04 May 2010

Insan Keliru dan Tertekan!

Hai, Cik Husna Adnan. Saya datang demi menyatakan beberapa perkara kerana dinding agak kurang menarik minat saya dalam menyatakan isi hati waktu ini. Kadang-kadang ada rasa mahu cat dinding yang putih ini dengan warna-warna yang cantik dan lukisan-lukisan yang comel, namun bagi mengelakkan diri ini dihalau oleh ibu kandung sendiri akibat merosakkan dinding rumah beliau, maka saya pendam sahaja hasrat di hati kecil ini.

Awak sihat? Saya rasa saya sihat, namun ada sedikit rasa yang kurang menawan di hati saya. Harap rasa ini akan pergi dengan hebat dan pantas supaya saya tidak mula menaip di Google dengan ayat 'Cara-cara Melastik Burung pada Zaman Moden'.

Maafkan saya kerana meluahkan isi hati saya di sini. Saya memang betul-betul tiada tempat mengadu. Tadi saya cuba mengadu pada ibu sendiri, namun dia mula bercakap dengan kertas tatkala saya mula bercakap dengan dirinya. Saya rasa terkilan, namun saya teruskan juga bercakap sambil memandang wajahnya. Dia juga teruskan bercakap dengan kertas. Saya sudah selesai meluahkan kepada dirinya, namun tetap rasa mahu luahkan kepada orang lain yang lebih memahami. Saya kurang yakin Cik Husna Adnan ini seorang yang memahami, namun saya belasah sahaja. Harap tidak berkecil hati dengan komen sebegini pedas.

Okeylah, hingga berjumpa lagi. Saya mahu berpantun.

Tidak mengapalah. Tiada idea.

Yang Benar,
Gadis Tertekan Yang Lebih Hebat Daripada Tekanan Air

_ _ _


Hai Cik
Gadis Tertekan Yang Lebih Hebat Daripada Tekanan Air. Pertama sekali saya mohon maaf kerana akan pendekkan sahaja nama cik sebagai GTYLHDTA. Itu juga kelihatan rumit, namun lebih pendek daripada mengeja satu per satu kembali. Harap selepas ini sekiranya ada yang sudi meluahkan rasa hati di blog ini, mohon gunakan nama samaran yang pendek-pendek sahaja seperti Cik Nab, Cik Ti, Cik Li ataupun jika guna huruf sahaja lebih mudah, seperti Cik A, Cik B dan Cik X. Boleh, tiada masalah.

Cik
GTYLHDTA,

Harap cik
dapat bersabar dan bertahan dengan apa jua masalah yang cik hadapi waktu ini. Hidup memang penuh dengan dugaan, namun selagi masih hidup, kita perlu menyelesaikannya dengan cara yang bijak dan efektif.

Saya memang kurang memahami, kerana saya tidak diberitahu apa masalah cik yang sebenarnya. Malah saya bimbang saya juga akan tertekan kerana cuba memikirkan apa masalah cik hingga membuatkan cik mencari saya. Saya keliru. Saya amat keliru.

Namun saya dapat senaraikan beberapa cara bagi mengurangkan, ya, bukan saya mahu beri jalan penyelesaian kerana apa masalah cik pun saya tidak tahu, saya hanya dapat berikan cadangan bagi mengurangkan tekanan cik itu.

Cadangan pertama:



Cadangan kedua:



Namun jika cadangan-cadangan terbabit tidak dapat mengurangkan tekanan cik, ini cadangan yang lebih Islamik:



Sekiranya masih tiada tanda-tanda tekanan akan hilang, pergilah bercuti. Sekiranya kos bercuti makin membuatkan cik tertekan, pergilah tidur.

Sekian.

8 comments:

Safwan said...

Walaupun gadis itu tertekan, namun penekanannya itu berjaya menghibur hati. Hoho

Maxmagic said...

saya ada perkara juga ingin diluahkan.. tidak cukup degnan dinding muka buku ( wall facebook ), saya tetap mahu luahkan disini.. saya bukan mahu mengadu tentang emak saya kerana biasanya emak saya yang mengadu yang kata saya bercakap dengan kertas..

saya cuma ingin meluahkan yang saya sudah sihat.. betul.. tak tipu!! saya sembahyang-sembahyang punya orang!!

ya.. saya sudah sihat
harap terpengaruh ye!! :P <3

Ismail Fitry said...

Cik Husna, cuba ejas (adjust) dan kecikkan frame youtube tu supaya dapat dilihat dengan sepenuhnya.

Saladen 2 said...

Wah...sudah jadi panel rujukkah?
Hebat x3...
Nanti bolehlah menulis buku-buku petua dan motivasi :p

Shukri Mohd Ali said...

hebatnya berbahasa walaupun tertekan!

kagum...

kyrel said...

huh.... pelik (=__-') kenapa saya rasa si GTYLHDTA.. itu adalah bekas kekasih saya sedangkan kami tak pernah pun menjalinkan sebarang hubungan.... urmmm nampaknya saya pula perlu bercakap dengan kertas selepas ini... (T___T)

Husna Adnan said...

Safwan,
Haha! Semoga terhibur. Gadis itu kirim salam. Hehe.

Ismail,
Ya... baiklah, baiklah... terpengaruh dah saya ni... hehe.

Tuan Ismail (wah ada 2 Ismail berturut-turut!),
Frame nya memang begitu kan?
Boleh doouble klik dan tonton di Youtube. Maaf atas kesulitan. :D

Akhi Salleh,
Hahaha! Habis lingkup semua yang baca buku-buku motivasi yang saya buat kang. Hehe.

Shukri,
Gadis itu nampaknya diminati. Oh~

Kyrel, mungkin jugalah... haha!

Ismail Fitry said...

Salam Cik Husna,

Disebabkan youtube dah buat HD kebanyakan videonya, maka susah nak fit kan kedalam blog. Sayapun bukannya pakar tapi masa copy 'Embed Code' dari youtube, cuba ejas 'width' dan 'height' klip tersebut ikut kelebaran blog. Sebagai contoh, untuk klip video afdlin ali suara tu, cuba ubah width="425" dan height="344 ke angka lain. Tapi pastikan ubah di kedua dua baris atas dan bawah code.

Selamat mencuba. Maaf panjang sangat arahannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...