17 November 2009

Anjing sangat jahat!

Hari ini, jam 12.40 tengah malam, kami sekeluarga dikejutkan oleh bunyi salakan anjing yang sangat kuat. Saya sudah lelap, tetapi saya dengar pintu pagar dibuka. Saya yakin itu emak saya. Kemudian kakak saya yang tidur di katil sebelah, menyelak langsir. Dia rabun, sama seperti saya, namun dia tidak menyarungkan spek mata ketika menyelak langsir. Apabila dia merasakan tiada apa yang berlaku, dia jatuhkan semula kain langsir itu, dan mahu kembali berbaringan, sebelum... dia terdengar bunyi kucing mengiau kesakitan.

Ya, itu bunyi kucing kami yang dipanggil 'Mopok'.

Emak saya yang menjadi saksi utama, terkesima selama beberapa saat,
apabila ternampak beberapa ekor anjing besar bermain permainan yang dinamakan 'lambunglah lambung ohoooi si anak kucing' di seberang jalan besar. Emak saya berlari dengan pantas, sambil membaling batu ke arah kawanan anjing itu. Kawanan anjing itu beredar melarikan diri.

Waktu emak saya tiba di tempat kejadian, Mopok sudah nyawa-nyawa ikan. Memang seperti ikan lagak gayanya, sambil terbaring di tepi jalan. Mulutnya dibuka, dikatup... tangannya mengais-ngais tanah, matanya buntang memandang ke hadapan.
Saya yang berlari ke luar rumah, dengan hanya berpakaian tidur dan ditemani sebatang penyapu, memaki hamun anjing yang jaraknya lebih kurang 500 meter.

Jika diikutkan hati, saya mahu berlari ke arah mereka, menendang satu per satu perut anjing bedebah yang bergigi tajam itu, dan mengharapkan mereka lenyap dimamah udara ketika terlambung ke angkasa.


Namun, saya hanya memaki hamun sejauh 500 meter kerana gigi mereka memang tajam.
Gila ke?

Sungguh kasihan. Mopok diangkat masuk ke pekarangan rumah, dan kami sekeluarga mengelilinginya. Kakak kedua saya bercadang menghantarnya ke klinik haiwan berdekatan, namun daripada keadaan Mopok waktu itu, saya dan emak sepakat mengatakan, Mopok tidak akan lama. Dan benar... Mopok meninggalkan kami buat selama-lamanya lima minit kemudian.

Kakak sulung saya sudah menangis teresak-esak. Bersungguh-sungguh dia bersedih, hingga menerbitkan rasa hairan dalam hati kami. Rupa-rupanya, Mopok ada memohon untuk masuk ke dalam biliknya, namun kakak sulung saya tidak melayan permintaannya itu kerana mahu mengemas bilik. *Pada waktu tengah malam, mengemas bilik pula.* Mopok pun keluar rumah, dan mungkin waktu itu, ada anjing menyalak di hadapan rumah kami. Oleh kerana terperanjat, Mopok sangka dengan melarikan ke seberang jalan besar, mampu menyelamatkan dirinya. *Mungkinlah ini yang berlaku. Bab mereka cerita ini saya memang pakar kadang-kadang.*

Namun, sesalan tidak berguna lagi.

Soalan:
Apakah berdosa sekiranya kami mempunyai rancangan membunuh anjing-anjing itu dengan meracun mereka demi kesejahteraan haiwan yang lemah dan anak-anak kecil?

Saya fikir, mahu menembak mereka menggunakan senapang ataupun pistol, tetapi puas saya berfikir bagaimana saya boleh membeli senjata sebegitu. Oleh kerana letih hendak memikirkan hal itu, saya kira, membeli racun lebih mudah.

Mungkin saya tidak sampai hati, tetapi emak saya, yang menjadi saksi utama kejadian tengah malam tadi, sungguh bertekad dan wajahnya muncul riak-riak jahat.

Saya mungkin akan melihat beberapa bangkai anjing di tepi jalan kelak.

Mode: Bengang.


Wassalam. *Bengang-bengang pun, salam bagi juga. Hehe.*

14 comments:

Vodlafin said...

Innalillah..

Mopok ni kucing br ke husna? x penah dgr pun..huhu

Erm, call je Jabatan Haiwan..klu anjing liar kdg2 diorg dtg tembak or tangkap..dulu kat rmh lama sy diorg tembak sume anjing liar ni..huhu

aKu NaKaL said...

"...berlari ke luar rumah, dengan hanya berbaju tidur dan ditemani sebatang penyapu, memaki hamun anjing yang jaraknya lebih kurang 500 meter."

terbayang2 bagaimana agaknya xP~ hehe.

sabarlah.. yg pergi akan tetap pergi. jgn dijadikan perkara ini utk menjadikan sna lebih brutal.. owh tidak... tak snggup bayangkan lagi.. hehe

untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku lagi, hubungi jabatan haiwan bwat laporan. moga2 kejadian begini takkan terjadi lg.

Sna La La said...

Vodlafin,
Terima kasih.
Mopok ini sama batch dengan Putih.
Cuma dia seekor kucing yang pendiam.
Kalau ada gambarnya, saya letak di sini.
Itulah... saya rasa nak call, tapi saya rasa mungkin tindakannya akan lambat sedikit... mungkin ada beberapa lagi kucing saya yang mati. Huhuhu.

Man,
Hahaha!
Jangan bayang yang bukan-bukan tau.
Saya dah tukar ayat itu supaya kelihatan lebih murni.
Tapi memang macam witch dengan penyapu buruk tu. Hehehe.

Terima kasih atas cadangan kalian. Doalah semoga saya tidak menjadi si jahat seperti anjing itu.

aku-H said...

bunuh saja anjing itu!!dlu time aku kecik arnab aku mati pn anjing punya keje..ya!!bunuh saja anjing itu!!

a little less conversation said...

pe lg sna,bom je anjing2 tu..hahha

ANON said...

erm..anjing tu mmg kejam.
tp binatang tu tak berotak..
apa kata husna laporkan kepada majlis perbandaran mengenai masalah anjing2 liar ini.

takziah kepada cik husna atas pemergian 'mopok' kesayangan.

Vodlafin said...

Eh, sama batch? maksudnya siblings putih juga ke?

Ish..jangan la cakap begitu. Harap semua kucing husna kekal selamat =)

Castelano said...

Takziah buat cik Husna. Jangan risau, saya dan Mail akan membasmi semua anjing yang ada di kawasan sekitar Kajang demi melaungkan rasa tidak puas hati ke atas kejadian yang telah menimpa anak kucing cik Husna. Mail siap belajar magic santau maut anjing durjana. Kan Mail??? Sebagai langkah permulaan saya sendiri telah meracun 115 ekor anjing sekitar seksyen 23,24,18,19,9,dan juga seksyen dibawah kanung kesalahan seksaan manusia akta 23/14A...eh?! apa yang aku mengarutkan ni?????

aKu NaKaL said...

wah wah... brutal sungguh..

owh tidak.. peace yea x)~


"Tapi memang macam witch dengan penyapu buruk tu.."

bayangkan lg.. mst menarik x)~ hehe

Sna La La said...

Dayah,
Sadisnya kenangan masa muda kau...
Aku tumpang simpati.
Anjing memang sangat jahat!

Rafi,
Saya suka cadangan awak. Haha!

Ilyas,
Terima kasih...
Saya masih belum call pihak berwajib berkenaan hal ini... kerana emak saya sudah membeli racun yang ditempah daripada orang kampung. Wahahahaha!
Terima kasih atas ucap takziah.

Vodlafin,
Aah... adik beradik Putih juga.
Putih je yang tinggal drpd 5 beradik. Huhu.

Resmanshah Si Penulis,
Terima kasih atas komentar.
Wah, banyaknya anjing yang awak dan Ismail sudah langsaikan. Hehe.

Man,
Mode brutal is now on.
Hehehe.

Castelano said...

Cik Husna Si Editor

Hehehehe...suke panggil kite macam tu eh? Well...kitaorang memang suka menolong kawan2 yang berada di dalam kesusahan dan kebengangan...hahahaha

Maxmagic said...

aik?? aku pun terlibat sama ker Castelano??

Vodlafin said...

Eh? Benarkah?..huhu

Erm...Putih tu saya take care dari jauh...sebab tu selamat kot..hehe

Nanti saya take care yang lain juga, ya ;p

Sna La La said...

Resmanshah Si Penulis,
Saya suka panggil awak begini kerana saya tahu betapa awak begitu bersungguh mahu menjadi penulis. =) Dan akhirnya awak berjaya!!! Yaaahooo!

Ismail,
Resmanshah peminat awak ni.. hehe.

Vodlafin,
Hehehe... ok, mohon jaga yang lain juga k? Terima kasih. Haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...