Showing posts with label Bebel Tak Berfaedah. Show all posts
Showing posts with label Bebel Tak Berfaedah. Show all posts

13 December 2019

TAK LAMA LAGI 2020!

Assalamu'alaikum.

Hahahaha memula nak gelak tanpa sebab dulu.

Terasa janggal menaip di blog yang bukan saja bersawang, malah hampir reput ditelan zaman.

Dah lama juga sebenarnya tak buka laptop sambil tak ada sebarang urusan. Biasanya sama ada buat kerja, tengok Youtube, atau Kdrama.

Kali ini tetiba rasa nak tekan blog sendiri.

Sedihnya tengok pengabaian yang berlaku.

Jadi terasa nak taiplah sedikit demi memeriahkan suasana walaupun macam aku saja yang ada di ruang blog ini. 😌

Hai, warga maya. Bulan ini kurang lebih dah 4 bulan aku tutup FB. Tak ada sebab apa sangat, melainkan rasa nak tutup.

Tapi lepas tutup, terasa masa sangat banyak.

Aku dapat kemas stor, asingkan barang yang dah tak nak pakai lantas join Car Boot Sale di Kajang tempoh hari. Dapatlah seratus dua. Selebihnya banyak kasi saja kepada pengunjung secara percuma sebab memang dah tak pakai kan? Buat apa lagi simpan.

Selain itu aku kemas meja solek, bilik sendiri, kira make over gitulah cuma kecil-kecil guna barangan dari Shopee, Eco, dan DIY.

Nanti ada masa aku letak gambar di sini.

Dan memang rasa tenang sungguhlah tanpa perlu membaca masalah orang lain yang tak ada kena-mengena dengan kita, tak terlalu dihanyutkan dengan Like, Comment, dan Share, orang nak Follow ke Unfollow ke, lantaklah deme. Memang tak ambil kisah dah.

Tapi ini hanya sementara, walaupun sangat nikmati ketenangan tanpa FB. Mungkin akan kembali menjadi sebahagian mereka yang banyak berkongsi di FB tapi sebenarnya kalau kau tak ada pun dunia masih berputar. Tengoklah macam mana nanti.

Okey itu saja dulu. Panaskan jemari dulu. Nanti aku tulis lagi.

💓💓💓

18 February 2013

Kemalasan Maksima-ma-maaa

Assalamu'alaikum.

Lama tidak update blog. Serius lupa diri sendiri ada blog. Blogblogblog (kira macam blablabla versi blogger membebel.)

Banyak nak cerita, tetapi malas nak taip. Rugilah azam 2013 yakni mahu rajin update blog terkandas di tengah jalan pada bulan Februari pula. 


Sangat hangat-hangat bubur Afia. T_T

Okey, mari saya cerita secara rawak sahaja.

Semalam baru balik dari bercuti santai bersama keluarga suami. Seronoknya dapat main dengan anak-anak buah yang semakin hari semakin tembam dan lincah seperti Afia yang lincah namun tidak semakin tembam. 

(Nampak tak perenggan di atas itu? Itu ditulis pada 13 Februari 2013, kerana sebenarnya kami bercuti pada 10, 11, dan 12 Februari yang lalu. Hari ini sudah 18 Februari. T_T Malasnya aku... malasnya kau, Husna.......................)

Perkembangan Afia alhamdulillah okey. Dia dah mula makan tiga hingga empat kali sehari, tidak termasuk makan buah yang ibu beri supaya beliau tidak bosan melihat ibu dan abah gigih bekerja. Sila bayangkan Afia yang makan 24 jam, selain tidur, main, uk-uk (ya mohon buat bunyi yang tepat juga), dan menangis. Namun akibat kelincahan beliau yang baru sedar yang kakinya ada lebih banyak fungsi selain berasa sejuk tatkala pendingin hawa dipasang, beliau semakin di luar kawalan! 

Panjat sana, panjat sini, terhantuk sana sini. Maka beliau yang kita maksudkan ini iaitu Afia Zara, semakin susut dan ramping. Hmm... ibu apa lagi... cemburulah! Ibu tidak kurus pun walaupun susukan Afia dan keluar sana sini juga! *sedih sambil tumbuk lemak yang enggan pergi*


Saya ada ketagihan terbaru walaupun amat sangat ketinggalan, yakni Instagram.

Kay Bye. 


.
.
. 

Seronok ke entri macam ini?

Rasa tidak memandaikan bangsa langsung.

Hmm... okey.

Ejaan tepat adalah pendingin hawa - alat mendinginkan hawa (udara) di dalam bangunan kita; rumah, bilik, dewan, hotel, dan sebagainya.

Lebih okey macam ini tak?

Haha okey okey jumpa lagi nanti.


07 March 2012

Bersalin Kulit. Wooohooo!


Bye bye template yang digunakan sejak 2009.

Selama ini mampu tukar background sahaja, kali ini terus tukar template.

Ada beberapa coding yang hilang, namun yang pergi, biarlah pergi.....

Amende ayat drama ni Nab?



Bukan template sahaja baru, 

malah sekarang sudah tidak boleh right click.

HAHAHAHAHAHA!

Tak... bukan sebab nak elak entri dicuri orang, 
walaupun itu tujuan sebenar fungsi itu dicipta.

Saya sudah mengesan salah satu kebaikan disable right click sejak tahun lepas.

Jadi, sekarang saya mahu lihat, adakah siasatan saya selama ini... benar?!



Okey, mana-mana link yang kamu mahu klik, 

tekan sahaja key Ctrl pada keyboard, dan klik di situ.

Nanti akan keluar tab baru.

Jangan tensi-tensi, okey!


Tata! ~(^______^)~

24 February 2011

GEMPAR!!! =O


Semasa saya sedang memandu, tiba-tiba....


Kelihatan asap hitam berkepul-kepul muncul di langit!!! =O


Saya sungguh panik!


Ianya kelihatan seperti jin lampu Aladdin baru sahaja keluar!!! =O


Oh tidak!!! Ini sangat menggerunkan!!! =O


Asap hitam kian hitam!!! Apakah yang terbakar??? =O


Lori pun sibuk nak masuk dalam gambar.

Sampai ke sudah saya tidak tahu dari mana asap hitam ini muncul, 
dan apa yang berlaku.

Namun tidak berapa lama kemudian, 
saya nampak ada lori bomba bergegas ke arah sana.

Harap semuanya okey....

Jadi....

Apa motif aku ambil masa kemas kini blog ini di kala sibuk, 
untuk cerita hal sebegini??? T_________T


P/S: 28 Februari, sila datang perlahan-lahan ya... jangan gopoh sangat... 
nanti kaki awak terbakar kerana bergerak pantas... atau... adakah yang terbakar itu memang kaki awak? T_T *berbual dengan hari bulan... nice sangat...*

08 February 2011

Tajuk: Impian Saya


Assalamualaikum, hai semua.


Pada hari Selasa yang indah ini, muncullah sesuatu yang mengganggu ketenangan mindaku yang tidak berapa tenang ini, namun cukup hingga saya mengambil sedikit masa menggali sedalam-dalamnya ruang minda yang berserabut ini.

Apabila difikirkan, saya ada begitu banyak impian yang belum tertunai, kerana sikap sambil lewa dalam mengejar impian, kekangan masa, ketidakstabilan ekonomi, mahupun kurangnya ilmu pengetahuan berkenaan tempat hiburan masa kini di Malaysia. Kau orang semua perlu rasa kagum kerana saya menaip semua ini tanpa melihat keyboard. Kah kah kah. Tetiba.

Baiklah.

Pernah dengar ataupun tidak berkenaan piramid keperluan ciptaan Maslow?


Atau dalam bahasa seriusnya adalah:

Kredit kepada Wikipedia.

Baca baik-baik ya. Sekiranya mahukan keterangan lanjut, boleh buat new tab pada perkataan Wikipedia di atas ini.

Sekarang, apabila melihat piramid di atas, saya dapati... tiada satu pun impian saya itu satu keperluan. T_T_T_T_T Maka jelaslah, ia hanyalah kemahuan. 

Dan sebenarnya saya juga sudah sedia maklum, tetapi sengaja buat entri separa ilmiah ini supaya kelihatan genius sedikit, waka waka.


Impianku Yang Pertama:


Ya... sila ketawakan saya sekiranya kalian sudah ke tahap muak memakan ini, tetapi ini merupakan impian saya yang pertama. T_T 

Sudah lama mengidam mahu rasa apakah itu Tutti Frutti Frozen Yogurt, lebih-lebih lagi apabila begitu ramai rakan meletakkan gambar mereka memakan ini dengan wajah penuh kenikmatan. Saya memang tak boleh dengar perkataan Frutti ni. Dulu pun asyik beli Slurpee perisa Tutti Fruiti.

Oh oh oh~ 

Fikiran saya yang cerdas ini pernah terfikir bahawa, Tutti Frutti Frozen Yogurt adalah makanan yang dicipta untuk mereka yang bergaya sahaja, sebab itu saya tidak pernah terjumpa. Mungkin peniaga Tutti Frutti Frozen Yogurt hanya akan memunculkan gerai mereka apabila melihat sekumpulan manusia bergaya, dan terus ghaib apabila saya muncul. T___________T deyem.

Namun sebenarnya... tidak pun. Hahaha. Tentulah tidak! Saya yang malas nak mencari, dan sekadar menanam impian di tepi bibir. Mana ada kaitan bergaya tak bergaya. Mari lihat senarai cawangan Tutti Frutti Frozen Yogurt di sini.

Saya terjumpa berhampiran McD USJ, namun selepas makan McD, saya terus pulang ke rumah tanpa terkenangkan itu. Kini, saya kembali terfikir, Tutti Frutti Frozen Yogurt memang hanya untuk manusia bergaya. *sedih....*

BANGI OUTLET (Opening Soon) <--- OPEN SEKARANG!!!


Impianku Yang Kedua:







Menurut blog yang saya baca tadi, Fullhouse Cafe ini diinspirasikan dari drama Korea, Full House, malah pemiliknya juga adalah orang Korea! Yang di Sunway Pyramid nampak lebih cantik! ^____________^

Emak mesti suka kalau dapat bawa dia ke sini. Masalahnya... emak saya seorang yang liat sikit kalau nak bawa makan luar dari Kajang. Tak apa... makan dengan si buah hati pun manis juga... auwww.... :"> (padahal ayat nak bawa emak tu ayat kudus pancing je tu, hahaha!) Makan dengan kawan ramai-ramai pun best ek. 

Harap sangat satu hari nanti dapat makan di sini. MAHU!!!


Impianku Yang Ketiga:


Update: SUDAH TERCAPAI!!! 


Ini bukan sebarangan kek. 


Kemain, bukan? T_T 

Hari itu saya dapat kupon diskaun untuk beli kek ini, namun entah kenapa, tiap kali saya teringat nak beli demi menjamu diri sendiri dan ahli keluarga, keadaan perut saya waktu itu adalah penuh dan sukaria. Terus putus hajat. Harap nanti dapat belikan kek ini untuk sesiapa, yang mampu menjamu diri sendiri juga. Muahahahaha! 

(P.S: Memandangkan ini kek aiskrim, melengahkan waktu memakannya hanya akan membuatkan kita terpaksa sedut kek ini dengan straw.)


Impianku Yang Keempat:

Pergi ke Mesir dan bergambar bersama piramid.


T_________________T

Gigih kan aku edit gambar asal, rotate horizontally dan letak gambar sendiri? Kah kah kah. Pakaian memang bergaya habis. Unta tengok pun rasa nak maki. T_T_T_T_T

Selepas 'dinasihati' oleh Ustaz Wanzu dan Ustaz Firdaus, saya perlu ke Mekah dulu demi menunaikan ibadah umrah dan haji, kemudian apabila ada rezeki lebih, barulah ke Mesir dan berjumpa piramid. *insaf* Harap-harap murah rezeki untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, dan bergambar dengan piramid. Amin...

* * *

Hmm... okeylah. Selesai sesi berangan. Ini antara top impian yang melanda minda BUAT MASA INI. Kalau dibiarkan, entri ini akan panjang mengatasi Sungai Nil. Top 3 adalah makanan. Adakah lapar? (Y____Y)

Ayuhlah kembali menulis artikel yang disuruh itu, Husna. Taip blog berjela lebih cergas pula kau ini. Jumpa lagi kawan-kawan!


Disclaimer: Semua gambar di atas kredit kepada Google dan link asalnya boleh klik pada gambar, kecuali gambar saya dengan piramid. Kuh kuh.

05 February 2011

Saya Sudah Kembali! =D


Assalamualaikum... hai kawan-kawan!

Alhamdulillah, beberapa minit sebelum saya pulang ke kampung Rabu lepas, saya berjaya menghantar satu job editing kepada editor. Woohoo!!!  ^______^ Sangat gigih siapkan, sebab sepanjang minggu lepas, saya dilanda lautan sibuk yang bergelora, ewah! 

Maka berakhirlah job sebelum masuknya bulan Mac. Ini pun bulan Mac sudah ada dua job menunggu. Alhamdulillah... murah rezeki. Terima kasih kepada rakan editor yang memberikan kepercayaan... auwww. :">

Berikut adalah pelan perjalanan sepanjang 27 Jan hingga 4 Feb 2011:

Bukit Jalil - Gombak - Bangi - Kajang - Puchong - Bangi - Kajang - Putrajaya - Bangi - Kajang - Banting - Subang Jaya - Kajang - Shah Alam - Kelana Jaya - Kajang - Batu Pahat - Kota Tinggi - Desaru - Semenchu - Kajang.

Gila tak gila?!!! =O

Sangat ke hulu ke hilir, tetapi bukan berjalan-jalan makan angin ye. Ini dinamakan misi menjadi dewasa dan misi mengeratkan ukhuwah sesama kita. Gitu kan...

Walaupun agak penat, namun... SAYA SANGAT GEMBIRA!!! ^_____________^


"Yeahuuuuuu!!!"

Gembira macam patung beruang ini. Walaupun kakinya digigit hebat oleh Lalang, namun dia tetap tersenyum riang. (Wah, it's rhyme! Lalang... tersenyum riang. Nice~) Patung beruang ini pemberian PTS One semasa saya berhenti, dan Lalang paling suka gigit dia. Oh, mungkin kerana tiada patung lain, sebab patung lain sudah saya berikan kepada anak saudara di kampung. Perlu sangat cerita ini kan. T,T

Saya dan emak, pulang ke kampung demi menghadiri walimah sepupu saya, Yana di Kota Tinggi. Tetapi sebelum ke Kota Tinggi, kami bermalam di rumah mak cik di Batu Pahat, sebab kami akan berkonvoi ke sana dengan tiga buah kereta (mak cik dan pak cik, saya dan emak, serta kakak kedua dan abang ipar yang sampai jam 3 pagi). 

Saya dan Yana sebaya, dan kebetulan, semasa diploma di UiTM Arau dulu, rumah kami bersebelahan. Hostel kami semasa semester satu bukan macam asrama, tetapi ala kuarters. =D

Inilah Yana, sepupu saya. Dulu semasa belajar, dia memang kurus. Kini semakin kurus pula. Mungkin sibuk bekerja. Saya pun sibuk bekerja, namun saya kian......... eh, cuba tengok di sana!!! .............. (-_______-')

Gambar di atas terpaksa saya edit bersungguh-sungguh sebab gambar gelap, malah saya juga berpakaian ala kadar. Hahaha! Jubah abaya ini memang saya selalu gantung di almari, dan akan saya sarung sahaja apabila ada kecemasan. Memang cemas waktu kemas beg balik kampung, sebab lagi 15 minit nak pukul 4 petang, saya masih belum mandi dan masih belum berkemas untuk tiga hari kerana sibuk siapkan editing!!! Emak saya pula seorang yang menepati masa, dia kata kalau pukul 4 saya belum siap, dia akan tinggalkan saya. T___________T Kejam, bukan?

Oh jubah abaya dan tudung awning, anda penyelamat!!!

Sebenarnya ada banyak lagi nak cerita, tetapi macam agak bosan pula tulis entri yang tiada manfaat kepada masyarakat. Insya-Allah, entri selepas ini, saya mahu kongsikan bersama kalian berkenaan Dunia Buku, memandangkan itu adalah pilihan jawapan yang paling tinggi, yang diklik oleh puluhan pengundi. Terima kasih ya kepada semua yang sudi mengundi! Ayat nak macam selebriti ni, nak kena rotan ke? 

Okeylah, jumpa lagi kamu, kamu dan kamu!

Sebelum berpisah....
Terima kasih si buah hati... 
^________________^ 
~ la la la~



P/S: Kepada Encik Stalker, nampaknya... anda mencabar saya ya? Sudah remove saya dari FB, stalk blog saya pula. Friendster saya pun jadi mangsa. Peliknya ada manusia macam ini...

26 January 2011

Saya sibuk.

Salam, hai yalls!


Buat apa tu? Dah makan? Sihat tak? Aku kemain peramah macam tak ada kerja lain ek.


Tak ada apa pun nak tulis. Cuma nak beritahu, saya sibuk.


Bosan ke asyik baca ayat 'saya sibuk' tu?


Kau tak fikir aku pun bosan?


Kadang-kadang teringin nak tulis, 'Saya lapang. Tiada kerja. Semua sudah siap. Dan saya masih boleh makan Domino's sebagai sarapan, Subway sebagai makanan tengah hari, dan makan di Delicious Cafe sebagai makan malam, setiap hari. Malah baru sahaja beli Honda CR-V secara tunai. Oh ya, tadi beli beg LV, dan kasut Prada. Esok kalau bosan, nak pergi Paris. Sebelum maghrib, balik semula ke Malaysia, nak tengok Tiramisu. Tiga bulan lagi, kalau bosan, baru tanya editor, ada ataupun tidak job baru. Kalau tak ada job, bolehlah pergi China pula.'


Namun tidak mungkin saya mampu menulis semua di atas. Pertama, makan makanan segera adalah tidak bagus untuk kesihatan. Kedua, mahu tulis gaya mewah pun tak reti sebab memang tidak menjalani kehidupan manusia mewah. Ketiga, membazir itu amalan syaitan. Keempat, saya tidak tengok pun cerita Tiramisu itu. Gandingan pelakon wanita dan lelaki yang kurang comel di mataku. Kepada peminat cerita Tiramisu, tak perlu nak putus kawan. Kelima, gaji freelancing tidak akan semantap di atas kalau duit dah habis pergi Korea. 


Bulan Februari diisytiharkan sebagai bulan tanpa freelance job, kerana mahu siapkan tugas penulisan. Terpaksa tolak banyak manuskrip best demi tugasan ini. Oh... BERUSAHALAH HUSNA ADNAN!!! Harap emak tidak kisah bekalan mi segera akan lebih cepat surut daripada biasa. Mampuih bai! Sebulan tak ada payment. Masa hadapan punya pasal.


Mulai hari ini, esok, lusa, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, dan Ahad hadapan adalah hari menjelajah. Minyak kereta akan kerap diisi, kesesatan akan kerap berlaku. Banyak daerah dan negeri bakal diterjah. Terjah negeri itu tidak jadi masalah sebab minyak dan tol adalah duit emak. Namun, kerja yang perlu disiapkan, PERLU DISIAPKAN!!!


Maka, blog ini akan dibiarkan bersawang. Namun jangan bimbang. Saya akan kembali. Bak tajuk lagu Korea di bawah ini.



I'll Be Back!




Pembaca: Kami tak bimbang pun. Pergi sajalah. Bising saja. (-_________-')

22 January 2011

Jambunya!! Auwww!!

Salam kawan-kawan! Hai! ^__________^

Bilik saya sudah cantik.

Yeaaahoooo!!!

Mahu tunjuk ataupun tidak...?

Mahu tunjuk... ataupun... tidak....?

Ermmm....


Malulah....




Tapi....




Ala... tunjuk sajalah....




Bukan ada apa pun kan....




Ermmm....




Baiklah....




Inilah bilik saya.... *blushing blushing*










Menangis aku kalau bilik memang secantik ini.

Tentulah ini bukan gambar sebenar. Kah kah.

Belum sempat ambil gambarnya.

Tapi cat ala-ala beginilah.

Merah jambu pekat di bahagian dinding yang ada lampu kuning.

Keliling adalah merah jambu cerah.

^_________________^

SUKA!!!

Terus nak perangkan rambut, dan pakai gaun kembang.

Juga memakai mahkota indah di kepala.

Sambil menyanyi merdu.































Pasti disebat oleh emak.

Tak apalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...