18 August 2012

✿ Salam Syawal! ✿


Assalamu'alaikum.

Walaupun bermacam dugaan datang menyapa sepanjang Ramadan ini, saya tetap rasa bulan mulia ini datang dan pergi dengan pantas. Pertama kali berpuasa sebagai ibu, dengan anak yang baru masuk tiga bulan minggu lalu. Oh, agak mencabar. Memang agak mencabar. Tidur masih tidak cukup, rutin tunggang-langgang, dan sekarang kesihatan pula diuji. Semalam seharian tidak larat bangun. Suhu 37.7 darjah Celsius, hingus keluar bertalu-talu, diiringi sakit kepala dan sedikit mual. Tanda awal dua hari sebelumnya adalah sakit tekak, dan hidung berdarah tak pernah-pernah. 

Huuu....


NAMUN!


Semalam berjaya siapkan 112 biji kuih raya Cornflakes! Muahaha!
v(^_____________________^)v


Sebenarnya mahu buat Cornflakes coklat, tetapi entah kenapa Cikpuan Tangan saya ini, pergi ambil dan bayar dengan penuh konpiden, coklat berperisa strawberi. :') Maka merah jambulah kuih Cornflakes saya ini. Ah peduli apa kan, asalkan rasanya sudah ada. Pertama kali buat, beb! Sambil demam + selesema, sempat juga siapkan sendirian di dapur nan hening. Kira okeylah khennn. Terima kasih laptop atas bantuan memaparkan resipi dari blog kakak itu. (Namun usah bimbang, kebersihan amat dititikberatkan sepanjang proses pembikinan.)

Saya tidak tahu pula kuih Cornflakes ini tidak perlu dibakar. Haha! Senang rupa-rupanya. Tapi kena buat lagi dengan coklat berwarna coklat sebenar, demi kenikmatan mata. Memang agak sakit mataku melihat warna merah jambu yang menyerlah itewww.

Kiranya tahun ini saya menyumbang dua jenis kuih raya untuk rumah ini, sebab Rabu lepas kuih raya yang saya tempah dari Tuan Mu'az Azmi sudah selamat tiba. Terima kasih Tuan Mu'az! Siap hantar ke rumah, yalls! Oh, agak berlagak ayat dua jenis itu, padahal dua jenis sahaja pun! T_T Sangat saat-saat akhir membeli kuih raya. Dapat buat sendiri sejenis, dan beli sejenis, orang di rumah ini wajar berasa syukur.



Siapa mahu tempah choc chip selepas raya, PM beliau ya. :D



Seperti biasa, selain sibuk bab kuih raya, mestilah ada hidangnya raya kan. Emak sudah siapkan rendang daging, ayam kampung masak gulai, nasi himpit, and more to come! Hee... Cikpuan Badan, sila berpada-pada kerana perjuangan mengurangkan berat mengandung dulu pun belum selesai! Sila jangan tambahkan lagi. *Perut angguk laju.*


Pada kesempatan ini, mahu kongsi doa yang berguna untuk kita semua. Bukan, bukan doa makan. Ia adalah...

DOA AKHIR RAMADAN

Ya Allah,
Ramadan akan berakhir dan akan meninggalkan kami, oleh itu berilah masa kepada kami bagi terus beramal seperti pada bulan Ramadan. Kami bersyukur kerana diberi hidayah dan petunjuk bagi mentaati-Mu dengan ikhlas hati kami, dan beribadat kepada-Mu demi mengharapkan keampunan dan keredaan-Mu.

Ya Allah,
kami mohon kepada-Mu semoga dipanjangkan umur kami bagi bertemu bulan Ramadan pada tahun hadapan, supaya dapat kami mengabdikan diri kami kepada-Mu.


Ya Allah,
sekiranya kami tidak sempat bertemu bulan Ramadan lagi, maka Engkau ampunkan dosa kami dan masukkan kami ke dalam syurga-Mu.

Ya Allah,
kami berharap dengan berakhirnya bulan Ramadan yg mulia ini, segala amalan kami Engkau terima dan segala doa kami Engkau makbulkan, amin....
dengan sedikit pengubahsuaian daripada saya.)

Taqabbalallahu minna wa minkum.


Disebabkan tiada masa mahu buat kad raya digital secara bersungguh,
maka terima sahajalah apa yang ada ini. 


Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin, 
kepada semua yang sudi membaca blog ini.


Daripada kami bertiga: Nazry Salam, Husna Adnan, dan Afia Zara mok.

Insya-Allah tahun ini kami bertiga raya di Kajang dahulu, 
sebelum bertolak ke Johor Bahru.

 Semoga perjalanan kita semua dilindungi Allah dan para malaikat-Nya, amin....  




Jumpa lagi!

07 August 2012

Om nom nom nom...

Assalamualaikum.

Apa khabar yalls
*sambil pose bajet comel seperti di atas*

Pertamanya nak minta maaf, sebab entri kali ini mungkin mengganggu-gugat ketahanan liur masing-masing, memandangkan lagi beberapa puluh minit kita akan berbuka. Selalunya waktu-waktu begini memang kritikal, namun saya hanya ada waktu ini bagi mengemas kini blog, memandangkan si kenit itu sedang tidur. Selalunya setiap malam saya sudah melepek kerana letih dengan segala rutin sejak bergelar ibu muda (muda ke kau???). 

Siapa suka makan kek? Sejak saya lahir ke dunia, ada beberapa orang sahaja yang tidak suka makan kek. Aneh sikit orang begini, sebab kek adalah SEDAP!!! Namun saya juga tidak makan durian, maka saya juga aneh pada pandangan segelintir pihak yang memakan durian, padahal durian tidaklah sedap sangat. Hahaha! (Adakah mereka akan makan kek yang berperisa durian? Di Secret Resipe ada jual. Kenapa perenggan ini macam lagha?)

(Hasil photo edit yang agak melampau cerahnya. T_T)


Hari itu saya tempah kek lobak dengan kawan saya. Tempah untuk makan suka-suka sahaja. Ofkoz lah makan suka-suka... kalau makan sedih-sedih tak perlulah sampai tempah kek kan. Kek yang ditempah adalah kek lobak. Separuh adunan. Asyik makan kek coklat, kek coklat, dan kek coklat, kali ini mahu cuba yang lain pula. Ada sedikit rasa cuak, kot-kot lidah tak berapa nak terima. Oh daku sungguh silap! Serius sedap, dek non! Harga pun murah sahaja, tidak sampai RM50. Dalam dia ada kismis dan kacang. Krim yang digunakan adalah cream cheese. Rasa 'ringan' walaupun makan berpotong-potong. 

Ini page dia. Jom like Mr. ChefWannaBe by RushD!

Eh, ini bukan entri berbayar tau. Blog suam-suam kuku saya ini tidak layak untuk buat entri berbayar. (Y_Y) Ini entri sukarela, sebabnya saya suka apabila kawan-kawan mula berniaga, terutama apabila mereka buat apa yang mereka minat. Macam Rushdi, tahun ini baru dia aktif belajar bakar-bakar kek. Asalnya dia buat suka-suka, untuk makan dengan keluarga dan kawan-kawan sepejabat. Tapi tiap kali dia upload gambar kek yang dah siap, ala-ala geram sampai ramai yang nak tempah. Alhamdulillah, rezeki dia kan. Sampai dah beli oven lagi ha.

Red velvet

Pecan Butter Scotch

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting
(Macam yang saya tempah.)

Choc Moist Cake with Mocha Buttercream

Dan macam-macam lagilah! Semua gambar di atas kredit kepada blog beliauBolehlah sambung jeling-jeling di sana kerana saya sudah telan agak banyak juga air liur. Sudah kering bak Gurun Sahara gayanya. T_T Ha ha. Whatever.

Cumanya... disebabkan dia kerja pejabat, dia tidak sempat buat delivery. Haha! Ada rasa nak rejam aku tak? Orang sekitar Kajang dan Bangi, dan yang sewaktu dengannya, bolehlah ambil sendiri di rumah dia sekiranya mahu tempah kek yang lazat dan pantas. Pantas, sebab dia siapkan kek yang saya tempah dalam masa dua hari sahaja. Sudahlah order last minuteOrder dua hari sebelum puasa hari itu. :') Tetapi cubalah tanya dahulu. Kot-kot dia sudah upgrade servis bisnes dia kan.

Oh by the way, saya sudah ada Twitter. Kbai.

SELAMAT BERBUKA PUASA
SECARA BERPADA-PADA!
Kredit: Orang Kelakar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...