17 December 2010

Saya bukan Lisa Surihani. Maaf.

Haish! Berkali-kali saya berfikir sama ada perlu ataupun tidak saya kongsikan dengan kamu semua segala screenshot yang sudah saya save dari blog Penyulam Mimpi, segala bukti betapa beberapa entri saya sudah disalin bulat-bulat oleh pemilik blog itu, seolah-olah entri itu ditulis oleh dirinya. (Namun maaflah ADIK, En. Nazri 'Dunia Vovinska' M. Annuar sudah terlebih dahulu mengesan hal ini dan memaparkan screenshot itu.) 


Apabila mendapati blog itu sudah tidak wujud, saya kira, ianya sudah selesai. Maka tidak perlu saya bangkitkan isu itu.


Hinggalah saya rasa, ada sesuatu yang perlu saya kongsikan di sini selepas menerima mesej ini daripada Khairul Hadi sendiri. Saya menghantar mesej kepada dia terlebih dahulu bagi menyatakan yang saya sudah mengetahui perbuatan dia. Mari baca bersama.


Khairul Hadi 16 December at 23:16 Report
baiklah kak una oii..
klau btoola sye buat salah..iaitu curi enri org dlm blog..tlong bagitau ade k hadith yg mencegah sye bbuat demikian,ayat quran k..
setahu sye x de la plak..banyak dh kitab yg sye dh bace tapi x de plak yg mencegah sye buat camtu..kitab fathul qareeb,fathul bari,al umm pown saye x jumpe pown cam tu..
so,klau ade jugak baru g tau sye k..kate berpegang pd quran dn sunnah..
klau dh jumpe hadith tu nnti barubley smbang ngan sye k..
salam..



- By the way, ... Kak Una? Adakah kita sebegitu rapat?? -


Kalian sudah baca? Sudah ada pendapat sendiri? Mari kita teruskan ke cerita seterusnya.


Atas jasa baik seorang rakan, saya juga ada screenshot komen-komen Khairul Hadi, seorang remaja berusia 14 tahun, tinggal di Kajang sekiranya saya tidak silap, yang membuat sebuah album khas di FB miliknya, yang dipenuhi gambar saya, bersama KAWAN-KAWAN SAYA. 


Mana gambar kita berdua? Title album macam jalan sama-sama je dik?
Ini buktinya yang saya tidak cakap gebang. Ini hanya sebahagian gambar.
Semuanya ini adalah gambar dari blog saya.


Tetapi memandangkan Khairul Hadi sudahpun membuang album ini, saya fikir, komen-komen dia dan kawan-kawannya tidak perlu saya utarakan di sini. Tidak perlu saya utarakan dalam bentuk screenshot sebagai bukti paling kukuh yang saya dan rakan lain ada.


Namun demi menjawab soalan hadis ADIK Khairul Hadi, biar saya ceritakan sendiri.


Apabila sebegini banyak gambar saya di dalam satu album, ada rakannya bertanya berkenaan siapa 'saya'. Khairul Hadi tanpa segan-silu mengatakan, yang 'saya' dan dia berjumpa semasa dia berjalan-jalan di Kajang, dan seterusnya dia berjaya mendapatkan nombor (telefon) 'saya'. 'Kami rapat' berbanding rakan-rakan lain. Kata siapa? KATA KAU!


Saya tidak kenal siapa Khairul Hadi, dan saya tidak pernah memberikan nombor (telefon) saya kepada dia. Malah sewenang-wenangnya semasa dia sedang berjalan-jalan di Kajang?? Kau fikir kau Edward Cullen, dik?


Menipu itu sudah satu hal. Memburukkan 'saya' seolah-olah 'saya' perempuan murahan yang begitu mudah memberikan nombor telefon kepada lelaki yang tidak saya kenali, adalah satu fitnah yang saya tidak mahu tanggung.


Kalau setakat memang minat, atau mengidolakan saya sekalipun, janganlah tipu hingga sebegini. Apabila orang tanya, jawab sahajalah saya ini blogger idola kamu ke, kakak muka artis macam Lisa Surihani sampai kamu suka simpan gambar saya ke, ini koleksi Gadis Kajang Yang Tidak Aku Kenali ke kan. Ini tak. Mengaku akak ni kekasih kau, dik. Jumpa masa jalan-jalan di Kajang? Tak romantik langsung jalan cerita. Haiyooooooh. Dahlah aku ni suka memerap dalam rumah! 


Oleh kerana dua daripada Rakan Budiman saya adalah Khairul Hadi, maka saya jangka dia akan membaca entri ini


Maka di sini, biar saya jawab soalan kamu berkenaan... err... sebelum itu, ya, zaman Rasulullah tiada blog, tiada Facebook, memang tiada hadis menegah kita mencuri entri orang lain. Tetapi jangan anggap Islam ini agama bodoh. 


Saya mungkin tidak ahli bab hadis dan al-Quran seperti kamu, tetapi saya tahu betapa Islam ini agama yang mudah dan indah.


Islam tidak pernah menghalalkan penipuan, fitnah dan mencuri.


Tepuk dada, tanya iman, Adik Khairul Hadi. Jangan guna profil FB seperti orang warak, tetapi memfitnah manusia yang langsung tidak mengenali kamu, menipu rakan-rakan, mencuri entri orang lain tanpa link kredit dan cuba menegakkan betapa kamu di pihak yang benar dengan memohon kebijaksanaan saya memberikan hadis dan ayat al-Quran kepada kamu.


Satu-satunya yang saya harap dengan kejadian ini adalah, supaya kamu tahu mengapa saya mempertahankan diri saya, dan kawan-kawan saya mempertahankan diri saya.


Apa yang kamu lakukan adalah salah. 


Cuba cari etika menggunakan Internet di Internet. Cuba cari undang-undang siber. Fahami dahulu sebelum kamu meminta saya memberikan sebarang hadis dan ayat al-Quran.


Saya bekas pelajar Komunikasi Massa. Saya penerima Anugerah Naib Canselor. Kan aku dah macam cakap besar. Saya belajar undang-undang media, dan sudah tentu, saya pelajari agama saya, agama kita. Saya tidak sebodoh yang kamu sangkakan. 


Kalaulah sebegitu hebat kamu mengidolakan saya, kamu seharusnya tahu saya tidak suka bermusuhan dengan sesiapa. Malah apabila saya marah, saya marah bersebab. Ini peringatan saya sebagai seorang kenalan maya, sebagai seorang KAKAK, sebagai orang yang teraniaya. Malah kawan-kawan saya di FB itu bukan orang sembarangan. Mereka juga ahli dalam bidang mereka sendiri. Kami semua bukan rakan sebaya kamu. Maka sekurang-kurangnya, hormati kami.


Walaupun tiada sepatah pun ucapan maaf daripada kamu kepada saya. :)


Kamu budak baik, dari keluarga yang baik-baik, saya harap ini satu pengajaran untuk kamu supaya menjadi budak baik di alam siber juga.


Gambar dari FB Khairul Hadi.
- Semoga berjaya dengan akhlak yang baik. -


People make mistakes. Forgive, but we never have to force ourselves to forget. It goes naturally.


P/S: Walaupun kamu block saya, jangan fikir tiada mata yang memerhati.


P/S lagi: Maaf sekiranya berkasar bahasa, kerana kakak kamu juga berkasar bahasa dengan saya. Oh ya, kakak kamu juga kategori adik buat saya. Chill.

17 comments:

kyrel said...

Salam ,cikgu... bertabahlah...

kepada Khairul Hadi! banyakkan istifar,jangan terlalu angkuh dgn apa yg diri kamu ada, sehingga lupa adab bicara dengan orang!ya(^____^)


(diharap perkataan lemah lembut ini dapat melembutkan hati yang lebih keras dari kepala batu... hehehe)

a little less conversation said...

memang dasar budak pra-matang yang cuba bermadah kata tanpa menggunakal akal..sekali dibidas nah!! KATA KAU!! (curi ayat sna jap) kah kah kah kah

kpd errr ADIK khairul hadi a.k.a errr "ulama muda"..nabi tidak pernah menjatuhkan ataupun merendahkan martabat seorang wanita, statement ni aku rasa dah cukup kot, klau ko faham dengan jelas ko tidak akan teragak2 melakukan sebigini rupa kepada KAKAK sna..

kpd kakak sna (err kakak), haa pe lg sna, ko bkk akaun pesbuk baru pastu tuka link blog, pastu invite reader yg knl je..hoho


p/s: hadi, ko memalukan org kajang betul la (emo seorg bdk kajang yg merantau mencari rezeki di negeri org lain) hahaha

K.A.A. said...

Daripada komen dia, si adik ni jelas2 tahu yang dia dah mencuri.

Adik, apalah gunanya kau baca kitab fathul qareeb,fathul bari dan al umm jika al-Quran pun kau belum betul2 pelajari dan fahami. Kata hudup berpegang pada Quran dan Sunnah? Dalam al-Quran jelas menerangkan hal ini ye, adik.

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - Surah Al-Maidah, ayat 38.

p.s- Banyakkan bersabar ya Husna. Atau cuba cari layout yang 'prohibit copying'...rasanya ada :)

Pelajar Tua said...

bukan nak merendahkan status "ulama muda", tapi perbuatan dia langsung tak melambangkan dia layak untuk terima status tu. sorry to say.

to khairul hadi, Rasulullah pernah bersabda "Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

so, take it and shuvit bro
fikir dulu sebelum buat statement

Revera said...

Husna, salam, saya nak tanya bagaimana caranya kalau saya berminat utk jadi freelance editor juga?

Zera Ghazali said...

Dah terang-terangan buat salah, tak nak ngaku. Siap nak bukti hadith bagai. Sekeh kepala kan...riak betul, mentang-mentang dia dah baca banyak kitab. Huh

Secret Drifter said...

salam kak Husna... gosh kak Husna pun mangsa dgn org mcm ni...

kalau warak pun.. tu bukan cara nak berkenalan... siap menipu..

btw kak... xtau akak pun kena serang sebegini.. kita vloggers pun kena serang gak dgn org mcm tu

napeace said...

*Tergamam*

Ada juga orang macam ni.. -__-"
Bertabahlah KAKAK Husna.

EEan said...

Bajet alim, tapi geli lah sial dengan mamat mamat macam ni. Nak muntah aku.. Manusia hipokrit..

Juw-one said...

isk3.. punyalah kipas-susah-mati si husna sampai kau letakkan dlm album kau yeh??? isk3... kau mungkin sudah baca beribu kitab tapi kau cuma baca tapi tak faham.... terang2 kau buat salah, kau tak mau ngaku meh??? aiyohhh~ bagi aku, kau cuma berselindung dibalik appearance kau yg warak... come on, just admit your mistakes... kepada cik Husna Adnan, chill okies? budak umur 14 ni maybe masih mentah and forgive him for his mistakes.. agak tertarik dengan P/S awak :

P/S lagi: Maaf sekiranya berkasar bahasa, kerana kakak kamu juga berkasar bahasa dengan saya. Oh ya, kakak kamu juga kategori adik buat saya. Chill.


adakah campurtangan dari kak beliau?? hehehehe...


(lama tak tinggal komen di sini....)

aku-H said...

gilela..ade peminat fanatik siot!ha3..kak una nak sign..nak sign!

Riha J said...

Pergh akak Una. Ayoyoyo tiba-tiba ada die-hard fan yang panggil Kak Una pula.

Gemuruh jiwa semangat membara dari puncak ingin terjun betul.

Tabahlah wahai Kak Una. Betullah, kakak saya juga adalah adik Kak Husna. Hahahaha chill, sungguh tenang. :D

Husna Adnan said...

Salam,
Terima kasih semua yang memberikan komen. Saya harap dia baca semua ini, dan tidak membaca semua ini dengan ego yang meninggi. Ini pengajaran buat dia, saya dan kita semua. Terima kasih banyak-banyak! Saya sangat hargai setiap komen kawan-kawan!! Saya akan bertabah dan terus berceria dan berwaspada. Semoga kita semua dilindungi Allah selalu. ^_____________^

reVera,
Hantar emel ke editorial@pts.com.my, sertakan sedikit pengenalan diri dan resume. Pastikan guna bahasa Melayu yang betul ya. (^_^) Selamat maju jaya!

nawariah :) said...

Ya Allah, brani jugak dia cakap macam itu, tidak takut ke?

Husna Adnan said...

Hmm... saya juga pelik.

bojan said...

ulama muda tu sna..huhuhu

Husna Adnan said...

Kita doakan impian dia supaya berjaya dengan keperibadian yang mulia, Jan... :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...