24 July 2010

Hey, Ogos! Tunggu dulu!

Tinggal seminggu sahaja lagi, bulan Ogos akan menjelma.

Bulan yang mencabar disiplin dan kemampuan diri.

Bulan mulanya usaha demi masa hadapan yang lebih gemilang.


Bulan mulanya usaha bagi meningkatkan kemahiran hidup.

Bulan mulanya berbakti bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi demi masyarakat dan orang tersayang.


Bulan mulanya memperkemaskan amal ibadah, dan pastinya amat mengalu-alukan Ramadan yang dirindui.


Juga....


Bulan melakukan perubahan di dalam bilik ini yang sudah sangat bersepah.


T___________________________T


. . . .

Saya sudah agak berdebar. Ketibaan Ogos semakin hampir, dan bilik ini masih kelihatan ngeri. Baju belum ada masa dilipat, meja bersepah dengan anak-anak patung dan mesin jahit yang masih belum tahu bagaimana menggunakannya, langsir yang sama seperti bertahun-tahun lalu, perabot yang ada di situ namun apa fungsinya entah, cadar katil yang kerap perlu ditukar kerana onar para kucing hingga malas bercadar, tiada unsur comel di bilik ini, dan tidak wangi.

Mahu kawan-kawan faham apa yang berlaku di sini dengan menunjukkan gambarnya, namun saya amat berat hati. Itu bakal merosakkan reputasi saya sebagai penerima anugerah (kah kah kah gurau saja.)

Jadi oleh kerana hari ini hari Sabtu, yang agak bosan kerana hanya dihiasi dengan aktiviti makan, minum, tidur, tonton cerita di TV, FB, YM (namun ini indah, haha!) dan membaca pruf, saya merajinkan diri membebel di sini. Blog yang sudah lari tujuan utama, yang sudah hilang identiti, namun kalian tetap gigih singgah ke sini dan membacanya. Terima kasih sangat-sangat.

Love yuolls lah! Haha!

Maka Husna, mari senaraikan apa yang perlu dilakukan supaya bilik ini seronok diduduki.

1. Langsir yang lebih ceria dan comel, dan ceria serta comel.


Kah kah kah umur sudah berapa, kakak? T,T


2. Keluarkan perabot yang tiada fungsi dari bilik ini.


3. Ubah kedudukan perabot sedia ada, supaya lebih mesra pengguna. Hmm... ini perlu lukis atas kertas... mahu upah Eric Leong memang tidak mampulah kan.


"You tak ada duit, I pun tak boleh buat apalah."


4. Beli karpet supaya kaki tidak sejuk. Namun nanti hanya menjadi tempat tidur kucing.
T,T Mungkin nombor 4 ini dibatalkan kelak.


Kalau beli karpet dengan corak begini, adakah kucing tidak berani datang dekat?
Atau mereka lebih erat tidur beramai-ramai kerana
seperti tidur berhampiran ahli keluarga? T,T


5. Beri anak-anak patung yang tidak digunakan kepada saudara-mara yang masih kecil, supaya tidak berada di situ sebagai pengumpul habuk.


6. Masukkan kembali mesin jahit milik emak ke dalam kotak sebab tidak pandai guna... T__________________T Sudah berusaha namun benang selalu tersangkut. Hate chuuu!!!


7. Beli pewangi yang pandai sembur ikut 'timing' itu. Di rumah ini ada benda itu, namun isinya tiada. Maka perlu beli tin pewangi semburan <- main hentam saja beri istilah, haha.

8. Kemas bilik air dan beli penyangkut plastik yang boleh menempatkan segala botol. Malah perlu beli apa-apa lagi barang hiasan supaya bilik air itu nampak comel dan welcoming. Maka tiada isu malas mandi pagi, kerana hari-hari mahu lihat kecomelan itu, hahaha!


Gila berangan, walhal bilik air sendiri tidak sebesar ini ya. T,T


9. Segala alat senaman perlu dijadikan kawan baik. Hmm... perlu beri ruang untuk aktiviti bersenam!!! (T_________T kah kah kah)


(-___-') Baik... tidak boleh kalah!


10. Perlu periksa semula segala pakaian yang ada di dalam almari, dan di dalam bakul. Mana yang sudah tidak muat
(T_________T kah kah kah lagi) dan yang sudah tidak mahu pakai, perlu disingkirkan supaya tidak menyemak. Kalau jual, ada ke yang mahu beli? T,T Sudahlah tidak berjenama.


11. Beli penghadang. Haaa... ini saya baru terfikir tadi. Memang perlu beli ini supaya memisahkan pandangan. Menghalang mata dari melihat katil. T,T


Ya... sila hadang saya dari melihat keempukan....
Atau... adakah kamu akan menghadang saya dari melihat meja kerja? T,T


12. Beli lampu meja supaya... errmm... supaya... err... mungkin ini adalah mengada sahaja.


Weeeeeyyyyyyyyyy... T____________________T


13. Beli alatan tulis seperti fail, kertas A4, pen, pensel, soletip, stapler, gam, gunting, catridge, dan segala-galanyalah!


14. Beli bingkai gambar dengan banyak dan memilih gambar-gambar kenalan serta si dia (auuwwww) supaya memberi semangat!! ^__________________^ Hehehe....


Digital frame keluaran Sony memang anggun ya. Pehhhh.


* * *

Ada... kalau perompak yang curi wang dari bank tersadung semasa melarikan diri di atas bumbung lalu karung guni berisi duit itu terjatuh ke bawah, harap kamu berada di bawah itu kelak.


HUSNA, BERUSAHA!!!

\(^o^)/

10 comments:

Reyna Ren said...

suka no14!
Kahkahkah (alamak,sudah terikut gelak spt awak, husna)
^___^

aku-H said...

bilik air itu sgt cute!aku snggup bebasikal ke umah ko smate2 nk duk dlm bilik air 2!haha

jumari jipan said...

Husna, Awak handal bersilat, pergilah merompak Datuk Razali Bunari..dia kan banyak duit? Oopss..itu Sarah yg buat, bukan Husna..terkonfius pulak. Keh3.. :)

tentangseseorang said...

besar bajet ituuuuu

Shukri Mohd Ali said...

salam.

wah hebatnya buat dekorasi. bila mahu ambil alih eric leong itu? hehehe... (^_^)

berusahalah!!!

Husna Adnan said...

Yin,
Kah kah kah! Mari gelak begini.
No. 14 mengancam, bukan?
Waaaaaaahhhhhhhh!!!

Dayah,
Comel kan? Geram betul aku!
Namun, aku tak perlu bilik air secomel itu untuk kau berbasikal ke rumah aku. Aku goreng keropok ikan sudah memadai. Hahaha! :))

Tuan Jumari,
T_____________T kah kah kah.
Ya... saya bukan Sarah.......

tentangseseorang,
Itulah... pasti perlu skip mana-mana impian di atas.
Mungkin satu per satu, ikut bajet, bolehlah agaknya. Hehe.
Berangan memang best.

Shukri,
Salam...
Hahahaha! Bila?
Dalam mimpi pun segan...
Pasti tak mampu bayar... haha!
Baik, saya akan berusaha!!

Izanor said...

Salam Cik Husna :)

Situasi yang sama. Saya pun mahu berkata begitu pada Si Ogos. Huhuhu~

Langsir itu memang ceria dan menepati jiwa. Saya tidak akan teragak-agak untuk memilikinya:D(Psstt, jangan risau...usia bukan penghalang!)

Kisah mesin jahit- Atuk sibuk suruh kami adik-beradik belajar menjahit. Contohi emak katanya! Mesin jahit yang ada di kampung disuruh bawa pulang. Jahit butang baju pun terkial-kial... semoga atuk memahami naluri saya T_T

Saya belajar sesuatu yang baru iaitu... perkataan 'walhal'. Sejak dulu memang sudah tahu, cuma baru kali ini menyedari bahawa saya jarang amat menggunakannya! Entah-entah... langsung tidak pernah! Apa pun... terima kasih ^_^

amirrash said...

hmm..tak tahu nak komen apa. sekadar menjengah. nice blog. errr..[ini yang penting] .dan empunya pun menarik.

Husna Adnan said...

Salam Cik Izanor (^_^),

Wah... kita berada dalam situasi yang sama pula rupa-rupanya.

Comel dan ceria kan? Ya!! Mari mencomelkan bilik kita! YEAH! :D

Hahaha! Semoga cik dan saya juga berjaya mempelajari teknik menjahit yang betul. ;))

Hahaha! Sama-sama. Kadang-kadang suka guna perkataan yang jarang orang sebut sebab lucu, namun lama-lama terbiasa hingga menaip juga sudah guna perkataan itu.

amirrash,
Terima kasih sudi jengah blog ini.... err... hahaha terima kasih juga.... :"> biasa saja....

amirrash said...

hmm..sama2. saya kata bukan sekadar biasa tapi Luar biasa. heheh salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...