15 September 2012

FEEQRY di Nasi Lemak Kopi O

Assalamualaikum.

Semalam Encik Suami dan adik ipar muncul di kaca TV. He he. Ya... tajuk adalah sangat berterus terang di atas, maka sudah tahu untuk rancangan apa, bukan?


Seawal 5.15 pagi, kami bertiga (eh berempatlah, termasuk Afia haha! ... kasihan budak gemuk tidak mandi sebab terlalu awal pagi) gerak ke Damansara Utama dari Kajang. Dulu saya pernah menyewa di Kota Damansara, maka ala-ala terkenanglah zaman keluar seawal subuh tiap pagi Isnin, meredah keheningan pagi (bersama motor tersayang yang kini sudah hilang. T_T), kerana hujung minggu balik Kajang.

Atas pengalaman itu, sayalah punya idea kena keluar sebelum subuh, sebab Abang Wanzu selaku ketua unit PTS Pop kata perlu ada di Sri Pentas jam 7 pagi. Ini kalau subuh di rumah, ting tong ting tong, 6.30 baru keluar gamaknya. Maka no no no! Kali ini perlu guna konsep janji Jepun.

Zasss! Tetiba dah sampai sekitar OU jam 6.10 pagi, pusing sana sini cari masjid, alhamdulillah jumpa Masjid As-Syakirin dan solat di situ, lantas sudah sedia menanti di parkir First Avenue jam 6.50 pagi. Jepun tak kami semalam? Haha! Padahal ada sedikit cuak sebab sampai terlalu awal. Over sangat. Kemain tau aku ni.

Di set NLKO. Belakang itu, Tuan Izat, staf Marketing PTS, dan Abang Wanzu.
Adik hensem berbaju kelabu pemberian ehem ehem, ececeh. :))
Encik Suami pula... *tunjuk ibu jari* - good good! :">

Rakaman dari tonton.com.my.
  
Rakaman dari tonton.com.my.

Afiq melukis secara live!

Kepada yang terlepas menonton memandangkan semalam ramai ke sekolah dan pejabat, jangan tarik-tarik pipi, tarik-tarik rambut. Sabar, sabar. Masih boleh tonton rakamannya di tonton.com.my, tetapi perlu daftar dahulu. Tidak susah pun. Lepas daftar, boleh tengok rancangan lain juga kalau bosan-bosan kan. Insya-Allah mungkin Komik-M akan upload di Youtube. Mahu upload sendiri memang tak retilah kan. 


Walaupun abah dan Uncle Adik yang masuk TV, tetapi inilah artis sebenar semalam! Haha! Ya, ya, bukan saya. Kemain Afia kena dukung dengan Hunny Madu, staf-staf Media Prima... ewah ewah. 

Tetapi kasihan sedikit Afia semalam. Baju dia selalu tertarik ke atas. Afia sudah memanjang! Maafkan ibu dan abah, Afia! Kami sangka kamu masih kecil molek. :') Maka banyak kalilah si mokmok ini nampak perut, haha! Nasib baik masih baby. Seksi pun tetap comel. Tapi dah besar takmo shekshi-shekshi okey.

"Baik, ibu...."


Okeylah, jumpa lagi!

6 comments:

FEEQRY said...

Yey, terima kasih Puan Husna yang comel jelita! (^__^)

Husna Adnan said...

Haha! Sama-sama! ;))

drzirakudo said...

aalaaaa tkde kat u tube ke kak husna comel?

Husna Adnan said...

Tak ada lagi, huhu. Nak cuba download sendiri, tak menjadi.

Unknown said...

Hui...afia semakin bam bam..geram tengok.naufal masih kecil molek..maklumlah lahir tak cukup berat..maka perlu sedikit kesabaran..hehe

Husna Adnan said...

Afia makin membulat masa ajar dia minum guna botol. Memang naik betul badan dia. Sebabnya, masa direct feed, dia minum sikit... tidur banyak. Guna botol, sekejap minum 5oz. Hehe. Sekarang dah DF balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...