11 October 2012

✿ Majlis Akikah 3A ✿

Assalamu'alaikum.
Akikah sebagai ibadah yang disyariatkan oleh  Allah SWT, sebagaimana penjelasan Rasulullah SAW yang bermaksud, "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur, dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Namun tiadalah dapat kami lakukan mana-mana di atas, yang sunat muaakad hukumnya, pada hari ketujuh kelahiran Afia Zara, begitu juga kembar yang lahir pra-matang itu, atas sebab-sebab tertentu. :')

Walau bagaimanapun, alhamdulillah... dapat juga kami buat majlis akikah dan cukur jambul, sekali dengan rumah terbuka semasa minggu ketiga Syawal yang lalu, ketika Afia hampir empat bulan, manakala kembar lima bulan. Oh, mengapakah susunan ayat yang dilakukan ini terasa begitu tertib? Tidaklah dapat daku pastikan.

Mari kita biarkan gambar bercerita. Silap. Gambar-gambar-gambar x 1000000 = Banyak gambar sampai muak ya sila bertabah.

 Majlis Akikah Ainul Hayat, Ainul Mardhiah, dan Afia Zara 

Kumpulan marhaban versi pak cik. Terima kasih Cik Nordin atas segala usaha.
(Cik Nordin adalah kawan arwah abah, dah macam ayah angkat gitu sebab dulu masa saya kahwin, dia juga yang bantu uruskan. *sobs* Walaupun dia orang Nogori yang gaghang, tapi sebenarnya dia baik. Dia yang duduk berhampiran kipas.)


Beratur ikut umur. Kakak, Adik, Afia.

Abang Raihan dukung Kakak, Husni dukung Adik.
Ummi dia kena duduk tepi. Nanti kang terkena tangan imam, haru.

"Semoga perkataan yang manis sahaja datang dari mulutmu, duhai anak...."

Potong rambut depan dia sikit.

Selesai pusing tiga kali depan para pak cik, siap sudah. 
Kembar masuk buai dulu.

Kemudian Afia memisahkan Kakak dan Adik supaya nampak seimbang. Ha ha!

Ummi dan Ibu, bersama anak-anak. 
Tak sangka dah besar dah kita, Felah....

Abah, Ibu, Ummi, Abi.

Keluarga kecil saya. Auwww. :">

Afia versi conquer buai.
  
Inilah orang kuat majlis. Terima kasih, mak! ^___^

Yey, nanti Afia dapat sepupu baru. Ain sedang menghitung hari.

Afia nampaknya kagum melihat Uncle Afiq.

Majlis akikah dan cukur jambul berakhir lebih kurang tengah hari. Selepas zuhur, maka bermulalah sesi melantak kambiang, sate, dan yang sewaktu dengannya, sambil bertemu sahabat-sahabat yang sudi hadir! 


Cikpuan Izanor dan Cikpuan Azzah. Mereka sahabat yang cekal.

+ Cikpuan Roslimah dan Cikpuan Hayati = Dua-dua sangat hebat memasak! :')
+ Tuan Iskandar 'Dr. Bubble' Syah berada di belakang kamera.

Tuan Nizar sekeluarga. Mereka pasangan romantis, tahu? =D

+ Cikpuan Diana, Cikpuan Fatimah dan Danial bijaksana, Cikpuan Roziyah.
Terima kasih semua kerana hadir dan berlama di rumah kami! ^_^

Tuan Azmir sekeluarga juga datang. 
Si kecil di hadapan saya itu namanya Zara juga. ^_^


Ini adalah 'kanak-kanak riang' yang sangat berusaha gigih demi tiba ke majlis kami. Naik komuter, yalls! Terima kasih Aman Wan, Selo, Ainaa' yang manis, juga Afham, pelakon yang kian meningkat popular. Ngeh ngeh. Harap tak serik datang Kajang. :')

Izzah yang supercomel buat signature pose bersama kembar yang keletihan. 
Terima kasih Kinah dan Aiman!

Terima kasih Khairul kerana sudi datang bersama sepupu.
Khairul ini ada bakat menulis, dan kawan saya sejak belasan tahun gitu. Haha.
Kemon, Khairul. Mari terbitkan buku! xD

Ada ramai sahabat yang datang, tetapi tidak sempat bergambar. Maka ucapan terima kasih ini khas untuk Abang Bai dan Kak Ros selaku antara yang terawal, Vee, suami, dan Baby Iman yang dah pandai berdiri itu *jeles!*, Abang Fariz Firdaus dan Kak Huda sekeluarga, The Gadises (Nana - Dayah, suami, dan becoming-baby - Dr. Aireena yang kini jauh di Kelantan *huhu*), Kak Ida Munira sekeluarga, Huda dan suami yang baru dapat baby, serta kakak ipar sekeluarga; Kak Mas, Abang Wan, dan Baby Khaira yang comel. (^_^)

Maaf sekiranya ada nama yang tertinggal. Perlu termenung tiga hari tiga malam dulu baru dapat recall semua wajah yang peramah itu, haha! Yang pasti, kami amat menghargai kedatangan semua tetamu; saudara-mara dari KL, Kedah, dan Johor, jiran tetangga, dan sahabat-handai. Terima kasih! 

Terkini:
Sebelum vs Selepas
Afia sudah botak. Ibu dan abah cukur kasi licin! Haha!
.

♥ Yahuuuuu... entri sudah habis! 

Kredit gambar: Moez, HTC, Tab, Cikpuan Azzah, Cikpuan Hayati, Tuan Nizar, DSLR baru Aman Wan yang hebat, Khairul Asrizal, dan Sakinah Latif. Ya, ada banyak sumber, sebab itu macam-macam warna, rupa, dan rasa. Ha ha! :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...