Waktu Calaqisya umum pembukaan butik di Bangi, aku bahagia amat. Aku gelar Calaqisya sebagai 'Penyelamat'. Bila berat naik mencanak, tak terkira berapa banyak kali aku menangis depan almari. #hatitisu
Semua baju yang aku ada, semuanya ketat sendat! Tapi waktu aku cuba 'Syifa', salah satu jubah Calaqisya sehari sebelum raya (ya, tahun lepas semua jenis baju aku tak muat!), itulah senyum aku paling lebar. Aku tak fikir panjang, terus beli dan pakai masa raya pertama.
Selama ini kalau mahu ke Calaqisya, aku perlu ke Shah Alam, atau JB bila balik rumah mentua. Kali ini kau bayangkanlah dokat gilo! Dekatlah juga, Kajang - Bangi. Maka ya, aku memang bahagia. Bahagia yang masih lek lek, sebelum...
Calaqisya umumkan yang 100 PELANGGAN PERTAMA akan dapat JUBAH PERCUMA.
JUBAH PERCUMA woi. Bukan potpuri dalam beg jaring disertakan bersama dua tiga biji kacang. Jubah! Antara yang tersenarai dalam 100 jubah percuma itu adalah Syifa. Syifa yang aku sayang.
Tak keruan. Tapak tangan basah, jantung dup dap dup dap. Sebab aku tahu, bila ada offer macam ini, pukul 6 pagi dah ada orang beratur. Haaa aku 6 pagi masih tidur sebelum alarm bangunkan setengah jam kemudian.
Tak boleh jadi. Aku minta izin suami, nak keluar awal mengalahkan orang lain. Of course, dia beratlah nak kasi. Tapi aku cuba melobi, sebab salah satunya aku nak buktikan kepada diri aku, yang menjadi aku yang biasa, jubah itu confirm bukan aku punya.
Nak jadi cerita, malam sebelum pembukaan, aku cuba tidur awal. Nak berebut kan, nak jubah free. Kahkah! Tapi jam 9 malam, sambil aku baring-baring layan Instagram, terbeliak mata aku. Calaqisya update, dah ramai menunggu sejak pukul 3 petang. T____T
Aku sangka aku dah cukup gila. Terus pejam mata rapat-rapat, mengharap aku terlelap sekejap dan bangun dengan bertenaga.
Tak mampu.
Aku terus bangun, mandi, bersiap, cium Afia, salam suami, dan alangkah gilanya aku, jam 11 malam aku dah keluar rumah sorang-sorang. 👻👻👻
Pukul 12 tengah malam, aku sampai depan butik. Butik Calaqisya yang sangat ramai contractor sedang siapkan cat, sapu baki simen, siapkan wiring apa patut. Butik belum siap sepenuhnya. Dalam khemah? Gila ramai.
Ramainya orang 'gila' macam aku. (Calaqisya sediakan khemah dan 100 kerusi.) Bila nampak kerusi kosong, katanya kawan dia punya. Dua tiga kali bertanya, semua penuh sebelum aku ternampak dua kerusi kosong di hujung kanan khemah.
Tanya orang terdekat, katanya kawan dia punya jugak. Muka aku dah pasrah nak balik. Kemudian dia bersuara lagi, antara suara paling merdu malam itu. Suara dia memberitahu bahawa kerusi satu lagi itu belum berpunya. Aku punyalah lega, terus duduk dan tersengih sorang-sorang macam gila.
Pusing belakang, pada kerusi ditampal nombor 0033. Cecepat aku refer Instagram Calaqisya. 0033: dapat jubah Khayla. Walaupun bukan jubah yang aku nak, tapi daripada tak ada kan. Maka aku pun berpuas hati. Amat berpuas hati.
Bermulalah sesi duduk di khemah, dari jam 12 tengah malam hingga jam 7 pagi (solat subuh di masjid terdekat).
Dapat aku simpulkan; aku tak nak buat lagi hahahaha! Sakit kaki wei duduk 6 jam. Tidur pun duduk. Letak kain atas muka, lepas itu terlelap 5 minit. Dan sepanjang malam itulah, Encik Suami temankan. Tiap sejam dia akan Whatsapp tanya khabar. Tapi tiap jam itu tetap rasa hazaaaaaabbb.
Hilang hazab bila confirm memang aku dapat jubah berharga RM139 secara percuma. Hahaha aku tak beli apa pun, cuma belikan pesanan orang lain. Siapa yang beli apa-apa je dapat percuma tu. Kalau sekadar tunjuk gigi, memang sia-sia pengorbanan enam jam hakak.
[Tolong insert 1001 rasa bahagia di sini....]
hinggalah saat aku cuba pakai sejurus sampai di rumah.
T__________T Nanges!!
Jubah yang dapat percuma itu, sendat!
Sedih kau. Mak rasa nak terjun tiruk ke Sungai Kelang.
Tapi sebab mak seorang yang positif, mak simpan je jubah tu sambil buat iklan lelong. Ramai berminat tapi tetap tak terjual sebab jubahnya untuk manusia rendang macam aku. Semua yang nak beli rasa senteng.
Lelama aku jadi bengang. Bengang sebab aku tak muat jubah percuma!! Huaaaaa!
Nak tahu apa aku buat?
Aku sekali lagi tekad menjadi luar biasa.
Aku nak kuruskan badan sampai muat jubah tu! Aku ada kurang sebulan sebelum PBAKL, maka aku kena cari jalan!
Dipendekkan cerita, akhirnya aku muat pakai jubah itu. Alhamdulillah! Jubah coklat dalam gambar, yang aku pakai ke PBAKL hari Sabtu. Hehehe so happy!! 😍😍😍
Nak tahu berapa aku hilang dalam masa kurang sebulan?
Hampir 7 kg. 💪😂
Hahahahahaha! Ada yang nak tahu bagaimana aku buat? (Akan disambung pada entri seterusnya.)
Ini semua kerana aku percaya, apabila aku buat sesuatu di luar zon selesa, aku akan dapat result yang berbeza. Berbeza daripada rutin aku yang biasa. Aku buktikan pada hari pembukaan Calaqisya, maka aku percaya aku juga boleh capai berat yang sesuai sampailah jubah itu muat aku sarungkan. Kurang sebulan!
Sekarang, aku cepat bosan apabila aku menjadi aku yang biasa. Kerana kerja luar biasa gila, hasilnya memang gila punya sweeeeet! Aku rindu nak jadi gila!!!
_______
Husna Adnan
Personal Shopper
Manusia Gila Yang Taip Panjang Gila
Tapi Takkan Ulang Tunggu Jubah Free kahkah
Personal Shopper
Manusia Gila Yang Taip Panjang Gila
Tapi Takkan Ulang Tunggu Jubah Free kahkah
2 comments:
Tabah sungguh Kak Husna! Haha! Saya pun nak kurus juga ni. Dah baca tip2 Kak Husna turun 7kg tu di Facebook, thanks sesangat! Hihi!
Bila terbaca kisah ni, rasanya saya pun nak buat gila la, beli baju kemeja di kedai K-pop (walaupun pernah sekali ditahan jurujual dengan ayat sentap "saiz abang takde kat sini" T___T) lepas tu jadikan baju kemeja tu sebagai goal.
Kalau muat baju ni, berjayalah misi kurus! Hoho!
AMAN WAN: Jyeah!! Beli, tebalkan lemak dan terus beli walaupun dipandang sinis hahaha! Semoga berjaya, Aman!
Post a Comment