28 June 2015

Rezeki Tak Disangka-Sangka #2

Saya ini, tidaklah alim. Namun, izinkan saya berkongsi sebuah cerita.
.
Saya sentiasa bertarung dengan pelbagai ujian hidup. Ya saya yakin tuan cikpuan juga begitu. Saya, ada masanya tiada tempat meluah. Tidak kepada keluarga, tidak kepada para sahabat. Adakalanya, saya sendiri memilih untuk tidak.
.
Akhirnya sentiasa yang saya ada, hanyalah Tuhan. Okey, bukan alim tau. Tapi saya memang banyak bercakap dengan Tuhan. Bercakap dalam hati, dan ada masa, terlepas bual dalam menung. Sifat perempuan yang sangat suka bercakap.
.
Kelmarin, saya agak penat mengemas rumah. Petang itu sambil hendak duduk, saya terluah hal yang dirisaukan dari pagi. "Hari ini satu sen pun tidak masuk. Haha."
.
Saya pusingkan kerusi dan hadap laptop.
.
Tidak dapat saya ceritakan bagaimana perasaan saya, saat itu juga terus muncul satu PM urusan jual beli. Nilai bakal masuk bank adalah RM*** yang agak banyak. Terkedu. T_T Subhanallah, baiknya Allah kepadaku. Sangat terharu.
.
Maka izinkan juga saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi rezeki bersama saya. Rezeki Afia sebetulnya.
.
Saya tidak mengeluh kepada sesiapa, saya tidak tulis kisah susah saya. Namun tetaplah hingga kini masih ada rezeki. Rezeki yang mencukupi. Alhamdulillah.
.
Sesungguhnya kepada yang tidak percaya, Tuhan itu memang ada. Dan tiada yang disembah, melainkan Allah: pencipta kita. :')

.
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...