Assalamualaikum. (^_^)
Hai! Apa khabar semua? Harap sihat-sihatlah ya.
Jumaat lepas, emak saya baru balik dari China selepas berjimba selama seminggu di sana. Seronok betul jadi dia kan, kerja kuat berpuluh tahun, sekarang masanya menampi padi kejayaan dengan melancong ke sana dan ke mari. Walaupun ada sedikit sedih sebab tidak mampu menemaninya seperti ke Indonesia dan Korea dulu, tetapi kawan-kawan emak yang dapat temankan pun ramai. Jadi... happy for you, emak yang cantik! :'D
The best part is, emak membawa pulang pelbagai barangan bertemakan PANDA. Weeehooo! Saya tidak minta pun, tetapi emak belikan juga. Katanya, supaya saya dapat beri sekali barangan dari China ini kepada mereka yang membeli 'Kawanku Panda' daripada saya. Haha! Comel saja. Memang menarik idea emak itu, memandangkan keychain Pandaboy hanya tinggal satu. (^____^) Alhamdulillah! Dapatlah saya ganti mana-mana barangan ini dengan Pakej A. Boleh buat Pakej C, D, dan sebagainya. Heee.
Hiasan telefon bimbit.
Patung panda yang sedikit teleng, namun hensem. Haha!
Keychain panda kembar tiga.
Pin panda yang kecil amat.
Fridge magnet.
Buat masa ini, saya belum kemas kini borang tempahan dengan pakej baru. Tetapi sekiranya mahu beli Pakej A yang sangat eksklusif sebab tinggal satu itu, ataupun mahu beli Pakej B, yakni button badge (itu, yang sebelah kiri tengah di atas), bolehlah isi borang di sini.
Esok saya akan poskan lagi dua tempahan, sebab esok ada perjumpaan di pejabat PTS. Stok buku sebenarnya sudah habis. Saya ambil 30 naskhah sahaja hari itu. Insya-Allah, esok dapatlah saya ambil lagi, memandangkan hadiah pun sudah bertambah. Yey yey!
Akhir kata.....
(^___________________________^)
5 comments:
Woahhh... hadiah semakin best nampaknya!!!
lama dah tak singgah sini.. hoho, dah kuarkan novel dah.. best ada mak yang supportive dalam kerjaya, especially kerjaya yang bukan mainstream, cam penulis, kartunis, bla3..
Izati,
Itulah! Tapi belum ada masa nak update pakej. Huhuhu.
Dr.oracle,
Terima kasih sudi singgah sini lagi.
Kan... sebab mak saya pun dalam bidang penerbitan, sebab itu dia sokong.
Ibu bapa orang lain, mungkin susah sikit.
Alhamdulillah... :)
baru jumpa kasut baby ada kepala panda..sungguh comel!
Haha! Saya pun pernah jumpa!
Comel sangat!
Post a Comment