Awal tahun hari itu (28 Januari 2015), waktu memerlukan pencerahan lima tona berkenaan hala tuju hidup, kami diberikan rezeki untuk ke Janda Baik. Ya, walaupun hampir 2 tahun kerja PTS circa 2009 - 2010, saya tidak pernah ke Janda Baik. :') Asyik dengar dan tengok keseronokan orang memancing ikan, mandi sungai, jolok buah, bakar ikan segala. Tetapi jumpa Puan Ainon banyak kalilah di pejabat. (Pertemuan saya dengan Puan Ainon di pejabat pun suatu yang memorable. Sentiasa senyum apabila ingat.)
.
Maka bertemulah kami dengan Puan Ainon, dan direzekikan dapat berjumpa Kak Kam the legend sebab dari 2010 kot asyik dengar nama Kak Kam dan kehebatan beliau memasak, dan bertemu Ayahanda Prof.Abdullah yang sebetulnya berada di PTS seharian. Janji nak balik 3 petang, lajak sampai 6 petang. Rezeki lajak, dapat makan kambing bakar, dibungkuskan telur ayam kampung, terung comel, dan longan Amazon. Wow yes, Amazon. Sedap.
.
Yang bestnya bertemu Puan Ainon adalah, beliau seperti ada telepati.
.
Tiap kemusykilan aku yang segan utarakan, tetiba Puan Ainon akan jawab dalam nasihat-nasihat beliau. Kau dapat bayangkan? Tidak menyiasat di meja empat segi itu. Suatu yang amazing bagi aku. Kami berlima, rasanya waktu itu semua 'kena' bahagian masing-masing. Sentap sendiri dengan apa yang kami sangka kami okey, sedangkan boleh tune lagi.
.
Permata yang aku bawa balik dari pertemuan itu,
adalah kenyataan bahawa aku seorang 'ansar'.
.
Ansar di sini maksudnya, aku seorang pekerja. Sesuatu yang sebenarnya aku dah lama buat, sebab masa di PTS One, aku jadi Editor Pengurusan. Uruskan manuskrip yang diluluskan oleh Editor Perolehan (yang kerjanya cari dan baca manuskrip). Aku buat suntingan, layout, hantar quotation cetakan, mohon ISBN, dan segala proses dari A hingga Z, hingga manuskrip siap menjadi buku. Itu aku. Tetapi somehow, aku tidak jelas siapa aku. Maka kini aku jelas, aku seorang ansar.
.
NOTA SEKEJAP: Ansar juga boleh memimpin. Ansar yang paling berkebolehan ataupun senior, akan memimpin ansar lain, untuk teruskan SOP. Maka dalam bisnes, aku ada ansar-ansar di bawah aku. (Eh tetiba bahasakan diri 'aku' haha baru perasan!) Aku ada 3 orang agent dropship. Baru tiga, tetapi itu pun tunggang terbalik sebab aku kena jadi muhajirin. Nak kembangkan bisnes lagi, nak uruskan stok dan agent lagi. TAPI aku bukan muhajirin. Haaaa. Maka sebab itu bisnes aku masih baby bilis walaupun mula niaga 2009. Aku tak dapat buat kerja kembangkan bisnes. Berniaga, menulis, menyunting, itu ini selain tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu, menantu segala. Sungguh tidak fokus.
.
SAMBUNG:
.
Aku seorang ansar, dengan bakat menjual (ini pula dapatan daripada suami, dan rerakan rapat - yang asalnya aku pun tak sedar padahal dah buat sejak diploma, tapi aku sangka normallah kau jual ada orang beli.) Tak semua orang dapat macam itu rupa-rupanya. Bakat ini, ada teknik dan taktik. Tiada benda magical, bak seorang lagi guru saya, Cik Mal. Kau kasilah apa pun pada aku, aku akan jual. Tak habis semua pun, pasti satu tukar tangan. Alhamdulillah, dengan izin Allah.
.
Namun kenyataan perit Puan Ainon berkenaan bakat ini adalah:
aku tidak akan kaya.
.
NOTA LAGI: Hahahaha betul la tu. Aku takkan kaya tanpa belajar ilmu menjadi muhajirin, atau simply cari seorang muhajirin untuk lead bisnes aku. Partner la tu. (Oh jangan kata suamiku adalah partner. Dia tak minat bisnes fesyen. Dia membantu.) Bisnes PERLU berkembang. GROW! Simpan ini. Aha yang ini aku sudah usahakan. Insya-Allah next bisnes, aku ada partner. Coming soon~~ tapi tak payah tunggu sangat. Ini projek senyap. kiki emoticon
.
Aku okey dengan kenyataan aku seorang ansar dengan bakat menjual yang tidak buat aku lebih kaya. Insya-Allah one day, aku pun tak tahu bila. Tapi aku okey.
.
Kecuali semalam.
.
Semalam naluri penjual aku rasa tercabar. Sebab selama ini aku tak takut labur duit untuk ambil stok. Semalam seharian aku rasa takut. Padahal hampir RM2K sahaja yang bakal dileburkan. Untuk dua jenis item, dalam unit pukal. Yang merisaukan aku, kelak baki untuk hidup cumalah RM200. Itu yang buat aku in-between. Tapi duit dalam bank takkan berkembang kalau tak dikembangkan, maka akhirnya aku gagahi juga dan cuba nak transfer duit ke akaun pembekal.
.
Tengah tunggu TAC, tetiba Chrome crash.
.
Open balik, cuba lagi, dan tunggu TAC bagai nak berjanggut.
Close, open, cuba lagi, pun TAC tak kunjung tiba.
.
Apa aku buat? Terus tutup laptop dan keluar pos barang. Terasa itu satu hint yang amaun itu kurang sesuai dileburkan sekarang. Terasa gitulah. Everything happen for a reason.
.
So takkan nak nganga je sampai raya? Aku nak jual something!!
.
Tetiba Subhanallah dapat ilham. Hahaha benda senang sebenarnya. Aku boleh jual, tetapi fokus jual item pertama barang dua unit, dan roll balik untuk beli item kedua. Senang kan? Tapi biasalah, dok fokus ketakutan RM200, terus kabur tang lain. Ini satu skil kemahiran berfikir dalam bisnes kecil-kecilan. Kena pandai twist.
.
(Aku tahu, saat ini apabila bilis dewasa dan para jerung membaca cerita aku ini, akan kata aku salah itu, salah ini. Alhamdulillah aku sedar, banyak benda aku kena ubah kalau nak duit bekerja untuk aku. Insya-Allah doakan.)
.
Cerita ini nampak cacamarba. Tapi semuanya bermula dengan perkataan 'ansar'. Macam-macam boleh buat dengan mengetahui sama ada kau ansar ataupun muhajirin. Kemudian cari, apa bakat kau. Apa minat kau. Apa yang boleh jadi pendapatan. Know yourself; paling penting. Jumpalah sesiapa pun yang kau percaya, tanya dia siapa kau pada dia. I mean, bagaimana kau dari perspektif dia.
.
Sebab orang keliling kita ini adalah cermin kita. Macam lagu Justin Timberlake tu. Sebab itu juga, kita bab audit orang paling laju. Kita nampak apa yang dia tidak nampak (kalau dia tanya kau lah... kalau dia tak tanya, jadi kawan rapat dia supaya boleh sound tepek.). Dan kenalah open juga supaya benarkan orang audit diri kita. Kalau bagus, bangkit. Mana yang tidak, ubah. Dan bangkit. Apa pun, baik buruk kata orang, kau bangkit.
.
Mak okey je bab sentap ni, maksudnya biasalah kalau kita mudah tersentap. Tetapi gunakan balik untuk jadi lebih baik. JADI LEBIH KUAT! Sebab apa? Kita yang terpilih hidup di dunia ni kerana kita the strongest sperm hahahaha betui ka ni?
.
KESIMPULAN: So daripada entri panjang lebar ini, sebelum bekerja sendiri, pertamanya kenali diri anda bagaimana. Jadilah diri anda yang paling kuat sebab bekerja sendiri ini tidak mudah. Trust me.
.
.
No comments:
Post a Comment