Jun. Situ awal-awal saya beritahu ya, gaya penulisan mungkin berbeza daripada di sini. Sana lebih santai dan belasah sahaja Nab. Jadi tidak perlulah menjadi Grammar Nazi. =P

Wow, banyak yang menanti pada hari-hari yang mendatang. SERIUS TIDAK SABAR MAHU BERGERAK AKTIF SEMULA. BERUSAHALAH!!!

P/S: Kepada yang enjoy habis melihat hidup orang lain sengsara dengan memutar belit keadaan, watch me. Satu hari nanti kamu pasti tersungkur. Tidak di dunia, di siratul mustaqim. Pasti. Buat masa sekarang, teruskan berlakon. Mungkin hidup kamu bosan sangat. Kui kui. :)

20 May 2012

Mei yang manis. Sangat manis.

Assalamualaikum.

Hari ini, 20 Mei 2012. Mengikut kalendar masihi, usia perkahwinan kami sudah setahun jagung. \(^o^)/ Alhamdulillah. Hee... tak sangka. Pejam celik, pejam celik, sudah setahun rupa-rupanya. Syukur sangat. Semoga kami terus kekal bahagia selama 10 tahun, 20 tahun, dan hingga ke akhir hayat, seterusnya ke syurga, amin... amin ya rabb!

Serius tak sangka ini setahun yang lalu. :')

Sebenarnya, banyak perancangan mahu dibuat sempena ulang tahun pertama perkahwinan kami. Mahu ke sana, mahu ke mari, mahu makan di situ, mahu makan di sini. Namun perancangan Allah lebih baik, kan? Pada hari ini, saya perlu berada di rumah, sambil berpantang. He he.

Siapa sangka, baby yang dijangka lahir pada 10 Jun 2012, akhirnya lahir pada pagi 13 Mei 2012, yakni Ahad lepas. Sudah seminggu umur baby girl yang comel itu. :') Oh~ masa memang cepat berlalu. Tetiba si comel sudah menjadi si cantik, dan minta kebenaran mahu berkahwin. *tak memasal*

 Permata hati 

Buat masa ini, namanya masih belum rasmi. Patutnya semalam mahu daftarkan di JPN, namun tutup pula. Maka perlu tunggu esok. Mahu tahu? Nama baby dah banyak kali tukar, sebab nak cari nama yang betul-betul sesuai, dari segi makna, dan sebutan. Sekarang perlu tunggu lagi sehari, entah apa lagi nama cadangan bakal menampilkan diri. He he.

Ada banyak nak cerita. Pengalaman bersalin, pengalaman berhamil, pengalaman berpantang, tetapi saya fikir, adalah lebih 'kemas' sekiranya saya cerita hal-hal wanita dewasa itu di blog satu lagi, yakni husnazry.blogspot.com. Belum buka kepada bacaan umum sebab nak kemas-kemas dulu. Masa awal-awal buat blog itu, bersemangat habis! Tup-tup baby dah lahir, entri terakhir adalah pada bulan Februari. Sungguhlah tidak patut! :))

* * *
love 4471 sweet love quotes short love quotes romantic love quotes inspirational love quotes break up quotes

Kepada Nazry Salam, suamiku,

Terima kasih kerana sudi memilih diriku sebagai suri hidupmu. (Ececeh, awal-awal dah blushing touching-touching sambil menaip.) Walaupun sepanjang setahun ini, pelbagai perkara yang perlu kita tempuhi, namun saya bersyukur kerana kita masih satu. Senyum tawa, berendam air mata, awak tetap menjaga saya, menyayangi saya, tanpa prejudis. Kita saling jujur dan berkongsi rasa, dalam setiap perkara. 

Dan pada setiap caci yang mereka beri, pada setiap kata yang mereka reka, awak selalu ada di sisi saya. Pada setiap kejayaan yang kita bina, pada setiap kegembiraan yang kita tempa, awak selalu ada di sisi saya.

Selalu ada. :')

Kerana jalan kita sehala, maka di mana ada awak, di situ ada saya. Begitu juga sebaliknya. Insya-Allah, saya akan cuba temani awak di mana jua, hingga tiba hari, yang saya tidak lagi mampu berdiri, tidak mampu tersenyum, tidak mampu ketawa pada setiap bait lucu yang sering menghiasi ruang kamar kita. Namun tetap dalam hati, awak penghibur duka lara.

Pada hari ini, pada ulang tahun pertama kita, kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan, dari hati ke hati, ditemani si kecil penyambung zuriat dan cinta kita. Apabila melihat dia, saya terkenang awak. Apabila melihat awak, saya terkenang dia. Rasminya, awak dan dia adalah nyawa saya. Saya sanggup bertahan, walau apa jua yang mendatang, demi melindungi kamu berdua. 

Kerana cinta saya, sayang saya, kepada kamu berdua, kerana Allah.

Hanya kerana Allah.

"Kita satu keluarga, tiga bersahabat."

Itu ayat awak semasa membelai si comel yang sedang lena tadi. Hehe. Comel sangat. Insya-Allah... kita akan terus bertiga dan bersahabat, hingga tiba rezeki seterusnya. Semoga kita, abah dan ibu, berjaya mendidik dan membesarkan si comel kita, si kenit kita, hingga menjadi insan berguna kepada agama, keluarga, bangsa, dan negara. Insya-Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita, amin....

"Semoga kita kekal bahagia, hingga jannah... insya-Allah."


Isteri dan ibu kepada zuriatmu,
Ikhlas dari hati terdalam,
Husna Adnan.

* * *

Hari itu tengok iklan di TV.
Terus cakap, "Tak pernah makan Kinder Joy walaupun selalu nampak."
Tetiba semalam dah dapat. Sedapnya! (^_^)
Terima kasih kesayangan kerana belikan.

Terima kasih juga kepada kakak saya, Felah, sebab sekalikan kek ulang tahun kami dengan kek hari lahir in advance Abang Raihan, abang ipar kami yang patutnya esok. Walaupun tidak dapat merasa, tetapi tetap berterima kasih. Dan terima kasih juga sebab selalu belikan barang-barang sepanjang pantang. Sekali lagi, terima kasih Felah dan Abang Raihan, juga semua ahli keluarga umumnya. :')

Ucapan terima kasih paling tidak terhingga, kepada emak, Puan Halilah, kerana menjaga kami dengan sabar. Tolong mandikan baby, dukung baby bila dia menangis, masakkan makanan, sediakan minuman, dan macam-macam lagi yang tidak tertulis. Ini baru seminggu berpantang. Ada beberapa bulan lagi. Oh~ pasti emak akan bertambah kurus. Terima kasih, mak. Jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya. :')

Tidak dilupa, sekali lagi, terima kasih kepada Encik Suami, kerana berjaga malam bersama, menukarkan lampin baby di kala ibunya tidak larat bangun, vakum dan kemaskan bilik supaya kami selesa di dalam bilik ini, lipatkan baju, dan macam-macam lagi. Semoga Allah membalas segala jasamu dengan kebaikan juga, amin... Selamat ulang tahun, Sayang! (^_^)

I am bless, with love from all of you. 
Thank you.



Doakan saya dan baby, juga abahnya sihat walafiat ya!
Selamat berpantang kepada diri sendiri!
Selamat ulang tahun, Husna & Nazry!

P/S: Terima kasih kepada Ain & Afiq Hasaza, Dayah & Helmi, Cikpuan Azzah, Waida, Kak Izanor, Gee, Kak Tim, dan Salhah & Nizam Pac, kerana datang melawat baby bersama pemberian yang pelbagai. Juga kepada semua rakan dan sanak saudara yang mendoakan kami di Facebook dan SMS. Semoga kalian semua dirahmati Allah, amin.... (^_^)

07 May 2012

PBAKL, Conteng, Hijabista, dan Safiyya di TV9... eh!


Assalamualaikum, kawan-kawan!

Alhamdulillah, semalam berakhirlah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, yang bertempat di PWTC dari 27 April 2012, hingga 6 Mei 2012. Anggun sangat perenggan ini kerana ia saling tidak tumpah seperti pendahuluan karangan tingkatan empat. :')

Hendak dijadikan cerita, dalam pada rasa-rasa tidak dapat memeriahkan PBAKL tahun ini, entah dari mana (sudah tentu daripada Allah kheeen...), saya dapat kudrat untuk ke sana sebanyak dua kali. YA, DUA KALI. Ha ha ha! *gelak angkuh*

Kali pertama pada hari Khamis dan kali kedua adalah semalam. Hari Khamis, seperti yang sedia maklum, kerana mahu teman Encik Suami yang tidak puas pusing satu PWTC disebabkan kesesakan hebat pada Ahad, 29 April. Manakala kali dua, demi menghadiri Majlis Perlancaran 'Buku Conteng' anjuran PTS Pop. Alang-alang, dapat juga jengah 'Kawanku Panda' cetakan kedua yang baru tiba Jumaat lepas. Alhamdulillah... :') terima kasih kepada semua yang berusaha!

Gambar asal daripada Maryam, lintas langsung dari booth PTS.
Saya yang berada di rumah, sudah amat teruja lantas jadilah begini. :))

Gambar-gambar pada 3 Mei 2012, bersama rakan penulis dan rakan editor.
Abang Baha, Cikpuan Rahmah, Aman Wan, Azanil Fitri, Prof. Abdullah Hassan,
Shiela, Mirae, Maryam, Yin, Tuan Syaizul Amal, dan ramai lagi sebenarnya!

Gambar-gambar pada 6 Mei 2012, bersama rakan penulis dan rakan editor (lagi).
Ada Pak Latip, Kak Izanor, Cikpuan Azzah, Irfan Jani, Wahyudi, 
dan juga Tuan Ramlee Awang Murshid dari kejauhan. He he.

Ini pula sekitar majlis perlancaran 'Buku Conteng', yang dirasmikan oleh Abang Wanzu. 
Lelaki yang memakai corak kotak itu adalah Tuan Fadhli Hamdan.

Eh, apa benda yang comel-comel itu???

Ho ho ho, ini adalah Hana, dan Poko.
Insya-Allah sedang diusahakan bersama Faten yang berbakat!

Semasa perlancaran majalah 'Hijabista' terbitan Karangkraf.

Heee... ya, itu adalah Diana Amir, yang manis mengenakan shawl dari Radiusite. Ada banyak wajah yang dikenali di sini, seperti Rina Salleh, Maria Elena, Datin Norjuma, Irma Hasmie, Ika Radiusite, dan ramailah! Penuh pentas semasa mereka semua dijemput naik. :))

Edisi Pengenalan

Saya sudah beli majalah ini Khamis lepas. Setakat ini pada pendapat saya, kandungannya bagus, dan antara perkara yang membuatkan saya mahu beli keluaran seterusnya adalah demi melihat konsistensi 'Hijabista' dalam melakukan perbezaan. Kebanyakan modelnya memakai stoking, tahu? Rare, bukan? =D

"Boreeennnnnggggggg~~~"

Dalam jam 3.30 petang, kena balik dengan pantas, sebab Encik Suami sudah mengantuk dan penat. Inilah akibat apabila galak menonton bola tengah malam. Akibat yang ditanggung oleh saya sebab tidak dapat berlama-lama pada hari terakhir PBAKL nan indah itu. (Haha! Nampaknya saya menang kerana lebih bersemangat dan berkuat harimau.)



Punyalah seronok pergi PBAKL, hingga terlupa yang 6 Mei juga adalah....


Kemunculan kami dalam rancangan Safiyya di TV9!!!
(^______T____T______^)
*nebes nebes nebes*

Kepada yang sempat tengok, hahahahahahahaha! <- gelakkan diri sendiri

Okey, babailah!


Eh sebelum babai, saya dengan rendah diri mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi membeli 'Kawanku Panda', juga siri 'Kisah Si Puteri' sepanjang PBAKL berlangsung. Serius terharu! Terima kasey! \(^o^)/


Tidak lupa, saya juga mahu memohon jutaan kemaafan sekiranya saya ada tersinggung hati sesiapa waktu berbicara, tidak perasan kehadiran kawan-kawan di sana, tidak sempat bertegur sapa, dan sebagainya. Maaf, maaf, maaf! =')

Okey, boleh babai sekarang! BYE!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...