25 September 2012

♥ Ceritera Raya 2012 ♥

Assalamu'alaikum.


Mak oooooi... nak dekat Raya Haji baru nak buat entri Raya Aidilfitri ke, kak? Haha! Maaflah... baru dapat transfer segala gambar yang berkenaan demi menyerikan lagi entri ini. Lagipun bukan ada yang kisah blog ini berupdate ataupun tidak, kan. Muahaha! Ya, ya, sedar diri. 

Baiklah. Seperti yang tertulis pada entri ini, kami bertiga dilanda demam, selesema, dan batuk kategori teruk jugalah. Maka raya pertama hingga raya ketiga, tidak mampu ke mana-mana. Hati berasa sedih bagai ditusuk sembilu, memandangkan tahun ini pertama kali raya bertiga, dan pertama kali beraya di Kajang sejak berkahwin. Langsung tidak sempat beraya bersama keluarga. Gambar hari raya pertama secara beramai-ramai pun nan hadolah jawabnya. Apakan daya.... :')

Walaupun kami berdua tidak larat, tetapi Afia yang kurang sihat itu tetap bercantik-cantik di dalam bilik. Haha! Nasiblah jadi baby kan... 

Ada gaya penari Hawaii tak hiasan kepala Afia? :))
(Ibu sangatlah tidak larat, maka tiada gambar ibu pada pagi raya. :')

Demi menghiburkan lagi hati yang berduka-lara-lah-sangat, sekali lagi Afia dijadikan babydoll oleh ibu dan abah. Haha! Kami pakaikan Afia tudung! xD

Terus rasa nak gigit pipi gemuk itu!!!

Hijab + Short sleeves = It is okay if you are a baby.
But if you are not, PAKAI LENGAN PANJANG! >.<

Dan begitu sahajalah tiga raya pertama. Duduk rumah, buat kerja, makan ubat, tidur, makan kuih raya, gomol Afia, makan juadah raya, buat kerja lagi. Agak cuak sebab raya keempat mahu balik JB. Memasing doa supaya lekas sembuh. 

Alhamdulillah, Encik Suami kebah esoknya. Saya masih selesema dan batuk. Nasib baik dia yang memandu. Saya memang macam inilah. Susah mahu sakit, tetapi bila sakit, berminggu baru baik. Tidak mengapalah. Sakit kan penghapus dosa. Yeah. :')

Afia tak sabar nak jumpa nenek!

Alhamdulillah. Sudah sampai! 

Kami sampai di JB jam 5 petang, tetapi singgah Jusco Taman U dulu. Beli diapers! (Lepas itu terjumpa Afiq yang baru balik tengok wayang bersama rakan-rakannya. Bermakna, pertama kali Afiq jumpa Afia adalah di JJ! Haha! Pun boleeeh.)

Afia dan Uncle Adik sebelum Uncle Adik balik UiTM Perak.

Hari Jumaat (raya keenam), beraya ke rumah nenek Encik Suami. Nenek masih sihat dan kuat. Moga terus sihat, amin. Tetapi tidak sempat beraya lama-lama sebab Encik Suami mahu pergi solat Jumaat, dan kami perlu ke JJ (lagi), beli barang (lagi). 

Sehari sebelum balik ke Kajang (raya kelapan), mak bawa kami shopping (lagi dan lagi!), sambil beraya ke rumah para mak cik (Cik Ana & Cik Ha). Mak mentua sibuk bekerja, tetapi sempat juga ajak kami beli barang-barang Afia. Terima kasih mak selalu belanja kami dan bawa jalan-jalan. (^_^) 



Di PizzaHut ... okey sudah lupa apa nama JJ itu. Makan tengah hari bersama mak dan Alip. Itu, nampak tak di sebelah mak mentua itu? Haha! Mana-mana pun Afia tidur sahajalah kerjanya. Penat agaknya kena angkut hari-hari, kehkeh. 

Ya, dia tidur lagi sambil kunyah tangan ibu,
waktu tunggu nenek beratur bayar barang di Parkson.

 Hari Isnin 26 Ogos, kami pun bertolak balik ke Kajang. 

2 September pula (hari Sabtu), kami sambung beraya di Negeri Sembilan; rumah Cikpuan Azzah, dan rumah Cikpuan Izanor. Patutnya selepas itu mahu terus ke Janda Baik, beraya di rumah Puan Ainon dan Ayahanda Prof., tetapi melihatkan Afia yang kepenatan, kami tidak sampai hati. Huuu... harap ada rezeki ke Janda Baik yang permai itu, insya-Allah.

Di rumah Cikpuan Azzah yang memakai shawl oren (gambar bawah).
Tengok itu. Tengok. Tidur lagi. Meragam pun sebab nak tidur.

Kami di rumah Cikpuan Izanor (yang memakai shawl ungu itu).
Seronok dapat kumpul ramai-ramai macam ini. ^_^
Kredit gambar: Cikpuan Azzah

Esoknya sambung lagi! Ha... ini kaedah membalas dendam kerana kurang pergi beraya namanya. Haha kemain. Mula di rumah Cikpuan Fatimah Rodhiah (di Saujana Impian juga - kira jiranlah, hehe), disusuli rumah Cikpuan Waida di Bangi.

Antara juadah di rumah Cikpuan Fatimah yang OhLaLaLaLazat!!!

Bergambar di rumah Cikpuan Waida (yang berdiri di sebelah saya itu).
Di atas meja itu adalah trifle Waida yang sedap!!! :D
Kredit gambar: Cikpuan Azzah

Alhamdulillah, kiranya raya tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Memang syukur amat. Sakit-sakit pun, hati terubat melihat gelagat Afia. Penat macam mana pun, tetap seronok dapat jumpa sahabat-sahabat dan saudara-mara. Terima kasih, Allah. Sesungguhnya Kau mendengar doaku. :)

Plus, tidaklah ralat sangat apabila tidak dapat beraya ke rumah sahabat yang lain, sebab minggu ketiga Syawal, kami buat rumah terbuka dan majlis aqiqah Afia bersama kembar yang tembam itu. Terima kasih kepada semua yang sudi datang!


Oh ini perlu tunggu entri seterusnya. Penat menghadap laptop. Hihi.

Jumpa lagi!


P/S: Tahun ini merasa dapat duit raya lagi, tetapi untuk Afia, haha! Terima kasih semua yang sudi berikan duit raya kepada Afia. Yang datang beraya, rakan-rakan di PTS waktu kami singgah ke sana hari itu, juga sanak-saudara. Terima kasih! Terima kasih! Afia kayoooooooooo! :))

15 September 2012

FEEQRY di Nasi Lemak Kopi O

Assalamualaikum.

Semalam Encik Suami dan adik ipar muncul di kaca TV. He he. Ya... tajuk adalah sangat berterus terang di atas, maka sudah tahu untuk rancangan apa, bukan?


Seawal 5.15 pagi, kami bertiga (eh berempatlah, termasuk Afia haha! ... kasihan budak gemuk tidak mandi sebab terlalu awal pagi) gerak ke Damansara Utama dari Kajang. Dulu saya pernah menyewa di Kota Damansara, maka ala-ala terkenanglah zaman keluar seawal subuh tiap pagi Isnin, meredah keheningan pagi (bersama motor tersayang yang kini sudah hilang. T_T), kerana hujung minggu balik Kajang.

Atas pengalaman itu, sayalah punya idea kena keluar sebelum subuh, sebab Abang Wanzu selaku ketua unit PTS Pop kata perlu ada di Sri Pentas jam 7 pagi. Ini kalau subuh di rumah, ting tong ting tong, 6.30 baru keluar gamaknya. Maka no no no! Kali ini perlu guna konsep janji Jepun.

Zasss! Tetiba dah sampai sekitar OU jam 6.10 pagi, pusing sana sini cari masjid, alhamdulillah jumpa Masjid As-Syakirin dan solat di situ, lantas sudah sedia menanti di parkir First Avenue jam 6.50 pagi. Jepun tak kami semalam? Haha! Padahal ada sedikit cuak sebab sampai terlalu awal. Over sangat. Kemain tau aku ni.

Di set NLKO. Belakang itu, Tuan Izat, staf Marketing PTS, dan Abang Wanzu.
Adik hensem berbaju kelabu pemberian ehem ehem, ececeh. :))
Encik Suami pula... *tunjuk ibu jari* - good good! :">

Rakaman dari tonton.com.my.
  
Rakaman dari tonton.com.my.

Afiq melukis secara live!

Kepada yang terlepas menonton memandangkan semalam ramai ke sekolah dan pejabat, jangan tarik-tarik pipi, tarik-tarik rambut. Sabar, sabar. Masih boleh tonton rakamannya di tonton.com.my, tetapi perlu daftar dahulu. Tidak susah pun. Lepas daftar, boleh tengok rancangan lain juga kalau bosan-bosan kan. Insya-Allah mungkin Komik-M akan upload di Youtube. Mahu upload sendiri memang tak retilah kan. 


Walaupun abah dan Uncle Adik yang masuk TV, tetapi inilah artis sebenar semalam! Haha! Ya, ya, bukan saya. Kemain Afia kena dukung dengan Hunny Madu, staf-staf Media Prima... ewah ewah. 

Tetapi kasihan sedikit Afia semalam. Baju dia selalu tertarik ke atas. Afia sudah memanjang! Maafkan ibu dan abah, Afia! Kami sangka kamu masih kecil molek. :') Maka banyak kalilah si mokmok ini nampak perut, haha! Nasib baik masih baby. Seksi pun tetap comel. Tapi dah besar takmo shekshi-shekshi okey.

"Baik, ibu...."


Okeylah, jumpa lagi!

12 September 2012

*Yawn*



04 September 2012

✿ Rindu.... ✿

Musim luruh ucap helo kepada musim sejuk.

Pokok maple di Gunung Sorak.

Pulau Jeju. Cantik. :')

Makan ikan, sayur, sotong, udang, kimchi, hingga kepingin ayam.

Ladang epal, Incheon.

Tahun 2010.

* * *

Sambil tidurkan Afia, tekan-tekan remote, tertengok Kimchi Chronicles di 711.

Okey, sebenarnya ternampak Hugh Jackman dan dapur. Macam gabungan aneh sebab selalunya Hugh Jackman dan kuku besi sebagai X-Men. 

Oh... rupa-rupanya Hugh Jackman adalah tetamu undangan. Marja dan suaminya mahu ajar Wolverin makan bibimbap, bulgogi, dan kimchi.

Terus daku rindu Korea. Bajet kampung halaman lettewww. T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...