24 August 2010

Tajuk: Juadah Berbuka Saya

Assalamualaikum, kawan-kawan! =D

Hari ini sudah hari ke-14 kita berpuasa.

Sepanjang tempoh itu, saya pernah sekali berbuka dengan mi goreng, sekali dengan nasi kerabu, sekali dengan nasi tomato...

... dan sangat banyak kali dengan nasi beriyani bersama ayam masak merah.

T_________T Sudah seperti ketagihan pula.... 

Macam mana mahu kurus?! Orang lain semasa bulan puasa ini, ada yang kehilangan berat badan sebanyak 4 kilogram!

Saya?

Okey, itu bukan isunya. Isunya di sini adalah....

Buat pertama kalinya dalam bulan Ramadan, saya tidak pernah berbuka dengan nasi ayam yang dijual di bazar... keh keh keh.

Ini kerana...

(^_^)


(^_^)/


\(^_^)


\(^_^)/


\(^o^)/


Saya dengan bantuan emak memasak nasi ayam sendiri di rumah!!! Hahahahahahahaha!



Syabas, Inspektor Sahab!

Sebagai nasi ayam pertama saya, saya berikan diri sendiri 3/5 kerana nasi ayam ini boleh dimakan, dan ditambah dua kali oleh adik bongsu. Miahahaha!

*Sebagai gadis yang terlalu sibuk dengan kerjaya, dan baru kini punya sedikit masa bagi belajar memasak hidangan yang lebih sukar daripada nasi goreng, keterujaan sebegini dapatlah hendaknya tuan hamba maafkan sahaja....*

Mari saya kongsikan resepi membuat nasi ayam ala emak saya.

Mula-mula, sediakan bahan-bahan bagi memasak nasi ayam, sup, ayam madu/BBQ (ikut selera masing-masing) dan juga sos kicap serta sos cili (sekiranya habis malas sibuk, tidak perlu buat pun tidak mengapa).

Bagi memasak nasi ayam,

.....


.....................





T________________________T


Sudah seperti blog mak cik yang sangat gigih berkongsi resepi turun-temurun.

Ini tidak boleh dibiarkan.

Blog ini akan hilang arah tujuan sekali lagi!!! Warrrrrrgggghhhhhhh!!!

Baik, baik.

Mari berbincang berkenaan langsir raya.

....

....... T,T


Jumpa lagilah.

........................... *sob*



P/S: Apa menu kegemaran kawan-kawan semasa berbuka? Sesiapa yang jawab nasi beriyani juga, kita adalah geng. Mari berjabat tangan, namun kepada yang perempuan sahaja. Kepada geng lelaki, mari tunjukkan kesefahaman dengan menyanyikan lagu Justin Bieber.

9 comments:

Shukri Mohd Ali said...

salam.

wah masak sendiri. boleh mintak sikit? hehe =)

juadah berbuka feveret...

...

...

...

entah. makan saja apa yang ada. hehe.

p/s : oh saya tidak tahu menyanyi lagu justin bieber. bagaimana mahu tunjuk kesefahaman?

kyrel said...

salam...cikgu.. (^_____^) tahniah!!! lihat gambar pun tahu ia sangat sedap (^0^)...tapi apa kaitan dengan Inspektor Sahab??? (=__^') saya mahu ucap Syabas kat cikgulah... Inspektor Sahab tu puasa ke??? hehehehe... Inspektor Sahab mesti pandai nyayi lagu Justin bieber mahupun Justin Timberland (/timbelake???) .... cikgu kita geng wahahaha... \(^^,)/

Saladen 2 said...

oh...saya suka nasi ayam...
* boleh la prepare untuk open house nanti...kuh2...

Ismail Fitry said...

Salam,

Nampak menarik nasi ayam itu walaupun ayamnya nampak sedikit kering dan hitam (wahhh!!! pandai pandai je aku ni).

Tahun ini sudah tahun ke-dua saya berbuka di New Zealand. Di sini tiada nasi ayam apatah lagi bazaar Ramadhan. Kami sekeluarga lebih suka berbuka di Islamic Centre. Setiap hari akan ada yang provide makanan berbuka percuma(dalam 200 orang)seperti dari orang Arab, Pakistan, Fiji mahupun Malaysia.

Paling best bila orang Fiji masak kari kambing biri biri. Meleleh air liur sedapnya.

Sekian.

p/s- Jangan panggil saya Tuan.

a little less conversation said...

dari gambaran menampakkan ayam ko masak hangit je sna..haha

kyrel said...

Rasanya ayam itu bukannya hangit tapi mungkin 'ayam goreng berempah ala Inspektor Sahab'... mungkin lada hitamnya terlebih sudah (^______^)v.... Encik tomato dan Encik timun tiada kat situ...baru perasan (^^,)..Inspektor Sahab sudah tangkap agaknya...hehehe (^0^)v

Juw-one said...

adakah dengan ini cik husna adnan memberi hint bahawa beliau dalam proses menamatkan zaman bujang beliau??? jeng..... jeng...~

bojan said...

wah..pasni orang datang beraya..boleh la hidang nasi ayam! wahaa

Husna Adnan said...

Shukri,
Salam.
Ha... terkejut tak? Hehe.
Sengaja mahu cuba-cuba sebab tengok resipi macam mudah.
Dan memang mudah pun... (ecewah!)
Wah, bagusnya... awak bersederhana. :D

Tak tahu lagu Justin Bieber?
Macam ni...
"Baby, baby, baby, ohhhhh"
Hahahaha!

Kyrel,
Salam.
Wah, terima kasih!! Hahaha!
Memang sedap... hehehe.
Kita geng ek? Yahoooo!!!

Akhi Salleh,
Wow! Saya juga suka nasi ayam.
Namun tahun ini sudah ketagihan lain.
Open house? Boleh... insya-Allah.. haha!

Encik Ismail (selepas ditegur jangan panggil 'tuan', hehe)
Wah!!! Encik beraya di New Zealand??
Bolehlah saya kirim keju... hehe.
Tahniah... pengalaman tu...
Menariknya berbuka percuma di Islamic Centre itu... wow....

Rafi,
Hahahaha! Tunggu.. tunggu saya nak jelaskan sebentar lagi, kah kah!

Kepada yang memberi komen pedas berkenaan keadaan ayam itu, hahahaha! Ayam itu ayam BBQ... malah... sebenarnya... ayam BBQ sejuk beku yang boleh dibeli di Tesco berhampiran!! Cuma keluarkan dari plastik, dan goreng sahaja. Hahahaha! Sebab itu markah tak penuh... sebab ngelat bab buat ayam... kah kah! Tapi serius beb, ayam BBQ entah jenama apa ini sudah lupa, sangat sedap... T_____T mahu beli lagi.

Terima kasih Kyrel atas budi baik menjelaskan, haha! Ya.. timun dan tomato hantar wakil saja... itu salad warna-warni... hehe.

Juw-one,
Ini bukan hint...
Ini namanya kesedaran... hahaha!

Jan,
Hahahaha! Insya-Allah... boleh... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...