22 October 2009

Tajuk: Hobi Saya

Saya banyak kali cuba melakukan hobi yang menunjukkan saya sah seorang perempuan, namun saya...

GAGAL.

Dulu, saya rajin belajar memasak, dengan melihat buku-buku resipi milik emak saya. Seingat saya, masakan pertama saya, yang
real boleh dikatakan memasak, ialah nasi goreng. Waktu itu saya masih sangat kecil. Bersaiz separuh Panadol. Waktu belum kenal sehelai kain bernama tudung, waktu memanjat pokok dengan memakai skirt cotton atas lutut. Namun saya tidak tahu mengapa dalam ingatan saya ini, saya memasak pada waktu petang, sebelum emak saya pulang dari pejabat. Saya ponteng sekolah dan meninggalkan ilmu kerana nasi goreng??? Dunia semua ini!

Saya mula memasak jam 3 petang, dan apabila nasi goreng itu siap, saya hias ala-ala sama seperti dalam buku resepi itu. Oleh kerana saya memasak itu buat kali pertama, saya mahu emak saya menjadi orang pertama yang rasa. Namun emak saya pulang selepas jam 5 petang. Maka saya sembunyikan nasi goreng itu ke dalam almari pinggang mangkuk bagi mengelakkan 'piranha berkaki' di rumah saya membelasah masakan saya itu terlebih dahulu sebelum emak saya.

Apabila emak saya pulang sahaja, saya terus meminta dia rasa nasi goreng saya, yang kala itu sudah sejuk. Saya tidak ingat apa reaksi emak saya, namun saya ada ingat saya makan sendiri masakan saya. Mungkin ketika itu emak saya sudah kenyang, kerana dalam ingatan saya ini juga, nasi goreng saya itu sangat sedap. *Beri 5 bintang untuk kenyataan penuh berkeyakinan ini.*


Saya tidak menghias nasi goreng saya sebegini. Ini sungguh ngeri kerana hiasan ini mengingatkan saya pada wajah rakan saya. Saya pasti tidak tergamak mahu mencocok nasi ini dengan sudu.

Kemudian saya sudah tidak minat belajar memasak. Saya kekal tahu menggoreng nasi, dan mi kerana ramuannya sama. Namun sekiranya masakan goreng saya tiada bawang dan sayur hijau seperti sawi, janganlah meminta-minta. Kerana memang tiada. Saya tidak pernah masak menggunakan bawang. Siapa pencinta bawang, janganlah mencintai saya. Kerana akan ada cinta yang terkorban kelak. "Awak pilih, bawang ataupun saya!" "Bawang!" "Kita putus!"

Lalu saya berubah angin, meminati hobi membuat biskut. Saya dan kakak kedua saya memang kerap bereksperimentasi dengan resepi biskut. Masa yang paling ditunggu-tunggu ialah ketika menekap doh dengan bentuk-bentuk seperti ikan, nanas, bintang dan epal. Ada kalanya rasa hendak makan biskut tanpa rupa, maka akan penyekkan sahaja doh menggunakan tapak tangan, kemudian bakar. Kadang-kadang, sesuatu yang tidak sempurna pada zahirnya lebih memuaskan hati. Biskut itu kelihatan pelik dan kelakar, namun seronok dipegang kerana besar. Seperti dalam iklan Chipsmore. Tipu sungguh iklan itu. Dalam iklan bukan main besar biskutnya.


Ini bukan iklan Chipsmore yang dimaksudkan.

Tapi satu kelemahan membuat biskut ini ialah, saya tidak akan mampu membuatnya tanpa melihat buku resepi, dan tanpa alat-alat pengukur dan penimbang. Berapa gram, berapa mililiter, semua itu saya tidak dapat mengagak sendiri. Saya sangat tidak gemar matematik. Dan geografi. Sejarah juga. Perdagangan. Statistik. Ekonomi pun.

Kemudian saya sudah tidak minat memasak dan membuat biskut. Saya terjebak dengan hobi membuat cross-stitch pula, kerana sering melihat emak saya membuatnya.


Beginilah cara cross-stitch.

Senang, tetapi agak leceh. Perlu tukar-tukar warna benang sekiranya hendak menampakkan keindahan hasil. Kalau hendak buat Mickey Mouse tetapi malas tukar benang selepas menggunakan benang hitam bagi membuat telinganya, baik buat bentuk noktah bersaiz 2 pixel.

Disebabkan hobi ini memerlukan ketekunan dan masa yang jitu, saya hanya memberikan sokongan buat emak saya. Emak saya juga sudah berhenti melakukan hobi ini, namun dia sudah berjaya siapkan dua helai dan membingkaikannya. Syabas!

Memasak, membakar, menjahit... semua sudah cuba.

Kemudian saya cuba melukis. Saya sangat suka melukis zaman-zaman saya muda dulu. Lukis bunga, rumah, pokok, burung, epal, kolam, itik, pelangi, awan, daun, kucing, kerusi, pensel, pemadam, meja, pembaris, kereta dan bermacam-macam lagilah. Saya juga pernah melukis komik 5 panel (itu layakkah dikira komik?). Lelaki dengan rambut belah tengah ala-ala Nick Carter, yang pengsan kerana terminum 'racun'. Gila. Hobi ini nyata gagal kerana saya bersikap seperti psiko. Namun hingga ke hari ini, saya masih boleh melukis
bunga, rumah, pokok, burung, epal, kolam, itik, pelangi, awan, daun, kucing, kerusi, pensel, pemadam, meja, pembaris dan kereta itu.

Bagi terus meyakinkan diri ini ialah orang perempuan, saya cuba menjaga bunga dan tumbuh-tumbuhan milik emak. Setiap petang saya akan rajin menyiram pohon-pohon itu dengan penuh kasih sayang. Namun saya gagal melaksanakan amanah apabila tiba hari di mana kartun kegemaran muncul di televisyen. Tomato Man (kartun Jepun), Doraemon, Thundercats, Conan The Ape Benda Ntah, Thunderbird, He Man, dan banyak lagi. Untung eh budak-budak zaman sekarang. Kartun semua cantik-cantik. Hero hensem. Tak macam He Man. Selera eh tengok kartun macam ni dulu-dulu. Thunderbird memang dah tak boleh blah. TERGAMAK SAYA TENGOK SEMUA INI DULU!!! Maruah!!! Maka saya sudah tidak lagi diberikan tanggungjawab menyiram pokok.


Mual. Dulu inilah hero yang kau puja-puja, Husna.

Semuanya gagal kerana saya ketika zaman muda agak 'kelelakian'. Saya banyak berkawan dengan adik-adik saya yang lelaki kedua-duanya, dan berkawan juga dengan kawan adik-adik saya. Saya lebih menyukai aktiviti memanjat pokok rambutan, meredah sungai, menjelajah kebun keluarga India di hujung jalan, bermain robot dan juga berlumba kereta Tamiya. Saya tidak ada hobi keperempuanan. Saya cuba, namun nyata tidak serasi.

Kerana itu saya masih ada sifat-sifat tidak anggun pada sesetengah situasi. Saya bukan gadis ayu, lemah lembut, gemalai-gemalai itu.

Saya kecewa dengan prestasi sendiri.

Kini saya
kembali mahu cuba melakukan hobi orang perempuan.

Siapa ada cadangan bernas?

Kata kunci: Hobi perempuan yang positif. Saya ada terfikir mahu menjadikan jeruk dan asam makanan ruji, namun itu tidak sihat walaupun itu memang sah keperempuanannya.

Tetapi....

Teringat tazkirah maghrib di radio Era tadi. Kata Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, "Kita jangan terlalu mahu mengikut arus. Ikan selalu berenang melawan arus kerana mahu bebas. Hanya ikan yang mati terpaksa mengikut arus."

Perlukah saya mempunyai hobi keperempuanan?

Tak apalah. Biar saya fikirkan sambil bermain bola sepak pantai.

Assalamualaikum!

23 comments:

K.A.A. said...

wah...banyaknya hobi! hehe

teringat zaman kanak2 dulu la baca entri ni..sungguh nostalgic :)

eh,main kereta Tamiya juga? haha ;)

Perlu atau tidak itu terpulang. Tapi lebih baik buat apa yang kita mahu, bukan apa yang orang lain mahukan...asalkan apa yang kita buat itu tak salah...kan? :)

aKu NaKaL said...

bola sepak pantai? ehem2.. xP~ hehe

nway, sna masih seorang perempuan, cuma masih belum bergelar seorang isteri x)~

bojan said...

eh he-man best pe..
hahaha
ben10 tak minat kah?
hahaha

Saladen 2 said...

tamiya?wah...
hebatnya..:)

Anonymous said...

Saya................................................................................er tak tau nak tulis apa sebab asyik dok gelak goleng2 kat lantai baca entry kali ni. Ternyata cik Husna seorang penulis komedi yang asli dan unggul kerana apa yang cik Husna itu datang dari hati bukan rekaan dan yang respek tahap gaban baju besinya, ianya lawak sangat2 sukenye!!!sukenye!!!Hehehehe..Namun bila tengok gambar hero rambut ala2 john lenon tu teringat masa kecik2 separuh saiz panadol kan? Dah besar dah kita sekarang kan?

a little less conversation said...

haha..klaka la ko ni sna..
nk hobi pmpn eh..
pe ssh..soping je la..
ni la hobi plg power bg sorg pmpn dan xleh d tandingi oleh lelaki..
haha

Husna Adnan said...

Vodlafin,
Ya... saya memang pernah cuba macam-macam hobi. Ada banyak lagi, huhu. Tamiya itu sungguh popular ketika umur 12 tahun. Jadinya saya tidak mahu ketinggalan! Tamiya saya warna putih yang sangat cantik.

Ya, saya mahu hobi yang saya suka. Kerana itu minta cadangan bernas. Kerana buat masa ini, hobi saya ialah bermain Internet yang tidak begitu produktif. Hehe. Terima kasih!

Man,
Fuh! Penat betul main bola sepak pantai. Namun ayat keduamu menusuk-nusuk ke jiwa!!! Haha! Hampeh Man.

Rozhan,
He Man dulu best la. Sekarang saya tidak akan menontonnya lagi. Ben 10??? Itu hanya untuk kanak-kanak! Hahahaha! :p

Wah!!! Komen pertama daripada,
Saladen!
Ya, kereta Tamiya. Pengaruh TV.
Hehe.

Resmanshah si penulis,
Hehe sebegitu menghiburkankah entri ini? Saya menulis dengan serius. Hehe. Terima kasih kerana terhibur. Benar, dah besar dah kita.

Rafi,
Shopping?? Itu bukan hobi, itu rutin (gaya hidup). Hahaha. Muflislah I kalau jadikan ia hobi. I ada banyak masa terluang, you. Hehehe.

Unknown said...

erm, nasib baik saya tak suka bawang (^,^)

erm, apa kata lepas ni Husna main anak patung Barbie plak..

Betul kata Man, dah jadi isteri nanti, dan perempuan ler tu.. hahaha

Anonymous said...

Resmanshah si Penulis???? Hehehe janganlah panggil saya dengan gelaran sebegitu cik Husna. Wah Mail back in the house!! Em...Tapi betul gak, kalau cik Husna dah bergelar Puan Husna mesti dah lain kan?Kan?Hehehehe...jangan marah ahhh

Husna Adnan said...

Ismail,
Barbie??? Aduh...
Ha ni sorang lagi ni.
Nak kena korang ni. Haha!

Resmanshah yang memang penulis,
Hahaha! Baiklah, nanti saya kahwin, semua dijemput hadir bersama hadiah termahal, tahu? Korang dok cakap-cakap macam ni, mana tahu jodoh datang dengan cepat sebab doa kalian juga.. ewah! :p

Zamri Mohamad said...

Ada, tapi tak sudi disambut :P

Kalau datang awal pun, kata nak tunggu tiga tahun lagi. Musykil.

Husna Adnan said...

Ha?? Saya pun nak musykil samalah! Apa yang tiga tahun tu? Musykil.

Zamri Mohamad said...

Adalah dulu orang itu kata, "Muda lagi. Baru 24, 2-3 tahun lagi baru nak komitmen."

Eh, macam yang menawarkan diri itu nak komitmen hari itu juga. Mestilah jika diberi ruang dia pun persiapkan diri dalam tempoh menunggu itu.

Husna Adnan said...

Hahaha! Ya ya, itu memang benar. Saya masih kecil. Hehe. Saya perlu tunggu abang-abang, kakak-kakak saya di PTS itu langsung dulu. Dan juga tuan-tuan penulis seperti tuan. Hehe. Sila, sila.

Zamri Mohamad said...

Macam mana nak langsung! Awak tak beri green light. Hahah! Jawablah.

Husna Adnan said...

Okey, saya jawab. Saya bukan penjaga trafik. Sekiranya tuan mahu lampu hijau, boleh dapatkan di kedai-kedai. Saya bukan gadis si penjual mancis. Hehe.

aKu NaKaL said...

x)~

Zamri Mohamad said...

Haha! Itu ayat lain secara berlapik berkata, "Terima kasih dan jawapan saya kepada saudara tidak. Next..."

Rejection is my middle name. Sudah jadi normal melaluinya haha!

Husna Adnan said...

=) Kerana saya juga ada komitmen, 'target' dan perancangan hidup saya. There must be someone for you, don't worry. ;)

Husna Adnan said...

Sungguh lari topik komen-komen di sini. Huh. Focus, people! Focus!

Zamri Mohamad said...

Ya sudah lari, jauh....positif and becoming big pyramid! Penuhi fokus target itu :)

:P

Husna Adnan said...

Ya, sama jugalah buat tuan. Positiflah. Terima kasih! :p

Zamri Mohamad said...

Sama-sama haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...