03 October 2009

Normal sebenarnya.

Assalamualaikum.

Wah... sudah masuk bulan Oktober kita ya? Pejam, celik, pejam, celik, tahun 2009 tinggal dua bulan sahaja lagi. Tiba-tiba terfikir, adakah impian saya untuk tahun 2009 sudah terlaksana, ataupun sedang diusahakan, ataupun tidak? Saya tidak ingat di mana senarai itu saya letak. Dulu, masa mula-mula kembali duduk dengan keluarga, saya tampal pada dinding bilik. Kemudian, entah ke mana hilangnya senarai itu. Senarai yang saya tulis di rumah sewa lama, kerana ketika itu semangat begitu berkobar-kobar hendak menjadikan tahun 2009 tahun gemilang pertama, selepas pelbagai insiden 2008 yang meruntuh jiwa. Wah ayat.

Tetapi saya rasa, emm... bukan, tetapi saya yakin, kebanyakan impian 2009 saya sudah saya laksanakan, sama ada dengan usaha sendiri, mahupun secara kebetulan. Ada yang sedang diusahakan, dan ada juga yang tidak. Tidak kerana saya belum yakin melakukannya. Mungkin boleh dianjak menjadi impian 2010. Mungkin. Lihat pada motivasi diri tahun hadapan.

Motivasi.

Waktu ini, sedikit hilang.

Rasa seperti dicabut dari semangat diri dengan perlahan tetapi pedih....

"People always leave."

Itu quote 'kegemaran' bos saya. Saya tidak suka petikan kata-kata itu pada mulanya, kerana saya tidak suka menghadapinya. Tetapi sebenarnya, sekuat mana saya membantah, ia tetap akan berlaku. Bukannya saya tidak pernah menghadapi perpisahan, namun mungkin saya hanya tidak mahu terima hakikat betapa kosongnya hidup saya pada satu-satu tahap.

Walaupun kemudian saya mampu hadapi, kerana saya suka kelemahan saya yang satu ini, yakni saya senang untuk lupa. Bukan melupakan, tetapi ia secara automatik kerana saya sibuk menggembirakan hati sendiri. Saya sepatutnya tidak boleh menyukai kelemahan ini, tetapi somehow, I do.

Lupa perasaan kosong.

Kerana saya jenis yang tidak gemar terus bersedih, walaupun saya seorang yang senang menangis. Saya tidak malu mengakui hakikat ini (tetapi saya sedang cuba kurangkan seboleh mungkin ketika di khalayak ramai), kerana itu anugerah Allah buat saya dan wanita lain. (Ewah nak kaitkan juga). Sekurang-kurangnya, saya tidak hiris urat lengan, gantung diri, pecahkan pinggan mangkuk, memaki hamun sehingga keletihan, hantuk kepala sendiri ke dinding, terjun bangunan, tumbuk pintu kaca hingga berdarah, pukul orang dan sebagainya. Jadinya kalau tiba-tiba kita berada dalam satu situasi sedih, dan anda terlihat mata saya berkaca, sila abaikan. Anggap sahaja mata saya sudah letih memakai kanta lekap. Haha! Tapi betul... ada kala memang berair sebab mata letih. Siapa pakai kanta lekap, angkat tangan!

Ha... di sini saya nak kongsi satu lagu kegemaran saya apabila saya bersedih ataupun hilang motivasi hidup ataupun segala macam perasaan tidak best itu. Saya akan pasang volume kuat-kuat, dan pasang lagu Stacie Orrico dan menyanyi dengan sepenuh hati! Saya suka liriknya. Memang all time favourite la ni. Ada banyak lagi lagu penaik semangat saya, tetapi saya tidak pernah rasa bosan mencari l
agu ini setiap kali roda berada di bawah.

Sememangnya hidup kita bukan setakat di sini. Sekali lagi, saya meminjam qoute Bahruddin Bekri, "
Kita jangan sesekali mendahului kerja Tuhan." Selagi Tuhan masih berikan kita nikmat nyawa, kita perlu teruskan hidup. Terus hidup dengan teruskan berusaha. Yah!

Jadi, kepada semua semangat yang sudah patah, marilah kita bangkit! Kita cari kegembiraan yang boleh dijadikan pemangkin semangat baru. Sekiranya perpisahan itu salah satu cara untuk mencari kebahagian, marilah kita berpisah! Err... macam tak best ayat itu, tetapi, layan sajalah.

* * *

Bertemu dan berpisah dengan seorang sahabat pada 1 Oktober lepas, sesuatu yang menyedihkan saya tetapi juga sesuatu yang membuka pandangan saya.

Beliau lebih banyak menghadapi perpisahan, yang juga pada mulanya tidak menyukai perpisahan itu kerana rasa sudah selesa dengan keadaan hidup sedia ada. Kemudian beliau mendapati yang hidupnya selepas itu bertemu dengan hidup yang lebih baik selepas satu-satu perpisahan. "Sejak itu, saya percaya." Percaya apa yang menunggu di hadapan adalah lebih baik.

Bagus, bukan? Seorang yang hebat kerana begitu positif. Pasti saya ingati awak, sahabat! Semoga gembira dengan perjalanan hidup yang seterusnya. Good luck!

* * *

Ya... saya menulis entri ini kerana saya down beberapa hari ini. Saya tidak ada apa-apa yang bagus bagi mengemas kini blog ini kerana hati saya sedang hilang motivasi.

Saya menghadapi kehilangan satu per satu.

Akhir September lalu, saya baru kehilangan seorang sahabat baik. Bukannya meninggal dunia, tetapi beliau mengambil keputusan menjadi manusia lain yang saya tahu, at the end, beliau memang akan menjadi manusia lain berbanding siapa beliau yang saya kenal ketika ini. Sebelum itu, saya juga 'kehilangan' sahabat yang sangat rapat kerana beliau mendapat kerja kerajaan, sehingga beliau ada perancangan untuk berkahwin pun, saya sudah tidak diberitahu.
Apa-apa pun, saya mendoakan semua sahabat saya kesejahteraan hidup. Nak kena ni... nak kahwin pun senyap-senyap, hehe.

Bulan ini, terjadi lagi. Bulan-bulan akan datang, akan jadi lagi. Tahun hadapan, pasti akan ada lagi. Sebab, "people always leave". Ya, kini saya sudah menerima kata-kata itu 100%. Kerana akhirnya nanti, kita mati juga sendirian. Dihitung nanti pun, sendirian. Tak boleh main pakat-pakat dengan kawan ketika ditanya malaikat. Semua pun sendiri bikin.

Tetapi kini saya sudah yakin!

Apa yang penting, kita perlu fikir positif dengan apa yang kita akan hadapi kelak. Kalau perlu berpisah, kita perlu yakin perpisahan itu demi kebaikan, kerana Allah. Tetapi sebenarnya, sekiranya kita berpisah, janganlah kita lupa siapa yang dijauhkan itu. Hanya lupakan kesedihan perpisahan. Siapa insan yang dipisahkan dari kita, kita tetap ingat betapa hebatnya dia sebagai kenalan kita.

Perpisahan itu sesuatu yang normal sebenarnya. Tidak pelik pun.

YA!

Entah apa yang saya mahu 'ya' kan, tetapi itulah. Saya sudah kembali bersemangat! Hahahaha!

Sekiranya cecair di dalam bekas T-Rex a.k.a kuda laut
a.k.a unta itu sudah habis, bancuhlah air sabun lain. Masih boleh menghasilkan buih-buih riang apabila ditiup. Think!

Okeylah. Sebelum saya mengundurkan diri yang sudah kembali bersemangat ini, saya mahu meninggalkan kawan-kawan dengan satu teka-teki yang saya dapat daripada Google. Sila jangan Google bagi mendapatkan jawapannya kerana itu menunjukkan anda tidak fun.

Soalan:
Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kaca mata hitam. Dia berjalan di sebuah lorong hitam. Semua lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga dipadamkan meluncur laju memasuki lorong itu. Namun tepat di hadapan lelaki itu, kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Bye bye! Wassalam. (^_^)

7 comments:

K.A.A. said...

walau dalam hujan, pasti akan muncul pelangi indah untuk menceriakan...

so cheer up, ok! (^__^)

jawapan:
sebab baru lepas bln ramadhan, so cahaya keberkahan ramadhan itu masih menyinari...ewah! hahaha...or sebab gigi dia putih kot? dia pakai Colgate...hahaha ;P

Unknown said...

rasa macam nak jawab sbb dah tau jawapan dia, tapi tak per lah.. bagilah sesiapa yang nak jawab, menjawab soalan tu...

o_o said...

Bersemangatlah Usna!T-Rex kan sentiasa ada!^_^

Jawapan teka-teki:Sebab dia memandu di siang hari,jadi tak bukak lampu pun masih boleh nampak lelaki serba hitam tu,betul tak?hahah,taktau la..bagi clue sikit boleh? :p

Zamri Mohamad said...

Hitam, meskipun saya sukakan hitam dan tidak ada warna-warni dalam gobok pakaian, soalan ini sungguh mencabar minda.

Adakah minyak hitam tidak diganti?

bojan said...

siang hari..
:P

Husna Adnan said...

Vodlafin,
Ya, sangat benar itu!
Pelangi pasti datang! Yeah!
Tapi jawapan salah tu, namun masih boleh diperdebatkan. Haha!

Ismail,
Hahahaha sangat bertolak ansur nampaknya.
Betul ke tahu jawapan tu? Haha!

Ai,
Terima kasih Ai!
Ya... T-Rex itu sentiasa ada! Suka!
Dan Ai, kau memang layak jadi doktor.
Kerana kau bijak!
JAWAPAN ANDA BETUL!!! YEY!!!
Tapi kena yakin lebih sedikit lepas ni. Hehehe. Kau boleh, Ai!

Tuan Zamri,
Apakah kaitan minyak hitam dengan ini soalan?

Rozhan,
Hehehe ya, tepat, tepat!

Korang semua fun! Terbaik! Hehe.

Zamri Mohamad said...

Dia tak nampak pun! Sebenarnya dalam perjalanan dia terlupa kunci rumah dan brek. Kebetulan berhenti depan lelaki itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...