06 October 2009

Kahwin (Uuu....)

Assalamualaikum, hai semua!

Kontroversi tak tajuk entri kali ini? Haa... takut tak? Hehehe. Adik-adik bawah umur, kalau rasa-rasa tengok Ben 10 lebih menarik, silalah pangkah tetingkap blog ini ya? (^_^)

Mengapa tiba-tiba timbul isu kahwin?
Oh no, no. Bukan kerana saya ada perancangan berkahwin secara bawah tanah. Saya masih muda remaja. Masih mahu pergi ke disko setiap malam, mencocok bulan sambil menikmati usia muda dengan hiburan dan air bikarbonat! Hahaha!

Topik ini kerana bulan-bulan akan datang ialah musim orang berkahwin.


Dan kakak saya adalah salah seorang daripada golongan bertuah ini. Bakal mendirikan masjid bersama pasangan yang dikasihinya. (Mari doakan mereka berjaya!) Namun, saya lihat, ada satu kerunsingan kakak saya dan pasangannya, serta beberapa rakan yang ada perancangan berkahwin...

iaitu...

duit.

Cukup ataupun tidak duit untuk majlis?

Cukup ataupun tidak duit untuk mak andam?

Cukup ataupun tidak duit untuk jurugambar, penanggah, pemain kompang dan sebagainya?

Sehingga pada satu tahap, ada yang sanggup berhutang dengan bank, buat pinjaman semata-mata majlis perkahwinan yang mengikut budaya terkini. Orang zaman sekarang ambil gambar tepi tasik, buat bentuk love pada mentari kejauhan, main sorok-sorok tepi pokok.... Serius. Ini satu ikutan yang comel. Sangat comel. Saya tidak pernah jemu melihat gambar kemesraan pengantin baru yang gayanya agak klise, tetapi kegembiraan itu yang saya suka tatapi. Kebanyakan orang mahu bergambar sebegitu. Tetapi kos mencari jurugambar terbaik sudah termasuk dalam kos berkahwin, sehingga menjadi bebanan. *Contoh.*

Saya tidak berani hendak tulis lebih-lebih, bimbang diri sendiri terkena kerunsingan ini. Yang saya hendak tulis di sini bukan tips berjimat cermat demi melancarkan majlis (walaupun ini sebaiknya), bukan juga hendak menasihati buat mana yang perlu dan mampu sahaja (ini tugasan orang tua! Saya masih muda!). Impian itu ialah impian masing-masing. Kalau diberi pilihan, semua orang hendak buat majlis gilang-gemilang. Itu tanda cinta kita pada hubungan kita bersama pasangan, dan betapa riangnya hati kita kerana akhirnya dapat disatukan atas hubungan yang sah.

"Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya." - Surah An-Nur: 32 - Sekarang musim kahwin. Jika kamu miskin maka Allah akan cukupkan."

Itu status salah seorang rakan Facebook saya semalam. (Saya tidak nyatakan nama, bimbang empunya Facebook tidak selesa. Malah empunya akaun juga masih bujang. Hmm... hehe.)

Saya cukup suka status ini, sehingga saya mahu abadikan di blog saya. Saya tidak tinggi ilmu agama, kerana itu sekiranya ada kawan-kawan yang biasa dengan petikan ayat suci ini, janganlah dicerca saya yang baru tika ini mengetahui. Mohon....

Semua bergantung pada niat. Jika niat kita baik, pasti Allah bukakan pintu rezeki kita.

Saya sering menasihati semua orang yang saya sayang, apabila mereka ada kesempitan wang, lebih-lebih lagi apabila berkaitan hal membina masjid ini, supaya jangan terlalu runsing. Saya tidak gemar apabila mereka tidak ada wang yang cukup bagi impian mereka, mereka rasa berkahwin itu satu bebanan. Mereka rasa, tangguhlah dahulu kerana tidak cukup duit. Bagi saya, keraguan itu datangnya daripada syaitan. Siapa lagi makhluk yang sering menggagalkan hasrat anak Adam yang baik-baik seperti membina masjid? Tentulah makhluk itu sahaja. Makin ragu, makin tangguh, makin tambah pula keinginan lain. Mana mungkin cukup begitu.

Jika sudah ada keinginan, gaji masuk tiap-tiap bulan, akaun pun ada simpanan, saya kira, teruskan sahajalah. Ya, saya tahu perlu ada banyak lagi pertimbangan, tetapi saya berpendapat, tidak perlu sampai menangguhkan majlis yang suci sebegini. Ini mungkin jugalah bagi yang sudah mengikat tali pertunangan.

Hal-hal lain menjadi sebab tertangguh, tidak mengapalah. Hal keluarga ke, ada kematian ke, tidak mengapalah. Jangan sebab rasa duit tidak cukup sampai tertangguh. Awak dah ada kekasih hati ni! Lama-lama tunggu, orang kebas baru tahu. *Mode garang tiba-tiba. Haha!*

Saya sudah menjadi saksi, mereka yang berkahwin asal mampu diberikan rezeki sama ada beberapa bulan, minggu mahupun hari sebelum majlis. Selepas berkahwin apatah lagi. Rezeki melimpah-ruah. Ini kerana niat mempercepatkan apa yang halal itu ialah niat yang baik. Niat yang baik, Allah pasti tolong. Kita hanya perlu terus usaha dan meminta dengan cara sebaiknya.


Emak saya yang orang label sebagai rock itu berkata, "Selepas kahwin, lagi senang nak fokus apa-apa. Emak dulu kahwin masa emak masih belajar di universiti. Selepas itu, mengandung. Tapi emak lulus macam orang lain juga dengan perut membesar. Lagi cemerlang agaknya. Sebab dah tak perlu fikir hal kahwin. Suami ada, kalau ada apa-apa masalah, ada sokongan. Kurang duit, suami ada." (Bahagian yang italik ialah rekaan saya kerana emak saya tidak bercakap sebegitu miang. Tetapi, of course la kan? Kan? Bagi yang lelaki, ada isteri, terjaga makan minum, sokongan pun ada. So betul la kan?)

Niat. Kalau niat nak buat majlis macam artis sebab nak menunjuk-nunjuk, kamu fikirlah sendiri. Tetapi kalau pilih makanan yang sedap-sedap tetapi mahal kosnya, pilih tempat yang ada bumbung, ada kipas, semuanya supaya tetamu selesa, saya kira niat sebegini tidak ada salahnya. Mengutamakan tetamu itu juga pintu rezeki. Apabila kita menyenangkan hati tetamu yang datang, pasti akan ada kebaikannya kelak. Kerana itu saya faham mengapa ada yang runsing dengan kos majlis. Mereka mahukan yang terbaik. Kita semua impikan yang terbaik.

Entri ini untuk menanamkan keyakinan bahawa Allah akan membantu berkenaan hal-hal baik seperti berkahwin ini. Jangan bimbang, pasti akan ada jalan penyelesaian.

Ini blog tulisan orang miskin ya? Kalau awak dan awak serta awak mahu baca tulisan orang kaya, nyata-nyata awak salah tempat. Boleh join adik-adik tengok Ben 10. Itu pun kalau Ben 10 belum habis sebab dah ambil masa baca entri yang panjang. Anak-anak orang kaya boleh terus kahwin gilang-gemilang tanpa perlu runsing.

Jadi, kepada kawan-kawan yang sudah ada niat mendirikan masjid, sekiranya kos membeli simen, batu-bata semua pun sudah ada, tinggal nak naikkan kubah, teruskanlah. Jangan sebab tak ada kren untuk naikkan kubah, masjidnya tak jadi. Guna takal pun boleh, bukan? =) *wink

Semoga merancang majlis dengan gembira ya! Takmo kerut-kerut, senyum.... (^_^)

Bye bye. Jaga diri baik-baik! Wassalam.

P.S: Soalan di ruang komen seperti, "Sna, ko bile lagi?" ataupun "Cik Husna bila lagi?" dan sewaktu dengannya tidak akan dilayan. "Sna, bila nak gi cocok bulan?" boleh consider. TQ.

10 comments:

K.A.A. said...

Husna, bile nak g cocok bulan ni? hahaha ;P

um, tp betul la...kalau niat kita tu tulus dan ikhlas, pasti Allah akan bantu :)

p.s- kamu pun takmo kerut2 tau! be happy je (^__^)

aKu NaKaL said...

x)~

Zamri Mohamad said...

Bila mahu piknik di Marikh?

;p

bojan said...

sna bila lagi? (soalan ni tidak akan dilayan ye?)
kenapa dengan ben10 ya? (soalan ni akan dilayan ke tak?)
hahaha

aku-H said...

gilelaa...hahahaha
blum smpi seru lg..
blum melaksanakn misi bejalan besama2 tmn!mlake x jejak lg..
hahaha..awas!akn ku lksanakn..
papepn,sume org takut x ckup duet bile nk kawen kn..btol jgk pk positif je n jgn la wat loan tuk kawin..x manis!!

Husna Adnan said...

Vodlafin,

Ya, betul tu.
Niat kena betul.
Kemudian baru mengharap balasan baik daripada Allah.

P/S: Saya banyak berkerut sebab mata saya silau tinggi. Hehe.

Man,
=)

Tuan Zamri,
Saya hendak habiskan piknik ke seluruh Malaysia dulu, baru ke Marikh. :p

Rozhan,
Hahahaha BECAUSE BEN 10 IS JUST FOR KIDS!!! ;P Kikiki.

Dayah,
Kan? Jangan risau2.
Rezeki ada di mana2.
U jangan lama-lama, u.. hehe.
Eh, benar! Trip ke Melaka kita!
Ko jadi master mind terbaik tau!
Hehehe i tak sabar nak berjoli. Ewah.

Bujang-bujang semua yang beri komen.
Bilalah dorang nak ajak majlis walimah masing2... hahaha!

o_o said...

Kalau dapat pasangan berkira lagi susah,tak nak kongsi budget,camana?Kalau dah nampak tanda-tanda red-alert pasangan kemut tu ready2 je la...

Yang bujang tratangtang tanak kahwin lagi sebab nanti kang suami tak bagi pegi cocok bulan... :p

Cadangan:Melaka trip masa Deepavali ni jom!

Husna Adnan said...

Ai, SETUJU!!!
Kedekut ialah sangat bahaya.
Ape la... duit boleh dicari.
Setuju, Ai, setuju.

Malah aku bertambah setuju dengan statement perenggan kedua itu. Wahaha! Kita sbg wanita-wanita genit, comel dan berdikari, perlu layari hidup bujang dengan yakin dan penuh keriangan!

Deepavali??? JOM!!! (^O^)

dingin said...

1 2 3 testing akaun baru

Husna Adnan said...

Wah! Ini Bahruddin mana yang buat testing akaun baru di sini???

Adakah idola saya, Bahruddin Bekri?
Hmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...