31 August 2015

‪#‎dearhakak‬ | BAGAIMANA MULA BERNIAGA? #4

.
Dalam Episod: KEJATUHAN KERANA INSTAGRAM?? :O
.
(Dah baca #1, #2, & #3? Bacalah woi!! Ahaha)
.
.
Bukan nak salahkan Instagram.
.
Seperti status sebelum ini, saya salahkan diri sendiri kerana terlalu lama merewang di Instagram. Bahaya woh kalau tak dibendung.
.
Ni. Saya silap tahun. Tahun kecundang itu sebenarnya 2013. Tetapi ia angan-angan yang tercetus pada tahun 2012. K nevermind.
.
Alkisahnya, adik ipar kata best ada Instagram. Senang nak shopping. Kui. Maka saya pun teringin nak tengok tahap mana bestnya tu.
.
Sudah tentu, saya nak tengok kerana nature bisnes saya adalah pakaian wanita. Kali ini mahu lebih spesifik: Shawl. Selendang.
.
Siap daftar SSM, kau. Semangat kan. Dari preloved, kepada dropship, kepada pukal kecil-kecilan. Kini selangkah lagi ke hadapan, mahu buat label sendiri. Sangat cantik perancangan di atas kertas.
.
NOTA: 12.12.12 tarikh keramat. 7 tahun tak perlu renew sijil masa tarikh tu. Bangga siyut ada syarikat Enterprise. Rupa-rupanya milikan tunggal cumalah lesen perniagaan. Bukannya syarikat. Mimpilah nak jadi CEO.
.
.
Saya terjebak dengan belian online sejak 2008. Zaman beli dari blogshop.
.
Owner bisnes pun zaman itu semua tangkap sendiri berlatarkan dinding putih rumah sendiri gayanya.
.
Namun tidak kusangka, di Instagram... tahun 2013 itu... semua gambar petak kiub di sana amat menawan! Buntang mata skrol satu per satu. CANTIK!!! ^________^
.
Model slim tinggi berwajah flawless, mekap yang anggun, gambar terang dan indah hasil studio dengan pencahayaan sempurna, dan perkataan SOLD SOLD SOLD.
.
Sentiasa habis! Power betul jenama tempatan.
.
Hakak pun terawang-awang. Okey, kita pun mahu macam ini.
.
Terus tempah label, beli kain, hantar tailor. Buat tak banyak, dalam 20 helai (1 kodi). Bila kita buat sikit, kos jadi mahal. Dah itu saja mampu.
.
Apabila shawl siap, pergi pula ke studio photography professional. Nak white room konsepnya, ikut idola-idola jenama gah tu kan.
.
Waktu ini terus terang, modal bakar sudah cecah ribu-riban. Haaaaa. Belum apa-apa dah habis ribu.
.
.
Lepas produk siap, bila kira kos bikin, aku tergolek.
.
Sehelai shawl, demi nak tampung segala kos ikut-ikutan jenama gah yang dilihat di Instagram, demi nak gambar pun lawo baq hang, kos tinggi jadi menjulang! Dah macam harga pampers budak saiz L 44 keping bukan jenama Tesco.
.
Maka terpaksalah jual mahal. Yalah niaga takkan nak rugi atau pulang modal je kan?
.
Shawl biasa, dua lapisan, tak ada manik apa pun, patutnya elok jual RM80 matilarrrnak. Tapi sebab mahal sangat, walaupun kos teruk, berani jual RM69 sahaja. Itu pun masih rasa mahal. T_T_T_T_T
.
Tapi dek yakin zaman itu shawl sebegitu tiada di pasaran, ku gagahkan jua. Memang terjual... ada pembeli, yakni kawanku sendiri. *rebah rebah rebah*
.
Waktu itu hairanlah. Shawl best kot. Tak jarang. Orang lain semua kena pakai inner. Aku punya zup zap siap. Lagi selesa tanpa inner.
.
Kemudian baru saya sedar.
.
Produk best, gambar lawa, harga bolehlah... tidak ke mana kalau tiada bajet marketing. Macam mana nak ada bajet, modal dah habis pi tempah label, beli kain mahal-mahal, buat studio photoshoot pulak.
.
Buat juga ads bakar puluh ringgit mana yang berbaki, takat lulus sajork dah tu entah target lelaki India mana. T_T Serius. Ramai lelaki dari negara India sana yang like. Venci!
.
Venci sebab salah target. *bukan racist* Rugi modal melukut.
.
Lantas... berhuhuhu lah shawl tersebut di dalam almari sampai sekarang hahaha. Ada tinggal beberapa helai. Tiap kali tengok shawl tu, sekarang bolehlah gelak. Dulu boleh nangis woh.
.
.
Sejak itu, dah faham. Faham kenapa saya gagal.
.
Saya lupa maksud ikat perut. Lupa istilah gunakan apa di tangan macam zaman blogshop dulu. Lupa nak mula dari bawah semula sedangkan padang dah lain.
.
Ikutkan sangat jerung besar. Capital ciput, buatlah gaya ciput kan.
.
Mendapatlah. Akibat derhaka pada pengalaman sendiri.
.
.
.
Lama juga aku memerap mengenang nasib. 2013 tidak boleh seteruk ini. Aku suka nombor tiga. 2013 ada tiga di situ, jadi kena bangkit!!!
.
(To be continued....)
.

‪#‎dearhakak‬ | BAGAIMANA MULA BERNIAGA? #3

.
(Dah baca #1 & #2? Baca entri terdahulu.)
.
Oh lupa, sebelum sambung cerita perihal kejatuhan tahun 2012 itu, ada satu lagi konsep soalan yang sentiasa ditanyakan kepada saya:
.
"Saya tak reti guna FB, tolong ajarkan."
"Saya tak pandai buat FB ads, tolong ajarkan."
"Saya tak berani nak buat Instagram, tak reti guna. Ajarkan."
"Saya tak ada Tweeter. Ajar, boleh?"
"Saya tak tahu blogging. Tolong buatkan."
.
Teringat kata partner saya, "Manusia tidak belajar berenang di darat." Teori pada buku, tetaplah hanya teori unless kita buat. Kemudian baru tahu, sama ada kita benar-benar boleh berenang ataupun tidak.
.
"TERJUN KE DALAM AIR!"
.
Hanya dengan masuk ke dalam air, kita dapat benar-benar belajar berenang.
.
Apabila ada media sosial baru, atau teknologi baru, biasanya saya akan guna dahulu. Terjun dulu. Buat satu akaun, tengok-tengok fungsi yang ada.
.
Kalau perlu upload gambar, upload apa-apa gambar. Kalau perlu tulis, tulislah apa yang patut sampailah tahu OH rupa-rupanya Tweeter ada limit huruf sekian-sekian.
.
Sementara itu, kasi round tengok user lain.
Mana yang tidak faham, saya Google.
Mana yang makin tidak faham, barulah saya tanya member.
Mana yang leeeeebihhhhh tidak faham, saya masuk kelas.
.
Apabila kita dah tahu asas, senang untuk orang ajar kita, dan mudah untuk kita lebih faham apa yang diajarkan. Tahu sikit pun jadilah.
.
NOTA: Orang yang ada ilmu ni. ada satu yang disebut 'CURSE OF KNOWLEDGE', di mana kadang kita lupa apa yang kita tahu itu TIDAK semua orang tahu. Bila lupa, mudahlah rasa menyampah itu timbul. (Not good for you, not good for me.)
.
Apabila kita tidak tahu, kita ambil tahu.
.
Tetapi apabila kita tahu, jangan terlalu drown into it. Ada potensi mati lemas. Jangan lupa, media sosial cuma platform. Kejatuhan 2012, bermula apabila saya terlalu lama merewang di Instagram. Camno tu??
.
(To be continued....)

#‎dearhakak‬ | BAGAIMANA MULA BERNIAGA? #2

.
(Dah baca #1? Lihat entri terdahulu.)
.
Waktu tiada modal dulu, pakaian yang saya suka pun saya jual sebagai preloved (terpakai). Demi nak dapatkan duit modal.
.
NOTA: Tadi ziarah kejap blogshop lama, macam nak hantuk kepala sebab ada yang cantik dan rasa nak pakai sekarang haha. Sangat berkorban!
.
Blogshop saya dulu sangat gigih. Cantik dan comel! Serius, rasa amat gigih, lupa terus bagaimana rasa gigih dulu. (Ya Allah jauhkanlah aku dari dosa ujub. Cuma kagum sikit, sebab sekarang amat malas. T_T)
.
Dalam pada buat dropship, jual preloved, kemudian beli pukal sikit-sikit... saya mampu capai RM2000 sebulan.
.
Tak banyak kan? Tapi macam kerja ofis, kira okeylah. Sambil jaga suami, jaga anak, menulis, buat editing, rasa okey dah dulu.
.
Oh lupa cakap, masa itu tahun 2011.
Zaman buat proper sikit, ada blogshop khas.
.
Sebelum itu tumpang blog repekan Husna Adnan, jual preloved. Tahun 2009.
.
Kiranya saya mula terjebak bisnes online ni baru 6 tahun.
.
Semua buat sendiri; dari pilih stok, ambil gambar produk, jadi model kaedah selfie je nok, kemudian edit bagai di sorga bercahaya gila sebab mekap pun sendiri tak berapa cantik dipandang. Nan hado reti mekap.
.
Terpaksalah, nak save budget.
.
Ada produk, tak ke mana kalau tak buat platform untuk marketing & sales kan?
.
Maka saya pun buat FB page sendiri, godek FB ads sendiri (tak pernah ada ROI, hentam kromo sobs), setup blogshop, edit semua guna Photoscape. Laptop yang ada segala jenis Adobe rosak, memang konsep redha.
.
Photoscape woi... ada 10 gambar, 10 kalilah kau tulis dan design yang sama. Pernah guna ke idok? Percuma, cubalah download. Sampai sekarang guna. Lulz.
.
Setup blogshop dulu refer buku Tuan Zamri Mohamad, 'Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop'. Semoga pahala berganda kepada penulis ini, dan semua yang terlibat.
.
Follower dari seorang, jadi 91 orang.
.
Setahun sahaja guna blogshop, sebelum meninggalkannya.
.
Betapa kemudian baru saya sedar, saya meninggalkan sesuatu yang mengajar saya dari ZERO.
.
2012... pertama kali saya tersungkur.
.
(To be continued....)


‪#‎dearhakak‬ | BAGAIMANA MULA BERNIAGA? #1

.
Soalan yang sentiasa ditanyakan kepada saya. Alhamdulillah, gembira apabila kenalan dan sahabat mula menunjukkan minat pada dunia perniagaan. grin emoticon
.
Awal-awal ini...
Tidak perlu pening kepala berkenaan pinjaman bank.
Jangan bazirkan simpanan jangkau ribu-riban.
.
MULAKAN DENGAN APA YANG ADA DI TANGAN.
Saya belajar dari Puan Ainon, dan saya praktikkannya.
.
Sekiranya sedang pegang ayam, letak dulu. Bukan bermaksud gunakan ayam tadi bagi memulakan perniagaan. Maksudnya, gunakan soft skill, fizikal, hatta gajet yang sudah dibeli (handphone, laptop).
.
Mula tanpa modal, ataupun tanpa modal yang besar.
.
Saya dulu mula dengan menjual preloved, kemudian dropship.
.
Tidak simpan stok. Tiada risiko kerugian wang ringgit.
.
Dari situ, dengan modal yang mula membukit, barulah saya beli pukal dari pemborong. Belum timbul angan-angan buat produk sendiri waktu itu.
.
(To be continued....)
.

28 August 2015

Adik Tanya Ustaz




"Syurga untuk orang yang marah."



Kata ustaz dalam program 'Adik Tanya Ustaz'.


Oh?? @_@


Kemudian ustaz sambung,


"... Orang yang marah, tapi bersabar."


Oh.... ^,^



20 July 2015

Soalan Maut di Hari Raya?

Raya pertama, dah dapat dah soalan cepu emas. 

"Anak sorang je ke?" Tetiba dipegangnya perut mak, "Ada isi?"

Kalau nak jawab loyar buruk, memang ada. Baru sental rendang, nasi impit, dengan sambal sotong. Tapi sebab kita orang dewasa, fahamlah soalan ini isu negara.

"Haha taklah, memang sorang saja." *sengih* 


Mak cik yang bertanya pun dengan pantas membalas, "Ooooh sorang je. Bagus, bagus." Tak tahulah apa yang bagus, melainkan bagus cara mak cik tersebut mematahkan perbualan.
.
Masa nak balik baru teringat. Dia pun anak seorang, dan anak seorang itu sudah beri dia tiga cucu. Dah hampir sama dengan mak aku yang lima anak. Diuji pula dengan suami yang sakit tak boleh bekerja. Mungkin dengan anak seorang, dia dapat fokus pada bisnes dia sambil sara suami. Dalam kepayahan itu pun, baru renovate rumah sampai RM60k.

To this point, aku yakin, apa yang Allah rezekikan pada kita... itulah yang terbaik. Dan mana pilihan kita yang Allah izinkan, tentulah ada hikmah. Jadi, bila rasa-rasa nak tersentap tu, cuba tarik nafas dan cari hikmah. Keep calm, and jalan teruuus.




You'll be happier!


28 June 2015

Saya Dealer EPHYRA Kajang - Bangi




Saya segan sebenarnya nak promo, tapi sebab ramai bertanya jadi saya kongsi di sini walaupun bukan rahsia pun. Saya sudah hebahkan di platform kedai online saya, maka siapa follow mesti tahu.
.
Saya amalkan Ephyra. Produk tempatan yang dutanya Memey dan Norman Hakim tu.
.
- Merawat kulit kusam
- Kurangkan rambut gugur (terutama yang lepas bersalin) + rambut makin sihat
- Banyakkan keperluan baby *ehem pepaham please sebab sini ada yang anti bercakap pasal nursing kikiki*
- Beri tenaga terutama nak Ramadan ni. Saya mula minum Ephyra masa Ramadan tahun lepas sebab teruk sangat tak bermaya. Alhamdulillah sesuai untuk saya.
.
Banyak lagi kelebihan Ephyra. Nanti saya cerita lebih lanjut. 
.
EPHYRA Premium (30 sachet: sebulan): Harga pasaran RM197.
EPHYRA Trial (10 sachet: 10 hari: Harga pasaran RM68
EPHYRA Skin Bar (pencuci muka): Harga pasaran RM39

Wanita / lelaki yang berminat mencuba Ephyra Premium dengan harga promosi, mohon PM saya atau Whatsapp 013-3482016. (Whatsapp sahaja ya, takmo SMS atau call. Susah nak terangkan tanpa gambar.) Insya-Allah lebih murah supaya semua mampu miliki Ephyra.

Insya-Allah sekiranya betul cara mengamalkan dan sesuai dengan badan, boleh uninstall Camera 360, like seriously i did. 😝.

KISAH BABY BILIS: Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Bekerja Sendiri?

Awal tahun hari itu (28 Januari 2015), waktu memerlukan pencerahan lima tona berkenaan hala tuju hidup, kami diberikan rezeki untuk ke Janda Baik. Ya, walaupun hampir 2 tahun kerja PTS circa 2009 - 2010, saya tidak pernah ke Janda Baik. :') Asyik dengar dan tengok keseronokan orang memancing ikan, mandi sungai, jolok buah, bakar ikan segala. Tetapi jumpa Puan Ainon banyak kalilah di pejabat. (Pertemuan saya dengan Puan Ainon di pejabat pun suatu yang memorable. Sentiasa senyum apabila ingat.)
.
Maka bertemulah kami dengan Puan Ainon, dan direzekikan dapat berjumpa Kak Kam the legend sebab dari 2010 kot asyik dengar nama Kak Kam dan kehebatan beliau memasak, dan bertemu Ayahanda Prof.Abdullah yang sebetulnya berada di PTS seharian. Janji nak balik 3 petang, lajak sampai 6 petang. Rezeki lajak, dapat makan kambing bakar, dibungkuskan telur ayam kampung, terung comel, dan longan Amazon. Wow yes, Amazon. Sedap.
.
Yang bestnya bertemu Puan Ainon adalah, beliau seperti ada telepati.
.
Tiap kemusykilan aku yang segan utarakan, tetiba Puan Ainon akan jawab dalam nasihat-nasihat beliau. Kau dapat bayangkan? Tidak menyiasat di meja empat segi itu. Suatu yang amazing bagi aku. Kami berlima, rasanya waktu itu semua 'kena' bahagian masing-masing. Sentap sendiri dengan apa yang kami sangka kami okey, sedangkan boleh tune lagi.
.
Permata yang aku bawa balik dari pertemuan itu, 
adalah kenyataan bahawa aku seorang 'ansar'.
.
Ansar di sini maksudnya, aku seorang pekerja. Sesuatu yang sebenarnya aku dah lama buat, sebab masa di PTS One, aku jadi Editor Pengurusan. Uruskan manuskrip yang diluluskan oleh Editor Perolehan (yang kerjanya cari dan baca manuskrip). Aku buat suntingan, layout, hantar quotation cetakan, mohon ISBN, dan segala proses dari A hingga Z, hingga manuskrip siap menjadi buku. Itu aku. Tetapi somehow, aku tidak jelas siapa aku. Maka kini aku jelas, aku seorang ansar.
.
NOTA SEKEJAP: Ansar juga boleh memimpin. Ansar yang paling berkebolehan ataupun senior, akan memimpin ansar lain, untuk teruskan SOP. Maka dalam bisnes, aku ada ansar-ansar di bawah aku. (Eh tetiba bahasakan diri 'aku' haha baru perasan!) Aku ada 3 orang agent dropship. Baru tiga, tetapi itu pun tunggang terbalik sebab aku kena jadi muhajirin. Nak kembangkan bisnes lagi, nak uruskan stok dan agent lagi. TAPI aku bukan muhajirin. Haaaa. Maka sebab itu bisnes aku masih baby bilis walaupun mula niaga 2009. Aku tak dapat buat kerja kembangkan bisnes. Berniaga, menulis, menyunting, itu ini selain tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu, menantu segala. Sungguh tidak fokus.
.
SAMBUNG:
.
Aku seorang ansar, dengan bakat menjual (ini pula dapatan daripada suami, dan rerakan rapat - yang asalnya aku pun tak sedar padahal dah buat sejak diploma, tapi aku sangka normallah kau jual ada orang beli.) Tak semua orang dapat macam itu rupa-rupanya. Bakat ini, ada teknik dan taktik. Tiada benda magical, bak seorang lagi guru saya, Cik Mal. Kau kasilah apa pun pada aku, aku akan jual. Tak habis semua pun, pasti satu tukar tangan. Alhamdulillah, dengan izin Allah.
.
Namun kenyataan perit Puan Ainon berkenaan bakat ini adalah:
aku tidak akan kaya.
.
NOTA LAGI: Hahahaha betul la tu. Aku takkan kaya tanpa belajar ilmu menjadi muhajirin, atau simply cari seorang muhajirin untuk lead bisnes aku. Partner la tu. (Oh jangan kata suamiku adalah partner. Dia tak minat bisnes fesyen. Dia membantu.) Bisnes PERLU berkembang. GROW! Simpan ini. Aha yang ini aku sudah usahakan. Insya-Allah next bisnes, aku ada partner. Coming soon~~ tapi tak payah tunggu sangat. Ini projek senyap. kiki emoticon
.
Aku okey dengan kenyataan aku seorang ansar dengan bakat menjual yang tidak buat aku lebih kaya. Insya-Allah one day, aku pun tak tahu bila. Tapi aku okey.
.
Kecuali semalam.
.
Semalam naluri penjual aku rasa tercabar. Sebab selama ini aku tak takut labur duit untuk ambil stok. Semalam seharian aku rasa takut. Padahal hampir RM2K sahaja yang bakal dileburkan. Untuk dua jenis item, dalam unit pukal. Yang merisaukan aku, kelak baki untuk hidup cumalah RM200. Itu yang buat aku in-between. Tapi duit dalam bank takkan berkembang kalau tak dikembangkan, maka akhirnya aku gagahi juga dan cuba nak transfer duit ke akaun pembekal.
.
Tengah tunggu TAC, tetiba Chrome crash.
.
Open balik, cuba lagi, dan tunggu TAC bagai nak berjanggut.
Close, open, cuba lagi, pun TAC tak kunjung tiba.
.
Apa aku buat? Terus tutup laptop dan keluar pos barang. Terasa itu satu hint yang amaun itu kurang sesuai dileburkan sekarang. Terasa gitulah. Everything happen for a reason.
.
So takkan nak nganga je sampai raya? Aku nak jual something!!
.
Tetiba Subhanallah dapat ilham. Hahaha benda senang sebenarnya. Aku boleh jual, tetapi fokus jual item pertama barang dua unit, dan roll balik untuk beli item kedua. Senang kan? Tapi biasalah, dok fokus ketakutan RM200, terus kabur tang lain. Ini satu skil kemahiran berfikir dalam bisnes kecil-kecilan. Kena pandai twist.
.
(Aku tahu, saat ini apabila bilis dewasa dan para jerung membaca cerita aku ini, akan kata aku salah itu, salah ini. Alhamdulillah aku sedar, banyak benda aku kena ubah kalau nak duit bekerja untuk aku. Insya-Allah doakan.)
.
Cerita ini nampak cacamarba. Tapi semuanya bermula dengan perkataan 'ansar'. Macam-macam boleh buat dengan mengetahui sama ada kau ansar ataupun muhajirin. Kemudian cari, apa bakat kau. Apa minat kau. Apa yang boleh jadi pendapatan. Know yourself; paling penting. Jumpalah sesiapa pun yang kau percaya, tanya dia siapa kau pada dia. I mean, bagaimana kau dari perspektif dia.
.
Sebab orang keliling kita ini adalah cermin kita. Macam lagu Justin Timberlake tu. Sebab itu juga, kita bab audit orang paling laju. Kita nampak apa yang dia tidak nampak (kalau dia tanya kau lah... kalau dia tak tanya, jadi kawan rapat dia supaya boleh sound tepek.). Dan kenalah open juga supaya benarkan orang audit diri kita. Kalau bagus, bangkit. Mana yang tidak, ubah. Dan bangkit. Apa pun, baik buruk kata orang, kau bangkit.
.
Mak okey je bab sentap ni, maksudnya biasalah kalau kita mudah tersentap. Tetapi gunakan balik untuk jadi lebih baik. JADI LEBIH KUAT! Sebab apa? Kita yang terpilih hidup di dunia ni kerana kita the strongest sperm hahahaha betui ka ni?
.
KESIMPULAN: So daripada entri panjang lebar ini, sebelum bekerja sendiri, pertamanya kenali diri anda bagaimana. Jadilah diri anda yang paling kuat sebab bekerja sendiri ini tidak mudah. Trust me.
.
.

Rezeki Tak Disangka-Sangka #2

Saya ini, tidaklah alim. Namun, izinkan saya berkongsi sebuah cerita.
.
Saya sentiasa bertarung dengan pelbagai ujian hidup. Ya saya yakin tuan cikpuan juga begitu. Saya, ada masanya tiada tempat meluah. Tidak kepada keluarga, tidak kepada para sahabat. Adakalanya, saya sendiri memilih untuk tidak.
.
Akhirnya sentiasa yang saya ada, hanyalah Tuhan. Okey, bukan alim tau. Tapi saya memang banyak bercakap dengan Tuhan. Bercakap dalam hati, dan ada masa, terlepas bual dalam menung. Sifat perempuan yang sangat suka bercakap.
.
Kelmarin, saya agak penat mengemas rumah. Petang itu sambil hendak duduk, saya terluah hal yang dirisaukan dari pagi. "Hari ini satu sen pun tidak masuk. Haha."
.
Saya pusingkan kerusi dan hadap laptop.
.
Tidak dapat saya ceritakan bagaimana perasaan saya, saat itu juga terus muncul satu PM urusan jual beli. Nilai bakal masuk bank adalah RM*** yang agak banyak. Terkedu. T_T Subhanallah, baiknya Allah kepadaku. Sangat terharu.
.
Maka izinkan juga saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi rezeki bersama saya. Rezeki Afia sebetulnya.
.
Saya tidak mengeluh kepada sesiapa, saya tidak tulis kisah susah saya. Namun tetaplah hingga kini masih ada rezeki. Rezeki yang mencukupi. Alhamdulillah.
.
Sesungguhnya kepada yang tidak percaya, Tuhan itu memang ada. Dan tiada yang disembah, melainkan Allah: pencipta kita. :')

.
.

How To Vanish A Promoter

"Halo kakak." Sambil bawa sekotak robot. "Kakak kerja?"
.
Hakak senyum paling manis. "Tak."
.
Pling!
.
😱
.
I'm not even mad. Kagum gila betapa laju engkau menghilang, dik. Kahkah. Kau kasilah kereta percuma ke, rumah percuma ke... hakak tetap takkan sign up kad kredit kau. Apatah lagi demi robot ala Transformers yang menyedihkan itu. T_T

.
P/S: Saya kurang gemar konsep promoter yang suka kejar sampai berlaga bahu. Jangan sampai hakak mencarut ye dik. Hakak dah lama tinggal perbuatan keji begitu. Heh!
.
.

Rezeki Tak Disangka-Sangka #1



Semalam tak dapat tidur. Batuk teruk, hidung sumbat, nak tidur pun tak selesa. Pukul 3 pagi baru terlelap. Jadi lepas Subuh tadi, rasa nak tidur kejap sebelah Afia gemuk tu. Memanggil-manggil tengok dia lena kemain.
.
Tapi dalam hati rasa sayang nak tidur. Waktu rezeki senang masuk ni kan. Maka mak pun baring sesaja, bergantung pada nasib. Nasiblah kalau tertidur.
.
Tetiba dapat Whatsapp. Ada orang nak beli shawl. TIGA helai kau. Wah terus cerlang mata! Kita pun layan bebaik, kasi invois dan smiley satu kali, lantas segera bangun semula. Insof dik. Bangun pi ambil wuduk.
.
Kau tahu apa jadi? Dia tambah lagi DUA! Cukup lima hari bekerja pakai shawl hakak. Subhanallah, alhamdulillah. Lelaju hakak pakai telekung, rasa sebak di dada. Betullah. Apabila bekerja sendiri, pergantungan kita benar-benar hanya pada Allah. Tunai. T_T

.
.

PEDOPHILE: Awas Masyarakat!



Sadly, yes. It does.
.
Tahukah kita, bukan sahaja video lucah bertebaran di serata dunia maya, tetapi juga video comel anak-anak berpakaian seksi, memakai mekap dan berdandan bagai orang dewasa lalu pose manja, atau langsung tanpa pakaian antaranya sewaktu bermain air kolam ataupun pantai?
.
Saya bukan orang paling layak berkongsi hal ini. Saya banyak kelemahan, dan ada masa saya juga terlepas pandang. This is just my concern, as I am a mother too.
.
Pagi tadi saya terlihat seseorang berkongsi video seorang kanak-kanak perempuan (tanpa pakaian) mengurut seorang bayi (yang juga tanpa pakaian), sambil tersenyum-senyum ketawa. Yang normal akan komen: "So cute!!", " Aaa comel!!", and such... tapi bagaimana bagi mereka yang memiliki kecenderungan seksual kepada anak kecil iaitu pedophille?
.
Mohon kita para ibu bapa dan masyarakat, menapis apa yang kita kongsikan di laman sosial dan media maya. Anak mandi tak pakai baju? Anak tidur terselak segala? Anak main ternampak paha? Don't. Just keep it to yourself. Jangan upload. Nanti anak itu akan membesar juga. Malu dia nanti. Banyak mata memandang. Lelaki perempuan, equally don't. Tak upload, tetapi hantar ke pencetak gambar? Again... don't.
.
Just don't.
.
To some, that's their porn.

.
.

23 June 2015

Bagaimana Hilang 7kg Kurang Sebulan

Susulan entri sebelum ini: KERJA GILA NOMBOR 33


Saya mula jaga makan dan bersenam pada 4 April 2015. Saya berjaya sarung jubah coklat yang sebelum ini ketat sendat, pada 2 Mei 2015. Tak sampai sebulan, kan?
.
Rutin saya:
1) Atkins.
Makan apa sahaja sumber protein (telur, ayam, ikan, keju), sayur hijau, dan elakkan makan karbohidrat (nasi, roti, mi dll), gula, dan junk food. Pernah seminggu cuma makan sup ayam dan telur. Muak tak muak, dik. Padahal ada banyak menu Atkins yang sedap, haha! Boleh Google diet Atkins, atau join groud FB Kelab Diet Atkins.
.
2) Tiap hari buat senaman-senaman ini, paling kurang satu set:
- Planking: 20 saat
- Squat: 50 kali, dan naik 5 tiap hari.
Contohnya hari ini 50, esok 55. Maksimum saya boleh pergi dalam 100 je. Lepas itu mak pitam. Kahkah.
- Jumping Jack (lompat bintang): 100 kali
- Lunges: 30 kali
- Wall sit: 50 - 80 saat
- Main game sukan atau game menari (Kinect) paling lama 2 jam.
.
3) Usaha, usaha juga. Doa jangan tinggal.
.
Tapi sebab saya kurang gemar sikap emo yang tidak terkawal apabila kehilangan gula, maka saya makan buah. Haha! (Buah pun dilarang dalam Atkins). Pepandailah burn balik berapa kalori yang terlebih.
.
Bila rajin, saya buat senaman satu set pagi, satu set malam. Kalau terlupa ke, penat ke, paling tidak saya akan buat wall sit 50 saat. Itu tak boleh tinggal. Sebab saya fokus kurangkan lemak bahagian pinggang ke bawah, dan kecilkan lengan. Kalau fokus nak buang lemak perut, kena buat rutin senaman lain.
.
Mungkin tidak berapa ketara kehilangan 7kg saya. Bak kata Abang Bop, sebab saya sentiasa pakai jubah. Tapi bandingkan isi padu pipi pun cukuplah kot. Takkan nak kena pakai kebaya tetiba kheeen. 👻
.
Semoga berjaya kepada semua yang berusaha. Target saya jauh lagi!


TERKINI: Sekarang dah malas balik buat segala senaman gila di atas, kecuali WALL SIT yang dibuat apabila rasa bersalah makan banyak sangat, wakaka. Cuma masih kurangkan pengambilan nasi. Sekarang berat saya antara 59kg - 60kg. Kadang naik balik 61kg, tapi lepas itu turun balik. TARGET MASIH JAUH!!
.
.
.

10 June 2015

ENTRI TERTANGGUH: Kerja Gila Nombor 33


Waktu Calaqisya umum pembukaan butik di Bangi, aku bahagia amat. Aku gelar Calaqisya sebagai 'Penyelamat'. Bila berat naik mencanak, tak terkira berapa banyak kali aku menangis depan almari. ‪#‎hatitisu‬

Semua baju yang aku ada, semuanya ketat sendat! Tapi waktu aku cuba 'Syifa', salah satu jubah Calaqisya sehari sebelum raya (ya, tahun lepas semua jenis baju aku tak muat!), itulah senyum aku paling lebar. Aku tak fikir panjang, terus beli dan pakai masa raya pertama.

Selama ini kalau mahu ke Calaqisya, aku perlu ke Shah Alam, atau JB bila balik rumah mentua. Kali ini kau bayangkanlah dokat gilo! Dekatlah juga, Kajang - Bangi. Maka ya, aku memang bahagia. Bahagia yang masih lek lek, sebelum...

Calaqisya umumkan yang 100 PELANGGAN PERTAMA akan dapat JUBAH PERCUMA.

JUBAH PERCUMA woi. Bukan potpuri dalam beg jaring disertakan bersama dua tiga biji kacang. Jubah! Antara yang tersenarai dalam 100 jubah percuma itu adalah Syifa. Syifa yang aku sayang.

Tak keruan. Tapak tangan basah, jantung dup dap dup dap. Sebab aku tahu, bila ada offer macam ini, pukul 6 pagi dah ada orang beratur. Haaa aku 6 pagi masih tidur sebelum alarm bangunkan setengah jam kemudian.

Tak boleh jadi. Aku minta izin suami, nak keluar awal mengalahkan orang lain. Of course, dia beratlah nak kasi. Tapi aku cuba melobi, sebab salah satunya aku nak buktikan kepada diri aku, yang menjadi aku yang biasa, jubah itu confirm bukan aku punya.

Nak jadi cerita, malam sebelum pembukaan, aku cuba tidur awal. Nak berebut kan, nak jubah free. Kahkah! Tapi jam 9 malam, sambil aku baring-baring layan Instagram, terbeliak mata aku. Calaqisya update, dah ramai menunggu sejak pukul 3 petang. T____T

Aku sangka aku dah cukup gila. Terus pejam mata rapat-rapat, mengharap aku terlelap sekejap dan bangun dengan bertenaga.

Tak mampu.

Aku terus bangun, mandi, bersiap, cium Afia, salam suami, dan alangkah gilanya aku, jam 11 malam aku dah keluar rumah sorang-sorang. 👻👻👻

Pukul 12 tengah malam, aku sampai depan butik. Butik Calaqisya yang sangat ramai contractor sedang siapkan cat, sapu baki simen, siapkan wiring apa patut. Butik belum siap sepenuhnya. Dalam khemah? Gila ramai.

Ramainya orang 'gila' macam aku. (Calaqisya sediakan khemah dan 100 kerusi.) Bila nampak kerusi kosong, katanya kawan dia punya. Dua tiga kali bertanya, semua penuh sebelum aku ternampak dua kerusi kosong di hujung kanan khemah.

Tanya orang terdekat, katanya kawan dia punya jugak. Muka aku dah pasrah nak balik. Kemudian dia bersuara lagi, antara suara paling merdu malam itu. Suara dia memberitahu bahawa kerusi satu lagi itu belum berpunya. Aku punyalah lega, terus duduk dan tersengih sorang-sorang macam gila.

Pusing belakang, pada kerusi ditampal nombor 0033. Cecepat aku refer Instagram Calaqisya. 0033: dapat jubah Khayla. Walaupun bukan jubah yang aku nak, tapi daripada tak ada kan. Maka aku pun berpuas hati. Amat berpuas hati.

Bermulalah sesi duduk di khemah, dari jam 12 tengah malam hingga jam 7 pagi (solat subuh di masjid terdekat).

Dapat aku simpulkan; aku tak nak buat lagi hahahaha! Sakit kaki wei duduk 6 jam. Tidur pun duduk. Letak kain atas muka, lepas itu terlelap 5 minit. Dan sepanjang malam itulah, Encik Suami temankan. Tiap sejam dia akan Whatsapp tanya khabar. Tapi tiap jam itu tetap rasa hazaaaaaabbb.

Hilang hazab bila confirm memang aku dapat jubah berharga RM139 secara percuma. Hahaha aku tak beli apa pun, cuma belikan pesanan orang lain. Siapa yang beli apa-apa je dapat percuma tu. Kalau sekadar tunjuk gigi, memang sia-sia pengorbanan enam jam hakak.

[Tolong insert 1001 rasa bahagia di sini....]

hinggalah saat aku cuba pakai sejurus sampai di rumah.

T__________T Nanges!!

Jubah yang dapat percuma itu, sendat!

Sedih kau. Mak rasa nak terjun tiruk ke Sungai Kelang.

Tapi sebab mak seorang yang positif, mak simpan je jubah tu sambil buat iklan lelong. Ramai berminat tapi tetap tak terjual sebab jubahnya untuk manusia rendang macam aku. Semua yang nak beli rasa senteng.

Lelama aku jadi bengang. Bengang sebab aku tak muat jubah percuma!! Huaaaaa!

Nak tahu apa aku buat?

Aku sekali lagi tekad menjadi luar biasa.

Aku nak kuruskan badan sampai muat jubah tu! Aku ada kurang sebulan sebelum PBAKL, maka aku kena cari jalan!

Dipendekkan cerita, akhirnya aku muat pakai jubah itu. Alhamdulillah! Jubah coklat dalam gambar, yang aku pakai ke PBAKL hari Sabtu. Hehehe so happy!! 😍😍😍

Nak tahu berapa aku hilang dalam masa kurang sebulan?

Hampir 7 kg. 💪😂

Hahahahahaha! Ada yang nak tahu bagaimana aku buat? (Akan disambung pada entri seterusnya.)

Ini semua kerana aku percaya, apabila aku buat sesuatu di luar zon selesa, aku akan dapat result yang berbeza. Berbeza daripada rutin aku yang biasa. Aku buktikan pada hari pembukaan Calaqisya, maka aku percaya aku juga boleh capai berat yang sesuai sampailah jubah itu muat aku sarungkan. Kurang sebulan!

Sekarang, aku cepat bosan apabila aku menjadi aku yang biasa. Kerana kerja luar biasa gila, hasilnya memang gila punya sweeeeet! Aku rindu nak jadi gila!!!

_______
Husna Adnan
Personal Shopper
Manusia Gila Yang Taip Panjang Gila
Tapi Takkan Ulang Tunggu Jubah Free kahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...