Showing posts with label Bebel Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Bebel Penulisan. Show all posts

11 October 2016

Ibrah Kes 'Kak Hassanah'

3 Jun 2016 - Isu KH pada saya, dipandang lebih berat daripada sebuah kisah yang direka-reka untuk mendapat populariti. Ini bukan isu KH semata-mata.
.
Ia lebih daripada itu.
.
Kebimbangan saya;
ini satu penyakit dunia media sosial.
.
Betapa sesetengah pengguna,
obses dalam bergelumang dengan media,
hingga sanggup menipu demi popular.
.
Mungkin bukan KH. Saya tidak mahu menuduh apa niat sebenar beliau. Beliau juga sudah meminta maaf kepada umum, walaupun tergores hati ini tatkala beliau antara penulis yang saya baca statusnya. Penulis buku pula.
.
Menipu.
Mereka-reka.
Imaginasi.
Fame.
.
Sounds familiar?
.
Amran. Raja Melaka. Siapa lagi?
.
Mukanya tidak kelihatan,
tingkahnya tidak diketahui,
tetapi bicaranya dikelek ke sanubari.
Oleh pengikutnya sendiri.
.
Dulu juga saya ikut rapat kisah seorang wanita berniqab. Raih populariti sebagai wanita sempurna bak bidadari, hidup kaya-raya, wall penuh status agama... rupa-rupanya hampir majoriti kisahnya tipu belaka. Gambar Google, gambar curi, namun mengaku milik diri sendiri. Shocking.
.
Followers? Belas ribu.
Bila kantoi? Ramai jadi benteng.
.
Dia bagaimana, masyarakat bagaimana.
Demand & supply jawapannya.
Kita cepat suka pada yang indah-indah belaka.
Maka yang indah sahaja mereka cerita.
Walau terpaksa diada-ada.
.
(Let alone the niqab.
Kebetulan tersama luarannya.
Juga secebis kisah mereka.)
.
Sisi lain tragedi ini:
.
Ya, pengajaran buat kita para penulis.
Kita semua penulis sejak FB memudahkannya.
Kita semua penulis walau hal diri sendiri saja.
Tiap kisah, ada pembaca setia.
.
Cuma jika,
tiada cerita,
maka diam sahaja.
.
Mengaranglah dengan jujur.
.
Jika reka, kata reka.
.
Kita ada yang dipanggil;
emmm apa ya...? Oh!
.
>> Fiksyen.
.
.
Husna Adnan,
Penulis, editor, manusia biasa.
Yang aibnya banyak Allah jaga.
Moga Allah ampunkan kita semua.

30 August 2016

Jangan malu, wahai penulis!


Pra-PBAKL 😁
.
Tuan topi belang sempat memancing adik ini supaya membeli Misi 4 Flat, kemudian beliau terus beredar tanpa mahu memperkenalkan diri.
.
Hakak menggeleng.
.
Bukan begitu caranya. Maka telah kubocorkan rahsia bahawa lelaki bertopi belang itu penulisnya.
.
Rupa-rupanya adik ini pembaca komik Misi sejak Misi 8A. 😍 Puan yang sporting itu terus keluarkan handphone dan ajak bergambar.
.
Dan demi merancakkan lagi malam yang indah, hakak hulurkan pen kepada lelaki bertopi belang.
.
Lantas mereka sekeluarga beredar dengan senyuman yang meleret manisnya. Oh~ tidakkah bahagia apabila membahagiakan orang lain? *gitu*
.
.
Menjadi penulis, jangan malu promosikan diri, dan mempromosikan buku sendiri hatta di kedai buku begini. Tak rugi. Kadang-kadang saja bebudak lari dari rak buku dengan wajah ketakutan hahahaha 😂
.
#SkuadMisi
#situsanasini

Bengkel Penulis Muda


13 Disember 2015


Tiap peserta menerima buku percuma daripada kami, 
juga petit novel daripada Aizam Aiman Novelis. 

Modul, juga petit novel ini disusun atur sepenuhnya menggunakan Indesign. 


certot: Anti-hiburan??


Ada seseorang yang saya kenal... amat jarang mendengar lagu, hampir tidak menonton TV, dan sentiasa elak skrol media sosial.
.
Saya yang jenis hu-ha ini, rasa hairan.
.
Maka suatu hari saya bertanya, "Awak memang anti-hiburan ke?"
.
Balas dia, "Tidak."
.
Saya berkerut. "Tapi tak suka tengok TV, tak suka dengar lagu kan?"
.
Dia terdiam. "Bukan tak suka, tapi macam automatik rasa tak nak dengar, tak selera nak tengok."
.
😱 Terkesima. Lama kami berdiam diri, sebelum saya terus menyiasat. "Apa amalan yang awak tak pernah tinggal?"
.
Dia berkerut. "Emm... saya cuba tak tinggal solat, jaga aurat, jaga mata daripada melihat aurat orang lain. Dan hormat orang tua."
'Hmm... amalan yang hampir sama. Adalah sikit kesamaan itu. Tapi aku okey je hu-ha berjoget melalak dengar radio, tengok filem.' 😷 Hati berbisik.
.
Tiba-tiba dia menyambung, "Oh satu lagi. Tiap Jumaat, baca al-Kahfi."
.
Terkedu. Terus Google fadhilat surah al-Kahfi dan tunjuk kepada dia.
.
"Barangsiapa membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka dia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)
.
Dia mengangguk. "Mungkinlah. Hiburan lagha yang berleluasa sekarang ini, mungkin salah satu agenda Dajjal. Sebab itu saya tak berminat."
.
Tenang amat muka dia waktu berbicara.
.
Aku pula rasa nak menitis air mata terkenang dua hari lalu, sakan movie marathon sampai tengah malam, kemudian tertidur tak ingat donia hampir-hampir terlepas subuh. *tebako* 🔥🔥😭🔥🔥
.
#diolahdarikisahbenar
#fadhilatsurahkahfi
#tebakotheseries

certot: Razif Tebako


Letih menunggang motosikal dari Batu Pahat, Razif berhenti di RnR Ayer Keroh. Mahu berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Pilah.
.
Razif melihat jam tangan. "Baru 11 pagi." Terus dia menuju ke surau.
.
Selepas membasuh muka, dia duduk berhampiran kipas.
.
Sambil menikmati udara sejuk, Razif memerhati seorang tua di hadapannya.
.
Dari tadi lelaki tua itu berdiri di atas sejadah. Terdengar suara lembut si tua terkumat-kamit, sebelum mengangkat takbir.
.
Pandangan Razif dilempar ke luar tingkap.
.
Tetapi kemudian, Razif terdengar lelaki tua tadi kembali terkumat-kamit, sebelum sekali lagi mengangkat takbir.
.
Perbuatan yang sama berkali-kali. Baca niat, angkat takbir. Nampak lelaki tua itu menggeleng-geleng, sebelum membaca niat dan angkat takbir sekali lagi.
.
Razif terus memerhati dengan kening berkerut. 'Berapa banyak kali pakcik ni nak baca niat, nak angkat takbir.'
.
Namun akhirnya selesai dua rakaat solat lelaki tua itu.
.
Selesai berdoa, lelaki tua memandang Razif. Razif membalas pandangan dengan senyum kelat.
.
"Pakcik solat dhuha." Bicara lelaki tua.
.
Razif mengangguk dengan senyuman kelat masih berbaki.
.
"Tapi tiap kali niat dhuha, pakcik tersebut niat fardu. Bukan niat sunat."
.
Kening Razif terangkat tinggi. "Oh dhuha. Saya tahu ni. Solat murahkan rezeki." Terasa kembang dada Razif bagai mampu berkepak megah.
.
Lelaki tua tadi mengangguk.
.
"Pakcik solat dhuha bukan sekadar minta dimurahkan rezeki. Pakcik solat sebab dah banyak rezeki Allah beri kepada pakcik. Syukurnya pakcik, sampai rasa wajib untuk pakcik solat dhuha sebagaimana pakcik solat fardu."
.
Nyaman kipas terus hilang. Segera Razif bangun, dan menghulur salam kepada pakcik tersebut, sebelum mengambil wuduk.
.
'Tebako wa cakap lu,' ujar Razif dalam hati.

MCLIVE @ UiTM Shah Alam

(#throwback status FB bertarikh 1 Disember 2015)


Sirih pulang ke gagang | Tahun ketiga dijemput bagi berkongsi pengalaman sebagai alumni Penerbitan UiTM Shah Alam. Kali ini Encik Suami juga dijemput sebagai speaker. :)
.
Terima kasih Puan Zaiha Ahmad, Puan Zaliffah Abdul Wahab, dan semua yang berusaha. 💋💋💋
.
Tahun ini, gembira melihat perkembangan para junior. Kemahiran membuat buku semakin power. Dah mampu bersaing dengan penerbit sedia ada. Kagum!
.
All the best kepada MC225, dan semua yang menanam misi memartabatkan industri penerbitan. Sama-sama kita.
.
#McLIVE
#MasscommUiTM
#PubTalk


Bengkel Komik @ Beranang


28 November 2015 di Kampung Sg. Jai, Beranang. Bengkel Melukis Komik oleh Nazry Salam bersama anak-anak yatim, saudara baru, dan orang setempat.
.
Nyaman betul sini. Waaaa 😍

27 August 2016

Say Something Nice

(#throwback status FB bertarikh 6 September 2015)

Ada orang, nak bangun pagi dan bersiap ketemu dunia luar pun payah. Bukan malas, tetapi low self-esteem.
.
Tahu maksudnya?
.
Kurang keyakinan diri, kata cikgu.
.
Ada orang, dah susah-susah bangun dan ketemu dunia, dikata pula warna shawl tidak sesuai dengan kulitnya. Baju belang melintang nampak gemuk macam tong katanya.
.
Pernah tahu tak? Ada orang, tiap pagi, menangis depan almari sebab semua baju tidak muat? Semua baju ketat sendat?
.
Beli baju saiz besar supaya terjaga aurat, tetapi kemudian dikata gemuk dan bulat?
.
Bagaimana pula manusia yang hidupnya tidak seindah mana, ada cabaran yang jika dicerita dituduh reka kerana sakitnya itu tidak kita duga...
.
... yang kemudiannya mahu berkongsi kisah kepada dunia, tetapi muncul pula kata-kata berbaur benci dan dikata berdusta?
.
Jangan dilupa, pada waktu kita berusaha menjadi lebih baik, orang lain juga berusaha tetapi mengapa ditujal-tujal dahinya hanya kerana belum timbul potensi di mata kita?
.
Pernahkah kita terfikir... pada waktu kita melutut menangis dalam usaha, saat itu juga ada yang bergadai tenaga siang malam mencari diri mereka?
.
.
Jika kita sedar tiap cabaran manusia itu berbeza, pastinya kita menjaga mulut, menjaga bahasa.
.
Why you have to be so mean?
.
Hanya kerana dia dulu orang biasa, kau tidak suka? Hanya kerana dulu di sekolah dia tidak cemerlang, dia perlu sentiasa biasa?
.
Hanya apabila dia sedar potensi diri, kau tekan-tekan supaya dia terus di bawah tempurung silamnya?
.
MAKA: Say something nice. Kalau betul dia nampak gemuk dengan baju melintang, sekurang-kurangnya dia berani sarung baju melintang dan hadap dunia. Pusing sikit perspektif buruk kita. Mudah saja.
.
To all my beautiful and bright ladies, and this goes out to all my fellow gents as well, ignore negativity. Jika yang dibuat tidak salah di sisi agama, kita jalan terus. PLEASE STAY STRONG. 💟
.
"Mengharap senang dalam berjuang,
Bagai merindu rembulan di tengah siang."
- Saujana


04 February 2015

Karnival Karangkraf

Assalamu'alaikum.

Cerita Hari Pelancaran Projek #100Buku 
@ Karnival Karangkraf, 1 Februari 2015. Hari Ahad.

Masa ini ada promo, satu judul jadi RM2 kalau beli 5 judul.
Harga biasa RM3 senaskhah.


Gambar masa hari setup. Masa ini ingat lagi, betapa rindu nak pegang buku 'Akhirnya...' padahal memang baru siap cetak. Yalah dah ada orang beli sejak Jumaat, mama nya baru datang hari Ahad #tibahtouching kuikui.


Kami sekeluarga sampai tepat-tepat masa pelancaran. Fuh!
Di belakang adalah mentor, Kak Azzah. Datang kasi support.
Ramai suka shawl yang saya pakai, semestinya Afeeya Bella. Hehe.

Selepas pelancaran apa semua, ada sesi penyampaian sijil bagi 5 cerita terbaik, dan 5 ilustrasi terbaik. Semua memang layak menang. 
Saya abadikan antara pemenang di sini.

Yang pertama, Kak Nur Nadia.



Pelukis ilustrasi semua siri 'Kisah Si Puteri'. Menang cerita terbaik untuk 'Di Mana Abah?'. Pergh gila touching masa baca buku ini. Sobs!! Insyirah, moga jadi anak yang solehah dan menyenangkan ibu mu ya, nak. T_T

Yang kedua, Hazlam Anuar, yang kami panggil Alam.
Penulis bersama Kak Ain Maisarah. Kawan kami di Blink.
Terkejut tengok Alam terhincut naik pentas, rupa-rupanya dia kemalangan pagi tu. 
Jatuh motor. tergelincir lalu atas pasir.


Yang gempak, inilah pertama kali Alam melukis buku cerita kanak-kanak. Terus menang antara lima ilustrasi terbaik. Best tau cerita dia. 'Ayah, Apa Itu?'. Kreatif!


Selepas selesai semua, sesi bergambar seperti biasa. Bawah kanan, saya bersama Puan Sri Diah, orang kuat Karangkraf. Turut bergambar bersama Alam, Cikpuan Mazura Stapah, Mak Mah, dan penulis lain dalam Projek #100Buku.

Alhamdulillah, seronok jumpa sahabat penulis.

Bertambah seronok dapat komen dari anak-anak buah Mak Mah selepas membaca 'Akhirnya...'. Oh sangat bebunga di hati ini dup dap dup dap.



Semoga semua yang membaca turut terhibur.

Sekiranya ada yang berminat mendapatkan buku ini, boleh PM saya di sini.


1

06 January 2015

Projek 100 Buku - Akhirnya!



Alhamdulillah, satu lagi buku saya bakal terbit. Yahuuu!

Klik di sini bagi membuat pembelian: Akhirnya....

'Akhirnya...' adalah karya saya dan Tuan Nazry Salam selaku ilustrator. Pertama kali buku kami diterbitkan oleh Buku Prima, Karangkraf. Ini di bawah Projek 100 Buku, kelolaan Unit Kanak-Kanak Buku Prima. Syukur sangat-sangat, sebab dalam ratusan manuskrip yang dihantar raaaaaamai penulis lain - karya yang sempat dihantar cuma satu ini, terpilih juga. Alhamdulillah alhamdulillah. Pung pak pung, pak pung.


032
Okey joget sikit... ewah!

Watak dalam cerita 'Akhirnya...' ini adalah Wafa, seorang budak riang yang comel. Ada sidekick bernama Poko, iaitu seekor hamster. Meehehe this is too cute! *menghalang wajah daripada terkena balingan tomato akibat memuji karya sendiri*

Nak baca lebih lanjut, belilah. Kalau rasa terlalu matang untuk membaca buku cerita bergambar kanak-kanak saya ini, belilah dan hadiahkan untuk anak-anak, atau anak saudara, atau anak murid, atau anak tekak (lawak tahun 70'an sangat... *rebah*).


Meh klik link ini untuk lihat 99 lagi judul best-best dari sahabat penulis saya:



MURAHNYA RM3.00 DAN SEKARANG SEDANG DISKAUN 60 SEN!!

Cover memang cecantiklah, I tell you.
Ada 100 judul ya, maka berusahalah lihat semuanya.


Tidak lupa, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Buku Prima, Karangkraf, Puan Sri Diah, Puan Norfilzah Wahidon, Puan Siti Aisyah, Puan Siti Zarinah, Tuan Yusof Gajah, para editor, designer, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Projek 100 Buku ini. Semoga terus bersemangat semuanya!

Juga tidak lupa, untuk promo sekali lagi hehehe.

Klik di sini bagi membuat pembelian: Akhirnya....


049


TERKINI!!!

Alhamdulillah sudah siap dicetak! ^______^


Jemput ke Majlis Pelancaran Projek #100 Buku ya.

Tarikh: 1 Februari 2015 (Ahad)
Masa: 2.00 Petang - 3.00 Petang
Tempat: Pentas Utama, Karnival Kumpulan Karangkraf 2015, Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

00000 006

24 September 2013

Baiti Jannati

Assalamu'alaikum.

Belum pernah cerita perihal kami pindah rumah kan? Ya tanya macamlah banyak sangat entri sampai lost track. Wakaka okey sambung.

Alhamdulillah, bulan lalu kami sekeluarga berpindah ke rumah sewa yang amatlah selesa dan luas. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Dua tahun tinggal di rumah keluarga saya, di dalam bilik bersaiz master bedroom di tingkat atas, tentulah rasa gembira, lega, dan syukur yang amat kerana lebih banyak ruang bagi dimanfaatkan. Semua ini bermula demi kelancaran proses pembesaran Afia, tatkala hadirnya beberapa rezeki lain. 

Afia dari tembam sampai slim melim, membesar di bilik nan berjasa itu.
(Eh Afia bukan kurus sebab duduk dalam bilik tau. 
Dia dah pandai jalan sekarang yahuuu!)

Bye bye dinding pink yang manis. :')

Memula memang kekok amat. Terlalu banyak ruang! Cakap sikit dah bergema-gema. Haha! Apalah sangat barang dari bilik dibawa ke sebuah rumah kan? Maka bergegaslah kami membeli periuk, sudu, garpu, tong gas, dan segala macam lagi isi rumah yang perlu supaya dapat duduk berdikari dengan aman dan damai. 

Alhamdulillah, dalam masa kurang seminggu, rumah kami dah hampir lengkap apa adanya. Rasa macam tak percaya kami berjaya buat semua ini dengan satu tekad. Memang teragak-agak juga nak berpindah dulu, hahahaha sangat manjalah!

Ruang tamu yang digunakan oleh Encik Suami bagi mengajar tuisyen.
Ya Kak Nab, beliau ada buat kelas tuisyen di rumah ngeh ngeh.

Tapi kan... kami berdua sahaja memang mustahil dapat selesaikan semua ini dalam masa kurang seminggu. Maka nak buat ucapan ala OSCAR sekejap. Terima kasih kepada mak; Puan Halilah, juga adik-beradik atas segala bantuan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu mentua, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik di sebelah suami kerana turut sama membantu kami. Hadiah-hadiah masa kahwin dulu, huuuu memang banyak yang boleh guna lagi. Tak perlu beli dah. Terima kasih saudara-mara dan sahabat handai, para tetamu walimah kami dahulu. Moga Allah murahkan rezeki dan rahmati kalian, amin.....

Juga.... terima kasih kepada semua yang berusaha (PTS, editor, Norizah Wahid, akaun, sales, marketing, warehouse, Bookcafe, dll) kerana urusan jual beli segala kelengkapan rumah yang memakan angka beribu-ribu ringgit itu, berjaya dihulurkan tanpa hati yang gundah dengan kehadiran cek royalti ini.

Masih empat angka dengan sikap pemalas aku ini. T_T
Tahun depan jangan harap eh kalau tak hantar KAWANKU PANDA #2!! 

Oh... lupa nak habaq mai di blog bersawangku ini. 

7 September lalu, saya dan Kak Nani (Haryani Kamilan) bersiaran langsung di Selamat Pagi Malaysia TV1 sebagai wakil para penulis siri 'Kisah Si Puteri'. Alhamdulillah buku 'Kami Puteri Hebat' dipilih oleh juri sebagai antara calon buku fiksyen kanak-kanak berbahasa Malaysia, Anugerah PNM. Sekiranya ada rezeki kami, harap menanglah 'Kami Puteri Hebat'. Amin!

Bersama hos Syed Munawar.

Kini... bermulalah langkah kami membesarkan Afia bersama-sama, di rumah kami syurga kami ini. Tidak pasti akan terus di sini hingga bila, kerana kami terbuka untuk berhijrah ke tempat lain juga. (^_^)v

You know... (tetiba feeling omputeh). Life is short. Jangan bosankan timeline hidup kita dengan perkara yang sama saban hari. Cuba perkara baru. Try crazy things! As long as we did not against Allah, Islam, our Prophet SAW, and everything good in our ordinary life, just go for it. Kita akan kagum dengan keupayaan kita melakukan apa yang kita sangka kita tidak mampu. Tekad, usaha, yakin, percaya, dan jangan mudah putus asa! BERUSAHALAH!

Cabaran yang saya selalu kongsi di blog ini masih sama. Saya bukan nak tunjuk saya kaya ataupun apa kerana saya tidak kaya pun. Serius! Belum juga layak dikategorikan insan berjaya.

Cuma.... 

Ada minat, rasa-rasa ada bakat, cubalah menulis. Tidak kisahlah kerja doktor ke, jurutera ke, peguam ke, posmen ke, cikgu ke, kerja bank ke, masih di bangku sekolah ke... cubalah menulis. Ada banyak sebab mengapa kita perlu menulis, namun bagi entri ini, jadikan royalti buku itu satu pemangkin untuk kita usaha sungguh-sungguh supaya tulis hingga siap, dan niatkan duit royalti itu nanti akan digunakan ke arah kebaikan. Insya-Allah. Bukan dengan PTS sahaja, hantarlah ke mana-mana penerbit pun boleh. Karangkraf, Jemari Seni, Must Read, Ana Muslim, dan banyaklah!

Kemudian, mari gembirakan saya dengan inbox sebegini. :')


Cikpuan-pembaca-blog-saya ini kini sudah memiliki novel!


Mohon beli. Mari beli. SILA BELI!!!

Terima kasih dan tahniah Cikpuan Raishah Deen kerana berjaya menerbitkan sebuah novel. Saya doakan moga Cikpuan beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Saya juga doakan semoga semua pembaca blog ini mampu lakukan apa yang Cikpuan Raishah Deen lakukan, dan mendapat kebaikan atas segala usaha.


Kekadang kita tulis bukan untuk kaya, tetapi sesambil makan di restoran, sesambil tengok iklan, sesambil tunggu baju siap basuh... kita menulis sedikit demi sedikit. Kongsi ilmu apa yang kita tahu. Lambat-laun siap satu manuskrip, dan insya-Allah sekiranya TERLAJAAAAAAK LARIS, duit royalti itu nanti adalah bonus kerana kita menggunakan masa dengan baik. Best tak? BEST TAK??!!!

Seriously, saya amat syukur saya paksa diri saya menulis.
Saya syukur suami, dan kawan-kawan juga paksa saya menulis.

Hahahaha cuma sekarang macam liat sikitlah. Puuuui!


Okey, nak pergi pos barang. 
Jadi peniaga pun beeeeeeest, tanpa paksaan! #tetiba

07 March 2013

Cinta. Cinta. Cinta! ♥

Assalamu'alaikum.


Bagi penggemar kisah cinta dan suka membaca, mari baca entri ini hingga habis.

Nuun Creative Books berjaya menerbitkan dua e-book yang salah satunya ada certot (cerita kontot) tulisan Husna Adnan - ehem, ya, tentulah saya orangnya - dan salah satunya ada certot tulisan Encik Suami - Nazry Salam. Dan dua-duanya bersama sahabat-sahabat penulis yang lain! Menarik kan? Kan? Mahu tahu siapa penulis lain itu? Mari lihat di bawah.

Pandang cinta dengan hati, kelak rindu mula sebati.
(Huuu maaflah, saya tidak berapa pandai tulis jiwa-jiwa-ang)

Awal-awal sudah bikin lapar. :')

Jemuran sudah cinta. Eh.

Haaaa!

Sekarang berasa sangat cinta, bukan? Mata sudah penuh cinta, bukan?

BELI SEKARANG!!!


Dapatkan ebook hasil penulisan TulisNovel.Com Clan:

Cinta: Unconfirmed RM15.00
Ebook ‘Cinta: Unconfirmed’ mengandungi 17 cerpen kontot (certot) bertemakan cinta. Kolaborasi penulis tersohor dan baru, ebook ini memberikan sentuhan cinta yang patuh syariah...

Saranghaeyo, Mi Amor! RM15.00
Disertakan dengan tip-tip cinta oleh pakar dan para penulis sendiri, ebook ini diharapkan dapat mengimbangi pasaran karya cinta yang lebih membimbing ke arah cinta Tuhan.

http://www.e-sentral.com/book/publisher/nuuncreative

(Kredit: eSentral)


Mahu timba ilmu penulisan secara percuma?


Mari masuk sini.



♥ Cinta: Confirm. Insya-Allah. ♥
Shawl dari SnaLaLa Blogshop. (He he nak juga menyelit.)


Okey, itu sahaja buat masa ini.

Terima kasih kerana membaca hingga habis.

Selamat bercinta!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...