Hari ini ada sedikit senyum kerana sudah dapat menyelesaikan satu masalah terhebat sepanjang saya bekerja di PTS One, dengan bantuan beberapa gajet atas cadangan beberapa insan genius dalam hidup saya. Alhamdulillah... aman rasanya hidup ini apabila dapat menyelesaikan satu masalah. Next!
Dengan itu, Husna Adnan mahu menulis beberapa perkara menarik yang sudah berlaku dan bakal berlaku buat tatapan diri sendiri, pembaca blog ini dan anak-anak pada masa hadapan (sekiranya blog ini masih wujud - maka mereka akan rasa ibu mereka ini suka merepek sejak dari muda, maka ibu mereka akan dimaafkan dengan hati terbuka).
Mana saya mahu mulakan ya?
Baiklah. Kita mulakan dengan huruf A (wah, macam soalan objektif!).
A) Pada 8 dan 9 Mei 2010 yang lalu, saya dan beberapa rakan sekolah sudah menjejakkan kaki masing-masing di Melaka Bandar Raya Bersejarah.
Ya... walaupun saya agak sibuk, namun saya perlu berikan ruang kepada para gadis kerana perancangan mahu bercuti bersama sudah dilakukan bertahun-tahun, namun akhirnya berjaya dilakukan walaupun hanya ke Melaka. Tidak... saya bukan mengatakan Melaka itu tidak menarik, cuma kami yang tinggal di Kajang ini dikecam hebat oleh penduduk setempat kerana sudah bermalam di sana. Sepatutnya boleh balik hari. Well... orang yang cemburu itu ada di mana-mana. Maka kami sudah abaikan mereka dan teruskan aktiviti menarik seperti:
- menaiki River Cruise
- makan malam di Umbai
- berjalan di Jonker Walk
- memasuki pelbagai muzium (namun kurang menghayati apa yang dipamerkan, selain sakan bergambar di setiap sudut)
- melawati Taman Buaya Melaka - ini kenangan yang paling bikin panas, kerana kami tidak begitu melihat buaya, namun sudah masuk Rumah Cermin Misteri yang sebenarnya lebih kepada Rumah Hantu-Kurang-Asam-Semua-Ini
- melawati Zoo Melaka dengan menaiki kereta api di kala hujan lebat hingga basah seluar jean yang dipakai dan nampak harimau dengan saiz lima puluh sen
- pergi ke Jusco yang serius-sangat-besar-bai berhampiran Melaka Sentral, dan
- singgah di gerai di tepi jalan demi memenuhi permintaan para ibu kami.
- Selesai....
B) Pada 15 dan 16 Mei 2010, SEPATUTNYA saya ke Putrajaya sempena Hari Belia di Lorong Seni, namun kerana buku Ramadan saya masih belum siap, saya tidak dapat menghadirkan diri.
Bukanlah saya perlu ada di sana demi apa-apa aktiviti mahupun undangan menari shuffle, namun saya sepatutnya ke sana bagi menemui Cik Azreen kerana saya sudah membeli kotak fail yang dicantikkan oleh dirinya sejak berminggu-minggu lalu, namun dek kesibukan dan ketiadaan orang di rumah, kotak fail itu sudah dikembalikan kepadanya atas 'jasa baik' Pos Ekspres. T________T Kini saya sedang menyusahkan Cik Azreen sekali lagi apabila terpaksa meminta gadis cantik itu menghantarkan kotak fail terbabit ke pejabat.
Kepada Cik Azreen, saya membuat permohonan maaf secara terbuka di blog ini walaupun blog ini mungkin tidak dibaca oleh cik. Saya tidak bermaksud... saya harap saya dapat menebus kesalahan saya terhadap cik. Cik sangat penyabar dan cool!
Mahu tahu bagaimana saya berkenalan dengan Cik Azreen?
Saya terjumpa blognya semasa sedang Google sesuatu. Saya juga tidak ingat mahu Google apa, namun saya sebagai insan yang sering mengkagumi mereka yang pandai melukis, sudah bookmark blognya dan membaca apabila ada masa terluang.
Ini blog Cik Azreen. Marilah memberikan sokongan kepadanya ya! (^_^)
Pada suatu hari... Cik Azreen membuat entri ini. Saya sudah berkagum dengan amat hebat akan kegigihan doodle Cik Azreen. Dan saya tidak melepaskan peluang apabila Cik Azreen menjual kotak fail yang comel itu!!! Waaaaah!!! =D
Maka... inilah kotak fail yang bakal mendarat ke pelukan saya kelak. ^__________^
Foto diambil dari blog Cik Azreen.
SAYA SANGAT GEMBIRA
DAN SANGAT MENGKAGUMI KAMU,
CIK AZREEN!!! ♥
SAYA SANGAT GEMBIRA
DAN SANGAT MENGKAGUMI KAMU,
CIK AZREEN!!! ♥
Okey, sudah perlu bertenang.
C) Pada 22 Mei 2010, iatu semalam, saya dan tim PTS One berada di MPH Mid Valley demi sesi bertemu para penulis Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan.
Sangat seronok kerana ada permainan puzzle, mewarna, melukis dan bercerita. Sungguh terhibur melayan si kecil yang turut serta. Terima kasih kepada pihak Marketing terutamanya Cik Puan Nor Fadilah kerana mempelawa kami ke sana. (^_^)
Gambar aktiviti boleh dilihat di FB PTS One.
D) Pada 22 Mei 2010, iatu semalam juga, selepas aktiviti di Mid Valley, saya sudah ke Kelana Jaya bagi menghadiri jamuan kecil-kecilan di kediaman rakan serumah semasa di universiti suatu ketika dahulu.
Walaupun sebenarnya ada banyak kerja menanti di rumah dengan penuh manja, namun saya tetap berdegil mahu ke sana kerana sangat lama tidak berjumpa mereka. T___________T Oh, sangat rindu bergurau senda dan bahan-membahan. Sangat meriah walaupun tidak begitu ramai. Oleh kerana begitu seronok berbual dan membahan, gambar juga sudah lupa ambil... hanya mengharap gambar dari pihak rakan lain sahaja.
Fuh! Memang sangat pack hujung minggu saya. Duduk di rumah buat kerja juga dikira sangat pack kerana tidak boleh keluar sewenang-wenangnya. Ha ha ha. Sangat menarik hidup ini.
Minggu hadapan? Minggu hadapan juga ada aktiviti menaweeeeeek! Auuwww. Selain itu, impian ke konsert Rossa pada Sabtu hadapan hanya tinggal angan-angan. Kepada yang pergi, tidak perlu muncul dengan entri hebat ataupun gambar berpelukan dengan Kak Rossa. Tidak perlu.
Bulan Jun pula bagaimana?
Bulan Jun juga adalah bulan yang agak sibuk.
Ada aktiviti PTS One di Read Malaysia yang dijalankan di The Mines. Walaupun tahun ini PTS tidak buka booth di sana, namun buku-buku kami akan dijual melalui beberapa orang pengedar, antaranya Gramedia. Kedatangan pihak PTS bagi memeriahkan suasana sahaja. Maka nanti akan diberitahu bila tarikh dan apa aktivitinya. Nantikan ya!
Baiklah, agak berjela-jelapang padi nampaknya entri kali ini. Semoga berjumpa lagi pada lain entri! Jangan lupa bersenam ya! (Apa motif?) Bye!!! =D

* * *

8 comments:
seperti yang dijangkakan~ entri yang best!!! suka~ suka`~
salam.
lama tak menjenguk blog ni. hehe. wah, sibuknya cik Husna! moga sentiasa sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu dalam menangani kesibukan =)
p/s : sudah lama tak ada entri 'belajar bahasa bersama cik Husna'. bila agaknya akan muncul kembali? hehe (^_^)
hebat.... ngeee... " HAI SEMUA,APA KHABAR???? [soalan tu saya tuju kepada anak-anak cikgu nanti kalau mereka ada terbaca komen ini....] (^___^)v
Cik Husna,
hmmm....sebenar melaka adalah satu tmpt menarik..cuma cik husna tak ketemu tempat yang menarik tersebut...kesian.
nanti, kalau pergi lagi, cuba singgah ke pengkalan balak dekat masjid tanah. Perghh...cantik.
Apa-apa pun, yg pasti taman buaya melaka memang dan sememangnya tempat yang berbaloi untuk dilawati..<3
Tuan Saiful "<3"
akhirnya..dpt gak ak komen kt blog ko ni sna setelah sekian lama x komen..haha
mkin lama mkin pnjang n3 ko eh..tp pape pn abih gak ak bce..huhu
pirate's crackerx,
Hahaha! Terima kasih kerana selalu membaca entri saya! (^_^)
Shukri,
Wa'alaikumsalam.
Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog ini.
Ya agak sibuk sedikit.
Terima kasih atas doa itu ya! :D
Berkenaan entri belajar itu, saya sudah tiada idea. Apa yang awak mahu tahu? Saya akan cuba tulis untuk entri seterusnya ya, insya-Allah. (^_^)
kyrel,
hahaha! Harap mereka akan baca kelak. Hehe.
Tuan Saiful,
Terima kasih atas komen yang diberikan.
Sebenarnya memang banyak tempat yang kami mahu pergi, namun masa tidak begitu mengizinkan.
Rakan kami yang jadi pemandu pelancong itu memang orang Melaka.
Insya-Allah sekiranya ada peluang lagi, saya akan cuba ke Pengkalan Balak. (^_^)
Rafi,
wahhh!! Sudah lama tidak ketemu. Haha!
Terima kasih ya kerana berjaya habis baca entri kali ini. Hehe.
nta knp hati ini sgt kiciwa x dpt masuk umah hantu..marilah bertabah masuk ke ctu sebelum ajal tiba!!(meminta dgn senyuman manis spt kucing)
Hahahaha!
Tapi aku tak bolehlah, Dayah.
Aku rasa nak tercabut jantung masa tu.
Kau boleh paksa aku makan durian, tapi aku takkan masuk rumah hantu tu... T______________T
Post a Comment