Showing posts with label Bebel Buku. Show all posts
Showing posts with label Bebel Buku. Show all posts

04 January 2017

Asas Bisnes: Bisnes Kecil Mindset Besar

Assalamu'alaikum.

Pada 31 Disember 2016, saya dengan kerjasama Skuad Misi PLT telah menerbitkan satu ebook berkenaan asas perniagaan kecil-kecilan. Jualan sudah dibuka sejak 1 Jan 2017.



Disasarkan kepada mereka yang baru bermula dalam bisnes kecilan ataupun yang merancang mahu memulakan bisnes kecilan.

Di bawah saya lampirkan 7 muka surat sample daripada ebook ini.









Secara keseluruhan, ebook ini panduan asas bagi yang mahu mengenali dunia bisnes kecilan dengan lebih jelas.

Ini antara feedback daripada yang sudah mendapatkan ebook ini:





Harga RM30 sahaja

Untuk belian, emelkan nama dan nombor telefon 




NOTA: Pengembalian wang (money back guarantee).akan dibuat tanpa sebarang pertanyaan kepada sesiapa yang merasakan tidak berbaloi membeli ebook ini. 


DISCLAIMER: Ebook ini tidak sesuai dibeli oleh peniaga berpengalaman. Perkongsian sangat asas dan tidak terperinci bagi tiap topik. Sesuai untuk yang baru hendak bermula dan yang baru bermula.


30 August 2016

PBAKL 2016: Skuad Misi Buka Booth!





Buku selfie?? Oh no!

Kes hangat berkenaan buku yang berasal dari status media sosial, dah jadi bualan tiap rakan industri.
.
Saya tiada masalah dengan buku konsep begini. Kalau dah suka, penutup botol pun kita kumpul.
.
Lagipun ia tetap status yang ditulis si penulis. Tak kacau copyright orang. Lainlah dia ambil status hakak pi jual kata ayat dia dan meraih kegemilangan.
.
.
Cuma hakak ada pendapatlah.
Pendapat krik krik.
.
Nak copy paste status tu tiada masalah. Tapi kurangkan tepek muka individu; tak kira cantik ke, hodoh ke, hensem ke, suam kuku ke apa.
.
Kalau dibuat tipografi yang besar satu muka surat dan menggabungkan font yang elok-elok ala 88 Love Life atau Kanvas Muharikah, seronok sikit nak hadap sambil mengenang nasib.
.
Kalau baca buku yang terlalu banyak selfie, hakak rasa cemas serba salah gitu. Isteri orang kan. #kbai
.
.
Jelas sekali saya bukan pembaca sasaran. Mungkin ini buku fan-service. Fangirl mungkin suka simpan dan tatap wajah beliau. Macam kau kumpul poster Shima dululah. Buat-buat lupa lettew.
.
Maka, hakak tak kutuk beliau mahupun penerbit. Mereka buat atas sebab mereka sendiri. Kos mereka sendiri. Risiko mereka sendiri.
.
Kita yang bukan pembaca sasaran, kalau tak puas hati, buat buku sendiri. Demi jaga maruah, konon tak nak letak muka sendiri, kau letaklah gambar rumput ke apa yang patut.
.
Tak tahu macam mana, contact hakak. Biar hakak uruskan dari cover, layout, ISBN, sampai ke pencetak.
.
Kau siapkan duit je.
PM sis jika berminat.

Terbitan Sulung Skuad Misi


12 April 2016

Meeting Roti Misi


26 Februari 2016

Berkenaan meeting di Sg. Buloh semalam. Pertemuan pertama antara Skuad Misi dan tim ABS Roti.
.
Alhamdulillah, kami mencapai kata sepakat. Insya-Allah kemunculan sulung Roti Misi adalah pada PBAKL nanti. INSYA-ALLAH. Selepas itu, akan diedarkan ke sekolah-sekolah terpilih.
.
Terima kasih Puan Reni Bt Rahmat, ABS Roti, dan ABS Prestige kerana menerima baik cadangan kami. 
.
Kenapa ABS Roti?
.
Kerana target kami sama.
.
Pelajar sekolah. 
.
Semoga kerjasama ini berjalan lancar dan diberkati Allah, amin...
.
(Gambar Roti Misi itu sekadar mock-up. Bungkusan sebenar akan diumumkan apabila siap kelak.)

Review: 99 Stress Free Mummy


Sampai hari Sabtu, habis baca hari Isnin. Itu pun dalam kelincahan ke hulu ke hilir dengan aktiviti menyemai silaturrahim. Power tak power la kan nak cakap ni.
.
>> 99 Stress Free Mummy <<
.
Meriah baca kisah ibu anak dalam suasana yang biasa-biasa, tiada latar bombastik. Pasti ramai mak bapak dapat relate.
.
Pernah tengok 'Kids Say the Darnest Things'? Gitulah lebih kurang haha. Telatah Ikmal dan Nabil buat aku dok seriau memikir masa itu akan tiba. Sekarang ini pun dah pening. :'D
.
Tetapi satu iktibar besar yang para ibu bapa perlu ambil dari pembacaan buku ini.
.
Dengar,
.
dan respon,
.
... pada tiap soalan, tanggapan, dan perspektif anak-anak. Bukan takat nak faham bagaimana mereka berfikir, tetapi betapa waktu intim dan lucu-lucu ini mungkin tiada ulangannya. Huaa T_T #maktacing
.
Tahniah, Puan Zatika Izati Puade.
Teruskan menulis yang muluk-muluk.
.

Jangan malu, wahai penulis!


Pra-PBAKL 😁
.
Tuan topi belang sempat memancing adik ini supaya membeli Misi 4 Flat, kemudian beliau terus beredar tanpa mahu memperkenalkan diri.
.
Hakak menggeleng.
.
Bukan begitu caranya. Maka telah kubocorkan rahsia bahawa lelaki bertopi belang itu penulisnya.
.
Rupa-rupanya adik ini pembaca komik Misi sejak Misi 8A. 😍 Puan yang sporting itu terus keluarkan handphone dan ajak bergambar.
.
Dan demi merancakkan lagi malam yang indah, hakak hulurkan pen kepada lelaki bertopi belang.
.
Lantas mereka sekeluarga beredar dengan senyuman yang meleret manisnya. Oh~ tidakkah bahagia apabila membahagiakan orang lain? *gitu*
.
.
Menjadi penulis, jangan malu promosikan diri, dan mempromosikan buku sendiri hatta di kedai buku begini. Tak rugi. Kadang-kadang saja bebudak lari dari rak buku dengan wajah ketakutan hahahaha 😂
.
#SkuadMisi
#situsanasini

Review: Bisnes Cara Kami


Rezeki bukan sekadar duit. Rezeki itu termasuklah kesihatan, kasih sayang, dan kecukupan. Rezeki itu juga apabila... apa yang kita mahukan, tiba-tiba muncul bersama huluran abang posmen. 😁 
.
Terima kasih Puan Atie Zam atas pemberian buku #BisnesCaraKami untuk kami berdua. Selesai membacanya.
.
Apa yang menarik berkenaan buku ini, pada helaian-helaian awal sudah dihidangkan perasaan-perasaan seram akibat berbisnes tanpa ilmu. Penuh pengajaran.
.
Bagi yang baru berbisnes, ini pilihan tepat. Belajar dari kesilapan, belajar dari pengalaman orang lain. Bagi yang sudah berbisnes, ini buku yang mengingatkan kembali apa tujuan kita berniaga di dunia ini. Sekadar jambatan akhirat. #insofbanyak
.
Saya suka, dan saya amat suka buku yang mudah dihabiskan. Teks tidak padat, cukup isinya tepat. Syabas semua yang terlibat. Moga Puan Fel dan Tuan Rafie terus maju dan menjadi usahawan syurga. 💪



Bengkel Asas Indesign


Berlangsung pada 19 Disember 2015

di Irfan Khairi Sdn Bhd, Mutiara Damansara

Lebih banyak gambar di sini.

MCLIVE @ UiTM Shah Alam

(#throwback status FB bertarikh 1 Disember 2015)


Sirih pulang ke gagang | Tahun ketiga dijemput bagi berkongsi pengalaman sebagai alumni Penerbitan UiTM Shah Alam. Kali ini Encik Suami juga dijemput sebagai speaker. :)
.
Terima kasih Puan Zaiha Ahmad, Puan Zaliffah Abdul Wahab, dan semua yang berusaha. 💋💋💋
.
Tahun ini, gembira melihat perkembangan para junior. Kemahiran membuat buku semakin power. Dah mampu bersaing dengan penerbit sedia ada. Kagum!
.
All the best kepada MC225, dan semua yang menanam misi memartabatkan industri penerbitan. Sama-sama kita.
.
#McLIVE
#MasscommUiTM
#PubTalk


Bengkel Komik @ Beranang


28 November 2015 di Kampung Sg. Jai, Beranang. Bengkel Melukis Komik oleh Nazry Salam bersama anak-anak yatim, saudara baru, dan orang setempat.
.
Nyaman betul sini. Waaaa 😍

Personaliti Safiyya TV9

#throwback shooting Safiyya pada 12 Nov 2015


Airing pada 6 Disember 2015.

Terima kasih Capin dan Safiyya atas undangan kali kedua. :)

Juga terima kasih kepada semua sahabat
yang sudi menunggu di kaca TV ngahaha









27 August 2016

Festival Sastera Kanak-Kanak 2015

(#throwback status FB bertarikh 31 Oktober 2015)



Dalam terkontang-kanting uruskan semua sendiri, alhamdulillah ceramah hari ini berjalan lancar.
.
Afia demam kuat semalam, maka ibunya tak cukup tidur. Syukurlah masih mampu tampak fabulous (jemput cerca) pagi tadi.
.
Terima kasih Rashiela Nurain yang sanggup lari dari forum semata-mata mahu bantu sesi talk saya. I love you. Terus berkuat!
.
Terima kasih Ifa Zahirah atas jemputan, juga pihak FSK / Kota Buku yang berusaha.
.
Terima kasih Kak Azzalea Humairah sudi datang bersama anak yang terkejut mak dah besar! Kali terakhir jumpa waktu uruskan event kami di MPH Mid Valley 2011.



.
Terima kasih Tuan Amien Shah bawa 4 anak yang comel-comel. Ralat tak sempat bergambar, tahu-tahu dewan dah kosong.
.
Terima kasih juga Puan Sri Diah Shaharuddin, sudi masuk ke dewan dan (oh saya lega!) bantu menjawab perihal #Projek100Buku yang dikemukakan guru-guru. Pun tak sempat bergambar!
.
Terima kasih para hadirin. Terima kasih para penaja; Puan Junn Hyrie, Borong Inner Magic SOFEA, dan Afeeya Bella. Semua terkejut dan seronok dapat goodies yang mewah isinya.
.
Alhamdulillah. Terima kasih sahabat-sahabat dunia akhirat yang menenangkanku atas segala keserabutan (kalian tahu siapa kalian). Moga Allah rahmati semua yang baik-baik.
.
Sempat berkenalan dengan penceramah lain. Nanti saya kongsikan inputnya insya-Allah. Okey bye nak pi dating dengan suami dan Afia.#FSK2015
.


04 February 2015

Karnival Karangkraf

Assalamu'alaikum.

Cerita Hari Pelancaran Projek #100Buku 
@ Karnival Karangkraf, 1 Februari 2015. Hari Ahad.

Masa ini ada promo, satu judul jadi RM2 kalau beli 5 judul.
Harga biasa RM3 senaskhah.


Gambar masa hari setup. Masa ini ingat lagi, betapa rindu nak pegang buku 'Akhirnya...' padahal memang baru siap cetak. Yalah dah ada orang beli sejak Jumaat, mama nya baru datang hari Ahad #tibahtouching kuikui.


Kami sekeluarga sampai tepat-tepat masa pelancaran. Fuh!
Di belakang adalah mentor, Kak Azzah. Datang kasi support.
Ramai suka shawl yang saya pakai, semestinya Afeeya Bella. Hehe.

Selepas pelancaran apa semua, ada sesi penyampaian sijil bagi 5 cerita terbaik, dan 5 ilustrasi terbaik. Semua memang layak menang. 
Saya abadikan antara pemenang di sini.

Yang pertama, Kak Nur Nadia.



Pelukis ilustrasi semua siri 'Kisah Si Puteri'. Menang cerita terbaik untuk 'Di Mana Abah?'. Pergh gila touching masa baca buku ini. Sobs!! Insyirah, moga jadi anak yang solehah dan menyenangkan ibu mu ya, nak. T_T

Yang kedua, Hazlam Anuar, yang kami panggil Alam.
Penulis bersama Kak Ain Maisarah. Kawan kami di Blink.
Terkejut tengok Alam terhincut naik pentas, rupa-rupanya dia kemalangan pagi tu. 
Jatuh motor. tergelincir lalu atas pasir.


Yang gempak, inilah pertama kali Alam melukis buku cerita kanak-kanak. Terus menang antara lima ilustrasi terbaik. Best tau cerita dia. 'Ayah, Apa Itu?'. Kreatif!


Selepas selesai semua, sesi bergambar seperti biasa. Bawah kanan, saya bersama Puan Sri Diah, orang kuat Karangkraf. Turut bergambar bersama Alam, Cikpuan Mazura Stapah, Mak Mah, dan penulis lain dalam Projek #100Buku.

Alhamdulillah, seronok jumpa sahabat penulis.

Bertambah seronok dapat komen dari anak-anak buah Mak Mah selepas membaca 'Akhirnya...'. Oh sangat bebunga di hati ini dup dap dup dap.



Semoga semua yang membaca turut terhibur.

Sekiranya ada yang berminat mendapatkan buku ini, boleh PM saya di sini.


1

06 January 2015

Projek 100 Buku - Akhirnya!



Alhamdulillah, satu lagi buku saya bakal terbit. Yahuuu!

Klik di sini bagi membuat pembelian: Akhirnya....

'Akhirnya...' adalah karya saya dan Tuan Nazry Salam selaku ilustrator. Pertama kali buku kami diterbitkan oleh Buku Prima, Karangkraf. Ini di bawah Projek 100 Buku, kelolaan Unit Kanak-Kanak Buku Prima. Syukur sangat-sangat, sebab dalam ratusan manuskrip yang dihantar raaaaaamai penulis lain - karya yang sempat dihantar cuma satu ini, terpilih juga. Alhamdulillah alhamdulillah. Pung pak pung, pak pung.


032
Okey joget sikit... ewah!

Watak dalam cerita 'Akhirnya...' ini adalah Wafa, seorang budak riang yang comel. Ada sidekick bernama Poko, iaitu seekor hamster. Meehehe this is too cute! *menghalang wajah daripada terkena balingan tomato akibat memuji karya sendiri*

Nak baca lebih lanjut, belilah. Kalau rasa terlalu matang untuk membaca buku cerita bergambar kanak-kanak saya ini, belilah dan hadiahkan untuk anak-anak, atau anak saudara, atau anak murid, atau anak tekak (lawak tahun 70'an sangat... *rebah*).


Meh klik link ini untuk lihat 99 lagi judul best-best dari sahabat penulis saya:



MURAHNYA RM3.00 DAN SEKARANG SEDANG DISKAUN 60 SEN!!

Cover memang cecantiklah, I tell you.
Ada 100 judul ya, maka berusahalah lihat semuanya.


Tidak lupa, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Buku Prima, Karangkraf, Puan Sri Diah, Puan Norfilzah Wahidon, Puan Siti Aisyah, Puan Siti Zarinah, Tuan Yusof Gajah, para editor, designer, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Projek 100 Buku ini. Semoga terus bersemangat semuanya!

Juga tidak lupa, untuk promo sekali lagi hehehe.

Klik di sini bagi membuat pembelian: Akhirnya....


049


TERKINI!!!

Alhamdulillah sudah siap dicetak! ^______^


Jemput ke Majlis Pelancaran Projek #100 Buku ya.

Tarikh: 1 Februari 2015 (Ahad)
Masa: 2.00 Petang - 3.00 Petang
Tempat: Pentas Utama, Karnival Kumpulan Karangkraf 2015, Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

00000 006

01 September 2014

Kawanku Panda (2011 - 2014)



Selesai. Selepas habis 361 naskhah, 'Kawanku Panda' tidak lagi diulang cetak dan diuruskan oleh PTS - kerana hak penerbitan sudah dikembalikan kepada saya. Dah jadi rare item ni... hoho.
.
Saya sedang merisik diskaun yang dapat PTS berikan kepada saya sekiranya saya mahu beli sedikit baki buku ini. Ada sesiapa mahu beli juga? Insya-Allah sekiranya dapat diskaun hebat, saya jual dengan harga lebih rendah daripada harga asal RM16. PM saya bagi yang berminat.

30 April 2012

Kisah PBAKL

Assalamualaikum. High-low! (Helo!)

Semalam Encik Suami bersama adik bongsu saya dan abang ipar sudah mengeluarkan diri mereka ke PWTC demi menyertai kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Adakah saya berasa cemburu? Tidak, tidak. Saya tidak cemburu. Malah saya yang cadangkan supaya dia mengajak para jejaka itu, memandangkan rasa kasihan yang tiada tolok bandingan kepada dirinya yang asyik berada di rumah demi menjaga diriku yang tidak dapat dipastikan bila waktu sakitnya. Haha! Tetiba macam nebes. 

Baiklah. Seperti yang dirancangkan, sudah tentu booth PTS yang menjadi booth pertama yang mereka terjah. 


"Sesak!" katanya, semasa membuat panggilan telefon kepada isterinya yang sedang berbaring penuh nikmat di hadapan televisyen, ditemani Duyuk dan Bubu.

Hari Ahad. Apa lagi yang mahu dijangkakan, bukan? 

"Tabahlah...," balas si isteri lalu ketawa terkekek-kekek. Okey. Berhentilah buat novel di sini. Tidak menarik pun. T_T

Disebabkan terlalu sesak, mereka balik dalam jam 1.30 petang. Sangat tidak berdarah muda mereka bertiga ini, kerana tewas terlalu awal! Namun mereka tidak terus pulang ke rumah. Mereka bertiga sudah berjimba memakan Subway di Viva, sebuah kompleks membeli-belah di Cheras, dan disusuli dengan menonton The Avengers 3D. *nangis sikit dalam hati...sikit saja........*

Ini hasil tangkapan beliau semalam.

1. Koleksi Lambok yang lawak gila. T_T_T_Tangisan dalam ketawa.
2. Lawak Sekolah oleh Aman yang hebat, percuma novel comel.
3. Big Nate, siri kegemaran beliau yang dikatakan lucu dan best. 
4. Jimi dan Raksasa Misai, Siri Buku Conteng pertama daripada PTS Pop.
5. Dan... Misi 10A Plus, karya mereka sendiri. (Naskhah penulis belum dapat.)

Oleh sebab buku yang saya kirim tidak dapat dibawa pulang atas kesesakan yang berlaku, maka saya menempel sahajalah apa jua yang beliau beli. Sudah tentulah... buku pertama yang saya baca adalah....

(=^_________^=)

Kamu-kamu pasti tidak dapat bayangkan betapa saya LANGSUNG tidak dibenarkan membaca komik ini semasa pembikinan, walaupun segala-galanya berada dalam laptop dia. Kekadang semasa dia sedang tidur, rasa macam nak godek secara rahsia. Hahaha! Namun sebagai Husna yang baik, saya berjaya menahan diri, hingga ia terbit sekarang. *gosok kepala sendiri sambil blushing*

Komen saya:
Secara jujur tanpa prejudis, selepas membacanya dengan agak pantas namun teliti, saya dapat katakan, 'Misi 10A Plus' adalah lebih baik daripada 'Misi 10A'. Best! Puas hati. (Maaf ya kepada para peminat 'Misi 10A'.) 'Misi 8A' dalam liga berbeza walaupun dalam siri yang sama, jadi saya tidak akan bandingkan. 'Misi 8A' sudah dihabiskan dengan baik, hingga mengalir air mataku... oh oh~


Syabas dan tahniah kepada Nazry atas penulisan yang baik, dan juga Afiq kerana skil melukis kian bagus. Juga kepada Tuan Amykamen, kerana mewarnakan dengan cantik, walaupun produksi yang amat singkat. Syabas kepada semualah! Kepada tim Komik-M, PTS Pop, dan semua yang terlibat.

Oh ya. Setakat yang saya baca dengan pantas itu, tiada kesalahan ejaan. Sekiranya mata saya tidak silaplah. Satu kriteria yang bagus, supaya pembacaan tidak terganggu. Senang cerita, sekiranya mahukan kepastian, kena beli dan bacalah! *angkat angkat kening*


Kepada yang sudah baca, atau yang akan baca, ini sedutan muka surat akhir. Tiga muka surat terakhir diletakkan lirik lagu berbahasa Inggeris. Sebagai seseorang yang mengetahui nada lagu itu, rasa sebak mengiringi pemergian Abang Zack. (Y_Y) Jadi di bawah saya sertakan lagu itu, supaya semua yang membaca, terjebak untuk sebak bersama-sama semasa membacanya. Sekiranya tidak sebak, sila bersurai dengan segera.


Ini friend-art daripada Tuan Ezaddin. Tuan Ezaddin ini sangat berbakat dan humble, tahu? Dia adalah salah seorang pembeli dan pembaca 'Kawanku Panda' juga. Komen daripada beliau sangat teliti, dan amat saya hargai. Gambar di atas adalah Aizad, Zahid, dan Nasya, adik Zahid. Cantik, kan? =D

Di bawah pula adalah... he he he. Sila teka sendiri. Tidak mengapa, biar saya berikan jawapan. Ada penampilan khas daripada Tuan Fadhli Hamdan. Ya, buku 'Jimi dan Raksasa Misai' itu karya beliaulah. Yahuuuuuuuuu!


Kesimpulannya, secara peribadi, buku 'Misi 10A Plus' adalah treasure bagi saya. Di dalamnya ada cerita yang bagus, ada artikel yang berguna, ada penampilan insan-insan yang saya kenal dan kagumi, ada kisah Abang Zack yang sangat menarik. (Siapa Abang Zack, Abang Zack dari tadi ni? Hahaha! Belilah. Dapat kenal Abang Zack yang misteri itu.)

Harganya hanya RM8.90. Berwarna sepenuhnya.
Sekiranya mahu murah, beli di PBAKL sekarang! Ada diskaun!
*Namun stok selalu habis, huhu. Alhamdulillah. Eh macam buku aku pula.*



Sekarang... kita ada isu baru. Memandangkan keadaan yang sesak hingga Encik Suami itu tidak sempat membelek buku dengan tenang dan berlama-lama di PWTC demi berjumpa rakan dan para pembaca, beliau sudah mengajak saya pergi, sekali lagi. T_T Saya sedang dalam dilema. Saya pasti kaki akan membengkak, dan badan akan sakit-sakit, namun saya berasa kasihan. Deep down in my heart gitu, memang rasa mahu pergi juga. Adakah saya mampu?

Memandangkan esok cuti umum, kami akan cuba mencari baju yang sesuai dengan saiz terbaru saya, kerana semua sudah tidak muat. *pitam* Janji saya kepada dia, sekiranya jumpa baju yang sesuai dan selesa, saya akan temankan dia ke PWTC. Dan sekiranya jumpa, hari Rabu kami akan terjah PWTC.


UPDATE TERKINI: 'KAWANKU PANDA' CETAKAN KEDUA SUDAH MASUK STOR! YIPPA! Semangat berkobar-kobar sudah mula meresap ke dalam jiwa. =D

P/S: Esok Afiq akan bertolak ke PLKN di Negeri Sembilan. Semoga semuanya best belaka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...