29 August 2010

♥ Hadiah Terbaik! ♥

Alhamdulillah....

Bukan kerana adanya gambar saya di situ, namun saya amat gembira dan bersyukur kerana kelima-lima buku yang tersenarai bagi kategori Remaja dan Kanak-kanak, adalah buku-buku yang diuruskan oleh saya, ataupun ada kena-mengena dengan saya.

T__________________Terharu....

Saya sangat terharu dan sebak, namun saya sangat gembira dan bahagia....

Ini hadiah terbaik sebelum saya benar-benar melangkah pergi dari PTS One.



Koleksi Siri 'Aku Mahu' Ain Maisarah ini diuruskan oleh Hidayah. Dia yang melakukan segala urusan re-layout kerana saiz dibesarkan daripada saiz asal, dia yang design bahagian dalam, dia yang berurusan dengan penulis bagi mendapatkan nilai tambah dalam buku ini supaya para peminat Ain Maisarah tetap membelinya walaupun sudah mempunyai tiga novel itu iaitu Aku Mahu Saiz S, Aku Mahu Popular dan Aku Mahu Teman Tapi Mesra. 

Saya pula menguruskan hal cover, membantu Hidayah. Kami bersama-sama ke pejabat POPULAR bagi 'berbincang' berkenaan cover. Pembikinan buku ini tersulam 1001 kenangan pahit manis, maka sudah tentu saya gembira apabila buku ini tersenarai. Tahniah kepada Hidayah dan penulis!



Siri kelima Sarah iaitu Sarah dan Duit Raya ini juga ada kisah di sebaliknya. Prosedur sangat menguji segala kesabaran dan kestabilan emosiku, namun penulisnya yang sangat baik iaitu Puan Ezee Rahmani, membuatkan segala kerja saya menjadi sangat mudah dan seronok. Semoga para pembaca di luar sana, yang membeli buku ini mendapat kebaikan dan gembira mendapat sampul duit raya percuma di dalamnya. Tahniah kepada penulis, juga Abang Jimi kerana membantu saya membuatkan sampul duit raya yang comel itu! =D

Hey, hey. Marilah gelakkan kekakuan saya semasa menemu bual Puan Ezee Rahmani di PTS.fm. Ha ha ha ha...
  


Alhamdulillah... tersenarai sebagai buku ketiga terlaris. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu adalah baby kedua, keluaran PTS One Kids. Juga harap para pembaca cilik yang comel-comel itu seronok membaca siri ini.

Tahniah kepada para penulis dan PTS One Kids. Terima kasih kepada para pembeli. (^_^)



Buku ini lagilah... T________________T Sesungguhnya ini adalah segala titik peluh saya, juga dibantu rakan tim yang lain. Sesungguhnya, inilah.......  

*sebak - tidak dapat meneruskan cerita* 

*tipu, kerana masih mahu menaip* 

Kepada semua yang menyertai Remaja@ptsone 2010 ini, saya ucapkan terima kasih. Segala kelewatan harap dimaafkan. Ketahuilah, saya sudah lakukan yang terbaik, dan semua yang berlaku ada sebabnya. Tahun lepas saya uruskan, tahun ini juga saya uruskan, namun tahun ini serius lebih mencabar. Tahun depan tidak lagi diuruskan oleh Cik Husna Adnan.

Oh yeah!!! :pompom:

Biar saya pula jadi penulis. Muahahahahaha!



Buku terakhir siri 'My' tulisan Aizam Aiman (mentor saya yang terbaik). Buku yang juga mempunyai kisah yang menyebabkan kami satu tim berkampung beramai-ramai di stor, namun nasib baik waktu itu bukan bulan puasa. Walaupun panas dan berhabuk, masih gembira melakukan proses itu dengan bertemankan lagu-lagu dari telefon bimbit Maryam, dan air 100 Plus sumbangan Kak Fiza. Kepada Kak Lia, tahniah dan selamat maju jaya. Semoga buku ini laris di pasaran. Jumpa lagi. (^_^)


Terima kasih, Ya Allah. ^____________^

Semua buku yang diuruskan oleh saya, juga baby saya, walaupun saya hanya ibu tumpang. Maka saya sayang semua buku yang saya uruskan. Semua itu adalah semangat saya, kesungguhan saya, titik peluh saya, air mata saya, senyum tawa saya, hidup saya.

Semoga semuanya laris. Semoga semuanya memberikan kebaikan kepada pembaca. Semoga semuanya memberikan kesenangan kepada para penulis. Semoga semuanya....... baik-baik sahaja. 

P/S: Esok hari terakhir saya di PTS. Husna, good luck!

8 comments:

Aman Wan said...

kak husna tahniah3~!!
mesti rasa best bila penat lelah berbaloi. hehe. esok hari terakhir kak husna di PTS..??

akibat internet yang sangat "sopan santun" di kampus, jadi, saya banyak terlepas peluang membaca blog orang.. tahu2 saja dapat berita kak husna akan tidak bersama PTS.. sedihnya.. =(

Apapun, apa2 yang kak husna lakukan lepas ni, saya nak ucapkan selamat berusaha~!! Semoga berjaya mencapai impian dan selamat menimang cucu ke-3. GANBATEH~!!


^_______________^

Shukri Mohd Ali said...

salam.

semangat cik husna sememangnya sangat mengagumkan. saya terharu T____T

sekarang sudah termotivasi untuk terus bersemangat menempuh hidup (dan menyelesaikan segala kerja yang tertangguh).

kalau cik Husna sudah jadi penulis, mahu buku cetakan pertama berserta tandatangan ya? (walaupun sudah ada 4 buku dengan tandatangan cik Husna) hehe =)

selamat berjaya buat cik Husna!

Remaja@PTS One ; jutaan terima kasih kerana sudi menempatkan karya saya. sudah lihat nama watak perempuannya? (^_^)

p/s : "baby, baby, baby ohhhh..." - bagaimana, adakah dengan ini saya sudah menunjukkan persefahaman? =D

Saladen 2 said...

:)
Maaf sudah dua kali terlepas untuk memuatkan karya di Remaja@ptsOne :p

Sila beri dorongan agar kelak ada nama saya di sana.hu3.

Anonymous said...

tapi kan, lagi terlebih terharu mendengar seni kata ayat cik husna yang ni,

biar saya pula jadi penulis. muahahahahaha!

T_____T

(kan semua?)

ya! itu lah yang ditunggu-tunggu! okey (terharu ke ni?). :)

selamat menulis!

FEEQRY said...

Alhamdulillah, tahniah! ... ^_____^

kyrel said...

''Terima Kasih Cikgu....'' [SILA BACA SEPERTI MURID-MURID SEKOLAH RENDAH...YA] (^________^)

loona said...

assamualaikum

tahniah jugak dari saya~!

tp lps ni kak keje kt mne plak???

Husna Adnan said...

Aman,
Terima kasih!!!
Ya!! Tengok buku orang pun dah gembira.
Nanti komik Aman terbit, pasti rasa berganda-ganda gembiranya!! ^____^
Baik, terima kasih Aman!!
Mari berusaha!!! :D

Shukri, salam.
Oh, terima kasih ya...
Awak pun berbakat dalam penulisan.
Mari tulis buku ya? (^_^)
Selamat maju jaya juga!!

Akhi Salleh,
Tiada maaf bagimu.
Hahaha!
Okey, tahun depan kita masuk sama-sama okeh!!

AD,
Terima kasih!!!
Baik!! Saya akan usahakannya!
Mohon kawan-kawan beli dengan hati terbuka, haha!

FEEQRY,
Terima kasih ya!!
Alhamdulillah... (^_^)

Kyrel,
Hehe... sama-sama.
Terima kasih juga atas sokongan!

Noh,
Wa'alaikumsalam.
Terima kasih!!
Saya kerja di rumah sahaja, hehe.
Nanti kalau bosan, baru fikir cari kerja lain.
Yang penting, kena lepaskan raya dululah. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...