Showing posts with label Bebel PTS. Show all posts
Showing posts with label Bebel PTS. Show all posts

30 August 2016

Perginya Abang Bai

(#throwback status FB bertarikh 20 Januari 2016)


Bismillah hirrahman nirrahim.
.
Lama menyepi. Lama tidak login di sini. Namun pada hari tergeraknya hati, status pertama yang terpampang adalah status Tuan Baha atas pemergian yang sangat mendukacitakan.
.
Saya ambil masa untuk memproses nama pada post itu, dan ternyata Abang Bai @ Aswadi Hasan yang dikasihi ramai ini sudah pergi ke negara abadi.
.
Air mata tidak putus walau sejam berlalu.
.
Pun begitu, hati berbelah-bahagi. Dengan kesihatan yang kurang memuaskan, terasa berat untuk hadir memberi penghormatan terakhir.
.
Lalu terkenang.
.
Betapa dahulu, walaupun Abang Bai tidak sihat, beliau dan isterinya Kak Ros tetap memenuhi jemputan kami waktu majlis akikah Afia dan sepupu-sepupunya.
.
Tetap datang dengan wajah memucat, tubuh menyusut. Pada akhir-akhir waktu.
.
Maka kami gagahkan jua dengan semangat kecantikan peribadi Abang Bai. Dan Allah permudahkan perjalanan kami, tiba tepat masa. Dapat Nazry wakilkan untuk solat jenazah. Dapat melihat wajahmu buat kali terakhir.
.
Terima kasih Abang Bai atas semua kebaikan. Terima kasih kerana terus bersahabat walaupun saya tidak lagi bekerja di PTS, walaupun tidaklah rapat mana. Sempat bekerjasama untuk beberapa buku sahaja.
.
Semoga Kak Ros dan Malique dipertemukan dengan Abang Bai di syurga kelak. Ya Allah, kuatkan semangat Kak Rosni Harun yang baik ini.
.
Al-Fatihah.
.
.
(Watak Poko dalam buku 'Akhirnya...' dipinjam dari nama kucing kesayangan Abang Bai dan Kak Ros. Syukur sempat mengotakan janji, walau asalnya untuk buku lain.)

27 August 2016

#dearhakak | GAJI vs PENGALAMAN



.
2008, selepas tiga bulan menganggur sejurus grad, hakak bekerja di sebuah syarikat penerbitan di Kota Damansara.
.
Tiga bulan menganggur ye hadek. Kawan-kawan lain dah dua tiga kali party dengan gaji mereka. :')
.
Hakak tidak berputus asa. Tiap hari buka web sana sini lantas teruja apabila melihat satu iklan kerja kosong.
.
Dapat tawaran hari Khamis, kena lapor diri hari Isnin. Jumaat terus cari rumah sewa, Sabtu dah berangkut bawa barang pindah, Ahad siap-siap nak kerja.
.
Memula okey kerjanya. Setakat edit buku kerja bahasa Malaysia. Kemudian katanya nak latih skil hakak, diberi bahasa Inggeris.
.
Demi nak tajamkan lagi skil hakak, diberinya Sejarah, Geografi, Matematik, Sains, Agama, Kemahiran Hidup. Pakkal tak ada subjek Urdu.
.
Apabila bos tahu hakak boleh buat layout guna Indesign sikit-sikit, naaaah... hakak pun jadilah tukang layout buku di samping edit buku-buku kerja sekolah.
.
Edit & layout komik pun aku jugek. ðŸ˜’
.
(Skil Indesign skil rebutan. Buat duit oi! Jangan tak join Bengkel Indesign 22 Nov nanti. PM emel awak nanti hakak kasi detail *kaka siap promote*)
.
Gaji waktu itu RM1200. Tolak EPF Socso SosJalin segala, tinggal RM900. Sewa rumah, bil api air, topup, tinggallah lebih kurang RM400.
.
Nak isi motor dengan apa kan kalau bukan minyak yang dibeli menggunakan duit. Ha tolak lagi kos minyak.
.
Rasanya tiap bulan ada dalam RM300 - RM200 saja nak hidup dan menyimpan.
.
Tiap pagi, sarapan cuma Nestum 3in1. Lunch, tak keluar. Balik rumah baru singgah gerai bawah flat, beli bihun.
.
Sampai sekarang hakak terhutang budi dengan makcik bihun. Bihun makcik itu, 50sen dah dapat segunung Kinabalu.
.
Acik!! Acik takkan tahu betapa saya makan dengan lahap, acik! Alhamdulillah kenyang dan sedap. Walau tiap hari makan bihun acik, saya tetap berselera. Pernahlah suap sambil berair mata. T_T
.
Tetapi oleh kerana terasa bekerja bagai hamba abdi, malah ada gangguan seksual yang menggelikan (tetiba rasa macam nak menyirap balik haha), hakak berhenti kerja.
.
Tanpa sebarang kerja ganti.
.
Masa hantar surat resign, bos hakak yang aaah malas nak describe, kata dengan angkuh kepada hakak, "Kenapa you berhenti? You terus kerja dengan I, sebab tiada siapa nak ambil you kerja."
.
Wah wah wah enak beliau berbicara.
.
Tapi hakak terus mengekalkan imej cool dan menawan, hakak kata, "Tak apa, bos. Saya yakin ada rezeki di mana-mana."
.
Sebelum keluar, bos cakap lagi. "Ingat aaaa. Tiada siapa mahu ambil you kerja."
.
Kahkah tak sampai seminggu hakak dapat kerja PTS. Terima kasihAlif Firdaus Aziss kerana beritahu ada kekosongan waktu itu.
.
Syukur. Semua ini pengalaman yang saya bawa hingga ke hari ini. Tiap keperitan, mendewasakan.
.
Kalau dapat putar masa, takkan ubah apa-apa. Ubah satu, mungkin ubah semua. Oh mungkin nak belasah mamat miang yang mengganggu ketenteraman hakak itu guna upih pinang.
.
Pada adik-adik yang baru grad, atau sesiapa sahaja yang baru bermula, cubalah apa kerja sekalipun.
.
Angka gaji itu kemudian. Workloads lebih penting. Belajarlah macam-macam masa berkuli. Jangan suka sangat kalau dapat kerja yang senang-lenang, tak beri kemahiran, tak mencabar minda.
.
Hidup kita bukan dengan majikan. Kita hidup sendiri-sendiri. Sendiri ada kemahiran, tak kira kemahiran berfikir atau berbuat, baru mudah nak JV dengan orang. Kena tendang pun, boleh hidup.
.
Bila rasa melebih pulak majikan tu, pepandailah ubah nasib.
.
Yang penting, kuat semangat.
.
Agi idup, agi ngelaban. ðŸ’ªðŸ”¥ðŸ’ª
.
.
.
Husna Adnan,
Pernah jual klip kertas, buat khidmat printing, ambil upah lipat baju, dapat upah urut betis housemate, kerja data entry, penjual asam 15 minit, editor, tukang layout, buat komik, jual brooch, tudung, baju, stoking, buku, Ephyra, dan COO Skuad Misi PLT. Orang Kajang.

01 September 2014

Kawanku Panda (2011 - 2014)



Selesai. Selepas habis 361 naskhah, 'Kawanku Panda' tidak lagi diulang cetak dan diuruskan oleh PTS - kerana hak penerbitan sudah dikembalikan kepada saya. Dah jadi rare item ni... hoho.
.
Saya sedang merisik diskaun yang dapat PTS berikan kepada saya sekiranya saya mahu beli sedikit baki buku ini. Ada sesiapa mahu beli juga? Insya-Allah sekiranya dapat diskaun hebat, saya jual dengan harga lebih rendah daripada harga asal RM16. PM saya bagi yang berminat.

06 December 2012

Mari Membuat Kad Panda!

Assalamu'alaikum.

Hamboi... nak dekat seminggu baru terhegeh-hegeh terbitkan entri berkenaan event di Menara KL yeeee. Verani nampaknya budak ini... *tuding diri sendiri T_T*

Macam biasa, walaupun hampir seminggu event berlangsung, tetap tebalkan muka dan jemari demi membuat entri tertangguh. Miahaha.

Baiklah.

Alhamdulillah, event berjalan lancar, walaupun 45 minit itu terasa sekejap dan kami semua kesuntukan masa. Mungkin saya terlalu banyak berceloteh berkenaan 'Kawanku Panda' hingga masa membuat kad sedikit tergugat. Dah kata nak promosikan 'Kawanku Panda'... kenalah tadah telinga sedikit... hehehe.

Ini semasa diri sendiri sibuk membuat kad, tanpa menghiraukan para peserta. Boleh? Hahaha syok sendiri lettewww. Lain kali tidak perlu buat sama-sama lagi. Sudah ada sample. Yahuuuu!

Gambar bersama para peserta tiada. T_T Ya... kerana telefon bimbitku dibawa lari oleh sang kekasih yang hilang entah ke mana. Duhai adik-adik yang ada gambar kita, mohon berikan kepada saya, ya. Terima kasih. *pasrah*

Namun nasib baik ada kad kalian sebagai pengganti diri. Ecewah! Berikut adalah hasil kraf membuat kad panda oleh para peserta!

Oleh Adik Faris Hadi.

Oleh Adik Nur Syahdina binti Badrulhisyam.

Oleh Adik Amirah.

Nampak tak? Semua sangat berbakat! ^_____^ Ini baru kurang 45 minit masa diberi. Sekiranya ada lebih banyak masa, pasti lebih cantik pom pom pom meletops!

Nak juga menyelit. Oleh Encik Suami saya. Hahaha!
Tidak sempat letak gam dengan kemas, maka glitter hijau di dalam love itu macam diserang senggugut. Kasihan glitter tersebut.... T_T

Ini... hahaha... ya, saya punya. :P
Tidak meriah dan anggun seperti yang dibayangkan, namun berpuas hati jugalah. Wakaka. Gam belum sempat kering sudah gatal tutup kad. Jadilah begitu. 

Eh, apa pula di bawah ini?


Ha... ini adalah fan-art 'Kawanku Panda' daripada Adik Amirah tadi. Yahuuuuuu!! Cantik, kan? (^o^) Terima kasih, Amirah Max! Johan dan Panda riang ria cuti sekolah.

* * *

Seronok... memang seronok! Bertambah seronok apabila saya diberikan satu lagi peluang membuat kad bersama adik-adik yang sudi hadir ke PKNS Bangi pada Ahad ini, 9 Disember 2012, bermula jam 12 tengah hari. Insya-Allah. Hebahan lanjut akan saya umumkan di page saya. Jemput like. (=^____^=)v

UPDATE:

JOM!!!

* * *

Di bawah pula adalah sedikit gambar semasa aktiviti 'Membaca Setinggi Awan',
pada 1 Disember yang lalu.

Afia bersama Cikpuan Azzah di puncak menara.
Afia menjadi rebutan pada hari itu. Hahaha! Ibu dan abah relaks~ :))

Afia bersama Chef Hanieliza, dan Atuk Prof. Abdullah Hassan.


Antara karyawan PTS yang turut hadir. 


♥ Jumpa lagi, Menara KL! 

Esok pula, insya-Allah, saya akan berada di UiTM Lendu, Melaka, bagi mempromosikan Kursus Penerbitan, Fakulti Komunikasi dan Media Massa. Acara bermula jam 3 petang, jadi mungkin kami akan bermalam di Melaka sahaja. Yahuuu... Melaka adalah best! Jumpa esok, Melaka dan Taman Buaya!

Jumpa lagi, kawan-kawan!


P/S: Macam agak kelam-kabut entri kali ini. Hahaha maafin gue... ada banyak kerja. Perlu melakukan semua perkara dengan pantas zasss!!!

07 May 2012

PBAKL, Conteng, Hijabista, dan Safiyya di TV9... eh!


Assalamualaikum, kawan-kawan!

Alhamdulillah, semalam berakhirlah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, yang bertempat di PWTC dari 27 April 2012, hingga 6 Mei 2012. Anggun sangat perenggan ini kerana ia saling tidak tumpah seperti pendahuluan karangan tingkatan empat. :')

Hendak dijadikan cerita, dalam pada rasa-rasa tidak dapat memeriahkan PBAKL tahun ini, entah dari mana (sudah tentu daripada Allah kheeen...), saya dapat kudrat untuk ke sana sebanyak dua kali. YA, DUA KALI. Ha ha ha! *gelak angkuh*

Kali pertama pada hari Khamis dan kali kedua adalah semalam. Hari Khamis, seperti yang sedia maklum, kerana mahu teman Encik Suami yang tidak puas pusing satu PWTC disebabkan kesesakan hebat pada Ahad, 29 April. Manakala kali dua, demi menghadiri Majlis Perlancaran 'Buku Conteng' anjuran PTS Pop. Alang-alang, dapat juga jengah 'Kawanku Panda' cetakan kedua yang baru tiba Jumaat lepas. Alhamdulillah... :') terima kasih kepada semua yang berusaha!

Gambar asal daripada Maryam, lintas langsung dari booth PTS.
Saya yang berada di rumah, sudah amat teruja lantas jadilah begini. :))

Gambar-gambar pada 3 Mei 2012, bersama rakan penulis dan rakan editor.
Abang Baha, Cikpuan Rahmah, Aman Wan, Azanil Fitri, Prof. Abdullah Hassan,
Shiela, Mirae, Maryam, Yin, Tuan Syaizul Amal, dan ramai lagi sebenarnya!

Gambar-gambar pada 6 Mei 2012, bersama rakan penulis dan rakan editor (lagi).
Ada Pak Latip, Kak Izanor, Cikpuan Azzah, Irfan Jani, Wahyudi, 
dan juga Tuan Ramlee Awang Murshid dari kejauhan. He he.

Ini pula sekitar majlis perlancaran 'Buku Conteng', yang dirasmikan oleh Abang Wanzu. 
Lelaki yang memakai corak kotak itu adalah Tuan Fadhli Hamdan.

Eh, apa benda yang comel-comel itu???

Ho ho ho, ini adalah Hana, dan Poko.
Insya-Allah sedang diusahakan bersama Faten yang berbakat!

Semasa perlancaran majalah 'Hijabista' terbitan Karangkraf.

Heee... ya, itu adalah Diana Amir, yang manis mengenakan shawl dari Radiusite. Ada banyak wajah yang dikenali di sini, seperti Rina Salleh, Maria Elena, Datin Norjuma, Irma Hasmie, Ika Radiusite, dan ramailah! Penuh pentas semasa mereka semua dijemput naik. :))

Edisi Pengenalan

Saya sudah beli majalah ini Khamis lepas. Setakat ini pada pendapat saya, kandungannya bagus, dan antara perkara yang membuatkan saya mahu beli keluaran seterusnya adalah demi melihat konsistensi 'Hijabista' dalam melakukan perbezaan. Kebanyakan modelnya memakai stoking, tahu? Rare, bukan? =D

"Boreeennnnnggggggg~~~"

Dalam jam 3.30 petang, kena balik dengan pantas, sebab Encik Suami sudah mengantuk dan penat. Inilah akibat apabila galak menonton bola tengah malam. Akibat yang ditanggung oleh saya sebab tidak dapat berlama-lama pada hari terakhir PBAKL nan indah itu. (Haha! Nampaknya saya menang kerana lebih bersemangat dan berkuat harimau.)



Punyalah seronok pergi PBAKL, hingga terlupa yang 6 Mei juga adalah....


Kemunculan kami dalam rancangan Safiyya di TV9!!!
(^______T____T______^)
*nebes nebes nebes*

Kepada yang sempat tengok, hahahahahahahaha! <- gelakkan diri sendiri

Okey, babailah!


Eh sebelum babai, saya dengan rendah diri mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi membeli 'Kawanku Panda', juga siri 'Kisah Si Puteri' sepanjang PBAKL berlangsung. Serius terharu! Terima kasey! \(^o^)/


Tidak lupa, saya juga mahu memohon jutaan kemaafan sekiranya saya ada tersinggung hati sesiapa waktu berbicara, tidak perasan kehadiran kawan-kawan di sana, tidak sempat bertegur sapa, dan sebagainya. Maaf, maaf, maaf! =')

Okey, boleh babai sekarang! BYE!!!

30 April 2012

Kisah PBAKL

Assalamualaikum. High-low! (Helo!)

Semalam Encik Suami bersama adik bongsu saya dan abang ipar sudah mengeluarkan diri mereka ke PWTC demi menyertai kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Adakah saya berasa cemburu? Tidak, tidak. Saya tidak cemburu. Malah saya yang cadangkan supaya dia mengajak para jejaka itu, memandangkan rasa kasihan yang tiada tolok bandingan kepada dirinya yang asyik berada di rumah demi menjaga diriku yang tidak dapat dipastikan bila waktu sakitnya. Haha! Tetiba macam nebes. 

Baiklah. Seperti yang dirancangkan, sudah tentu booth PTS yang menjadi booth pertama yang mereka terjah. 


"Sesak!" katanya, semasa membuat panggilan telefon kepada isterinya yang sedang berbaring penuh nikmat di hadapan televisyen, ditemani Duyuk dan Bubu.

Hari Ahad. Apa lagi yang mahu dijangkakan, bukan? 

"Tabahlah...," balas si isteri lalu ketawa terkekek-kekek. Okey. Berhentilah buat novel di sini. Tidak menarik pun. T_T

Disebabkan terlalu sesak, mereka balik dalam jam 1.30 petang. Sangat tidak berdarah muda mereka bertiga ini, kerana tewas terlalu awal! Namun mereka tidak terus pulang ke rumah. Mereka bertiga sudah berjimba memakan Subway di Viva, sebuah kompleks membeli-belah di Cheras, dan disusuli dengan menonton The Avengers 3D. *nangis sikit dalam hati...sikit saja........*

Ini hasil tangkapan beliau semalam.

1. Koleksi Lambok yang lawak gila. T_T_T_Tangisan dalam ketawa.
2. Lawak Sekolah oleh Aman yang hebat, percuma novel comel.
3. Big Nate, siri kegemaran beliau yang dikatakan lucu dan best. 
4. Jimi dan Raksasa Misai, Siri Buku Conteng pertama daripada PTS Pop.
5. Dan... Misi 10A Plus, karya mereka sendiri. (Naskhah penulis belum dapat.)

Oleh sebab buku yang saya kirim tidak dapat dibawa pulang atas kesesakan yang berlaku, maka saya menempel sahajalah apa jua yang beliau beli. Sudah tentulah... buku pertama yang saya baca adalah....

(=^_________^=)

Kamu-kamu pasti tidak dapat bayangkan betapa saya LANGSUNG tidak dibenarkan membaca komik ini semasa pembikinan, walaupun segala-galanya berada dalam laptop dia. Kekadang semasa dia sedang tidur, rasa macam nak godek secara rahsia. Hahaha! Namun sebagai Husna yang baik, saya berjaya menahan diri, hingga ia terbit sekarang. *gosok kepala sendiri sambil blushing*

Komen saya:
Secara jujur tanpa prejudis, selepas membacanya dengan agak pantas namun teliti, saya dapat katakan, 'Misi 10A Plus' adalah lebih baik daripada 'Misi 10A'. Best! Puas hati. (Maaf ya kepada para peminat 'Misi 10A'.) 'Misi 8A' dalam liga berbeza walaupun dalam siri yang sama, jadi saya tidak akan bandingkan. 'Misi 8A' sudah dihabiskan dengan baik, hingga mengalir air mataku... oh oh~


Syabas dan tahniah kepada Nazry atas penulisan yang baik, dan juga Afiq kerana skil melukis kian bagus. Juga kepada Tuan Amykamen, kerana mewarnakan dengan cantik, walaupun produksi yang amat singkat. Syabas kepada semualah! Kepada tim Komik-M, PTS Pop, dan semua yang terlibat.

Oh ya. Setakat yang saya baca dengan pantas itu, tiada kesalahan ejaan. Sekiranya mata saya tidak silaplah. Satu kriteria yang bagus, supaya pembacaan tidak terganggu. Senang cerita, sekiranya mahukan kepastian, kena beli dan bacalah! *angkat angkat kening*


Kepada yang sudah baca, atau yang akan baca, ini sedutan muka surat akhir. Tiga muka surat terakhir diletakkan lirik lagu berbahasa Inggeris. Sebagai seseorang yang mengetahui nada lagu itu, rasa sebak mengiringi pemergian Abang Zack. (Y_Y) Jadi di bawah saya sertakan lagu itu, supaya semua yang membaca, terjebak untuk sebak bersama-sama semasa membacanya. Sekiranya tidak sebak, sila bersurai dengan segera.


Ini friend-art daripada Tuan Ezaddin. Tuan Ezaddin ini sangat berbakat dan humble, tahu? Dia adalah salah seorang pembeli dan pembaca 'Kawanku Panda' juga. Komen daripada beliau sangat teliti, dan amat saya hargai. Gambar di atas adalah Aizad, Zahid, dan Nasya, adik Zahid. Cantik, kan? =D

Di bawah pula adalah... he he he. Sila teka sendiri. Tidak mengapa, biar saya berikan jawapan. Ada penampilan khas daripada Tuan Fadhli Hamdan. Ya, buku 'Jimi dan Raksasa Misai' itu karya beliaulah. Yahuuuuuuuuu!


Kesimpulannya, secara peribadi, buku 'Misi 10A Plus' adalah treasure bagi saya. Di dalamnya ada cerita yang bagus, ada artikel yang berguna, ada penampilan insan-insan yang saya kenal dan kagumi, ada kisah Abang Zack yang sangat menarik. (Siapa Abang Zack, Abang Zack dari tadi ni? Hahaha! Belilah. Dapat kenal Abang Zack yang misteri itu.)

Harganya hanya RM8.90. Berwarna sepenuhnya.
Sekiranya mahu murah, beli di PBAKL sekarang! Ada diskaun!
*Namun stok selalu habis, huhu. Alhamdulillah. Eh macam buku aku pula.*



Sekarang... kita ada isu baru. Memandangkan keadaan yang sesak hingga Encik Suami itu tidak sempat membelek buku dengan tenang dan berlama-lama di PWTC demi berjumpa rakan dan para pembaca, beliau sudah mengajak saya pergi, sekali lagi. T_T Saya sedang dalam dilema. Saya pasti kaki akan membengkak, dan badan akan sakit-sakit, namun saya berasa kasihan. Deep down in my heart gitu, memang rasa mahu pergi juga. Adakah saya mampu?

Memandangkan esok cuti umum, kami akan cuba mencari baju yang sesuai dengan saiz terbaru saya, kerana semua sudah tidak muat. *pitam* Janji saya kepada dia, sekiranya jumpa baju yang sesuai dan selesa, saya akan temankan dia ke PWTC. Dan sekiranya jumpa, hari Rabu kami akan terjah PWTC.


UPDATE TERKINI: 'KAWANKU PANDA' CETAKAN KEDUA SUDAH MASUK STOR! YIPPA! Semangat berkobar-kobar sudah mula meresap ke dalam jiwa. =D

P/S: Esok Afiq akan bertolak ke PLKN di Negeri Sembilan. Semoga semuanya best belaka.



25 April 2012

Pengorbanan Manis


Assalamualaikum. Hai, semua.

Boleh bayangkan tak, perasaan apabila kita terpaksa abaikan segala timbunan coklat yang sudah dibeli, kerana perut sudah penuh dengan piza, ataupun ayam KFC, namun tetap memandangkan coklat itu seolah-olah tarikh luputnya akan tiba dalam masa 10 minit? 



Dapat bayangkan tak dilema yang melanda? 

Perasaannya macam... kalaulah perut ada zip, haruslah zip itu dibuka, dan sumbat segala coklat yang lazat itu, dan minta sesiapa tolong pijakkan perut kita supaya zip dapat ditutup kembali dengan kemas.

Seriously, saya pernah terfikir situasi di atas.

Hakikatnya, kita memang tidak mampu nak menyumbat sebarang makanan, sekiranya perut sudah penuh. Bimbang kelak hanya mengundang tabiat Bulimia, yang amat merugikan itu. Sedih~ T_T Lega memang lega, tetapi tetap berasa sayang kerana akhirnya yang kenyang adalah....

... ini budak.

Cerita di atas adalah adalah sebuah analogi pedih yang saya sendiri pilih, demi kemaslahatan diri sendiri, dan masa hadapan.


Sepatutnya pada tarikh di atas, saya berada di situ, bersama Tuan Nazry Salam demi mempromosikan novel masing-masing. Namun tahun ini bukan rezeki saya, kerana saya terpaksa menolak, dan akibat daripada penolakan saya, Tuan Nazry Salam selaku Encik Suami juga menolak demi menjaga saya. So sweet tak kelakuan begini? Kuang kuang kuang. Jangan muntah... jangan. Ingat kerugian yang saya ceritakan di atas. =P

Walaupun Encik Suami tiada acara rasmi di PWTC kelak, dia tetap ada dua karya baru, yang akan terbit dalam masa terdekat, insya-Allah.

Kiri: Novel ringan oleh Nazry Salam. Komik dan ilustrasi oleh Afiq Salam.
Kanan: Komik oleh Nazry & Afiq (Feeqry)

Mari dapatkannya! 
Mungkin pada hari-hari terakhir PBAKL, 
kerana sekarang masih di pencetak.

"Jangan lupakan saya!"

'Kawanku Panda' juga sedang diulang cetak, jadi kepada yang mahu mendapatkannya, dipersilakan membeli di PBAKL. Kepada para pemenang pertandingan sebelum ini, tunggu ya. Saya akan cuba poskan secepat mungkin. Jadi tidak perlu membeli buku comel yang comel lagi comel itu di sana!

Saya harap kawan-kawan yang ke sana, dapat bergembira dan memborong buku dengan begitu hebat, sambil membuatkan saya cemburu melihat gambar-gambar kalian di Facebook, kerana ini peluang sekali dalam setahun. Malah, suasana yang sangat meriah itu adalah berbeda daripada mana-mana acara seumpamanya di Malaysia. JANGAN TIDAK PERGI!

Bermula 27 April 2012 (lusa!), hingga 6 Mei 2012.

Jumpa di sana!



Ya, saya ada di sana, dalam bentuk doa. 
Bye. :')

05 March 2012

Dua Dunia, Satu Rasa, Ewah!


 Assalamualaikum.


vs.



Dua-dua saya sedang usahakan sekarang. 

Kembali aktif berblogshop, dan juga terus menulis.

Salah satunya saya minat buat, salah satunya saya tahu buat.

Alhamdulillah. Setiap hari saya rasa sangat bersemangat. (^____^)

Semoga Allah terus mengurniakan saya kesihatan, ilham, dan kekuatan 
bagi meneroka ilmu kedua-dua dunia ini. Amin....

Mohon doa dan sokongan daripada kawan-kawan. :)


Oh ya, hari Sabtu (3 Mac), kami ke POPULAR Sunway Pyramid. Sebab ramai sangat yang beratur, saya tunggu di luar, sementara Encik Suami membuat pembayaran. Lepas semua selesai, Encik Suami kata kepada saya, yang cashier di situ kenal dia, sebab gadis itu pembaca blog saya. Pertama kali ada yang kata dia pembaca blog ini selain di FB. Terima kasih ya, gadis manis, kerana sudi membaca blog yang kian dan tambah membosankan ini, hehe! Saya nak datang kacau, tapi ramai sangat orang. 

Ada banyak cerita hendak tulis. Lain kali ya!

Nak sambung photoshoot bersama beg comel. Ekekeke.

   



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...