31 December 2010

Gadis-gadis Berbakat! =D


Assalamualaikum, hai kawan-kawan!


Hari ini saya mahu membuat entri berkenaan gadis-gadis berbakat yang sangat saya kagumi semenjak mengenali salah seorang daripadanya.

Mereka juga adalah adik-beradik!!! 

Apa??? =O

Baiklah. Mari saya perkenalkan....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Taaaadaaaaa!!!

Azah dan AzreenChan!!! Woohooo!!!
^__________________^

Siapa mereka?

Siapa pernah baca entri ini, dan seterusnya entri ini?

Ha... kepada yang pernah baca kedua-dua entri di atas, inilah Cik Azreen yang digembar-gemburkan! Kali ini, dalam majalah Yezz! Januari 2011, AzreenChan dan kakaknya, Azah, bersama rakan mereka, Zami @ Zamzammee membuat kemunculan sulung! (Suka-suki aku kata sulung. Padahal mungkin dah banyak kali keluar majalah, hahaha!)

Hebat, bukan?? Sangat-hebatlah-apa-lagi-yang-hendak-dikatakan!!!

Kisah saya mengenali Azreenchan sudah saya ceritakan pada entri sebelum ini. Kali ini saya ceritakan berkenaan kakaknya, iaitu Azah, atau saya panggil Kak Azah, hehe. 

Saya mengenali Kak Azah melalui FB Azreenchan juga, kerana mereka selalu membuat pameran bersama-sama. Maka saya pun like FB Art by Azah, dan melihat-lihat album dia. Wah... juga sangat berbakat seperti Azreenchan!!! Saya terus kagum dengan mereka berdua!

Hendak dijadikan cerita, saya pernah membeli sehelai jubah berwarna putih secara online. Tetapi selepas jubah itu sampai ke tangan saya, saya terkejut kerana jubah itu berwarna sangat putih, walhal saya sangka ia seakan-akan krim. Hahahahaha sangat tak baguslah sangkaan mataku yang kudus ini.

Masa itu, saya rasa jubah itu boleh diselamatkan. Ia sudah sedia ada manik putih, tetapi saya terfikir, masih boleh ditambah manik warna lain. Maka saya terus berhubung dengan Kak Azah melalui e-mel dan FB. Waktu ini barulah saya tahu, yang Kak Azah dan Azreenchan adalah adik-beradik!!! Patutlah dua-dua lawa!!! Saya pun tak menaruh syak-wasangka terhadap kecantikan mereka berdua. Perlu ke nak syak-wasangka bila tengok banyak orang cantik? T_T

Kami berjumpa pertama kali di Putrajaya, event Lorong Seni. Selepas itu kami hanya berhubung melalui e-mel dan FB, hingga baju itu siap.

Tetapi kepercayaan dan keyakinan saya terhadap bakat dan kekemasan hasil tangan Kak Azah tidak salah walau dari sudut mana sekalipun. 

Lihatlah di bawah ini.

Manik yang dijahit oleh Kak Azah.

Memang cantik beb. Rasa macam nak terus sujud syukur apabila melihat jubah putih yang kusangkakan berakhir dengan tergantung sepi di dalam almari yang kelam selepas membelinya dengan harga yang suam-suam mahal, tiba-tiba menjadi bertambah cantik selepas mendapat sentuhan jemari Kak Azah.


Semasa baju dihantar kepada saya, saya sangat-sangat suka!!! ^_______^ Memang sangat sama seperti yang saya harapkan, tetapi lebih cantik atas idea dan kreativiti Kak Azah. Terima kasih banyak-banyak Kak Azah kerana sudi mencantikkan jubah ini. Boleh diperagakan banyak-banyak kali memandangkan sekarang banyak kenduri kahwin, dan ia amat cantik. Biar aku nampak over sikit, mengalahkan pengantin. Siapa suruh pengantin tak minta Kak Azah jahitkan manik. Kan dah menyesal.... (hahahaha tak masal la aku ni....)



Okeylah, kepada yang mahu mengenali mereka dengan lebih lanjut dan melihat hasil karya mereka, bolehlah jengah-jengah ke:

Facebook: AzreenchanAzahZami
Blog: AzreenchanZami

Sesiapa yang mahukan khidmat jahitan manik daripada Kak Azah, hubungi dia terlebih dahulu ya. Bimbang dia sibuk dengan kerja harian, memandangkan Kak Azah juga bekerja di pejabat. =D

Zami @ Zamzammee pula, masih belum ada apa-apa kenangan antara kami. Mungkin tiada jodoh. Wakakaka ayat macam minta kena ceramah oleh si dia sebentar lagi.

Baik, baik.

Sempena ketibaan 2011 dalam beberapa jam sahaja lagi, saya mahu mendoakan supaya mereka semua lebih berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan, dan semoga semakin ramai mengenali bakat mereka ini. Good luck!!!

Kalau mahu lihat dan beli barangan mereka secara live gitu, datanglah ke Lorong Seni, Putrajaya pada Sabtu dan Ahad ini. Like page Lorong Seni bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tak, tak, saya bukan dibayar untuk promosikan semua ini. Saya cuma benar-benar kagum dan seakan-akan terhutang budi dengan dua beradik ini. Itu sahaja... :) 

Saya memang suka meraikan bakat, terutama bakat yang saya tiada, iaitu kreativiti dan seni melukis. Sejak tinggi paras baldi sampai tinggi sikit daripada baldi itu, saya hanya pandai lukis pokok, awan, epal, dan orang lidi. Hahahaha!

Orait. Jumpa lagi bebeh! Entri seterusnya bakal menyusul. Entri terakhir dalam tahun 2010. Yeaaaahhhhoooooooooo!!!

30 December 2010

"AKU KAYOOOOOOOOOOOO!!!!"


Assalamualaikum, hai kawan-kawan! ^____________^


Saya mahu berterima kasih kepada semua yang membantu saya merungkai persoalan 'darah manis' yang penuh misteri itu. Semoga semua bakal pengantin dilindungi Allah, disatukan di jinjang pelamin, memperoleh rezeki untuk hidup berdua, bertiga, berempat, berlima belas pun boleh, bahagia hingga ke akhir hayat, dan akhirnya terus bercinta hingga di syurga....

Oh... (Y________Y) ayat ala-ala kudus Ramadan sudah kedengaran... apakah ini tandanya aku sudah perlu mula membayar semua puasa yang tergadai, bagi mengelakkan keadaan kelam-kabut pada tahun hadapan? *ish ish ish....*

Ya... sebenarnya... saya.........

Memang perlu berpuasa.

Ini kerana simpanan di bank saya kelihatan surut, surut, dan surut, seakan-akan Tasik Chini yang ketandusan air hingga mampu menampakkan naga yang digembar-gemburkan. 

Eh. Kalau akaun bank menyurut hingga menampakkan naga Tasik Chini, okey juga. Boleh mengaut keuntungan dengan memperagakan dia secara berbayar:

RM 10 bagi kanak-kanak tadika dan bayi
RM 20 bagi murid sekolah rendah
RM 25 bagi pelajar sekolah menengah
RM 30 bagi pelajar universiti
RM 40 bagi dewasa dan warga emas, 
RM 50 bagi penjawat professional; peguam, doktor, doktor gigi
RM 100,000,000 bagi kerabat diraja...

... didarabkan dengan bilangan masyarakat di Malaysia, tapi rasanya negara-negara jiran pun teringin nak tengok naga, oleh itu didarabkan dengan penduduk Benua Asia, oh mesti negara jiran Benua Asia pun tak nak ketinggalan, maka didarabkan dengan jumlah penduduk bumi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAH!!!
AKU KAYOOOOOOOOOOOO!!!!
WOOOOHOOOOO!!!!

Yeah bebeh!! Kamon naga! We can do it!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Yes master....

T________________T Kau bukanlah naga yang digembar-gemburkan.....

Kalau akaun menyusut dan akhirnya menampakkan buah naga pun boleh.... Mahal kot harga sebiji buah naga. Boleh jual di Sna LaLa Blogshop yang masih sepi itu. T,T

Tetapi tidak mungkin ada naga mahupun buah naga pada pengakhiran hayat sebuah akaun bank. *Hampa*

Kepada semua payment yang masih tertunggak, munculkan dengan segera!!! Fuh fuh!

P/S: Kang ada yang isi masa lapang kerja Tesco ni kang... orang nak sambut tahun baru terkinja-kinja pada tengah malam di 'KLCC dowh' pun terbantut yall....

P/S lagi: Tak payahlah terperanjat membaca P/S di atas... gurau ajelah! Why so serious? Serious tak sabar tunggu Jun 2011. :))

26 December 2010

Senyum Dalam Duka :')

Tajuk entri ada macam nak minta penampar tak? T_T


Ini entri pendek. Mood kurang ceria kerana sedang berduka berkenaan sesuatu. Penat dah mata ni menangis, Nab. Kalau tak menangis pun, mulut susah sangat nak senyum. Susah jadi diriku pada saat ini, namun susah lagi penduduk di Palestin. (U______U)


Baik, baik.


Cuma nak beri perkhabaran, bahawa:



Entri saya disiarkan di iluvislam.com

^_________________^

Terima kasih Tuan Ahmad Fitri kerana sudi memilih entri saya bagi dikongsikan kepada semua. Setakat di blog sendiri, tidak mampu saya menerima sebegitu banyak feedback. Harap dapat memberikan manfaat kepada semua yang membacanya.

Sila jangan pengsan membaca ulasan iluvislam.com berkenaan penulis (iaitu saya), kerana itu ulasan ikhlas editor. Saya tidak hasut apa-apa pun. Hahahaha! Alhamdulillah... :))

Entri asal di sini: Ya, di sini. Okey, di situ.


Masa Tuan Ahmad Fitri minta izin, saya tidak membayangkan akan muncul di iluvislam.com, tetapi apabila lihat komen-komen di chatbox, saya jadi tidak tahu mahu gembira ataupun gerun. Tetapi saya baca juga di sana. Aku terus jadi malu bai... ayat macam mat rempit, yang baca banyaknya ustaz-ustazah, pembaca baik budiman.... T_T


Tetapi tidak mengapalah. Itu pengenalan berkenaan gaya penulisan saya di sini. Kadang-kadang memang skema habis, kadang-kadang gila sikit, kadang-kadang emo, kadang-kadang macam tak ada motif. Namun terima kasih kepada semua yang sudi membacanya dan menyebarkan kepada orang lain, semoga kita semua mendapat kebaikannya. Tetapi kalau mahu sebar, kena kredit penulis asal... macam iluvislam.com ini. :)


Juga alhamdulillah, sebentar tadi saya menerima e-mel daripada Saudara Irfan Jani, penulis blog SangPelangi yang tidak lagi menulis di blog, tetapi melalui ruangan e-mel sahaja. Sekiranya berminat membaca dakwah tulisan daripadanya, isikan borang yang disediakan. 


Saya akan buat entri khas berkenaan ini selepas semuanya menjadi kenyataan. Saya sangat sangat gembira, kerana ini adalah impian saya tetapi pada waktu itu tidak mendapat kebenaran ibuku tercinta. Jadi, tunggu ya. ^__^


Dalam duka, Allah beriku kesenangan. :)


Jumpa lagi!


P/S: Terima kasih kepada 110 Rakan Budiman, juga kepada semua yang sudi melawat ke sini. Maaflah, blog ini memang wujud ala kadar sahaja. Tidak ada apa yang best sangat pun. Best sikit sahaja, kalau ada mood. Wakakakaram. 

24 December 2010

Masa depan, tolonglah bercerah dengan jayanya!!!

Kategori: Emo Padan Muka (@ ___ @ )'
Sekarang ini dok pening banyak hal. Kerja tak jalan-jalan sebab asyik surf Internet, cari itu ini, keluar seharian, terjah sana sini. Yang dicari, yang diterjah itu pun masih banyak yang perlu dicari dan diterjah. MALAH!!! Ada deadline penulisan pada 7 Januari 2011!!! Warghhhh!! *berguling-guling sambil gigit langsir.* T_________________T


Menjadi dewasa memang sangat tidak mudah! *emo* Namun saya tidak mahu kembali ke zaman budak-budak, kerana waktu itu saya kelihatan sangat comot hingga semua gambar rasa macam nak bakar. *ayat tiba-tiba yang menjurus kepada semakin emo*


Kategori: Emo Nak Kurus!!!
Semalam berlaku satu lagi peristiwa yang mendatangkan emo, hingga membuatkan impian mahu kelihatan ramping seperti Jessica Alba semakin membuak-buak. 

Siapa ada cara mendapatkan badan seperti dia tanpa perlu bersenam dan minum JusMate 5? Wakakaka! Fine, fine. Nanti saya bersenam dengan menjelajah Mid Valley. Senyum dah ada iras-iras dah. *Marilah pitam bersama-sama.........*

Kategori: Tak Berapa Emo, Terkejut Sikit Sahajanya Puuunnn....
Semalam ke Jalan TAR lagi, tengok-tengok fesyen terbaru di sana. Ya... sangat banyak ya shawl baru di situ, kawan-kawan! Yang baru dibeli beberapa minggu lalu, harganya jatuh mendadak. Namun... biasalah. Fesyen adalah salah satu perkara yang flux. "Once you're in, the next day you'll out." - Ayat Heidi Klum dalam 'Project Runway' - Saya seorang perempuan yang tidak fashionable, tetapi suka tengok rancangan seperti ini. ANTM pun best, sebab saya suka part mereka tunjuk result gambar last-last tu. Memang kreatiflah... T_T *ada orang tanya ke yang aku sibuk jelaskan ni?*

Kategori: Langsung Tidak Emo. Ini Sangat Gembira!
Alhamdulillah... dua shawl yang saya iklankan pada entri lalu sudah dijual kepada dua pembeli pertama, iaitu Ain 'Lavendra' Hafizah, dan Nurul Hazira. Wooohooo!!! Terima kasih kepada kedua-duanya!! Sebagai pembeli-pembeli pertama, ada hadiah untuk mereka, cuma saya belum jumpa apakah ia. Nanti apabila sudah jumpa, insya-Allah, saya poskan kepada kamu ya, gadis-gadis comel! Shawl yang lagi satu, tidak dijual sebab sudah pakai dua kali, hehe. Ini yang payah apabila saya jadi peniaga... nanti sendiri yang berkenan. :p

Kategori: Mahu Jelaskan Dengan Tenang
Oh oh kepada pembeli dan bakal pembeli, sekadar pemberitahuan, saya tidak memakai shawl yang diiklankan itu di luar, sampai berpeluh bagai. Cuma dipakai untuk sesi ambil gambar sahaja. Kalau nampak saya pakai di luar, yang sama seperti yang dijual, tentulah sebab saya beli dua!! Hadooooinya puuunnnn. (Siapa keliru dengan ayat '...nya puuunnn' itu, sila klik sini.) Shawl yang saya beli sehelai tetapi terus berkenan, saya tidak jual.  Cuma akan ambil gambar, dan kalau ada yang berminat, saya akan ambil stok lain. =D Kalau yang sudah dipakai, mahu dijual, mari baca kategori seterusnya.

Kategori: Berdebar-debar
Lagi lapan hari, sebelum munculnya tahun 2011. Ini bermakna, tarikh perasmian Sna LaLa Blogshop semakin hampir!!! Waaarrgghhhh!! 

Tetapi dalam masa beberapa hari ini, saya rasa mahu buat pre-launch, untuk menjual 2nd hand goods, seperti shawl, beg, dan blouse yang sudah pernah saya gayakan di khalayak masyarakat. Atau saya jual apa yang sudah saya beli, tetapi tidak pernah pakai. Maksudnya, yang tidak berapa fresh dari ladanglah. Sekiranya tiada pembeli, sekurang-kurangnya saya sudah boleh mula menyebarkan link blogshop saya di blogshop lain. Hehehehe. Sebagai ingatan, barangan saya tiada jenama. Dibeli kerana saya rasa mereka comel. ^_______________^

Kategori: Pening Dengan Perangai Aku Ini Sebab Banyak Kerja Tetapi Sempat Update Blog Dulu!!! T__________________T
Okeylah, perlu keluar ke pejabat pos, kemudian kena balik siapkan kerja kerana esok ada event di PWTC!!! Yeah!! Kali ini bukan takat menyibukkan diri, tetapi memang event yang dipelawa datang. Yahooooo!! Jumpa esok duhai kanak-kanak dan yang pernah jadi kanak-kanak! \(^o^)/

P/S: Tahniah kepada semua calon PMR yang dapat keputusan cemerlang. Kepada yang kurang cemerlang, jangan bimbang bebeh! PMR bukan tanda aras hidup berjaya. Masih banyak cabaran mendatang. Teruskan berhidup dengan ceria!! ^___________^

P/S lagi: 2011 kian hampir. Apa aku dah buat sepanjang 2010??! - Maka entri akan datang adalah entri mengimbau pahit manis 2010. Gerenti panjang. T___T

21 December 2010

Pesta Buku Kanak-kanak 2010

Esok, buat julung-julung kalinya, Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010 akan bermula. 

Insya-Allah, saya akan berada di booth PTS (terletak di A49-A55 & A69-A72, Dewan Tun Razak 3, PWTC) bagi memberikan sokongan padu untuk tim kesayangan saya, iaitu PTS One! Wooohooo! ^_____________^ Sudah lama tiada event bersama mereka, maka esok mahu memunculkan diri, walaupun sekadar datang jengah, tepuk-tepuk tangan, dan pura-pura sibuk kononnya masih staf. Wakaka! =P

Ini jadual aktiviti sepanjang di booth PTS esok yang saya ambil dari FB PTS:



Bagi mendapatkan diskaun 25%, klik di sini: pts.com.my/index.php/klcbf/form


Maklumat lanjut pula, klik sini: pts.com.my/index.php/klcbf


Kepada para peminat yang mahukan tanda tangan saya, bolehlah berjumpa esok. Hahahaha silalah perasan! Novel solo pun tidak wujud lagi! Ala... novel solo sahaja. Buku kolaborasi ada banyak... =P


Baik, baik. Jumpa di sana!

20 December 2010

Watermark adalah sangat PENTING!

Assalamualaikum, hai kawan-kawan!

Saya sedang menjalankan 'kempen' membuat watermark pada setiap gambar yang dimuat naik di Internet, tidak kira di Facebook, blog, dan semua yang seumpama dengannya. 

Apa itu watermark?
Watermark adalah tulisan, logo atau sebarang cara bagi kita memberitahu kepada umum bahawa gambar itu milik kita, hanya apabila ia benar-benar milik kita. Sekiranya gambar diri kita yang diambil oleh orang lain, tetap buat watermark, tetapi kreditkan nama jurugambar.

Bagaimana membuat watermark?
Watermark boleh dibuat dengan pelbagai cara; menggunakan perisian berlesen seperti Photoshop, juga boleh download pelbagai perisian photo editing percuma seperti Photoscape. Paint juga boleh, gunakan fungsi Text.

Saya sudah mulakan di kedua-dua FB saya. 
    Walaupun saya belum pernah menjadi mangsa penyamaran di FB, saya lakukan ini sebagai langkah pencegahan. Saya buang semua gambar tanpa watermark yang ada di FB, kerana sekiranya kita hanya membuat watermark pada gambar-gambar baru, gambar-gambar lama akan menjadi sasaran.

    Kes gambar saya yang dicuri oleh kamu-tahu-siapa, adalah gambar-gambar di blog ini. Walaupun sudah jenuh saya membuat watermark pada setiap gambar, saya tetap menjadi mangsa. Itu cerita lain.

    Malah memang sudah ada gambar saya di blog ini yang diambil tanpa pengetahuan dan dicrop hingga hilang watermark itu. Namun yang ini, saya maafkan kerana saya kenal siapa mereka. Maka, tip lain bagi membuat watermark adalah, letak di bahagian yang sukar dipotong. Kalau mahu buat ekstrim seperti gambar profil blog saya, letaklah di muka. Hahahaha! Belasah!

    Kalau di FB, guna alamat FB. Kalau di blog, guna alamat blog, ataupun boleh juga letakkan alamat FB ataupun e-mel. Wah gitu. Ini yang lebih wajar, bukan setakat menulis nama sebagai watermark kerana nama juga boleh ditiru dan digunakan oleh ramai lagi manusia yang kebetulan sama nama dengan kita. Ini bagi membolehkan sesiapa yang mengenali kita dapat menghantar laporan bagi kecurian tanpa link kredit.

    Kepada yang masih belum ada username, boleh klik di sini: www.facebook.com/username dan akan muncul langkah-langkah membuatnya. Username adalah alamat FB kita. Macam saya, alamat FB saya adalah www.facebook.com/husnaadnan. :)

    Saya trauma? Ya. Saya trauma dengan kejadian itu, dan saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya sangat menjaga hal-hal peribadi saya. Saya bukan artis, saya bukan Lisa Surihani, tetapi tiada undang-undang yang kata, hanya artis yang boleh diplagiat. Artis itu lain, mereka hidup dengan sokongan peminat. Artis adalah hak masyarakat. Secara etika, pandai-pandailah kau fikir ya Som.

    Walau bagaimanapun, bak kata Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS, "Orang jahat ada banyak cara mahu melakukan kejahatan...." Ya, saya sangat setuju! Saya sudah berusaha, tetapi kelak sekiranya kena lagi, maknanya memang orang yang menganiaya itu memang jahat! Hanya Allah yang dapat memberikan keinsafan.

    Saya kena, saya sedar, saya mencegah, saya tunggu dan lihat. Yang masih terus menggelakkan saya, teruskan ketawa. Yang anggap saya gelabah lipan, teruskan dengan anggapan sebegitu. Kita tidak akan tahu bagaimana perasaannya hingga kita sendiri terkena. Namun, tidak perlu tunggu untuk rasa perasaan bodoh ini, kerana tidak berbaloi. Lakukan pencegahan, dan hiduplah aman damai.

    Saya akan terus meletakkan gambar mengikut peristiwa yang berlaku dalam hidup saya. Saya tidak akan berhenti menulis blog dan meletakkan gambar, kerana ini diari hidup saya. Saya mahu anak-anak saya dapat membaca kisah hidup emak mereka dari pelbagai sudut. Insya-Allah. Aku pun nak jadi emak juga... tak payah nak rolling eyes sangat. 

    "Hanya kepada Allah, aku meminta pertolongan...." :)

    P/S: Ini bukan paksaan. Ini sekadar saranan.

    17 December 2010

    Saya bukan Lisa Surihani. Maaf.

    Haish! Berkali-kali saya berfikir sama ada perlu ataupun tidak saya kongsikan dengan kamu semua segala screenshot yang sudah saya save dari blog Penyulam Mimpi, segala bukti betapa beberapa entri saya sudah disalin bulat-bulat oleh pemilik blog itu, seolah-olah entri itu ditulis oleh dirinya. (Namun maaflah ADIK, En. Nazri 'Dunia Vovinska' M. Annuar sudah terlebih dahulu mengesan hal ini dan memaparkan screenshot itu.) 


    Apabila mendapati blog itu sudah tidak wujud, saya kira, ianya sudah selesai. Maka tidak perlu saya bangkitkan isu itu.


    Hinggalah saya rasa, ada sesuatu yang perlu saya kongsikan di sini selepas menerima mesej ini daripada Khairul Hadi sendiri. Saya menghantar mesej kepada dia terlebih dahulu bagi menyatakan yang saya sudah mengetahui perbuatan dia. Mari baca bersama.


    Khairul Hadi 16 December at 23:16 Report
    baiklah kak una oii..
    klau btoola sye buat salah..iaitu curi enri org dlm blog..tlong bagitau ade k hadith yg mencegah sye bbuat demikian,ayat quran k..
    setahu sye x de la plak..banyak dh kitab yg sye dh bace tapi x de plak yg mencegah sye buat camtu..kitab fathul qareeb,fathul bari,al umm pown saye x jumpe pown cam tu..
    so,klau ade jugak baru g tau sye k..kate berpegang pd quran dn sunnah..
    klau dh jumpe hadith tu nnti barubley smbang ngan sye k..
    salam..



    - By the way, ... Kak Una? Adakah kita sebegitu rapat?? -


    Kalian sudah baca? Sudah ada pendapat sendiri? Mari kita teruskan ke cerita seterusnya.


    Atas jasa baik seorang rakan, saya juga ada screenshot komen-komen Khairul Hadi, seorang remaja berusia 14 tahun, tinggal di Kajang sekiranya saya tidak silap, yang membuat sebuah album khas di FB miliknya, yang dipenuhi gambar saya, bersama KAWAN-KAWAN SAYA. 


    Mana gambar kita berdua? Title album macam jalan sama-sama je dik?
    Ini buktinya yang saya tidak cakap gebang. Ini hanya sebahagian gambar.
    Semuanya ini adalah gambar dari blog saya.


    Tetapi memandangkan Khairul Hadi sudahpun membuang album ini, saya fikir, komen-komen dia dan kawan-kawannya tidak perlu saya utarakan di sini. Tidak perlu saya utarakan dalam bentuk screenshot sebagai bukti paling kukuh yang saya dan rakan lain ada.


    Namun demi menjawab soalan hadis ADIK Khairul Hadi, biar saya ceritakan sendiri.


    Apabila sebegini banyak gambar saya di dalam satu album, ada rakannya bertanya berkenaan siapa 'saya'. Khairul Hadi tanpa segan-silu mengatakan, yang 'saya' dan dia berjumpa semasa dia berjalan-jalan di Kajang, dan seterusnya dia berjaya mendapatkan nombor (telefon) 'saya'. 'Kami rapat' berbanding rakan-rakan lain. Kata siapa? KATA KAU!


    Saya tidak kenal siapa Khairul Hadi, dan saya tidak pernah memberikan nombor (telefon) saya kepada dia. Malah sewenang-wenangnya semasa dia sedang berjalan-jalan di Kajang?? Kau fikir kau Edward Cullen, dik?


    Menipu itu sudah satu hal. Memburukkan 'saya' seolah-olah 'saya' perempuan murahan yang begitu mudah memberikan nombor telefon kepada lelaki yang tidak saya kenali, adalah satu fitnah yang saya tidak mahu tanggung.


    Kalau setakat memang minat, atau mengidolakan saya sekalipun, janganlah tipu hingga sebegini. Apabila orang tanya, jawab sahajalah saya ini blogger idola kamu ke, kakak muka artis macam Lisa Surihani sampai kamu suka simpan gambar saya ke, ini koleksi Gadis Kajang Yang Tidak Aku Kenali ke kan. Ini tak. Mengaku akak ni kekasih kau, dik. Jumpa masa jalan-jalan di Kajang? Tak romantik langsung jalan cerita. Haiyooooooh. Dahlah aku ni suka memerap dalam rumah! 


    Oleh kerana dua daripada Rakan Budiman saya adalah Khairul Hadi, maka saya jangka dia akan membaca entri ini


    Maka di sini, biar saya jawab soalan kamu berkenaan... err... sebelum itu, ya, zaman Rasulullah tiada blog, tiada Facebook, memang tiada hadis menegah kita mencuri entri orang lain. Tetapi jangan anggap Islam ini agama bodoh. 


    Saya mungkin tidak ahli bab hadis dan al-Quran seperti kamu, tetapi saya tahu betapa Islam ini agama yang mudah dan indah.


    Islam tidak pernah menghalalkan penipuan, fitnah dan mencuri.


    Tepuk dada, tanya iman, Adik Khairul Hadi. Jangan guna profil FB seperti orang warak, tetapi memfitnah manusia yang langsung tidak mengenali kamu, menipu rakan-rakan, mencuri entri orang lain tanpa link kredit dan cuba menegakkan betapa kamu di pihak yang benar dengan memohon kebijaksanaan saya memberikan hadis dan ayat al-Quran kepada kamu.


    Satu-satunya yang saya harap dengan kejadian ini adalah, supaya kamu tahu mengapa saya mempertahankan diri saya, dan kawan-kawan saya mempertahankan diri saya.


    Apa yang kamu lakukan adalah salah. 


    Cuba cari etika menggunakan Internet di Internet. Cuba cari undang-undang siber. Fahami dahulu sebelum kamu meminta saya memberikan sebarang hadis dan ayat al-Quran.


    Saya bekas pelajar Komunikasi Massa. Saya penerima Anugerah Naib Canselor. Kan aku dah macam cakap besar. Saya belajar undang-undang media, dan sudah tentu, saya pelajari agama saya, agama kita. Saya tidak sebodoh yang kamu sangkakan. 


    Kalaulah sebegitu hebat kamu mengidolakan saya, kamu seharusnya tahu saya tidak suka bermusuhan dengan sesiapa. Malah apabila saya marah, saya marah bersebab. Ini peringatan saya sebagai seorang kenalan maya, sebagai seorang KAKAK, sebagai orang yang teraniaya. Malah kawan-kawan saya di FB itu bukan orang sembarangan. Mereka juga ahli dalam bidang mereka sendiri. Kami semua bukan rakan sebaya kamu. Maka sekurang-kurangnya, hormati kami.


    Walaupun tiada sepatah pun ucapan maaf daripada kamu kepada saya. :)


    Kamu budak baik, dari keluarga yang baik-baik, saya harap ini satu pengajaran untuk kamu supaya menjadi budak baik di alam siber juga.


    Gambar dari FB Khairul Hadi.
    - Semoga berjaya dengan akhlak yang baik. -


    People make mistakes. Forgive, but we never have to force ourselves to forget. It goes naturally.


    P/S: Walaupun kamu block saya, jangan fikir tiada mata yang memerhati.


    P/S lagi: Maaf sekiranya berkasar bahasa, kerana kakak kamu juga berkasar bahasa dengan saya. Oh ya, kakak kamu juga kategori adik buat saya. Chill.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...