Showing posts with label Bebel Hari Minggu. Show all posts
Showing posts with label Bebel Hari Minggu. Show all posts

10 June 2013

1st Kajang Car Boot Sale 2013

Assalamu'alaikum.


Seperti yang diceritakan pada entri lepas, alhamdulillah penyertaan kami dalam Car Boot Sale Kajang berjalan lancar. Walaupun kulit memasing sudah gelap tiga ton ke belakang (berbelang yuoolls!), namun kami dua-dua puas hati dan seronok! Sangat best aaaaaaaaaarghhh best gila!! Hahaha over.

Tapi memang best. Encik Suami yang datang membantu sahaja pun sampai harap kami join lagi sekiranya penganjur buat sebulan sekali. Nampak betapa teruja kami dan betapa supportive para pengunjung di sini??

Okey marilah layan gambar. Nak update entri tertangguh yang lain macam belum datang seru. Gambar pun tak banyak sebab sibuk sangat kemas dan layan pengunjung sampai telefon pun lupa mana letak, siapa pegang. Ini gambar semasa pukul 10 atau 11 pagi, dah panas terik... dan orang lebih rela balik baring atas lantai sambil buka kipas pulas ke nombor 5 atau buka pendingin hawa - baru terhegeh snap sana sini. Kesal dengan diri sendiri. U_U

Tapak kami. Dah berubah susunan daripada pagi tadi sebab baru teringat shawl preloved tak tayang depan meja, shawl baru tak gantung, baju preloved dalam plastik terlupa di dalam kereta sobs. Tak apa, lain kali ada rezeki boleh jual lagi. ^__^

Haa... ini susunan awal-awal. Tilam Afia bawah meja itu sudah dibeli orang. Huu... macam inilah bila jual barangan terpakai. Kita jual barang yang ada memori - terus sedih dah tak pasal. Topi-topi comel yang Afia selalu pakai dulu pun dah ada orang borong. Baju-baju dia, stoking dia, kasut-kasut dia................... :')

Mula-mula atas meja ini ada hiasan tembikar yang kecil-kecil itu. Oleh sebab kurang mendapat sambutan, kami naikkan beg dan shawl pula. Lain kali meja memang tempat longgok shawl!! Baru seronok orang nak gaduh tarik-tarik tudung kan.

Bahagian boot khas untuk tudung Afeeya Bella dan aksesori. ^_^

Suasana di Dataran Prima Saujana. Tapak peserta lain pun best-best. Sempat jeling-jeling sahaja semasa pulangkan pen pelanggan yang tertinggal. Pernah dengar orang jual Sony Discman original dengan harga RM2? DUA RINGGIT??! Abang sebelah kereta kami jual, dan dibeli seorang budak. Bertuah punya budak! T__T

Gambar dari penganjur. Sibuk sibuk sibuk!

Di bawah pula antara yang sudi membeli 'Kisah Si Puteri' dan menghabiskan stok novel 'Kawanku Panda'. Terima kasih!!!

Mungkin adik ini pembeli stok terakhir 'Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu'. Beria promo pada orang ada siri yang sesuai untuk puasa dan raya, cari-cari habis sudah! Alhamdulillah... :') eh sebak tetiba.

Weeee moga terhibur, adik! Bertambah Geng Kawanku Panda yahuuu!

Puan-puan manis ini belikan untuk anak-anak di rumah. ;)

Pembaca karya Nazry Salam pun ada ha! Terkejut adik itu bila saya kata, "Inilah Nazry Salam." Hahaha terus dia beli novel 'Lukisan Hati' sebab yang lain sudah ada. Kelasss awak, Encik Suami. x))


Okey nak berikan ucapan terima kasih teristimewa untuk Encik Suami.
*sediakan baldi jika anda alah pada kasih sayang yang ditonjolkan secara lisan wakaka*


Terima kasih banyak-banyak, gila-gila punya terima kasih, kepada suami yang begitu berdedikasi dan ikhlas membantu saya dalam menjayakan event pertama AfeeyaBella ini. Peluh merecik sampai basah muka, basah baju, dan yang penting, lengan sudah berbelang! Walau demikian awak tetap seronok dan lebih teruja nak kira keuntungan. Haha! Terima kasih, ya. Terima kasih belikan air dan makanan. Terima kasih bukakan payung. ♥ ♥ 

Dan terima kasih juga kepada emak (Tok Mak Afia), dan kakak saya (Ummi Kembar dan Baby Raudhah) kerana bantu jagakan, mandikan, masakkan makanan untuk Afia sepanjang tujuh jam kami berniaga. Afia pun ibu dan abah nak ucapkan terima kasih (manalah tahu besar nanti dia baca entri ini), sebab berkelakuan baik dan senyum-senyum sahaja sepanjang ibu abah tiada. Mungkin ibu abah dah boleh dating tengok wayang lalalala kbai jangan ikut. 

Jumpa lagi!


07 April 2012

Kerana blogmu, ada harganya (nada Maybelline)


Assalamualaikum!

Okey, kasi joget sikit.

Easter bunny

Bersurai....







Kui kui kui, janganlah bersurai dahulu. Ada perkara mahu saya kongsikan di sini, walaupun hanya for fun. Memandangkan hari ini hari Sabtu yakni hujung minggu, haruslah kita bersantai walaupun kerja adalah superbanyak. :')

Meh nak cerita. Hari itu saya terjumpa satu laman web yang awesome dan cool. Ia mampu menghasilkan anggaran yang membuatkan tahap sayang saya kepada blog ini sedikit meningkat. Mungkin ini juga dapat membantu anda di luar sana, yang merasakan blog anda suam-suam kuku, dan tiada nilai, hingga wajar diabaikan tanpa belas kasihan.


Nampak?
(Sekiranya kurang jelas, mari klik gambar supaya ia menjadi tembam.)

Nilai blog saya adalah RM6000 dan 24 sen.

Wahahahaha!


Ini pula antara anggaran nilai tertinggi bagi laman web di Malaysia. Untunglah~



Sekarang pasti anda berasa tidak sabar mahu mengetahui apakah URL laman web awesome dan cool tadi. Drummm drummm dummm dummmm... terimalah!


Nanti masa isi URL blog atau web kita di dalam kotak yang disediakan, tidak perlu ada http:// di awal, dan / di hujung ya. Contoh macam saya, terus tulis 1001husnaadnan.blogspot.com.

Blog awak nilainya berapa? *kepoh mode is on!* :))

Have fun!

P/S: Insya-Allah hari Isnin nanti saya akan lancarkan pertandingan 'Kawanku Panda'. Kepada yang mahu memenangi novel 'Kawanku Panda' dan hadiah-hadiah comel lain secara percuma (ofkos hadiah adalah percuma!), jangan lupa jengah page Husna Adnan (Adha Ameera). Mudah sahaja. Terbuka kepada semua yang ada blog. Sekiranya tiada blog, guna fungsi Note di Facebook juga boleh. Nantikan!

31 December 2011

Puteri ke Putrajaya


Assalamualaikum, hai!

Ini entri terakhir bagi tahun 2011. Oh, berapa ramai agaknya blogger yang tulis ayat macam ayat pertama saya itu, hari ini? Hohoho... kbai.

Hari ini, sebagai penutup 2011, alhamdulillah saya (diringi Encik Suami), juga rakan-rakan penulis yang lain, berjaya menjayakan satu lagi acara bersama pembaca. Kali ini di Alamanda, Putrajaya. Peeewit!

Sempena:


Ada penulis siri 'Puteri Damia'; Ida Munira, juga empat penulis dari 'Pengembaraan Empat Puteri' yakni Izzah Huzaira, Umi Danial, Waida Yusof, dan Leen Shazmi. Kami para penulis 'Kisah Si Puteri' pula, hanya bertiga; saya, Aizam Aiman, dan Natasha Effyzal. Yang lain ada urusan keluarga, tetapi pastinya semangat mereka ada bersama kami tadi. Ewah!

Acara 'Kisah Si Puteri' bermula jam 1.00 petang, jadi ada rasa goyah sedikit. Bimbang waktu ini tidak ramai orang kerana mereka pergi makan tengah hari. Namun... sangkaanku meleset belaka. (=^___^=) Boleh tahan ramai juga. Kerana itu, acara mewarna, mencantum jigsaw puzzle, dan menjawab kuiz, berjaya dijalankan atas kehadiran ibu bapa yang membawa anak-anak kecil ke Alamanda. TERIMA KASIH, SEMUA!!!


Sebelum itu. Iklan sekejap.

Cream & Fudge adalah best!!! >_______<
Di Alamanda ada, di KLCC pun ada.
Benda sedap memang jarang murah.
Harga di atas (Oreo Peanut Butter): RM19.90. :')

*terliur kembali*

Okey. Sambung.

Suasana di ruang legar Alamanda.

Gambar pertama itu adalah peserta pertama yang berani ke hadapan demi menjawab soalan kuiz walaupun malu-malu. (Menjadi berani selepas dipaksa oleh keluarganya dan saya.) Hahaha! Bertabahlah, dik. Gambar atas kanan, nak selit juga bukti kehadiran pengiring setia saya yang gigih. Gambar bawah kanan, para penulis yang lebih teruja mencantumkan puzzle berbanding pesertanya. :))

Gambar-gambar di bawah pula adalah para peserta mewarna dan mencantum jigsaw puzzle. Kerana saya disuruh menyampaikan hadiah, maka wajah saya ada pada semua gambar. Bertabahlah, kamu semua yang membaca.




Patutnya ada 12 peserta, tapi entah mana gambar peserta lagi satu. Minta maaf adik misteri!!! Kakak gantikan gambarmu dengan gambar diriku sendiri, berlatarbelakangkan Kak Natasha Effyzal yang berdedikasi itu. Ngeh ngeh.

Tahun hadapan, entah larat lagi nak turun ke mana-mana event. Maka, kudrat yang ada ini, perlu digunakan sebaiknya. Sekarang kaki memang manja lebih. Tak boleh jalan banyak sikit, mesti dia nak mula sengal-sengal, sakit sana sini. Tak tahu sebab yang mana satu; sebab berat kian meningkat, ataupun sebab dah tua. Ataupun kedua-duanya sekali. T_T Muahahahaha.

Tadi lepas habis event, jalan-jalan sikit dalam Alamanda. Tengok baju, tengok tudung, tengok itu, tengok ini, tapi tak beli pun. Namun tetap berterima kasih kepada Y.E.S., kerana berjaya belikan hadiah-hadiah untuk kawan yang naik pelamin hari itu dengan harga runtuh. Kemudian beli A&W, beli air tembikai, beli Famos Amos, beli buku, terus bergerak pantas ke Presint 9.

Tahun ini murah rezeki. Royalti, payment freelancing, duta. Alhamdulillah. 
Jadi apabila dikira-kira, sudah layak membayar zakat pendapat. ^_^
Zakat antara rukun Islam. Jadi kena buat apabila sudah layak tau.

Masuk-masuk, lepas ambil nombor, terus ternampak ini.
Wah!!! Dah macam parti hari jadi, Nab! Meriah uolls!
Tapi sebab dah melantak A&W tadi, kami minum air zam-zam sahaja.
Rasa macam nak tapau yang lain, tapi tidak manis pula perbuatan tersebut. :">

Ini akad semasa membayar zakat.
Fuh~ serius berdegup jantungku.
Macam nak akad nikah pula rasanya. T_T
Macamlah dulu masa nikah, haku yang salam tok kadi.

Selepas selesai bayar zakat, kami diberi ini.
Kalendar dan minyak wangi. Hebat tak??
One for him, one for her. Gitu ayat.


Alhamdulillah, alhamdulillah. Hari ini langsai beberapa kewajipan. Terima kasih Allah kerana berikan kami peluang berhidup hingga ke hari ini. Semoga tahun hadapan berhidup dengan lebih baik daripada tahun ini; tahun yang penuh gembira, suka, duka, sedih, manis, pahit, perit, comel, bahagia dan segala macam rasa bercampur-aduk. Insya-Allah, hanya dengan izin-Mu Allah, hidup kami akan lebih berjaya, bahagia dan ceria pada tahun 2012.

Azam saya? Menjadi lebih kuat. Kerja lebih kuat; demi Allah, demi keluarga. Mengabaikan parasit yang mengganggu kehidupan, dan fokus kepada apa yang penting sahaja. Apabila kita kuat, ramai akan cuba menjatuhkan kita. Tetapi apabila fokus kepada yang utama, insya-Allah boleh. Dan saya yakin, Husna pada tahun 2012, lebih kuat daripada sebelum ini. Kerana apa? Kerana saya hanya mahu fokus kepada yang utama. Berapa kali nak ulang daaa.

Semoga tahun hadapan, semua azam kita berjaya diperolehi. Perancangan tanpa tindakan, adalah sia-sia. Jadi, gunakan udara yang kita hirup ini, sebaik-baiknya. Kerana kita tidak tahu, adakah masih ada esok untuk kita. :)

Good luck, bebeh!

Selamat Datang 2012!

Onigiris rice balls




Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

26 June 2011

Pasir kucing apabila diterbalikkan....


Ini pasir kucing.


Sekiranya kawan-kawan ada membela kucing, pasti tahu apa itu pasir kucing.
Pasir kucing adalah pasir yang digunakan oleh kucing 
sebagai tempat melampiaskan bahan kumbuhan.
Atau bahasa hariannya; tandas.

Senang sangat hendak melatih kucing kita menggunakan tandas ini, 
bagi mengelakkan dia membuang sesuka hati. 

Ya, sangat mudah. 

Ianya seperti ABC, 123, alif ba ta, 1 - 1 = 0, dan sebagainya.

Cuma letakkan kucing kita di atas pasir yang disediakan. Sekiranya dia keluar dari bekas, masukkan sekali lagi. Sekiranya dia tetap meronta mahu keluar dari bekas, pegang kaki depan dia dan kuiskan pasir tersebut dengan kaki dia. Insya-Allah, pasti dia akan mula merasai keindahan pasir kucing yang disediakan dan mula memanfaatkannya.

Ini pengalaman saya lah, semasa melatih si Lalang. :">

Tapi sebenarnya, entri ini tidak ditulis kerana pasir kucing.
Rasa kurang enak nak tulis fasal tandas. T_T

Jadi saya mahu tanya,
sekiranya pasir kucing diterbalikkan,
apa akan terjadi??? :O

Ha?! :O

Apa??! :O

Tumpah?

Oh tidak, tidak, tidak....

Tidak semudah itu.


Okey baiklah.

Biar saya bongkarkan jawapan sebenar....

Jawapannya adalah....

Pasir kucing apabila diterbalikkan....

akan...

menjadi...

.
.
.
.
.

(berdebar tak?)

.
.
.
.

AKAN MENJADI!!!

.
.
.
.
.


KUCING PASIR!!!

^_______^











Inilah kucing pasir!

SANGAT SUPER COMEL GILA YANG AMAT, BUKAN???

RASA NAK TUMBUK PERUT DIA!!!

COMEL SANGAT!!!

>________<


Lihatlah video di atas. 

Aduhai, teringin nak bela kucing pasir.

Mimpilah kau, Husna.
Nak bela kucing kampung pun tak boleh,
inikan pula kucing pasir.
Kucing bandar pun tak nak dekat dengan kau lagi.

KUCING JB SANGAT COMBONG!
T_______________T

Rindu si Putih, Bubu, Toki, Lalang dan Memok.

Kalau nak baca lanjut, boleh ke sini.
Semua gambar kucing pasir di atas pun dari web itu.


Minggu depan balik Kajang, nak tumbuk perut Putih bertubi-tubi. :">
♥ Yahuuuuuuuuuuu!!! 

01 January 2011

Salah Satu Azam 2011


Tuan Pengurus suruh kurangkan blogging, kurangkan FB, kurangkan blogwalking ~ dan banyak lagi... kerana tahun 2011 sarat dengan perancangan masa hadapan yang penuh kedewasaan.


Aku mendabik dada, bukan? Sudah ada Tuan Pengurus. HAHAHAHAHA! *berangan itu percuma - selalu dengar ungkapan ini di FB rakan-rakan.* 


Namun saya ambil sedikit masa, mencoret entri pertama pada tahun baru ini, kerana tarikh hari ini amat gorgeous. Adalah tidak senang di hati, tidak aman di jari sekiranya tiada entri pada SATU JANUARI DUA RIBU SEBELAS (1.1.11). 

Malah sudah siap dua bab editing sebentar tadi, maka perlu reward diri sendiri dengan memunculkan diri di sini. Lagipun esok cuti, jangan berkira sangat... 
(Y_Y)

Baiklah. Hai, assalamulaikum kawan-kawan. Bagaimana 2011 setakat ini? (Macam dah bulan Jun je cara aku tanya kan.)

Hari ini, alhamdulillah, atas dasar sistem barter secara paksa yang direlakan oleh kedua-duanya, saya berjaya menghadiri walimah rakan PTS di Kelana Jaya, bertemankan emak saya yang cantik; dengan balasan, saya juga perlu menemaninya ke Sungai Buloh demi menghadiri satu lagi walimah.

Kak Shaza + En. Zain = suami isteri

Oleh kerana berjaya menghadiri dua walimah pada satu hari, dan perjalanan dari Kajang - Kelana Jaya - Sungai Buloh - Kajang yang meruntun masa dan tenaga, saya dilanda kekeyangan yang melahirkan perasaan penat tiada tolok bandingan, walaupun emak yang memandu. 

Makanan lazat yang penuh kolesterol memang tidak dapat dipisahkan dengan kenduri kahwin orang kita. Namun saya tetap penggila nasi minyak, nasi beriyani dan nasi lemak. Ada aku kesah letak nasi lemak sebagai hidangan kenduri kahwin di situ? Ada orang buat kan? Ada tak??!!!

Walau bagaimanapun... atas azam demi mendapatkan badan langsing seperti Nasha Aziz, segala kepenatan itu kutepis ke tepi!!! 

Lalu mengenakan baju bersesuai, memasang earphone ke telinga, membuka lagu-lagu penaik semangat, melilit tuala di leher......... 


dan selepas 35 minit dan 25 saat.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Saya berjaya membakar 90 kalori (menurut mesin itu)... T____________T 

SYABAS HUSNA ADNAN!!! Wooooot wooooooooot!!!

Rasa nak pitam paksa diri lari di atas threadmill selama 35 minit dan 25 saat. Akhirnya semua sudah berakhir, bagi hari ini. Syukurlah...............

Esok, lusa, tulat dan selama-lamanya perlu buat lagi, demi badan seperti Nasha Aziz dan kesihatan diri. Oh! Oh~ oh.... (T_T)v

Namun selepas melawat ke web ini, terus tak jadi pitam, tetapi seakan-akan hampir koma. 

Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori

Itu belum campur ayam masak merah, rendang daging, ayam goreng, dan pecal.

TIDAK!!!

26 December 2010

Senyum Dalam Duka :')

Tajuk entri ada macam nak minta penampar tak? T_T


Ini entri pendek. Mood kurang ceria kerana sedang berduka berkenaan sesuatu. Penat dah mata ni menangis, Nab. Kalau tak menangis pun, mulut susah sangat nak senyum. Susah jadi diriku pada saat ini, namun susah lagi penduduk di Palestin. (U______U)


Baik, baik.


Cuma nak beri perkhabaran, bahawa:



Entri saya disiarkan di iluvislam.com

^_________________^

Terima kasih Tuan Ahmad Fitri kerana sudi memilih entri saya bagi dikongsikan kepada semua. Setakat di blog sendiri, tidak mampu saya menerima sebegitu banyak feedback. Harap dapat memberikan manfaat kepada semua yang membacanya.

Sila jangan pengsan membaca ulasan iluvislam.com berkenaan penulis (iaitu saya), kerana itu ulasan ikhlas editor. Saya tidak hasut apa-apa pun. Hahahaha! Alhamdulillah... :))

Entri asal di sini: Ya, di sini. Okey, di situ.


Masa Tuan Ahmad Fitri minta izin, saya tidak membayangkan akan muncul di iluvislam.com, tetapi apabila lihat komen-komen di chatbox, saya jadi tidak tahu mahu gembira ataupun gerun. Tetapi saya baca juga di sana. Aku terus jadi malu bai... ayat macam mat rempit, yang baca banyaknya ustaz-ustazah, pembaca baik budiman.... T_T


Tetapi tidak mengapalah. Itu pengenalan berkenaan gaya penulisan saya di sini. Kadang-kadang memang skema habis, kadang-kadang gila sikit, kadang-kadang emo, kadang-kadang macam tak ada motif. Namun terima kasih kepada semua yang sudi membacanya dan menyebarkan kepada orang lain, semoga kita semua mendapat kebaikannya. Tetapi kalau mahu sebar, kena kredit penulis asal... macam iluvislam.com ini. :)


Juga alhamdulillah, sebentar tadi saya menerima e-mel daripada Saudara Irfan Jani, penulis blog SangPelangi yang tidak lagi menulis di blog, tetapi melalui ruangan e-mel sahaja. Sekiranya berminat membaca dakwah tulisan daripadanya, isikan borang yang disediakan. 


Saya akan buat entri khas berkenaan ini selepas semuanya menjadi kenyataan. Saya sangat sangat gembira, kerana ini adalah impian saya tetapi pada waktu itu tidak mendapat kebenaran ibuku tercinta. Jadi, tunggu ya. ^__^


Dalam duka, Allah beriku kesenangan. :)


Jumpa lagi!


P/S: Terima kasih kepada 110 Rakan Budiman, juga kepada semua yang sudi melawat ke sini. Maaflah, blog ini memang wujud ala kadar sahaja. Tidak ada apa yang best sangat pun. Best sikit sahaja, kalau ada mood. Wakakakaram. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...