Hebat! Entah mengapa saya rasa seperti sudah lama tidak mengemas kini blog ini sedangkan baru enam hari meninggalkannya. Sedang menghadapi sedikit kekangan masa (dan 'kecergasan' talian Internet) bagi melawat blog kawan-kawan juga.
Emm... pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini, sama ada yang sudi meninggalkan komen, mahupun yang sekadar membaca, berspekulasi, berpandangan peribadi secara senyap dan sebagainya. Kalian sangat supportive.
Ini kisah minggu lepas.
Saya memasak. Ngeh heh heh. *Nada gelak sinis antagonis*
Juadah berbuka puasa itu saya berikan nama:
Maggi Goreng Air Tangan Kita Tapi Mangkuk Mak Kita Punya
Langkah B: Penyediaan mi
1) Beli mana-mana mi yang anda suka. Anda beli Mi Sedap pun nama resepi ini tetap bernama Maggi. Jadi sekiranya tidak keberatan, belilah mi jenama Maggi supaya tidak seperti berdusta. Namun sekiranya hendak beli jenama lain kerana memboikot Maggi pun tidak mengapa. Hendak guna mi biasa yang selalu dijual di kedai-kedai lain juga boleh. Pandai-pandailah nak hidup.
2) Sesudah beli, buka bungkusan dan rebus ke dalam air yang panas. Tiada istilah rebus sekiranya menggunakan air sejuk. Itu namanya rendam. Tetapi rendam ada istilah merendam ke dalam air panas. Namun kita hendak rebus ya, kawan-kawan. Supaya mi menjadi lembut dan senang dihadam.
3) Toskan mi apabila sudah lembut. Tidak perlu terlalu lembut kerana sebentar lagi akan dimasak bersama bahan-bahan lain. Langkah C: Bahan-bahan
Sudah lupa kerana main masuk sahaja apa yang ada. Secukup rasa dan sesuka hati.
Langkah D: Cara-cara membuat
Apabila bahan-bahan yang saya sudah lupa itu kelihatan okey, masukkan mi dan kacau sehingga mi dan bahan-bahan menjadi akrab. Oleh kerana sedang berpuasa, proses merasa bolehlah ditunda sehingga bunyi azan maghrib. Saya waswas mahu rasa sedikit di hujung lidah.
Langkah A: Permulaan
Sebelum memasak, kita perlu sediakan hati dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan supaya masakan kita sedap dan menyelerakan. Kemudian mulakan dengan bismillah dan menyediakan langkah seterusnya.
Hasilnya:
Jadinya bolehlah agak sendiri apa bahan-bahan yang digunakan.
Kata kunci: Sejuk beku.
Komentar menganyam bakul:
- "Boleh la...." sambil tersenyum.
- "Okey la...." sambil tambah dua pinggan.
- "Kau masak? Apa rasanya?" lalu mengambil pinggan sedangkan tadi hanya ambil sudu kerana sekadar mahu merasa.
Jangan takut mencuba. Tetapi apa yang kita cuba itu, perlu dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Apabila kita mencuba, kita ada pilihan. Sama ada untuk terus mencuba, ataupun berhenti mencuba. Ada yang kata, kadang-kadang kita tidak ada pilihan. Saya kata, kita tetap ada hak membuat pilihan. Kerja kita banyak, nak tak nak kita kena siapkan juga. Pilihan lain, berhenti kerja secara drastik, tinggalkan kerja yang ada kepada sesiapa jua mangsa seterusnya dan menjadi orang yang dibenci.
Si ibu boleh pilih ini:
Si anak yang comel pula boleh pilih ini:
Pilihan lain:
Tepuk dada, tanya selera.
Sehingga berjumpa lagi, salam sayang daripada saya, Husna Adnan dan krew (eh, macam kenal skrip ini.) Wassalam! (^_^)
7 comments:
Saya pilih mamak itu. Apa kita minta dia kata, "Ada, ada, ada" meskipun tak ada dia angguk sahaja.
----
Gabungan hotdog, sayur campur, bawang goreng dan mee membawa aroma yang menyelerakan dan sedap dinikmati ketika dihasilkan pada waktu siang hari (siang hari? Heheheh)
-----
Nota: Itu buku Remaja@PTS boleh saya ambil senaskhah dari Husna minggu depan boleh tak? Sudah adakah?
wah...panjangnye nama juadah! haha
lepas ni nak masak apa pula?hehe;)
wah.. raya nanti saya datang rumah Husna saya nak hidangan ni ye menggantikan dodol yang dikatakan tak berapa meriah di rumah CIk Husna tu.
Klu sedap, saya nak bungkus sikit..
Tak salah mencuba.. eheh heh heh
wa..sdh lame tdk mnjengah..
sory la ye cik sna..
yg penting rindu nk bebuke kt saujana mcm thn lps..
hehehe..
raye thn ne harus konvoi ya!!
Waah,nampak best laa...
Kalau kat indonesia,diorang panggil Indomie goreng walaupun diorang masak pakai Mi Sedap... :p
Selalu2 la tinggalkan rsepi kat sini lagi ye! ;)
Tuan Zamri,
Alamak sudah silap di situ.
Saya tidak suka bawang.
Maka tidak ada bawang goreng. Hehe.
Berkenaan buku itu, cek belum siap.
Nanti buku dan cek akan diposkan.
Vodlafin,
Lepas ini masak... er... (@-@)
Ismail,
Hahaha ade ke raya makan Maggi goreng.
Tak romantis langsung. Hahaha!
Dayah,
Tu la.. lama ko menyepi eh..
Tahun ni takde plan ke dak Kajang berbuka bersama?
Bab konvoi itu wajib okey.
Ai,
Hehehe nanti kalau korang datang, meh aku masakkan. Ewah.
Tinggal resepi? Alamak.. sendiri pun tak pandai masak la.. hehe..
Oh ada cek ye? Tak tahulah pula!
Post a Comment